Dimensi pancingku.....yeh!

Saya sarankan anda supaya melihat archive di blog saya ini sebelum membaca post2 saya.Mulakan dengan archive yang paling awal sekali, kerana setiap post saya bersambung dari satu tajuk kesatu tajuk yang berkaitan secara turutan. cara ini akan memudahkan anda untuk memahami ilmu memancing ini dengan sebaik mungkin.
Memancing...kegilaan yang total! Hobi yang mengajar kita tentang kesabaran, ketelitian dan ketenangan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Apa sebenarnya yang dicari...apakah ikan idaman yang diburu? Apakah kejuaraan yang dicari atau ianya merupakan satu jalan keluar dalam penyelesaian masalah kehidupan? Semuanya bukan!...sebenarnya apa yang dicari hanyalah sentuhan pertarungan dari si ikan. itulah yang di impikan, diburu dan dicari oleh setiap pemancing. Hakikatnya itulah pemancing, kegilaan yang merasakan panas bahang matahari itu sejuk, lapar dan dahaga itu biasa le!. Tidur hanyalah satu mimpi dan sanggup dilambung angin dan ombak. Tidak pernah merasa jemu biarpun tiada ikan meragut umpan. Gilakan...kan!

Apa yang perlu anda fahami tentang memancing!!

Fahamilah dan kenalilah dulu fungsi sebenarnya peralatan memancing sebelum mulai memancing. Pastikan anda faham dan dapat merasakan yang peralatan memancing anda adalah sebagai sebahagian dari diri anda. Perasaan itu amat penting kerana biasanya ia memudahkan kita untuk mengendalikannya malahan membawa tuah dan memihak kepada kita didalam setiap pertarungan.. Sebenarnya alat memancing direkacipta adalah untuk memudahkan kita bertarung dengan si ikan. Fungsi utamanya adalah untuk melemahkan daya ketahanan ikan. Ramai yang gagal dan kecewa kerana tewas sewaktu bertarung dengan ikan disebabkan kurang memahami peralatan pancing sendiri.Walaupun setiap peralatan mempunyai kelas daya beban dan ketahanannya yang tersendiri namun ianya bukan bererti ia dapat bertahan dengan sendirinya tanpa bantuan peralatan yang lain. Contohnya saperti tali berdaya tahan 20 lb ( 7 kg ) bukan bererti yang ianya mampu mengangkat naik ikan seberat 7kg, tapi sebenarnya mampu menahan daya sentakan dan larian ikan yang mempunyai daya seretan 7kg. Begitu jua dengan peralatan yang lain saperti kili, joran dan daya seretan ( drag ) kekili ( reel ) anda. Adalah tidak betul jika menggabungkan joran bersaiz berat ( heavy) dengan tali 15 lb dan kekili 5/0. Strategi dan teknik yang sebenarnya adalah dengan menggabungkan kekuatan peralatan ini secara total dan bersepadu, maka pertarungan tersebut akan lebih memihak kepada anda. Oleh itu pilihlah peralatan memancing anda dengan seimbang. Keseimbangan amat perlu bagi memastikan ada mempunyai lebih banyak peluang untuk menang. Apa yang sarankan di blog ini adalah sebagai panduan untuk mendapatkan keseimbangan peralatan memancing anda.
Pemancing yang bijak tahu bagaimana untuk menganggabungkan peralatannya untuk mendapatkan keseimbangan yang optimum.

KALENDAR MEMANCING OTAI

Fenomena semulajadi kehidupan laut dipengaruhi oleh peredaran bulan. Peredaran bulan jugalah yang bertanggungjawab keatas perubahan pasang surut air dan kekuatan arus air. Perubahan ini adalah faktor utama yang akan menentukan kejayaan pancingan anda. Tarikh – tarikh yang digunakan dikalendar ini hendaklah dirujuk kepada Kalendar Islam atau Kalendar Cina, disebabkan kedua-dua kalendar ini sajalah yang diatur menurut peredaran dan perubahan fasa bulan. Keunikan kalendar ini ialah ianya tidak akan berubah selagi adanya peredaran bulan. Kalendar ini bersifat sebagai rujukan anda sebelum merancang dan menetapkan trip memancing anda. Ianya telah digunakan dari generasi ke generasi sehingga kini.

Tarikh

Air

Arus

Lokasi memancing / Spesis sasaran

Umpan terbaik

1

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

2

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil& sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

3

Sederhana

Ideal

Tepian pantai/semua spesis

Cacing,umpun,fillet,udang

4

Perlahan

Cantik

Laut dalam / besar& sederhana

hidup,fillet,cacing

5

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

6

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

7

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

8

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

9

Perlahan

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

10

Sederhana

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

11

Sed Besar

Cantik

Baik semua lokasi /semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

12

Sed Besar

Ideal

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

13

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

14

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

15

Sgt besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

16

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

17

Sed Besar

Ideal

Baik semua lokasi/besar& sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

18

Sederhana

Cantik

Baik semua lokasi/besar & sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

19

Perlahan

Cantik

Baik semua lokasi/besar & sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

20

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

21

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

22

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

23

Perlahan

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

24

Sederhana

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

25

Sed Besar

Ideal

Baik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

26

Sed besar

Ideal

Baik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

27

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

28

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil &sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

29

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

30

Sgt besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang






Download link
Kalender memancing otai

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KY3N5Mk5CZ2RXcXM/edit?usp=sharing

Fail Data Umpan Cacing&Perumpun

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KZy10dmRIc211Wlk/edit?usp=sharing

Panduan Umpan Tiruan

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KMzdtT3hmWk15cGM/edit?usp=sharing

Gambar Umpan Tiruan pic

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KZHo3dUdiR2N1Vjg/edit?usp=sharing




etika & kod emas pemancing

Etika dan kod emas pemancing
Pastikan mata kail anda sentiasa tajam.
Pastikan tali pancing anda tiada rekahan atau lipatan.
Pastikan kili (swivel) anda berfungsi dan berpusing dengan baik.
Pastikan setiap simpulan dibasahi dengan air sebelum anda menarik untuk mengetatkannya.
Pastikan joran dan kekili anda sentiasa didalam keadaan baik, basuh dengan air bersih setiap kali habis memancing. Servis dan bubuh gris setiap 3 bulan sekali.
Pastikan beg memancing anda mengandungi alatan wajib @ mata kail, kili (swivel ), ladung , tali perambut, pisau serbaguna , plier, lampu suloh, pembuka mata kail ( dimulut ikan ) batu pengasah kecil, gunting kecil dan pemetik api ( lighter ).
Pastikan umpan anda samada hidup atau mati sesuai dengan spesis yang di cari.
Buat catatan masa, tarikh, tempat dan umpan yang digunakan sekiranya anda mendapat ikan yang besar. Maklumat ini amat penting untuk memancing dimasa hadapan.
Fahamilah analogi peredaran bulan, matahari, pasang surut air dan perubahan air besar ke air mati.
Fahamilah hubungkait habitat umpan dan ikan pemangsa.
Fahamilah dan jagalah peralatan memancing anda dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah talian hayat diantara anda dan si ikan.
Buat tinjauan dan dapatkan informasi sebaik mungkin dari penduduk tempatan sebelum memancing ditempat yang belum diterokai.
Amalkan sikap tangkap & lepas ( catch & release ) sekiranya anda tidak memerlukan ikan tersebut...terutamanya ikan kecil. Jangan jadikan mereka spesies yang terancam.
Pastikan perairan dan kawasan memancing bersih. Kekalkan kehijauan alam semulajadi.
SELAMAT MEMANCING!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, December 20, 2013

rigging @ perambut 2

Sebelum ini saya telah membincangkan tentang faktor2 yg perlu untuk membuat perambut & rigging yg baik. Berikut adalah kesenimbungan nya...terutamanya penggunaan mata kail bagi memastikan hook up sempurna. Mata kail hendaklah diletakkan ditempat yg tepat pada umpan supaya hook up anda melekat dimulut ikan pemangsa. Faktor2 berikut perlu di ambil kira :- 1) Persembahan umpan anda samada dasar@bottom, hanyut@drift, unjun@jig ataupun casting/trolling. Biasanya umpan organik yg bukan tiruan memang dipersembahkan dalam keadaan semulajadinya.2) Untuk pemangsa yg menyambar saperti tenggiri, alu2@barracuda dan yg sepertinya...mata kail hendaklah disusun tiga serangkai pada umpan...biasanya di kepala, ditengah dan diekor umpan. Ini disebabkan kepantasan ikan jenis ini dan ditambah pula dgn ketajaman gigi boleh mengoyakkan umpan dengan meninggalkan kepala dan ekor tanpa diusik disebabkan sasaran nya ialah dibahagian tengah badan. 3) Untuk pemangsa yang kaedah makannya terus menelan saperti kerapu, pari dan spesis bottom/dasar biasanya mata kail dua serangkai sudah memadai akan tetapi mata dibahagian kepala umpan hendaklah dipasang dgn tepat dan kuat...disebabkan ikan jenis ini akan menelan umpan kepala dahulu. 3) Untuk ikan yg suka menggongong umpan, melarikan umpan kemudian baru menelannya saperti jenahak,gt dan sejenis dgnnya mata dua serangkai juga harus digunakan dgn memberikan penekanan kepada kepala dan ekor umpan...begitu juga dgn panjang perambut perlu diambil kira supaya tidak ada rintangan yang membuatkan umpan diluahkan kembali.

Tuesday, December 17, 2013

Strategi pancingan kesan2 lokasi.

Berdasarkan kepada tinggalan/kesan lokasi pemburuan strategi memancing boleh lah diatur 'on the spot'. Jarak dan zon labuhan umpan juga boleh dikenalpasti. Sisa2 umpan juga dpt memberikan info tentang umpan favourite di lokasi tersebut. Biasanya pilihan terbaik adalah di kawasan arus yg bergerak perlahan, gelap menakutkan, air berpusar, berbatu di tengah air, tebing bertanjung.... dan redup di lindungi pokok yg berdaun rendang. Tanda2 dan kesan2 inilah yg perlu anda perhatikan dan pastikan sebelum anda mula memancing. Seperkara lagi pastikan tempat anda memancing terselindung dari cahaya matahari yang boleh menyebabkan bayangan anda kejihatan didalam air kerana ini biasanya akan menyebabkan ikan tidak mahu mendekati kawasan pancingan biarpun air sudah mulai tinggi/pasang.

Mengenal pasti lokasi pemburuan.

Lokasi tempat memancing dapat memberikan anda banyak info tentang haluan labuhan umpan anda. Perkara2 berikut jika diamati betul2 dapat memberikan gambaran lokasi fovourite tempat labuhan umpan. 1) Tinggalan2 pemancing yg biasa disitu saperti pancang kayu tempat letak rod, jejak2 yg ditinggalkan saperti kesan2 tapak kaki dan sisa2 umpan. 2)Ketinggian maksima air pasang dapat dilihat pada kesan batu2 atau pun tebing. 3)Rentak arus air jika perlahan tempat itu cetek, jika perlahan tempat itu dalam. 4) Warna air jika terang dan jernih tempat itu cetek, jika gelap menakutkan tempat itu dalam. 5)Tebing landai atau curam/ berbatu tinggi atau rendah.6) Batu ditengah air 7) Pusaran arus air membawa ketengah atau ketepi. 8) Berkuala atau tidak. 9 ) Ada aliran air/sungai kecil.10) Kawasan yg redup dilindungi pohon2 berdaun rendang. Faktor2 ini sebenarnya dapat memberikan kita rupa bentuk kawasan pemburuan spesis yg dicari dan juga dapat memberikan kita kawasan favourite spot pemancing2 yg biasa kesitu.

Thursday, December 12, 2013

Cara terbaik menyimpan cacing laut anda

Caing laut/pasir biasanya mudah mati jika terkena panas, pasirnya menjadi kering dan terkena air tawar. Apabila cacing ini mati ianya mudah mereput dan mengeluarkan bau yg sangat busuk dan tidak boleh digunakan lagi. Biasanya bagi pemancing yang ingin menduga spesis saperti bolos cacing adalah umpan terbaik. Akan tetapi jumlah umpan cacing yang diperlukan sangat banyak dan ini akan menyukarkan untuk menyimpannya. Biasanya saya akan membahagi dua cacing2 tersebut. Satu bahagian saya simpan didalam tupperware dgn menggantungnya ditempat yg sejuk dan ditutupi dgn tuala yang dibasahi dgn air laut. Satu bahagian lagi saya keluarkan semua cacing, saya basuh dgn air laut untuk mengeluarkan semua pasir. Setelah itu saya gaulkan cacing tersebut dgn garam halus.Tindak balas garam keatas cacing tersebut akan menyebabkan cacing itu mati akan tetapi daging nya menjadi sangat liat dan kental. Menggunakan umpan cacing mati yg liat dan kental ini dapat mengurangkan risiko umpan anda habis cepat akibat dicuri oleh anak2 ikan kecil.

Cara terbaik umpan fillet.

umpan fillet atau isi ikan adalah umpan alternatif terbaik apabila umpan hidup anda telah mati/hampir mati. Umpan fillet tidak boleh dibuang sisiknya, kerana sisik ini memainkan peranan yang penting sebagai kilatan untuk menarik ikan pemangsa selain dari bau hanyir darah umpan fillet anda. Umpan fillet boleh di potong 3 cara. 1) Potongan isi sahaja. 2) Potongan katam - keratan isi lebih kurang 2-3 cm lebar. 3) Potongan katam menyerong biasanya di bahagian kepala dan ekor ikan bagi memberikan penampilan saperti ikan kecil sedang berenang. Walau bagaimana cuba lah pastikan umpan fillet anda boleh kelihatan bergerak2 dibawa arus, mempunyai kilatan dan kilauan dari sisik, mempunyai bau hanyir darah.

Cara menyimpan umpan sotong mati

Umpan sotong hidup memang sukar untuk didapati . Alternatifnya ialah sotong mati yang dibeli dari pasar borong atau nelayan tempatan. Sotong mati hendaklah segar dan masih mempunyai cahaya flourescent apabila didedahkan pada cahaya, dan bersinar didalam gelap. Cara terbaik untuk menyimpan sotong didalam peti sejuk sebagai persediaan memancing keesokan harinya adalah saperti berikut:- Gunakan tupperware empat segi sebagai bekasnya. Susun sotong satu barisan tanpa bertindih diantara satu sama lain. Kemudian letakan kertas basah/tisu basah/plastik diatasnya. Kemudian susun sotong di atasnya. Letak lagi kertas basah/tisu basah/plastik diatasnya, kemudian susun lagi sotong diatasnya. Begitulah lapisan demi lapisan. Biasanya satu tupperware boleh muat 3 lapisan sotong.Masukkan dalam peti sejuk anda. Cara susunan begini dapat memastikan sotong tidak kehilangan warna flourescent nya, terpelihara kesegarannya dan tidak mudah rosak.

Wednesday, December 4, 2013

Rigging @ Perambut

Perambut @ rigging merupakan faktor penentu keberkesanan persembahan umpan. Setiap jenis umpan memerlukan corak perambut yg berlainan. Begitu juga setiap ikan pemangsa yang diburu memerlukan bentuk perambut yang berlainan juga. Begitu juga jika menggunakan umpan tiruan untuk casting, surfing, popping atau jigging memerlukan corak perambut yang berlainan juga. Faktor2 berikut perlu diambil kira jika ingin membuat perambut atau rig yang sempurna. 1) Kenal pasti spesis sasaran anda, terutamanya corak dia memburu dan memakan umpan. Adakah ianya memburu didasar, separuh air atau dipermukaan air. 2) Kenal pasti umpan anda, hidup atau mati, fillet atau katam..dan bagaimana untuk mempersembahkannya dgn sempurna dan menggiurkan. 3) Kenal pasti PE atau aksi rod/joran anda...juga panjangnya...kerana kelembutan dan lenturan rod memainkan peranan yang penting dalam persembahan umpan, terutamanya untuk umpan tiruan. 4) Kenal pasti jenis ladung/pemberat yang hendak digunakan...supaya tidak menakutkan ikan yang pemalu ketika melarikan umpan. 5) Kenal pasti kekuatan daya seretan ( drag ) tali yang anda gunakan samada ianya mono atau sulam ( braided...supaya anda tahu kekuatan anjalannya. Membuat rig/perambut yang sempurna perlukan pengetahuan tentang faktor2 diatas supaya keseimbangan dapat dicapai terutamanya ketika pertarungan. Jika semuanya seimbang pertarungan akan jadi mudah biarpun ada masanya sangat meletihkan. Jika kita dapat menyeimbangkan rig dgn sempurna kita akan dapat mengetahui apa yang akan berlaku dan bagaimana untuk mengelak atau mengekalkan pertarungan supaya kemenangan berpihak kepada kita. Dalam ebook pertama saya perkara ini dikupas dgn detail siap dgn gambarajah dan cara untuk membuat rig yang seimbang dgn anda.Dapatkan nya pm saya 014 9488972.

Tuesday, December 3, 2013

Pertanyaan tentang Kerapu

Saya juga menerima banyak pertanyaan tentang kerapu. Jadi kita kongsi jawapan saya ini bersama2. Kerapu adalah spesis yang makan hampir apa saja tanpa mengira samada umpan itu hidup atau mati. Ia juga sukakan sesuatu yang berkilat didalam air. Kerapu lebih peka pada pergerakan dan kilatan umpan berbanding bau. Untuk itu jika anda memancing kerapu menggunakan isi ikan jangan dibuang sisiknya, kerana ini akan membantu umpan anda berkilat2. Satu lagi perkara ialah kerapu juga sukakan umpan yang mencabar saperti anak ikan duri,udang bemban ( sepitnya saperti udang galah suka duduk bawah batu ), udang lipan dan ketam. Sebenarnya untuk menyediakan umpan untuk kerapu adalah mudah, yang susah ialah untuk mengenal pasti sarangnya dan kawasan pemburuannya. Kerapu hanya memburu dikawasan sekeliling sarangnya. Ia tidak akan pergi jauh dari sarangnya. Strateginya ialah dgn menghendap mangsa di sekeliling sarangnya dan memburu bila mendapat peluang. Biasanya sarang kerapu adalah dikawasan berbatu karang, bertukun, di tiang2 jambatan dan kapal tenggelam. Ini menyukarkan kita untuk memburunya disebabkan halangan2 yang boleh memutuskan tali pancing. Saperti biasa perambut terbaiknya ialah didalam ebook edisi kedua.Corak air terbaik ialah pada air mula menyorong dan mengurang....iaitu pada 9,10 & 11 fasa pertama dan 22,23 & 24 fasa kedua kalendar melayu/cina.

Pertanyaan tentang Senangin

Baru2 seorang pemancing pm saya bertanyakan perihal bagaimana untuk memancing senangin. Berikut adalah jawapan saya kepadanya dan bolehlah saya rasakan untuk anda kongsikan bersama. Senangin adalah spesis yang pemalu, sukar di agak corak pemburuannya. Jika anda memancing ditengah laut ikan2 pelagik saperti tamban, bilis, anak2 gelama, selar dan pelata adalah umpan2 yang baik untuk memburunya. Ada masanya senangin sukakan umpan hidup dan ada masanya ia amat sukakan umpan dalam bentuk fillet/isi ikan. Jika anda memancing tebing/pantai udang hidup dan isi belanak adalah umpan favourite nya. Corak air ialah pada air mulai menyorong. Untuk memburu senangin adalah ketika arus sudah mulai bergerak laju iaitu pd 10, 11, 12 & 13 pd fasa pertama dan 24, 25, 26 & 27 fasa kedua kalendar melayu/cina. Warna Air mesti keruh jika hendak memburu senangin. Jika air jernih umpan anda akan lebih banyak di sambut oleh talang atau gerepuh/GT. Untuk perambut/RIG terbaik senangin saya akan masukan dalam ebook kedua saya nanti.

Saturday, November 30, 2013

Umpan idaman spesis pemangsa.

Ada satu fakta yang saya rasa perlu diketahui oleh setiap pemancing jika anda ingin memburu spesis yang di idam2 kan. Antaranya ialah corak pemilihan umpan yang dipersembahkan. Biasanya kita hanya menggunakan umpan yang sudah popular dan terkenal dikalangan dunia memancing. Akan tetapi ada satu perkara yang biasanya membuat sesetengah spesis ikan pemangsa itu benar2 gila untuk memakan umpan yang dipersembahkan. Sebagai contoh :- Kerapu adalah spesis pemangsa yang ganas dan mahal di pasaran, tahukah anda yang kerapu amat sukakan umpan yang berbisa dan berduri saperti udang lipan, ketam dan anak ikan duri. Malahan spesis kertang ( kerapu gergasi ) amat sukakan ketuka atau anak pari sebagai diet utamanya. Contoh kedua :- Sembilang lebih sukakan mentarang dan umang2 dari umpan2 yang lain disbbkan mungkin kerana umpan ini sukar diburu. Kita harus tahu bahawa ikan spesis pemangsa ini mempunyai umpan idaman nya sendiri....dan jika kita berupaya untuk mempersembahkannya, maka berbaloi lah pemburuan kita. Saya sudah banyak kali melalui situasi begini....kisah benar saya sewaktu memancing siakap besar, semua umpan telah digunakan udang hidup, belanak hidup, bolos hidup namun ianya sia-sia sedangkan lokasi dan corak air memang sangat sesuai untuk memburunya. Akhir nya saya menggunakan sejenis ikan saperti ikan guppy yang banyak bermain dicelah2 batu. Saya tak perlu menunggu lama, siakap menyambut umpan saya...berbaloi 3 kg! Begitu juga keadaannya dibawah Penang Bridge saya mempunyai akses umpan tamban hidup, bilis hidup dan seriding hidup yaqng banyak, namun setiap umpan tidak bersambut. Akhirnya saya menggunakan umpan anak selar kuning hidup....hasilnya 7 kg siakap berjaya dinaikkan. Jadi moral yang harus dipelajari disini ialah jika umpan yang anda persembahkan tidak disambut, carilah umpan yang lain walaupun umpan tersebut bukan didalam kategori yang popular didunia pancing. Cuba lah setiap umpan yang boleh anda dapati.

Friday, November 29, 2013

Faktor keberkesanan umpan anda.

Ada 3 faktor yang amat penting yang mempengaruhi corak strategi pemburuan ikan pemangsa dan strategi mangsa untuk menyelamatkan diri. Faktor2 ini digunakan oleh kedua spesis samada pemangsa sewaktu memburu mangsa ataupun mangsa untuk menyelamatkan diri dari menjadi mangsa. 1) Warna air - warna air yang keruh adalah warna yang paling ideal untuk kedua2 spesis samada pemangsa atau mangsa. Kekeruhan air memberikan kelebihan kepada kedua2 spesis. Fakta inilah yang membuatkan mengapa ikan2 lebih galak untuk memburu dan memakan umpan. 2) Kedalaman air- kedalaman air juga memberikan banyak kelebihan kepada kedua2 spesis disebabkan pemangsa sukar untuk memburu di air yang cetek dan mangsa pula lebih selesa dizon cetek.Fakta inilah yang menyebabkan pemangsa lebih suka menghendap mangsa di kawasan pertemuan diantara air yang cetek dan air yang dalam saperti jurang atau lubang didasar. 3) Tempat persembunyian - fakta ini juga memainkan peranan yang sangat penting kepada kedua2 spesis. Kepandaian menyembunyikan diri samada untuk memburu atau menyelamatkan diri adalah survival untuk hidup. Untuk itu sebelum melabuhkan umpan anda pertimbangankan lah faktor ini kerana kita memburu spesis pemangsa, jadi cara yang terbaik adalah dengan mempersembahkan umpan sebagai mangsa.

Sunday, November 24, 2013

Strategi sambaran& hendapan ikan pemangsa.

Hakikat semulajadi ikan besar memakan ikan kecil,untuk memburu ikan kecil, ikan besar perlu ada strategi dan kawasan pemburuan yang memberikan mereka kemudahan dan kelebihan. Cara yang terbaik biasanya adalah dengan menyembunyikan diri, menghendap dan menyambar dengan pantas. Sambaran pantas bererti menangkap makanan dan melarikannya sejauh mungkin. Sambaran memerlukan kelajuan dan ketepatan, saperti barracuda dan tenggiri. Biasanya ikan pemangsa mengmbil masa larian yang agak lama/jauh sebelum menelan makanan yag dilarikan saperti jenahak, siakap, gt dan pari. Fakta ini benar bagi hampir kesemua ikan pemangsa yang besar. Fenomena ini dipanggil menggonggong umpan bagi melarikan diri dari rebutan pemangsa yang lain. Berasaskan kepada fakta inilah mengapa kebanyakan pemancing baru dan kurang pengalaman sentiasa terlepas atau tewas kepada ikan2 besar.Apabila ikan pemangsa memakan umpan jangan terus disentak, sebaliknya kita semestinya memberikan peluang untuk pemangsa melarikan umpan kita dalam tempuh biasanya dalam 45 - 60 saat sudah memadai. Apabila peluang ini diberikan, ikan pemangsa akan mempunyai masa untuk menelan umpan dan ini akan menyebabkan mata kail anda terlekat dengan baik. Seperkara lagi yang perlu kita ketahui ikan yang makan menyambar saperti barracuda dan tenggiri mempunyai tabiat mensasarkan serangannya dibahagian tengah badan umpan ikan anda. Disebabkan inilah mengapa biasanya kebanyakan pemancing suka menggunakan 3 mata kail serangkai, dengan satu mata kail dikawasan tengah umpan.

Saturday, November 23, 2013

Cara mencangkuk umpan mati

Umpan mati adalah umpan yang paling mudah untuk didapati. Ianya boleh dibeli dipasar2 dan boleh disimpan didalam peti sejuk. Ada tiga cara terbaik untuk menggunakan umpan mati. Umpan mati sebaik-baiknya hendaklah segar ,berdarah dan berlendir. Ada sesetengah spesis pula sukakan umpan yang sudah membusuk saperti kebanyakan spesis bottom dwellers baik di air masin atau di air tawar. 1) Umpan mati hendaklah dipersembahkan dalam bentuk yang sebaik-baiknya, ianya hendaklah dibentuk dan dicangkuk kepada mata kail supaya ianya kelihatan hidup bila dialun arus. 2) Umpan ikan mati/sotong mati boleh di hiris ( fillet ), dipotong katam, dan digunakan seekor2 asalkan ianya dipersembahkan dalam bentuk yang terbaik. Jika ianya masih berlendir/berdarah ianya lebih menggiurkan dan menggamit ikan pemangsa.Sotong sebaik-baiknya hendaklah masih mempunyai warna flourescent dibadannya. cara melihat warna flourescent ini adalah dengan menyuluh sotong sekejap. Tutup lampu dan lihat sotong didalam gelap, jika ianya mengeluarkan cahaya maka ianya cukup baik. 3) Udang mati hendaklah digunakan seekor2 dan dicangkuk sepenuhnya bermula dari ekor dan tembus hingga kekepala. Jika perlu dipotong, buangkan kulinya dulu, katamlah isinya sepenuh mata kail anda. Umpan udang mati adalah lebih baik digunakan tanpa kulit. Umpan udang mati boleh di 'improvise' untuk menjadi umpan tiruan yang efektif.Caranya ialah dengan membuang kepala dan kulitnya.Masukan mata kail dengan teliti dan cermat dari ekor hingga keleher yang tiada kepalanya. Ianya apabila ditarik didalam air, akan membentuk gaya umpan tiruan saperti spinner. Biasanya ianya digunakan di kolam2 berbayar.

Cara mencangkuk umpan udang galah

Udang galah merupakan pemangsa yang amat sensitif disebabkan cara ia memakan umpan adalah dengan menggunakan sepit/kepitnya sebelum memasukkannya kedalam mulut untuk dimamah. Jika diperhatikan kepada gigi udang galah, giginya sememangnya dibuat untuk memamah makanan sedikit demi sedikit, bukannya untuk menyambar atau menelan. Untuk itu cara mencangkuk umpan untuk udang galah adalah lebih kepada kemahiran untuk menyembunyikan mata kail didalam umpan. Hanya hujung mata kail yang tajam itu saja yang perlu keluar sedikit supaya ianya dapat melekat pada mulut udang. 1) Umpan cacing dan perumpun hendaklah dipasang pada mata kail sepenuhnya sehingga menyembunyikan mata kail. Cuma biarkan hujung mata kail yang tajam itu saja terdedah supaya ianya mudah melekat dimulut udang. 2) Jika menggunakan umpan ikan / isi ikan atau udang beras cangkukkan dari ekor tembus ke kepala. Pastikan mata ikan/udang kelihatan dengan jelas kerana ini akan menarik udang2 galah yang besar. Hujung mata kail yang tajam itu masih perlu terdedah supaya ianya mudah melekat dimulut udang. Sebenarnya mencangkuk umpan untuk udang galah mudah sahaja, cuma yang sukar adalah untuk menentukan masa ( timing ) umpan sudah berada dimulut udang dan boleh disentak. Kemahiran ini hanya boleh dipelajari melalui pengalaman saja. Udang galah adalah spesis pemangsa yang tidak mempunyai corak memakan umpan yang seragam. Ada masanya ganas, ada masanya diam dan ada masanya tidak ada gerakan langsung pada joran, ada masanya menarik saperti ikan dan ada masanya lemah lembut. Pengamatan cara memakan umpan inilah yang memerlukan pengalaman...tidak boleh dipelajari melalui buku ataupun mulut orang sahaja. Untuk itu ceburi dunia memancing udang galah, anda pasti gila dengan henjutannya.

Cara mencangkuk umpan ikan hidup

Ada 5 cara terbaik mencangkuk umpan ikan hidup. Ikan saperti bolos,tamban, belanak, seriding, selar, pelata, temenung, kembung, gelama dan ikan2 pelagik yang lain merupakan umpan2 ikan yang terbaik.Cara mencangkuk ikan2 umpan ini bergantung kepada pergerakan arus disebabkan ikan2 pelagik ada yang bermain di dasar, dipertengahan air dan dipermukaan air. 1) Cara mencangkuk dimulut ikan dimulai dari bawah dagu tembus keatas dipertengahan hidungnya. Jangan terkena otaknya kerana ini akan memudahkan ianya mati. Ini adalah cara terbaik kalau menggunakan umpan bolos. Cara ini juga biasanya amat baik untuk mengumpan ikan2 pemangsa yang bermain didasar dan dikawasan pergerakan arus nya deras. 2) Cara mencangkuk pada kulit nipis diatas bahagian kepala bermula dari bahagian sebelah ekor tembus menghadap kemulut. Duri mata kail menghadap kebahagian mulut. Cara ini amat berkesan untuk ikan yang bermain dipermukaan air dan dipertengahan air. Biasanya cara ini adalah untuk mengumpan ikan pemangsa yang memburu dikawasan pergerakan arusnya deras. 3) Cara mencangkuk pada kulit nipis dibahagian kepala juga tapi dari kiri tembus kekanan atau kanan kekiri, dekat dengan matanya. Biasanya cara ini dgunakan untuk mengumpan pemangsa yang memburu didasar atau separuh air. Cara ini amat baik untuk digunakan sewaktu air mati atau perlahan disebabkan tabiat ikan yang suka melarikan diri kekiri atau kekanan apabila terasa diri diancam. 4) Cara mencangkuk dibahagian bawah badannya dekat dengan ekornya. Cara ini biasanya digunakan pada waktu air mati dan arus perlahan. Ianya digunakan untuk mengumpan pemangsa yang memburu dikawasan pertengahan dan permukaan air. 5)Cara mencangkuk betul2 disirip atas samada kiri kekanan atau kana kekiri saperti dalam cara tiga. Biasanya ini digunakan pada waktu air bergerak deras dan perlahan. Cara yang sangat baik bila menggunakan pelampung. Seperkara yang perlu anda ketahui cara ini hanya memberikan kesan yang efektif bila anda menggunakan perambut mata kail yang panjang ataupun perambut otai ( info nya dalam ebook kitab pemancing edisi pertama ).

Friday, November 22, 2013

Cara mencangkuk udang hidup

Ada 4 cara terbaik untuk mencangkuk udang hidup dgn betul. Cara ini membolehkan udang akan sentiasa hidup dan bergerak-gerak tanpa stress. 1) Cangkuk mata kail anda dari bawah badan membawa keatas di bahagian ekor udang.Tempat yang baik ialah disegmen pertama atau kedua udang tersebut. Untuk mencangkuk udang hidup cara ini perambut mata kailnya mestilah panjang supaya udang mudah bergerak-gerak tanpa stress. 2) Dibahagian tanduk udang iaitu diantara kedua-dua mata udang. Cangkuklah mata kail dari bawah dagu udang tembus membawa keatas. Pastikan mata kail tidak tercucuk otaknya yang bila diperhatikan dikepalanya, otaknya berdenyut2. Cara ini boleh digunakan untuk perambut mata kail yang pendek atau panjang. Mencangkuk udang dibahagian kepala ini akan membuatkan udang hidup, akan tetapi ianya tidak seaktif cara pertama. Sebaliknya ikan lebih kelihatan seolah dalam kesakitan. 3) Mencangkuk umpan dibahagian pipi udang. Cara ini memerlukan ketelitian, kerana jika tersilap udang akan mati. Cara ini adalah yang terbaik dan amat berkesan jika anda menggunakan pelampung dan tanduk/ranggoon untuk memancing dikawasan yang mempunyai pemangsa yang besar2. 4) Menggunakan benang halus untuk mengikat tengkuk udang dan mencangkuk mata kail dibenang tersebut. Tali hendaklah dbuat simpulan agar dapat mengetatkan mata kail yang dicangkuk. Gambarajah cara mencangkuk udang hidup ini akan saya berikan percuma jika anda membeli ebook pertama saya. Kepada mereka yang telah membeli ebook pertama saya, saya akan emelkan download link gambarajah tersebut dalam masa terdekat.

Naluri senjata utama Otai pancing

Pemancing2 hebat saperti otai2 lama mempunyai naluri yang cukup baik dalam menentukan lokasi mwmancing.. Naluri ini merupakan deria keenam mereka untuk mencari lokasi dan kawasan pancingan mereka. Biarpun kawasan yang dituju memang cukup baik akan tetapi ada masanya naluri mereka menyatakan yang ianya tidak baik pada hari ini maka mereka berubah lokasi.Naluri ini jugalah yang menentukan spesis apa yang boleh diburu disitu. Asas naluri adalah percaya kepada bisikan hati sendiri. Setiap manusia mempunyai naluri yang menyatakan perkara yang benar dihatinya, cuma manusia itu sendiri enggan mempercayainya dan menolaknya. Akibatnya naluri ini biarpun ada tapi sentiasa dilupakan, malah dianggap sebagai sesuatu yang tidak ujud. Sebagai contoh apabila kita keluar memancing, sebaik saja kita ingin melabuhkan umpan, hati akan berkata labuhkan disini, sini tempat yang baik. Akan tetapi kita tidak mempercayai malah tidak memperdulikan bisikan hati tersebut sebaliknya kita lebih mempercayai apa yang kita lihat bersandarkan logiknya akal. Naluri adalah bisikan hati yang suci yang datangnya dari rahmat Illahi. Ia adalah perkara pertama yang kita ketahui sebelum tindakan akal bermula. Jika anda mengikuti otai2 pancing yang hebat anda akan dapati banyak perkara yang mereka lakukan menyalahi hukum logik akal anda. Akan tetapi hasilnya memang hebat. Inilah yang dipanggil naluri dan inilah kelebihan mereka.Mereka amat mempercayai naluri mereka didalam hidup, bukan setakat memancing sahaja, malahan dalam setiap sudut kehidupan mereka. Kerana mereka amat percaya yang rezeki itu dari Allah dan Allah memberikan petunjukNya melalui naluri. Jadi belajarlah untuk mempercayai naluri anda, jangan berasa was-was dalam memancing. Percaya dan ikutlah kata hati anda...ketepikanlah soal logik dan akal, insyaAllah anda akan mendapat rahmat Illahi.

Thursday, November 21, 2013

Pengaruh bulan keatas pasang surut air

Bulan adalah lebih dekat dgn bumi berbanding matahari, oleh itu tarikan graviti bulan adalah lebih kuat keatas bumi berbanding matahari. Tarikan graviti ini lah yang menentukan pasang surut air. Bulan juga terbit disebelah timur dan tenggelam dibarat. Namun pada siang hari bulan tidak kelihatan disebabkan cahaya matahari yang lebih terang. Pergerakan dan rupa bentuk bulan merupakan salah satu cara untuk menentukan kedudukan dan pergerakan air. RUPA BENTUK BULAN .Jika bulan berbentuk sabit itu menandakan air mati, jika bulan setengah penuh itu menunjukan permulaan air bergerak dan jika bulan sudah penuh itu menandakan air sudah mulai besar. PERGERAKAN BULAN. Jika bulan kelihatan mulai terbit di ufuk timur itu menandakan air mulai pasang, Jika bulan kelihatan terpacak diatas kepala itu menunjukan air sudah pasang penuh dan jika bulan sudah kelihatan turun diufuk barat itu menandakan air sudah mulai surut. Bulan dapat dilihat dari mana sahaja.Bulan adalah petunjuk kedudukan air yang terbaik untuk pemancing.Jika anda sentiasa mengikuti peredaran bulan maka anda akan lebih tahu tentang corak pergerakan air dan corak ini pula dapat memberikan kita info tentang spesis yang keluar memburu. Seperkara lagi waktu bulan mengambang penuh merupakan waktu aktiviti yang paling aktif bagi dunia akuatik, akan tetapi masa itu hanya sekejap saja iaitu sewatu air mulai bergerak surut. Pada waktu ini semua terumbu karang mulai membiak dan mengeluarkan telur untuk persenyawaan. Fenomena ini menyebabkan semua spesis yang lain keluar memburu mengikut rantaian makanan masing-masing.

Pakaian pemancing

Pakaian memainkan peranan yang cukup penting ketika anda keluar untuk memancing. Ramai pemancing yang tidak ambil kisah tentang pakaian ketika memancing. Faktor2 berikut perlu diberi perhatian dalam berpakaian disebabkan ianya melibatkan bahaya terhadap diri anda sendiri. 1) Pakailah pakaian yang dapat menutupi seluruh kulit anda. Penutup muka adalah optional. Pakaian yang baik dapat membantu mengurangkan risiko 'sunburn' disiang hari dan kesejukan di malam hari. Ianya juga dapat menghindari gigitan serangga berbisa. 2) Pakailah pakaian yang dapat menyembunyikan diri anda dari penglihatan ikan. 3) Warna putih adalah amat baik disiang hari sekiranya anda ditengah lautan ataupun dipesisiran pantai. 4) Jika dikawasan yang latarbelakangnya hutan dan pokok2 yang kehijuauan, warna hijau ataupun celoreng adalah yang terbaik. 5)Jika dikawasan yang berbatu2 besar warna hitam adalah yang terbaik. 6)Diwaktu malam warna yang terbaik adalah hitam atau biru. 7)Pakaian yang dapat menyembunyikan diri anda adalah amat baik untuk kegunaan mengendap lokasi dan lubuk ikan. Ianya juga amat baik ketika menjala untuk mencari umpan. 8)Pakailah pakaian yang longgar dan mudah untuk bergerak, tidak mudah koyak dan sebaik2nya kalis cuaca. 9)Topi atau pelindung kepala juga amat perlu bagi melindungi kepala anda dari panas matahari, hujan dan embun. Faktor melindungi kepala ini amat penting disebabkan ianya boleh menjadikan kesihatan terjejas. 10) Pakailah kasut yang dapat menutupi keseluruhan kaki anda. Kasut hendaklah dapat mencengkam dgn baik dikawasan berbatu licin. Kasut yang baik dapat mengelakan anda dari kecederaan dan mengelakkan anda dari sengatan binatang berbisa. 11) Sarung tangan adalah optional akan tetapi jika anda memancing spesis yang besar dan menggunakan braided line, sarung tangan dapat memudahkan anda malah dapat memelihara tangan anda dari kecederaan. 12) Cermin mata hitam/polaroid sunglass dapat memelihara mata anda dari terdedah kepada silauan dan kepanasan cahaya matahari. 13) Biasakan memakai talipinggang, kerana talipainggang boleh dijadikan tali penyelamat didalam keadaan terdesak. 14) Yang paling penting bawa lah pelampung kecil/plastik beg yang tebal dan kuat didalam kocek anda.Benda2 ini dapat menyelamatkan nyawa anda bila keadaan terdesak.

Wednesday, November 20, 2013

Pancingan yang membawa padah

Banyak perkara yang boleh membawa padah yang tidak baik kepada pemancing2. Namun ramai pemancing yang samada tidak sedar ataupun tidak mahu mengambil iktibar diatas perbuatan mereka. Ingatlah ikan juga makhluk Allah, hormatilah ia dan bebaskanlah ia seandainya kita tidak memerlukannya...barulah hidup kita mendapat restu dan berkat Illahi. 1) Jika terpancing ikan yang tidak diingini saperti buntal/belukang, lepaskan lah ianya baik-baik jangan disiksa dengan menghempasnya dibatu ataupun membiarkannya terlantar mati didaratan. 2) Jika masih ada umpan lebihan setelah habis memancing lepaskan lah baik2 kedalam air supaya ia terus hidup. 3) Jangan menyiksa ikan saperti mengikatnya pada pelampung styrofoam dan dibiarkan berenang kehulu kehilir hanya untuk keseronokan. 4) Mohon izin keluarga sebelum keluar memancing. Sekurang2 nya mereka tahu kemana arah tuju anda dan akan berdoa untuk anda. 5)Berkongsilah rezeki anda dengan pemancing yang lain...supaya anda tidak menjadi pemancing yang selalu kumpau. 6)Rezeki yang diberi Allah hendaklah disyukuri. Jangan tamak dan jangan kedekut.

Mata kail steel VS high carbon steel

Kedua-dua mata kail mempunyai kelebihan dan kelemahannya masing. Kebanyakan mata kail moden dibuat dari kedua2 jenis logam ini iaitu steel ( keluli ) dan high carbon steel ( keluli karbon tinggi ). Faktor2 berikut perlulah diambil kira apabila memilih jenis mata kail anda. 1) Steel lebih kuat berbanding high carbon steel. 2) Steel boleh lentur, high carbon steel tidak mudah lentur malahan mudah patah. 3) Steel lebih mahal berbanding high carbon steel. 4) Walaupun kedua-dua mata boleh diasah akan tetapi high carbon steel akan menjadi lebih tajam berbanding steel. 5) High carbon steel lebih ringan berbanding steel, dan ini dapat mengurangkan stress umpan hidup. 6) High carbon steel mempunyai pelbagai jenis dan bentuk, berbanding steel. 7) High carbon steel oleh kerana warnanya lebih gelap, ianya lebih senang disembunyikan bersama umpan. Berbanding steel yang lebih berkilat.Ada masanya kilatan steel menakutkan ikan. Oleh itu terpulanglah pada anda untuk memilih mata kail anda.Saya lebih menyukai high carbon steel berbanding steel disebabkan ketajamannya, kepelbagaian bentuk, murah dan ringan.

Tali monofilament VS braided ( tali sulam )

Kedua-dua tali mempunyai kelebihan dan kelemahannya masing2. Faktor2 berikut hendaklah diambil kira dengan sebaik-baiknya didalam pemilihan tali. Namun perlu anda ketahui yang tali braided harganya adalah lebih mahal dari tali monofilament. Monofilament teknologi terkini adalah lebih anjal, lebih tahan geseran, lembut tidak mudah patah malahan diameternya lebih kecil untuk daya seretan yang tinggi. Tali braided teknologi terkini pula bukanya lagi disulam dari tujuh jenis benang, malahan lebih dari itu. Diameternya juga sudah kecil, lebih ringan, tidak boleh patah ,lebih tahan daya geseran dan mempunyai daya tahan seretan yang tinggi untuk diamater yang paling kecil. 1) Monofilament lebih anjal berbanding braided. Monofilament lebih baik untuk menyerap sentakan yang mengejut berbanding braided. 2) Monofilament lebih cepat menghindarkan haba berbanding braided.Tali braided lebih cepat panas jika diasak larian ikan pemangsa. Kepanasan ini boleh merosakan mekanisma susun atur reel anda. 3) Braided lebih kuat berbanding monofilament. Daya seretan braided sangat tinggi. 4) Monofilament akan putus apabila ianya mencapai tahap maksimum keanjalannya. Braided pula amat sukar untuk putus disbbkan tahap maksimum keanjalannya untuk putus amat tinggi.Ini boleh menyebabkan kerosakan pada mekanisma gear dan drag anda. 5) Braided line adalah pilihan terbaik untuk spool yang kecil yang memerlukan kekuatan tali yang maksima. 6) Monofilament lebih baik untuk spool yang besar yang memerlukan tali yang banyak. 7) Monofilament adalah lebih baik dari braided jika digunakan sebagai perambut utama. 8) Braided sukar diurai jika talinya terbelit-belit, biasanya dipotong saja. 9) Monofilament menyediakan banyak pilihan untuk anda dengan kadar harga yang anda mampu. Braided biasanya tidak mempunyai pilihan sebanyak itu dan harganya juga mahal. Terpulanglah pada anda untuk membuat pilihan. Saranan saya ialah, pastikan dulu jenis spesis pemburuan anda. Size spool reel anda, kekuatan maksimum yang diperlukan untuk daya seretan yang tinggi dan berdiameter kecil.

Blog VS kitab pemancing

Saya banyak menerima pertanyaan mengapa saya tidak menunjukan cara bagaimana untuk mencangkuk umpan2 yang saya ternagkan didalam blog ini. Bukannya saya tidak mahu, cuma ianya adalah sesuatu yang saya jadikan modal isi kitab memancing saya. Jadi jika anda ingin mengetahuinya beli sajalah ebook saya. Anda takkan rugi disebabkan banyak ilmu dan info yang tidak saya nyatakan didalam blog ini ada didlam kitab tersebut. Tepuk dada tanya selera. Sms saya jika anda ragu2 atau ingin penjelasan lanjut. 014 9488972.

Umpan ketam VS umang2

Kedua-dua spesis ini merupakan umpan yang sangat baik bagi spesis pemangsa penghuni dasar saperti aruan tasik, spesis2 yu dan penghuni batu karang saperti kerapu, bayan dan belut. Ketam adalah lebih baik dari umang2 dari segi populariti disebabkan saiznya yang lebih mengenyangkan berbanding umang2. Umang2 pula lebih disukai oleh pemangsa yang memburu berhampiran pantai saperti gelama, sembilang, duri dan spesis2 yang memburu berdekatan pantai. Antara ketam terbaik untuk dijadikan umpan adalah ketam ungu yang sentiasa bermain2 dikawasan berbatu. Ketam ini amat disukai oleh pemangsa saperti siakap merah dan kerapu. Ketam bunga pula adalah umpan yang baik untuk spesis diperairan dalam.

Umpan kerang VS kepah VS mentarang

Ketiga-tiga umpan ini adalah umpan terbaik untuk spesis ' bottom dwellers ' saperti sembilang, duri dan spesis yang suka memburu dikawasan yang berlumpur. Diantara ketiga2 umpan ini mentarang menduduki tangga teratas, dikuti dengan kepah dan kerang. Malangnya mentarang amat sukar untuk dicari, begitu juga dengan kepah sedangkan kerang sangat mudah dicari. Mentarang mempunyai isi yang banyak, padat dan bau yang cukup menggiurkan spesis2 pemangsa ini. Kepah pula berisi pejal, padat tapi baunya tak sehebat mentarang.Kerang pula tidak mempunyai isi yang banyak, namun disebabkan ianya mempunyai darah maka ini menjadikan nya umpan yang baik selagi ianya masih berdarah.Perlu diingatkan yang ketiga2 umpan ini amat baik jika digunakan ketika masih hidup. Jika mati ianya tidak begitu berkesan disebabkan kurangnya bau semulajadi yang dapat menggamit ikan pemangsa.

Tuesday, November 19, 2013

faktor keberkesanan umpan tiruan

Kaedah memancing dengan menggunakan umpan tiruan adalah sangat berbeza dari kaedah memancing umpan2 biasa. Biasanya faktor2 berikut menjadi keutamaan sebelum melabuhkan umpan tiruan. 1) Warna air, jernih atau keruh ( rujuk post panduan umpan tiruan ) 2) Tempat pemburuan ikan pemangsa biasanya dikawasan yang banyak bertumpunya ikan2 pelagik. 3) Tempat persembunyian ikan pemangsa supaya mudah menyerang hendap saperti dikawasan redup di tepi2 batu/ dibawah pohon2. 4) Kadar berat umpan yang digunakan untuk jigging 5) Kadar kedalaman junaman umpan tiruan untuk casting. Biasanya bergantung kapada panjang pendek bibirnya ( lips ) 6) Corak memancing samada melawan arus atau mengikut arus. Melawan arus perlukan teknik lenturan dan kayuhan reel yang konstan. Mengikut arus perlukan teknik lenturan kayuhan reel yang tidak konstan, sekejap berhenti dan sekejap berjalan. Teknik ini memperlihatkan seolah umpan anda dalam kesakitan. Teknik ini juga boleh digunakan untuk popping. 7)Kenalpasti spesis yang sentiasa memburu disitu, jadi mudah untuk menggunakan umpan tiruan yang 'favourite' untuknya.

Jigging VS popping

Kedua2 teknik ini menggunakan umpan tiruan. Sila lihat post saya tentang umpan tiruan untuk info. Kedua2 teknik ini memerlukan teknik kemahiran menguasai lenturan joran dan keseimbangan kayuhan reel yang baik. Teknik lenturan dan kayuhan reel yang seimbang akan membuatkan umpan tiruan kelihatan hidup dan ini akan menggamit ikan pemangsa untuk menyerang. Jigging adalah teknik yang menggunakan umpan tiruan yang berat yang biasanya dimainkan didasar laut. Popping pula menggunakan umpan tiruan yang dimainkan dipermukaan air, biasanya mulut umpan tiruan berbentuk cembung supaya ianya akan mengeluarkan bunyi ' pop ' apabila dimainkan di permukaan air. Bunyi inilah yang akan menggamit ikan pemangsa untuk menyerang. Jigging mempunyai joran dan reel yang khusus untuknya. Begitu juga dengan jig nya mempunyai pelbagai bentuk, warna , saiz dan berat. Popping biasanya memadai dengan menggunakan joran dan reel standard.Umpan tiruan untk popping dipanggil popper. Biasanya popper dibuat supaya timbul diatas air. Ini akan memudahkan pemancing untuk memainkannya diatas permukaan air. Kedua-dua teknik ini amat baik untuk dipelajari dan diamalkan disebabkan ianya adalah kaedah yang sememangnya menjadi amalan pemancing2 profesional. Kedua2 kaedah ini biasanya dapat menjerat spesis pemangsa yang besar2. Sebenarnya ikan pemangsa memburu samada untuk membunuh sebagai menjaga kawasan dan sebagai makanan. Kedua2 sifat inilah yang membuatkan kaedah penggunaan umpan tiruan sangat berjaya. Untuk itu saya sarankan belajarlah jigging, popping dan casting. Ketiga2 kaedah ini perlu ada jika anda ingin menjadi seorang pemancing hebat.

9 perkara yang sentiasa dilupakan pemancing.

Perkara2 berikut sentiasa dianggap mudah dan kecil, malah tidak diambil peduli oleh hampir setiap pemancing. Sedangkan ianya adalah perkara2 yang boleh membantu anda dari ditimpa kemalangan malahan boleh menyelamatkan anda. 1) Pastikan anda membawa pelampung lipat kecil atau beg plastik tebal didalam kocek anda ketika keluar memancing dilaut. Pelampung/beg plastik dapat menyelamatkan nyawa anda sekiranya anda ditimpa kemalangan dilaut. Untuk itu bersedialah dgn sebaik2nya demi keselamatan anda. 2) Ramai pemancing yang suka berlagak hero. Membuat sesuatu tanpa berfikir, saperti sanggup turun kedalam laut hanya kerana semata-mata seekor yang ikan yang terkena pancing tapi tersangkut dicelah batu.Banyak bahayanya jika berbuat begini disbbkan kita tidak tahu ikan apa yang memakan umpan, dan bagaimana keadaan dibawah air tempat pancing anda tersangkut. Fikirkanlah fakta2 ini sebelum bertindak. 3)Sentiasa lihat dan pastikan dimana anda meletakkan mata kail anda dan perambut mata kail anda, kerana mata kail bersifat saperti senjata yang boleh memakan tuan. 4) Sentiasa melihat kebelakang dan pastikan tiada orang atau halangan sebelum melemparkan pancing. 5) Jika pancing anda tersangkut dan anda membuat keputusan untuk menarikanya agar perambut anda terputus, gunakan kain apabila menarik tali dan sentiasalah berwaspada kerana jika perambut putus, ladung mungkin keluar dari air dan mengenai anda atau orang lain. Malahan mata pancing mungkin ikut sama mengenai anda. 6)Jangan membuang sisa makanan, sisa umpan atau meletakkan umpan merata-rata. Perbuatan ini akan mengundangkan semut, tebuan dan binatang berbisa dikawasan anda memancing. Ianya pasti akan menggangu ketenteraman anda. 7)Sentiasa peka dan berwaspada dengan keadaan sekeliling sewaktu memancing. Kelalaian anda boleh mengundang padah kerana banyak bahaya yang tak diundang boleh mendatangi anda secara senyap2. 8)Sekiranya pancing anda dimakan oleh ikan besar, berhati-hatilah sewaktu bertarung. Buka mata anda seluas-luasnya terutamanya tempat anda berpijak. Pertarungan dgn ikan besar biasanya memerlukan anda mengubah posisi anda kemerata-rata tempat. 9)Jaga mulut anda, jangan menegur sesuatu yang tidak masuk akal. Diam adalah jalan paling selamat untuk setiap pemancing.

Monday, November 18, 2013

corak dan warna air terbaik untuk melabuhkan umpan.

Biarpun tarikh dan masa memancing menunjukkan yang ianya adalah hari yang baik untuk memancing. Namun ada beberapa faktor yang perlu diperhatikan sebelum melabuhkan umpan. Sebagai pemancing kita tidak boleh melabuhkan umpan sewenang-wenangnya, kerana ikan pemangsa juga mempunyai strategi,senario dan laluan2 yang menjadi serangan hendap mereka. 1)Perhatikan dulu warna air samada jernih atau keruh. Keruh bererti mudah bagi ikan pemangsa memasang strategi menyerang hendap.Diwaktu air keruh ini ikan pemangsa akan keluar berkeliaran memburu mangsa, diwaktu ini peluang untuk umpan kita diragut adalah amat cerah. Jernih bererti ikan pemangsa perlukan perlindungan untuk menyerang hendap. Ikan2 pemangsa lebih banyak bersembunyi dibawah batu, disebalik tukun ataupun batu2 karang. Diwaktu ini umpan hendaklah dilabuhkan berdekatan dengan kawasan2 persembunyian ikan pemangsa. Biasanya air keruh akan berlaku bila adanya arus yang bergerak. Air jernih pula biasanya berlaku ketika air mati bila tiada pergerakan arus. 2)Ada masanya terdapat pergerakan arus yang bergerak sebelah menyebelah satu keruh dan satu jernih. Tempat terbaik untuk melabuhkan umpan adalah diantara kedua-duanya. 3)Perhatikan juga arah pergerakan arus, ada arus yang laju dan ada arus yang perlahan, labuhkan umpan anda di arus yang perlahan.Arus yang perlahan menandakan terdapat beting pasir ataupun sesuatu yang menghalang arus dibawah. 4) Perhatikan juga arah arus yang berpusing perlahan saperti mengelilingi sesuatu, sebenarnya dibawah arus tersebut terdapat tukun atau batu yang besar. Labuhkan umpan anda disini. 5)Perhatikan juga arus yang menuju ke kawasan bertanjung/kawasan yang menghulur keluar ketengah air, labuhkan umpan anda disini disebabkan tempat serangan hendap terbaik ikan pemangsa adalah disini. Fakta2 ini benar bagi semua jenis umpan, samada umpan hidup, mati atau tiruan. Fakta ini juga benar bagi semua jenis air yang berarus saperti laut dan sungai. Untuk udang galah pula, corak air adalah lebih kepada pergerakan arus. Jika ada pergerakan arus, udang akan galak memakan umpan tidak kira samada air keruh atau jernih. Faktor suhu air juga memainkan peranan yang penting, suhu air yang suam akan membuat udang galah galak memakan umpan, berbanding suhu air yang sejuk.

Sunday, November 17, 2013

Nota rekod pancingan - mustahak

Salah satu cara yang saya gunakan untuk mengetahui dan merancang trip2 memancing saya adalah dengan menyimpan rekod2 tangkapan saya, terutamanya spesis yang baik2. Rekod2 tersebut hendaklah mengandungi perkara2 berikut:- 1) Lokasi gps atau peta lakaran mudah. 2) Spesis terbaik yang telah ditangkap dilokasi tersebut 3) Umpan yang digunakan 4) Masa tangkapan - pagi, tengahari, petang atau malam.Catitkan masa yang tepat. 5) Waktu air mulai pasang atau mulai surut 6) Tarikh kalendar islam. 7) Tekong yang membawa anda. Fakta2 ini lah yang akan menentukan kejayaan trip memancing yang akan datang, disebabkan habitat ikan2 pemangsa ini ianya akan memburu dikawasan yang sama pada waktu yang sama sapertimana yang telah dicatitkan. Ianya adalah lebih baik daripada mendengar khabar dari mulut kemulut sahaja. Jika perkhabaran tersebut disokong kuat oleh nota rekod anda maka trip anda mungkin amat berbaloi.

Dilema Mata Kail - saiz kecil atau besar

Jika kita ditanyakan mata kail mana kah yang lebih baik untuk digunakan dan jika kita diberi pilihan samada mata kail kecil atau besar yg lebih baik, manakah pilihan anda. Faktor2 berikut perlu diberi perhatian dalam memilih mata kail samada besar atau kecil. Namun ianya masih tertakluk kepada saiz spesis yang hendak diburu. Saya tidak membincangkan tentang bahan/logam buatan mata kail tersebut, sebaliknya saya lebih menumpukan kepada apakah kecil lebih ideal berbanding mata kail yang besar. 1) Kecil mudah ditelan, dan umpan mudah dipersembahkan. Mata kail mudah disembunyikan. 2) Besar sukar ditelan dan umpan pula perlu besar dan banyak.Mata kail sukar disembunyikan. 3) Kecil pula tidak sekuat besar. Kecil mudah patah berbanding besar. 4) Kecil dapat memastikan umpan lebih terjaga, berbanding besar yang senang di curi oleh spesis ikan kecil. 5) Kecil boleh digunakan serangkai 2-5 mata kail tanpa masalah dan mudah disembunyikan didalam umpan, sedangkan besar ianya tidak efektif kerana sukar dikendalikan dan di sembunyikan. 6) Kecil lebih tajam disebabkan saiznya yang nipis dan mudah menembusi mulut ikan, sedangkan besar perlu benar2 tajam. 7) Kecil boleh digunakan untuk semua saiz ikan, besar hanya untuk ikan yang mulutnya bersaiz besar sahaja. 8)Jika kita teliti umpan tiruan/gewang, saiz mata kailnya adalah kecil cuma ianya dirangkaikan menjadi tiga untuk lebih efektif, senang dikendalikan dan mudah ditelan. Saya suka menggunakan mata yang lebih kecil biasanya saiz 8-10 untuk ikan bermulut sangat kecil saperti bolos. Saiz 4-6 untuk ikan sederhana besar. Saiz 1/0 -2/0 untuk ikan pemangsa yang besar2. Biasanya mata kail 1/0 dan 2/0 ini saya ikatkan dua serangkai dalam jarak 1-2 inci untuk menjadikan ianya lebih efektif. Saiz2 ini tidak pernah menghampakan saya selama saya memancing, malahan saiz2 inilah yang menjadi 'favourite' saya untuk memburu semua jenis pemangsa yang besar2. Jadi terpulanglah pada anda untuk memilih mata kail anda samada besar atau kecil. Untuk udang pula kekuatan mata kail amatlah penting, ini disebabkan udang galah yang besar berupaya mematahkan mata kail ketika enjutan untuk melarikan diri. Kebanyakan pemancing udang galah akan memilih mata yang besar dan tebal serta besar bukaan matanya saperti sabit. Mata saperti ini lebih berupaya menahan enjutan udang galah yang besar2.

Saturday, November 16, 2013

gerut gerut & tebal pipi

alu alu

kerisi bali

kerisi

biji nangka

aruan tasik

pari

cupak

talang

jemuduk

repuh

tanda

kurau

senangin

kerapu

siakap merah

siakap putih

jenahak

merah

Tenggiri batang

Spesis ikan pemangsa

Spesis ikan pemangsa merupakan spesis yang menjadi idaman bagi setiap kaki pancing. Biasanya spesis ini adalah besar2 belaka dan mampu memberikan pertarungan yang mencabar adrenalin setiap pemancing. Untuk menyahut cabaran spesis2 pemangsa ini pemancing haruslah tahu selok belok habitat kehidupannya saperti umpan, lokasi, bila ianya aktif memburu dan bagaimana cara terbaik untuk menjinakkannya. Selok belok tentang peralatan yang hendak digunakan juga wajib dikenalpasti dan diselenggarakan dengan sebaik-baiknya. Spesis pemangsa kebanyakannya mempunyai nilai komersial yang tinggi dan ianya amat sedap dimakan. Kebanyakan spesis2 ini mendiami dan memburu dikawasan perairan dalam. Spesis2 ini juga biasanya bersikap menunggu penghijrahan ikan pelagik yang menjadi makanan utama mereka dari satu kawasan ke satu kawasan.Berdasarkan fakta inilah mengapa kawasan2 yang menjadi lubuk mereka sentiasa dikunjungi pemancing saban musim disbbkan hasilnya yang berbaloi. Untuk memburu spesis2 pemangsa ini biasanya memerlukan belanja yang tinggi dan masa memancing yang agak lama. Oleh itu saranan saya ialah untuk memudahkan pemburuan anda carilah tekong yang memang terkenal handal dan mempunyai banyak lubuk dan tuas.Tekong2 ini biasanya menyumbang hampir 80% kejayaan pemburuan anda. Yang lainnya bergantung kepada kemahiran ddan kesabaran anda.

Kenapa mata kail perlu tajam

Salah satu perkara yang tidak diambil tahu/peduli oleh pemancing ialah mata kail. Kod etika emas pemancing menyatakan perkara pertama yang perlu dititik beratkan ialah ketajaman mata kail. Fakta ini benar bagi semua bentuk pancingan baik ikan air masin, tawar,udang galah, kolam, lombong atau tasik. Mata kail adalah senjata utama untuk memastikan ikan dapat dipancing.Ianya juga merupakan talian hayat pertama yang menentukan dapat atau lepasnya ikan. Mulut ikan merupakan kawasan yang paling keras dan sukar ditembusi disbbkan mulutnya adalah senjata utamanya untuk menangkap, membunuh dan menelan makanan. Bayangkan jika mata kail anda tumpul dan tidak dapat menembusi mulut ikan maka kumpaulah anda jawapnya. Yang paling menyedihkan ialah ikan terlepas sewaktu bertarung disbbkan mata kail hanya melekat dimulut ikan, bukannya tembus. Ingatlah selalu, periksa lah ketajaman mata kail anda sebelum memulakan pancingan. Ketajaman mata kail dapat dirasai dengan menguji pada jari anda. Cara terbaik adalah dengan meletakan hujungnya yang tajam itu pada kuku jari anda. Jika ianya terasa melekat pada kuku maka mata kail anda cukup tajam.Jika boleh diasah, asahlah supaya lebih tajam. Jika hujung matanya patah atau bengkok, buang dan gantikan dengan yg baru.

sedikit info tentang ebook edisi kedua

Saya sedang menyiapkan ebook edisi kedua. Ebook ini lebih menumpukan kepada kemahiran yang perlu ada jika anda ingin menjadi pemancing yg hardcore. Tumpuan lebih banyak kepada kemahiran do it yourself, survival technique sebagai seorang pemancing dan keperluan yang perlu ada bagi menjalani kehidupan outdoor dan sewaktu kecemasan. Kebanyakan artikelnya lebih berbentuk gambarajah dan illustrasi supaya senang untuk diingati.Edisi kedua ini adalah percuma dan akan diterbitkan secara 'part by part' dan akan diemailkan hanya kepada pelanggan yang membeli edisi pertama.Jika anda berminat belilah edisi pertama supaya email anda berada didalam data base saya. pm 014 9488972 Untuk mereka yg diluar negara jika ingin membeli ebook saya hantarkan email anda kepada saya di awramlee@usm.my untuk keterangan lanjut.

Waktu terbaik melabuh umpan - subuh dan maghrib.

Ikan mempunyai waktu dan tempoh masa tertentu untuk memburu dan makan. Faktor2 ini boleh dijadikan panduan untuk mengenal waktu dan tempoh masa tersebut. 1) Ikan yang suka memburu diwaktu malam amat aktif pada ketika dipenghujung malam membawa kesubuh. 2) Ikan yang suka memburu diwaktu siang biasanya aktif pada ketika matahari mulai naik selepas subuh dan pada ketika matahari mulai tenggelam ( Maghrib ). Kedua-dua masa ini merupakan masa terbaik untuk kita melabuhkan umpan. Ada satu lagi masa yang benar2 efektif untuk melabuhkan umpan. Masa2 itu ialah masa pertembungan pengakhiran pemburuan spesis malam dan permulaan pemburuan spesis siang. Biasanya masa2 itu ialah 1)Permulaan fajar subuh sehingga terbit matahari dan 2) Permulaan maghrib sehinggalah terbenam matahari. Kedua-dua masa ini adalah masa yang terbaik untuk melabuhkan umpan. 3) Pada ketika air sudah pasang penuh, arus sudah mulai berhenti bergerak dan kelihatan arus air sudah mulai beralih dan bergerak untuk surut. Pada ketika inilah satu lagi masa terbaik untuk melabuhkan umpan. Disebabkan faktor2 inilah mengapa pemancing2 hebat dan nelayan suka keluar memancing pada waktu2 begini. Hasilnya memang hebat, cuma cubaan nya ialah adakah kita sebagai umat islam akan mendahului perintah Allah ( solat dahulu ) ataupun terus melupakannya kerana asyik dengan memancing diwaktu2 ini. Subuh dan maghrib itu pendek masanya.Tepuk dada tanyalah iman.

Friday, November 15, 2013

Terapi kesabaran memancing tahap gaban.

Ini adalah terapi memancing yang sangat baik, saya amat suka menjalankan terapi ini pada waktu2 terluang terutamanya pabila saya ingin bersendirian bersama alam semulajadi. Ramai pendapat yang menyatakan terapi ini adalah satu kegilaan, benarkah? sedangkan memancing itu sendiri sebenarnya adalah kegilaan total. Sebagai contoh sanggupkah anda berjemur, berpanas, dan berhujan untuk melakukan kerja saperti berkebun/bercucuk tanam ataupun mengemas persekitaran rumah anda.Tak sanggup...tak sanggup, tapi kalau memancing anda sanggup kan! Cubalah terapi ini dan lihat sejauh mana kesabaran dan keikhlasan hati anda sebagai pemancing.Berhasil atau tidak pancingan anda bukanlah faktor penentu, yang penting ialah hati anda dipenuhi dengan kesabaran dan keikhlasan memancing. Cara-caranya:- Pilihlah masa anda yang benar2 terluang tanpa ada gangguan/appointment atau pun kerja2 yang mendesak untuk diselesaikan. Carilah lokasi yang baik pada pengetahuan anda. Bawalah HANYA satu joran, satu reel, satu ladung,satu mata kail kecil, satu mata kail besar dan satu perambut utama. Carilah umpan cacing dibawah batu, gunakan umpan cacing untuk memancing HANYA satu anak ikan kecil saperti bolos atau gelama. Tukar mata kail anda kepada yang besar dan gunakan anak ikan kecil sebagai umpan untuk memancing ikan pemangsa yang besar. Jika anda lakukan terapi ini, gagal atau berjaya kesannya hanya satu saja iaitu kepuasan yang tak dapat digambarkan. Kesabaran dan keikhlasan yang akan mengubah pandangan dan fikiran anda tentang dunia memancing.Kesabaran dan keikhlasan yang akan melindungi anda dan keluarga anda. Saya telah banyak kali melakukan terapi ini, hasilnya saya menjadi seorang yang penyabar dan berani menghadapi kenyataan. Tidak berputus asa atau lari dari masalah hidup malah tidak takut kumpau. Apa yang benar2 menggembirakan saya ialah saya pernah menaikkan pari seberat 10 kg semasa menjalankan terapi ini. Selamat mencuba.

Sedikit petua tentang pemilihan umpan.

Saya sudah bertahun-tahun memancing semenjak umur saya 9 tahun lagi. Disini saya ingin berkongsi sedikit petua dari otai2 lama yang pernah memancing bersama-sama saya. 1)Mulakan memancing dengan salam, selawat dan bismillah. Akhiri juga pancingan anda dengan salam. 2)Apabila umpan dilabuhkan, tariklah sedikit tali dan ucapkan didalam hati ya latiff 3X 3)Apabila anda menjala mencari umpan, jika ada ikan lain yang tersesat berbeza dari umpan yang dicari maka gunakanlah umpan itu pada waktu puncak ketika air mulai beralih surut.Misalnya anda menjala belanak untuk dijadikan umpan dan didalam kumpulan belanak yang dijala tadi tersesatlah seekor anak2 gerut, maka jagalah baik2 anak gerut2 tersebut sebagai umpan waktu puncak anda. Begiu juga dengan udang, jika ada udang yang tersesat dri spesis yang lain, ianya adalah umpan waktu puncak anda. Jika anda memancing apollo untuk umpan, jika anda ikan lain yang terpancing maka itulah umpan waktu puncak anda. 4)Jika anda memancing gelama untuk dijadikan umpan, dan anda mendapat gelama yang mempunyai 3 helai janggut didagunya, maka itu adalah umpan terbaik waktu puncak anda. Bela dan jagalah ianya baik2. 5)Cara terbaik yang pernah diajarkan kepada saya ialah dengan mencari caing dijadikan umpan untuk memancing ikan kecil saperti gelama/bolos. Ikan kecil tadi digunakan sebagai umpan untuk memancing spesis pemangsa yang besar. Semua petua2 ini telah saya lalui dan amalkan dan ianya berhasil memberikan saya spesis2 pemangsa yang saya idam2kan. Ianya membawa kejayaan kepada saya, kenapa tidak anda. Persoalannya adakah anda yakin....itu saja.

Udang sebagai umpan universal.

Udang merupakan umpan terbaik dalam kelasnya yang bersifat universal. Universal membawa maksud ia digemari oleh setiap ikan samada udang tersebut hidup atau mati.Ianya mudah dicari dan mempunyai kepelbagaian spesis yang sangat banyak. Udang juga merupakan spesis yang paling banyak didalam dunia akuatik dan menghuni disetiap tempat. Secara peribadi udang terutamanya yang hidup merupakan umpan kesukaan saya dan meduduki ranking yang pertama didalam senarai umpan2 saya. Udang pilihan saya adalah udang yang bersaiz sebesar jari telunjuk saya. Ada banyak cara untuk mencangkuk udang dan ianya sangat efektif bergantung kepada teknik pancingan anda. Udang adalah spesis yang sangat lembut, dan mudah terlerai jika cara mencangkuknya kurang senpurna.Sebenarnya ada 3 cara/teknik yang paling efektif untuk mencangkuk udang. Maafkan saya kerana tidak dapat menerangkannya disini disebabkan ianya adalah salah satu tajuk didalam ebook edisi kadua saya. Teknik menggunakan umpan udang juga amat berbeza dari satu kawasan kesatu kawasan. Misalnya dikawasan berbatu karang tekniknya berbeza dikawasan berpasir. Nasihat saya ialah pastikan ada membawa umpan udang hidup/mati ketika memancing, kerana ianya jarang menghampakan anda. Malahan ia mampu menarik dan mempelbagaikan bermacam-macam jenis spesis untuk memburu dan makannya.

Pengaruh cuaca dalam dunia memancing.

Cuaca mempunyai pengaruh yang sangat kuat didalam dunia memancing. Cuaca bukan sekadar mengubah senario habitat dan ekologi dunia akuatik malah boleh membahayakan diri kita sendiri sebagai pemancing. Untuk itu adalah amat penting bagi kita untuk mengetahui tentang perubahan cuaca. Perubahan cuaca melibatkan perubahan suhu, tiupan angin, hujan, ribut petir dan penghijrahan spesis2 akuatik. Perubahan cuaca juga menandakan musim mengawan spesis2 akuatik. Bagi negara2 yang mempunyai empat musim perubahan cuaca ini dapat memberikan banyak info tentang penghijrahan dan musim mengawan spesis2 akuatik. Malangnya diperairan kita yang musim nya hanya satu iaitu musim panas sahaja, perubahan cuaca lebih kepada perubahan suhu air, musim hujan dan angin.Perubahan2 ini dapat memberikan info tentang penghijrahan ikan, musim mengawan dan tabiat pemakanan ikan. Faktor2 berikut biasanya mempengaruhi dunia akuatik diperairan kita. 1) Hujan - biasanya hujan banyak mempengaruhi corak ikan memakan umpan. Ikan mahupun udang amat pasif untuk memakan umpan pada ketika hari hujan. Akan tetapi apabila hujan berhenti, perubahan mendadak akan berlaku. Biasanya ikan amat galak dan aktif memakan umpan. Fakta ini benar jika anda memancing di sungai ataupun ditalian air yang mengalir disbbkan hujan yang mengalir turun dari tebing2 sungai membawa banyak makanan yang hanyut bersamanya. Dilaut pula perubahan suhu air akibat percampuran suhu perolakan air juga membuatkan ikan2 aktif memburu makanan.Akan tetapi habitat udang pula tidak begitu, udang akan menjadi pasif jika hujan disbbkan suhu air yang sejuk. 2) Angin - perubahan tiupan angin juga mempengaruhi habitat spesis akuatik. Biasanya angin utara membawa banyak penghijrahan ikan2 pelagik keselatan. Penghijrahan ini juga turut menyebabkan spesis2 pemangsa berkumpul dan menanti dilaluan yang diikuti oleh ikan pelagik ini. Angin utara biasanya bertiup lemah lembut dan amat sesuai untuk memancing. Angin selatan pula biasanya menyebabkan air menjadi sangat jernih dan ini amat tidak sesuai untuk memancing. Angin barat sangat tidak sesuai untuk memancing disbbkan ianya bertiup sangat kuat dan membahayakan pemancing. Angin timur pula juga tidak sesuai untuk memancing disbbkan ianya tidak membawa perubahan kepada penghijrahan ikan. Ramalan cuaca biasanya dapat memberitahu kita tentang perubahan angin yang bertiup dan musimnya. Faktor penentu yang boleh diambil kira ialah banyaknya spesis ikan pelagik terjual dimarket. Ini adalah musim penghijrahan ikan pelagik yang menjadi tumpuan ikan2 pemangsa. Biasanya angin utara menandakan musim kering sudah bermula dan ini merupakan khabar gembira untuk peminat2 udang galah.Biasanya ianya dapat diketahui apabila daun2 kering mulai berguguran. 3) Musim mengawan spesis akuatik pula sekarang ini amat sukar untuk diketahui disbbkan perubahan cuaca akibat pemanasan global yang tak menentu. Biasanya musim mengawan di perairan kita ialah pada disember - februari.Salah satu faktor penentu ialah dengan memerhatikan spesis di pasar saperti sotong dan ikan kecil yang membawa telur.Ini menandakan musim mengawan. Perlu kita ketahui bahawa ikan tidak aktif sewaktu musim mengawan. Mereka hanya aktif sebaik sahaja habis mengawan. 4)Satu lagi faktor yang boleh diambil kira ialah banyak udang2 besar dan belanak2 besar menghampiri pantai. Ini menandakan musim mengawan spesis ini sudah bermula dan ini akan membuatkan banyak spesis2 pemangsa memburu sehingga keperairan yang lebih cetek. Akhirkata dapatkan info dari nelayan tempatan dan perhatikan hasil tangkapan mereka, ini boleh mememberikan anda banyak maklumat tentang musim dunia akuatik. Fakta ini benar bagi semua spesis akuatik baik spesis air tawar, air masin ataupun udang galah.

Tuesday, November 12, 2013

Umpan belanak, bolos VS tamban/seriding/bilis/kembung

Kelima2 jenis umpan ini merupakan ikan pelagik yang menjadi makanan utama pelbagai spesis ikan pemangsa.Untuk mendapat keberkesanan yang maksimum penggunaan umpan2 ini faktor2 berikut haruslah diambil kira. 1) Belanak merupakan umpan utama dikawasan pesisiran pantai yang berair cetek. Menghuni kuala2 sungai dan kawasan2 pantai yang berbatu. Belanak mempunyai daya tahan yang cukup baik sebagai umpan hidup jika teknik mencangkuknya betul dan tepat. Belanak biasanya ditangkap dengan menggunakan jala. Malangnya belanak hanya menjadi umpan popular untuk spesis2 yang sering menghuni dan memburu dikawasan2 berkuala, berair payau dan dipesisiran pantai dan berbatu. Belanak tidak sesuai untuk digunakan dikawasan perairan berair dalam yang jauh dari pantai. Bolos merupakan umpan terbaik untuk kawasan perairan ditepian pantai yang dasarnya berpasir. Spesis pemangsa yng suka memburu dikawasan berpasir amat sukakan bolos. Bolos juga boleh digunakan dikawasan perairan yang lebih dalam jauh dari pantai, asalkan dasarnya berpasir dan keras maka bolos menjadi umpan yang baik. Bolos boleh dipancing dengan menggunakan pancing bermata halus dan ladung yang ringan. 2) Spesis tamban/seriding/bilis/kembung merupakan ikan pelagik yang menghuni dikawasan perairan dalam yang jauh dari pantai. Mereka merupakan makanan utama spesis2 pemangsa yang menghuni perairan dalam yang memburu mengikut arus. Tamban dan bilis biasanya bergerak didalam kumpulan yang sama mengikut arus. Bezanya tamban lebih banyak bergerak dikawasan yang lebih dalam berbanding bilis yang suka bermain di permukaan air. Tamban adalah lebih baik dari bilis jika anda ingin memburu spesis pemangsa yang besar disebabkan saiznya yang besar berbanding bilis. Bilis biasanya digunakan sebagai umpan untuk memburu spesis yang kecil dan sederhana. Kedua umpan ini dapat ditangkap dengan menggunakan pancingan apollo bermata kecil. Jangka hayat kedua2 umpan ini kurang baik sebagai umpan hidup kerana mereka mudah mati. Seriding atau dikenali juga dengan ikan bunga air biasanya bermain dikawasan yang berarus, sama saperti bilis ianya suka bermain dipermukaan air. Bezanya ia lebih suka bermain dikawasan yang redup ditepi2 tiang jambatan / pelabuhan / jetty. Seriding boleh membesar sehingg kesaiz 2-3 jari dewasa. Saiz2 yang besar begini amat baik untuk digunakan sebagai umpan pemangsa besar. Jangka hayatnya sebagai umpan hidup baik dan tidak mudah mati.Seriding boleh dipancing dengan menggunakan apollo. Kembung merupakan umpan mati perairan dalam yang terbaik untuk memburu spesis2 pemangsa besar yang suka memburu dipermukaan air saperti tenggiri, alu2, belitung, repuh dan spesis yang lain yang memburu dipermukaan air. Kembung hendaklah segar dan berkilat kulitnya. Kembong juga boleh dipancing dengan menggunakan apollo dan digunakan sebagai umpan hidup. Ia juga merupakan umpan hidup yang terbaik dalam kelasnya diperairan dalam.

Monday, November 11, 2013

Umpan cacing VS perumpun

Cacing dan perumpun adalah dua umpan yang paling popular dan terbaik sekali didalam kelasnya. Kedua-duanya amat penting jika anda ingin memburu spesis yang kecil dan sederhana. Jika di bandingkan diantara cacing atau perumpun, cacing adalah lebih bersifat universal dan dimakan oleh semua ikan kecil dan sederhana. Perumpun pula disebabkan ianya mempunyai banyak jenis maka ianya hanya menjadi umpan bagi ikan-ikan tertentu saja. Namun perumpun sarung adalah umpan yang terbaik diantara semua jenis perumpun disebabkan ianya dimakan oleh hampir semua jenis ikan baik besar,sederhana dan kecil. Jika anda diberi pilihan diantara perumpun dan cacing saya sarankan cacing, akan tetapi jika ada perumpun sarung pilihlah perumpun sarung dahulu. Fakta ini adalah benar pada ketika anda ingin mencari umpan sewaktu air surut jauh @ air timpas, tumpukan perhatian anda mencari perumpun sarung dahulu dari cacing, kerana dimasa air pasang besar begini perumpun sarung menjadi umpan terbaik dari cacing.

Sunday, November 10, 2013

Umpan sotong cumit VS sotong kurita.

Sotong cumit dan sotong kurita merupakan dua spesis umpan yang terbaik didalam kelasnya. Kedua2 spesis ini amat digemari oleh hampir setiap umpan pemangsa. Bezanya adalah habitat yang mereka huni. Sotong kurita biasanya mendiami kawasan yang berlumpur dan berbatu-batu.Sotong kurita adalah spesis yang paling bijak menyembuniykan diri dengan sifat penyamarannya yang semulajadi. Sotong cumit pula mendiami kawasan dipertengahan air disemua kawasan.Ianya spesis yang amat aktif diwaktu malam. Ianya lebih bersifat memburu secara berkumpulan turun dan naik mengikut kedalaman air dan pengaruh cahaya bulan. Jika anda ingin menggunakan kedua-dua umpan ini pertimbangkanlah faktor2 berikut :- 1)Sotong kurita lebih berdaya tahan dari sotong cumit. 2)Sotong kurita boleh digunakan pada waktu siang dan malam, sedangkan sotong cumit lebih efektif diwaktu malam.2) Sotong kurita sebenarnya lebih digemari oleh banyak pemangsa berbanding sotong cumit disebabkan ianya memdiami habitat dasar dan senang diburu. Sedangkan sotong cumit mendiamai kawasan pertengahan air dan sukar diburu. 3) Jika memancing diwaktu malam sotong cumit adalah lebih baik dari sotong kurita disebabkan sotong cumit mengeluarkan cahaya apabila ianya didalam stress dan kesakitan akibat cangkukan mata kail. Fenomena ini membuatkannya lebih mudah dikesan oleh ikan pemangsa.4) Sotong kurita tidak mudah mati, sedangkan sotong cumit sebaliknya. Sotong kurita juga dapat dijadikan umpan sedikit demi sedikit dgn cara memotong kakinya, namun ia tetap hidup. Sedangkan sotong cumit harus digunakan seekor sekaligus, jika dipotong ianya akan mati.

Umpan : udang VS udang lipan

Diantara dua jenis umpan udang ini ada beberapa faktor yang perlu kita pertimbangan dalam memilih yang mana lebih baik.Kedua-dua jenis udang ini merupakan umpan yang terbaik dalam kelasnya, namun ada masanya kita perlu memilih mana yang lebih baik. 1) Udang lipan adalah lebih berdaya tahan dari udang biasa. Oleh itu jika anda ingin umpan yang lebih berdaya tahan pilihlah udang lipan.2)Ianya juga bergantung kepada spesis yang hendak diburu. Ada spesis yang lebih menggemari udang biasa dari udang lipan. Oleh itu kenali diet spesis anda.3) Rupa bentuk lokasi kawasan pemburuan anda samada berpasir, berbatu-batu atau pun berselut/berlumpur atau berdasar keras dan rata. Biasanya udang lipan lebih baik dikawasan yang berlumpur dan berpasir disebabkan habitat semulajadinya adalah saperti itu.Udang biasa pula lebih baik dikawasan berdasar rata dan berbatu-batu. 4)Udang lipan biasanya lebih digemari oleh kebanyakan spesis pemangsa berbanding dengan udang biasa disebabkan tabiat menyembunyikan dirinya didalam lubang yang mudah dikesan dari udang biasa yang lebih pandai dan bijak menyembunyikan diri dikawasan berbatu.5) Kekuatan arus juga memainkan peranan yang penting untuk menggunakan kedua-dua udang ini. Biasanya udang lipan lebih baik pada ketika air pasang besar dan udang biasa lebih baik pada ketika air pasang perlahan/ air mati.

Saturday, November 9, 2013

Umpan dan persembahannya

Saya rasa setakat ini anda tentunya telah banyak mengetahui tentang umpan2 yang terbaik untuk spesis idaman anda. Malangnya banyak yang gagal kerana tidak berupaya untuk mempersembahkan umpan agar ianya menggiurkan, menggamit dan memudahkan untuk ikan untuk menjamah umpan. Faktor2 berikut perlulah diambil kira untuk mempersembahkan umpan dengan cara yang terbaik. 1) Umpan hidup biasanya dipersembahkan dgn cara semulajadi nya. Asalkan perambut mata kailnya panjang yang boleh membiarkan umpan bergerak secara semulajadi, itu sudah dikira cantik. 2) Cara mencangkuk umpan hidup juga amat kritikal kerana ianya dapat membantu persembahan ikan dan jangka hayatnya akibat stress. Saya akan perincikan teknik ini dalam fail yang boleh dimuaturun nanti. 3) Ada masanya anda perlu membuat umpan FUSION, iaitu campuran umpan hidup dengan umpan mati, ataupun campuran umpan pellet/dedak dengan umpan hidup. Kelebihan umpan fusion ini ialah bau yang dikeluarkan oleh umpan mati,pellet atau dedak dapat merangsangkan deria bau udang mencari umpan.Umpan hidup mula merupakan bonus yang diakan dilepaskan oleh siikan pemangsa. Teknik ini juga akan saya terangkan untuk dimuaturun nanti. Biasanya umpan fusion ini amat effektif dikawasan yang air nya tenang dan berarus perlahan saperti tasik, lombong dan kolam. 4)Umpan mati saperti fillet/isi ikan atau isi sotong hendaklah dipersembahkan dalam bentuk ianya dapat berayun2 didalam air apabila dibawa arus agar ianya kelihatan hidup.Biasanya umpan begini selain dari mengeluarkan bau ianya dapat menggamit penglihatan jika dipersembahkan dengan baik. 5)Persembahan umpan juga hendaklah dapat menyembunyikan mata kail dengan baik.

Dilema pemancing - antara kumpau dan hasil

Apabila ketika memancing, ada masanya kita bolehlah dikatakan kumpau. Tiada ikan menjamah umpan biarpun umpan kita terbaik, namun ianya masih tidak membuahkan hasil. Persoalannya ialah sehingga berapa lama lagi kah untuk anda meneruskan pancingan anda dan adakah ianya akan membuahkan hasil sebelum anda berkemas untuk pulang? Sebenarnya ini adalah dilema yang akan ditempuhi oleh setiap pemancing sepanjang kariernya. Ini adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh setiap pemancing. Ada beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum kita membuat keputusan untuk bungkus dan balik. 1) Sekiranya ikan tidak menjamah umpan pada ketika air mulai pasang, maka bersabarlah untuk peluang kedua iaitu pada ketika air mulai surut. Tempoh masa yang paling ideal memancing pada ketika ini ialah selama dua jam bermula dari waktu air mulai surut. Jika tiada hasil selepas dua jam, bungkus dan balik. 2) Sekiranya pada ketika air mulai pasang ikan tidak menjamah umpan dalam tempoh masa satu jam yang pertama maka ubahlah lokasi balingan umpan anda ataupun ubahlah lokasi anda ketempat yang lain. Anda boleh kembali kelokasi asal sewaktu air mulai surut nanti. 3) Pelbagaikan umpan anda dilokasi tersebut. Kepelbagaian ini adalah wajib pada ketika air pasang dan air surut bagi menentukan umpan apakah yang favourite pada ketika itu. 4) Amalkan membawa sekurang2nya tiga batang pancing dengan tiga jenis umpan. Pastikan umpan2 ini dilabuhkan pada ketika air mulai pasang.Teknik ini akan lebih memudahkan anda untuk mengenalpasti umpan terbaik pada masa itu. 5) Pastikan juga labuhan umpan bukan pada jarak yang sama, ini adalah untuk memastikan 'striking zone '- zon sambaran. 6) Jika semuanya gagal, maka jalan terbaik adalah kemas dan balik.

kenali umpan udang galah anda - perumpun nipah

kenali umpan udang galah anda - udang beras

kenali umpan udang galah anda - ikan longkang/peacock/guppy

kenali umpan udang galah anda - cacing tanah

kenali umpan anda - tutorial/penerangan

Semua umpan2 yang telah diterangkan dan digambarkan merupakan umpan kelas pertama untuk semua kelas ikan besar,sederhana dan kecil. Pilihan untuk menggunakannya hendaklah berpandukan kepada kalendar memancing otai.Perlu diingat umpan terbaik hendaklah hidup dan segar. Cara mencangkuk dan menggunakannya akan saya file kan untuk download nanti. Begitu juga dengan umpan untuk udang galah, umpan2 ini juga merupakan umpan kelas pertama yang biasanya tidak menghampakan pemancing. Selamat memancing.

kenali umpan anda - udang

kenali umpan anda - selayang

kenali umpan anda - tamban

kenali umpan anda - kembung/temenung lemak

kenali umpan anda - belanak

/belanak2.jpg" imageanchor="1" >

kenali umpan anda - bolos

kenali umpan anda - seriding/bunga air

kenali umpan anda - bilis

kenali umpan anda - umang2

kenali umpan anda - kerang

kenali umpan anda - ketam

kenali umpan anda - sotong kurita

Kenali umpan anda - sotong cumit

Kenali umppan anda - kepah

Kenali umpan anda - mentarang

Kenali umpan anda - udang lipan

Kenali umpan anda - perumpun sarung

Kenali umpan anda - perumpun selut/lumpur

Kenali umpan anda - perumpun nipah