Dimensi pancingku.....yeh!

Memancing...kegilaan yang total! Hobi yang mengajar kita tentang kesabaran, ketelitian dan ketenangan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Apa sebenarnya yang dicari...apakah ikan idaman yang diburu? Apakah kejuaraan yang dicari atau ianya merupakan satu jalan keluar dalam penyelesaian masalah kehidupan? Semuanya bukan!...sebenarnya apa yang dicari hanyalah sentuhan pertarungan dari si ikan. itulah yang di impikan, diburu dan dicari oleh setiap pemancing. Hakikatnya itulah pemancing, kegilaan yang merasakan panas bahang matahari itu sejuk, lapar dan dahaga itu biasa le!. Tidur hanyalah satu mimpi dan sanggup dilambung angin dan ombak. Tidak pernah merasa jemu biarpun tiada ikan meragut umpan. Gilakan...kan!

Apa yang perlu anda fahami tentang memancing!!

Fahamilah dan kenalilah dulu fungsi sebenarnya peralatan memancing sebelum mulai memancing. Sebenarnya alat memancing direkacipta adalah untuk memudahkan kita bertarung dengan si ikan. Fungsi utamanya adalah untuk melemahkan daya ketahanan ikan. Ramai yang gagal dan kecewa kerana tewas sewaktu bertarung dengan ikan disebabkan kurang memahami peralatan pancing sendiri.Walaupun setiap peralatan mempunyai kelas daya beban dan ketahanannya yang tersendiri namun ianya bukan bererti ia dapat bertahan dengan sendirinya tanpa bantuan peralatan yang lain. Contohnya saperti tali berdaya tahan 20 lb ( 7 kg ) bukan bererti yang ianya mampu mengangkat naik ikan seberat 7kg, tapi sebenarnya mampu menahan daya sentakan dan larian ikan yang mempunyai daya seretan 7kg. Begitu jua dengan peralatan yang lain saperti kili, joran dan daya seretan ( drag ) kekili ( reel ) anda. Adalah tidak betul jika menggabungkan joran bersaiz berat ( heavy) dengan tali 15 lb dan kekili 5/0. Strategi dan teknik yang sebenarnya adalah dengan menggabungkan kekuatan peralatan ini secara total dan bersepadu, maka pertarungan tersebut akan lebih memihak kepada anda. Oleh itu pilihlah peralatan memancing anda dengan seimbang. Keseimbangan amat perlu bagi memastikan ada mempunyai lebih banyak peluang untuk menang. Apa yang sarankan di blog ini adalah sebagai panduan untuk mendapatkan keseimbangan peralatan memancing anda.
Pemancing yang bijak tahu bagaimana untuk menganggabungkan peralatannya untuk mendapatkan keseimbangan yang optimum.

Kitab Pemancing - Laut ( Sudah terbit )

Bagi pemancing yang ingin bertaraf 'hardcore' dan perlukan lebih banyak petua, rahsia dan panduan sila lah beli buku karangan saya yang bertajuk ' KITAB PEMANCING - LAUT '. Buku kecil ini berdasarkan kepada pengalaman saya selama 40 thn didalam sukan memancing. Ianya tidak terdapat dipasaran, hanya melalui tempahan. Kandungan buku ini menumpukan kepada kemahiran, teknik dan srategi yang perlu ada bagi seorang pemancing. Segala petua, rahsia dan panduan diperincikan dengan teliti . Setiap ikan diperincikan dalam fail mereka sendiri yang mengandungi segala data-data yang diperlukan bagi memancing mereka.Percayalah anda tidak akan rugi kerana pengalaman adalah ilmu yang tidak boleh dibeli tapi boleh diperturunkan. Sila hubungi saya di awramlee@notes.usm.my untuk tempahan. Harga tawaran RM40.00 ( termasuk belanja pos ). Anda juga boleh menempahnya dengan cara mengirimkan wang pos bernilai RM40.00 bersama dengan nama dan alamat pos anda dan kirimkan kealamat ini B2-15, Pangsapuri Pesona, Jln.Pauh Jaya 1, 13700 Prai, Pulau Pinang. UP: Ramlee Abd Wahab.

Etika & kod emas setiap pemancing...ingat lah selalu!!!!!

Pastikan mata kail anda sentiasa tajam.
Pastikan tali pancing anda tiada rekahan atau lipatan.
Pastikan kili (swivel) anda berfungsi dan berpusing dengan baik.
Pastikan setiap simpulan dibasahi dengan air sebelum anda menarik untuk mengetatkannya.
Pastikan joran dan kekili anda sentiasa didalam keadaan baik, basuh dengan air bersih setiap kali habis memancing. Servis dan bubuh gris setiap 3 bulan sekali.
Pastikan beg memancing anda mengandungi alatan wajib @ mata kail, kili (swivel ), ladung , tali perambut, pisau serbaguna , plier, lampu suloh, pembuka mata kail ( dimulut ikan ) batu pengasah kecil, gunting kecil dan pemetik api ( lighter ).
Pastikan umpan anda samada hidup atau mati sesuai dengan spesis yang di cari.
Buat catatan masa, tarikh, tempat dan umpan yang digunakan sekiranya anda mendapat ikan yang besar. Maklumat ini amat penting untuk memancing dimasa hadapan.
Fahamilah analogi peredaran bulan, matahari, pasang surut air dan perubahan air besar ke air mati.
Fahamilah hubungkait habitat umpan dan ikan pemangsa.
Fahamilah dan jagalah peralatan memancing anda dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah talian hayat diantara anda dan si ikan.
Buat tinjauan dan dapatkan informasi sebaik mungkin dari penduduk tempatan sebelum memancing ditempat yang belum diterokai.
Amalkan sikap tangkap & lepas ( catch & release ) sekiranya anda tidak memerlukan ikan tersebut...terutamanya ikan kecil. Jangan jadikan mereka spesies yang terancam.
Pastikan perairan dan kawasan memancing bersih. Kekalkan kehijauan alam semulajadi.
SELAMAT MEMANCING!!!!!!!!!!!!!!!!!!

iKAN oH iKAN.....! hormatilah kehebatannya!

iKAN oH iKAN.....! hormatilah kehebatannya!
Jangan sekali-kali memandang rendah kehebatan si ikan sewaktu bertarung...anda pasti kecewa akhirnya! Memancing adalah 30% kemahiran dan 70% nasib. Justru dalam hobi memancing tidak ujud perkataan juara bertahan. Ianya boleh dimiliki oleh sesiapa saja.

Monday, April 12, 2010

Ikan gelama

Umum mengetahui spesis gelama adalah spesis yang paling mudah dipancing. Gelama memakan hampir apa saja umpan baik umpan hidup atau pun mati. Umpan kegemarannya adalah perumpun, cacing dan anak udang. Gelama terbahagi kepada banyak jenis. Yang biasa dipancing adalah gelama pisang,gelama minyak, gelama batu, gelama perak, tengkerong dan gelama papan.

Gelama pisang paling senang didapati berbanding kerana ianya spesis yang menghuni hampir disetiap kawasan.Ia akan memakan umpan tak kira siang ataupun malam.

Gelama Papan adalah spesis yang besar dari gelama biasa.Gelama papan sukakan perumpun, cacing, anak udang dan isi ikan.Ia paling mudah dan senang dipancing diwatu malam disebabkan tabiatnya yang amat aktif di waktu malam.

Gelama tengkerong juga spesis yang besar akan tetapi badannya lebih panjang dari gelama yang lain. Ia amat memilih umpan, biasanya ia lebih sukakan isi ikan, sotong dan anak udang.Ia tergolong diantara ikan yang pandai mencuri umpan. Jika anda tidak arif tentang tabiatnya memakan umpan anda pasti akan terpedaya olehnya.

Gelama yang amat besar saiznya biasanya dipangggil ibu gelama. Gelama tengkerong yang amat besar saiznya kadangkala dikenali juga dengan nama Selampai. Kedua-dua spesis ini boleh mencapai saiz sehingga 4-5 kg beratnya.

No comments:

Post a Comment