Dimensi pancingku.....yeh!

Saya sarankan anda supaya melihat archive di blog saya ini sebelum membaca post2 saya.Mulakan dengan archive yang paling awal sekali, kerana setiap post saya bersambung dari satu tajuk kesatu tajuk yang berkaitan secara turutan. cara ini akan memudahkan anda untuk memahami ilmu memancing ini dengan sebaik mungkin.
Memancing...kegilaan yang total! Hobi yang mengajar kita tentang kesabaran, ketelitian dan ketenangan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Apa sebenarnya yang dicari...apakah ikan idaman yang diburu? Apakah kejuaraan yang dicari atau ianya merupakan satu jalan keluar dalam penyelesaian masalah kehidupan? Semuanya bukan!...sebenarnya apa yang dicari hanyalah sentuhan pertarungan dari si ikan. itulah yang di impikan, diburu dan dicari oleh setiap pemancing. Hakikatnya itulah pemancing, kegilaan yang merasakan panas bahang matahari itu sejuk, lapar dan dahaga itu biasa le!. Tidur hanyalah satu mimpi dan sanggup dilambung angin dan ombak. Tidak pernah merasa jemu biarpun tiada ikan meragut umpan. Gilakan...kan!

Apa yang perlu anda fahami tentang memancing!!

Fahamilah dan kenalilah dulu fungsi sebenarnya peralatan memancing sebelum mulai memancing. Pastikan anda faham dan dapat merasakan yang peralatan memancing anda adalah sebagai sebahagian dari diri anda. Perasaan itu amat penting kerana biasanya ia memudahkan kita untuk mengendalikannya malahan membawa tuah dan memihak kepada kita didalam setiap pertarungan.. Sebenarnya alat memancing direkacipta adalah untuk memudahkan kita bertarung dengan si ikan. Fungsi utamanya adalah untuk melemahkan daya ketahanan ikan. Ramai yang gagal dan kecewa kerana tewas sewaktu bertarung dengan ikan disebabkan kurang memahami peralatan pancing sendiri.Walaupun setiap peralatan mempunyai kelas daya beban dan ketahanannya yang tersendiri namun ianya bukan bererti ia dapat bertahan dengan sendirinya tanpa bantuan peralatan yang lain. Contohnya saperti tali berdaya tahan 20 lb ( 7 kg ) bukan bererti yang ianya mampu mengangkat naik ikan seberat 7kg, tapi sebenarnya mampu menahan daya sentakan dan larian ikan yang mempunyai daya seretan 7kg. Begitu jua dengan peralatan yang lain saperti kili, joran dan daya seretan ( drag ) kekili ( reel ) anda. Adalah tidak betul jika menggabungkan joran bersaiz berat ( heavy) dengan tali 15 lb dan kekili 5/0. Strategi dan teknik yang sebenarnya adalah dengan menggabungkan kekuatan peralatan ini secara total dan bersepadu, maka pertarungan tersebut akan lebih memihak kepada anda. Oleh itu pilihlah peralatan memancing anda dengan seimbang. Keseimbangan amat perlu bagi memastikan ada mempunyai lebih banyak peluang untuk menang. Apa yang sarankan di blog ini adalah sebagai panduan untuk mendapatkan keseimbangan peralatan memancing anda.
Pemancing yang bijak tahu bagaimana untuk menganggabungkan peralatannya untuk mendapatkan keseimbangan yang optimum.

KALENDAR MEMANCING OTAI

Fenomena semulajadi kehidupan laut dipengaruhi oleh peredaran bulan. Peredaran bulan jugalah yang bertanggungjawab keatas perubahan pasang surut air dan kekuatan arus air. Perubahan ini adalah faktor utama yang akan menentukan kejayaan pancingan anda. Tarikh – tarikh yang digunakan dikalendar ini hendaklah dirujuk kepada Kalendar Islam atau Kalendar Cina, disebabkan kedua-dua kalendar ini sajalah yang diatur menurut peredaran dan perubahan fasa bulan. Keunikan kalendar ini ialah ianya tidak akan berubah selagi adanya peredaran bulan. Kalendar ini bersifat sebagai rujukan anda sebelum merancang dan menetapkan trip memancing anda. Ianya telah digunakan dari generasi ke generasi sehingga kini.

Tarikh

Air

Arus

Lokasi memancing / Spesis sasaran

Umpan terbaik

1

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

2

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil& sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

3

Sederhana

Ideal

Tepian pantai/semua spesis

Cacing,umpun,fillet,udang

4

Perlahan

Cantik

Laut dalam / besar& sederhana

hidup,fillet,cacing

5

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

6

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

7

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

8

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

9

Perlahan

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

10

Sederhana

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

11

Sed Besar

Cantik

Baik semua lokasi /semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

12

Sed Besar

Ideal

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

13

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

14

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

15

Sgt besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

16

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

17

Sed Besar

Ideal

Baik semua lokasi/besar& sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

18

Sederhana

Cantik

Baik semua lokasi/besar & sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

19

Perlahan

Cantik

Baik semua lokasi/besar & sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

20

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

21

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

22

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

23

Perlahan

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

24

Sederhana

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

25

Sed Besar

Ideal

Baik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

26

Sed besar

Ideal

Baik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

27

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

28

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil &sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

29

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

30

Sgt besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang






Download link
Kalender memancing otai

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KY3N5Mk5CZ2RXcXM/edit?usp=sharing

Fail Data Umpan Cacing&Perumpun

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KZy10dmRIc211Wlk/edit?usp=sharing

Panduan Umpan Tiruan

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KMzdtT3hmWk15cGM/edit?usp=sharing

Gambar Umpan Tiruan pic

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KZHo3dUdiR2N1Vjg/edit?usp=sharing




etika & kod emas pemancing

Etika dan kod emas pemancing
Pastikan mata kail anda sentiasa tajam.
Pastikan tali pancing anda tiada rekahan atau lipatan.
Pastikan kili (swivel) anda berfungsi dan berpusing dengan baik.
Pastikan setiap simpulan dibasahi dengan air sebelum anda menarik untuk mengetatkannya.
Pastikan joran dan kekili anda sentiasa didalam keadaan baik, basuh dengan air bersih setiap kali habis memancing. Servis dan bubuh gris setiap 3 bulan sekali.
Pastikan beg memancing anda mengandungi alatan wajib @ mata kail, kili (swivel ), ladung , tali perambut, pisau serbaguna , plier, lampu suloh, pembuka mata kail ( dimulut ikan ) batu pengasah kecil, gunting kecil dan pemetik api ( lighter ).
Pastikan umpan anda samada hidup atau mati sesuai dengan spesis yang di cari.
Buat catatan masa, tarikh, tempat dan umpan yang digunakan sekiranya anda mendapat ikan yang besar. Maklumat ini amat penting untuk memancing dimasa hadapan.
Fahamilah analogi peredaran bulan, matahari, pasang surut air dan perubahan air besar ke air mati.
Fahamilah hubungkait habitat umpan dan ikan pemangsa.
Fahamilah dan jagalah peralatan memancing anda dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah talian hayat diantara anda dan si ikan.
Buat tinjauan dan dapatkan informasi sebaik mungkin dari penduduk tempatan sebelum memancing ditempat yang belum diterokai.
Amalkan sikap tangkap & lepas ( catch & release ) sekiranya anda tidak memerlukan ikan tersebut...terutamanya ikan kecil. Jangan jadikan mereka spesies yang terancam.
Pastikan perairan dan kawasan memancing bersih. Kekalkan kehijauan alam semulajadi.
SELAMAT MEMANCING!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, December 20, 2013

rigging @ perambut 2

Sebelum ini saya telah membincangkan tentang faktor2 yg perlu untuk membuat perambut & rigging yg baik. Berikut adalah kesenimbungan nya...terutamanya penggunaan mata kail bagi memastikan hook up sempurna. Mata kail hendaklah diletakkan ditempat yg tepat pada umpan supaya hook up anda melekat dimulut ikan pemangsa. Faktor2 berikut perlu di ambil kira :- 1) Persembahan umpan anda samada dasar@bottom, hanyut@drift, unjun@jig ataupun casting/trolling. Biasanya umpan organik yg bukan tiruan memang dipersembahkan dalam keadaan semulajadinya.2) Untuk pemangsa yg menyambar saperti tenggiri, alu2@barracuda dan yg sepertinya...mata kail hendaklah disusun tiga serangkai pada umpan...biasanya di kepala, ditengah dan diekor umpan. Ini disebabkan kepantasan ikan jenis ini dan ditambah pula dgn ketajaman gigi boleh mengoyakkan umpan dengan meninggalkan kepala dan ekor tanpa diusik disebabkan sasaran nya ialah dibahagian tengah badan. 3) Untuk pemangsa yang kaedah makannya terus menelan saperti kerapu, pari dan spesis bottom/dasar biasanya mata kail dua serangkai sudah memadai akan tetapi mata dibahagian kepala umpan hendaklah dipasang dgn tepat dan kuat...disebabkan ikan jenis ini akan menelan umpan kepala dahulu. 3) Untuk ikan yg suka menggongong umpan, melarikan umpan kemudian baru menelannya saperti jenahak,gt dan sejenis dgnnya mata dua serangkai juga harus digunakan dgn memberikan penekanan kepada kepala dan ekor umpan...begitu juga dgn panjang perambut perlu diambil kira supaya tidak ada rintangan yang membuatkan umpan diluahkan kembali.

Tuesday, December 17, 2013

Strategi pancingan kesan2 lokasi.

Berdasarkan kepada tinggalan/kesan lokasi pemburuan strategi memancing boleh lah diatur 'on the spot'. Jarak dan zon labuhan umpan juga boleh dikenalpasti. Sisa2 umpan juga dpt memberikan info tentang umpan favourite di lokasi tersebut. Biasanya pilihan terbaik adalah di kawasan arus yg bergerak perlahan, gelap menakutkan, air berpusar, berbatu di tengah air, tebing bertanjung.... dan redup di lindungi pokok yg berdaun rendang. Tanda2 dan kesan2 inilah yg perlu anda perhatikan dan pastikan sebelum anda mula memancing. Seperkara lagi pastikan tempat anda memancing terselindung dari cahaya matahari yang boleh menyebabkan bayangan anda kejihatan didalam air kerana ini biasanya akan menyebabkan ikan tidak mahu mendekati kawasan pancingan biarpun air sudah mulai tinggi/pasang.

Mengenal pasti lokasi pemburuan.

Lokasi tempat memancing dapat memberikan anda banyak info tentang haluan labuhan umpan anda. Perkara2 berikut jika diamati betul2 dapat memberikan gambaran lokasi fovourite tempat labuhan umpan. 1) Tinggalan2 pemancing yg biasa disitu saperti pancang kayu tempat letak rod, jejak2 yg ditinggalkan saperti kesan2 tapak kaki dan sisa2 umpan. 2)Ketinggian maksima air pasang dapat dilihat pada kesan batu2 atau pun tebing. 3)Rentak arus air jika perlahan tempat itu cetek, jika perlahan tempat itu dalam. 4) Warna air jika terang dan jernih tempat itu cetek, jika gelap menakutkan tempat itu dalam. 5)Tebing landai atau curam/ berbatu tinggi atau rendah.6) Batu ditengah air 7) Pusaran arus air membawa ketengah atau ketepi. 8) Berkuala atau tidak. 9 ) Ada aliran air/sungai kecil.10) Kawasan yg redup dilindungi pohon2 berdaun rendang. Faktor2 ini sebenarnya dapat memberikan kita rupa bentuk kawasan pemburuan spesis yg dicari dan juga dapat memberikan kita kawasan favourite spot pemancing2 yg biasa kesitu.

Thursday, December 12, 2013

Cara terbaik menyimpan cacing laut anda

Caing laut/pasir biasanya mudah mati jika terkena panas, pasirnya menjadi kering dan terkena air tawar. Apabila cacing ini mati ianya mudah mereput dan mengeluarkan bau yg sangat busuk dan tidak boleh digunakan lagi. Biasanya bagi pemancing yang ingin menduga spesis saperti bolos cacing adalah umpan terbaik. Akan tetapi jumlah umpan cacing yang diperlukan sangat banyak dan ini akan menyukarkan untuk menyimpannya. Biasanya saya akan membahagi dua cacing2 tersebut. Satu bahagian saya simpan didalam tupperware dgn menggantungnya ditempat yg sejuk dan ditutupi dgn tuala yang dibasahi dgn air laut. Satu bahagian lagi saya keluarkan semua cacing, saya basuh dgn air laut untuk mengeluarkan semua pasir. Setelah itu saya gaulkan cacing tersebut dgn garam halus.Tindak balas garam keatas cacing tersebut akan menyebabkan cacing itu mati akan tetapi daging nya menjadi sangat liat dan kental. Menggunakan umpan cacing mati yg liat dan kental ini dapat mengurangkan risiko umpan anda habis cepat akibat dicuri oleh anak2 ikan kecil.

Cara terbaik umpan fillet.

umpan fillet atau isi ikan adalah umpan alternatif terbaik apabila umpan hidup anda telah mati/hampir mati. Umpan fillet tidak boleh dibuang sisiknya, kerana sisik ini memainkan peranan yang penting sebagai kilatan untuk menarik ikan pemangsa selain dari bau hanyir darah umpan fillet anda. Umpan fillet boleh di potong 3 cara. 1) Potongan isi sahaja. 2) Potongan katam - keratan isi lebih kurang 2-3 cm lebar. 3) Potongan katam menyerong biasanya di bahagian kepala dan ekor ikan bagi memberikan penampilan saperti ikan kecil sedang berenang. Walau bagaimana cuba lah pastikan umpan fillet anda boleh kelihatan bergerak2 dibawa arus, mempunyai kilatan dan kilauan dari sisik, mempunyai bau hanyir darah.

Cara menyimpan umpan sotong mati

Umpan sotong hidup memang sukar untuk didapati . Alternatifnya ialah sotong mati yang dibeli dari pasar borong atau nelayan tempatan. Sotong mati hendaklah segar dan masih mempunyai cahaya flourescent apabila didedahkan pada cahaya, dan bersinar didalam gelap. Cara terbaik untuk menyimpan sotong didalam peti sejuk sebagai persediaan memancing keesokan harinya adalah saperti berikut:- Gunakan tupperware empat segi sebagai bekasnya. Susun sotong satu barisan tanpa bertindih diantara satu sama lain. Kemudian letakan kertas basah/tisu basah/plastik diatasnya. Kemudian susun sotong di atasnya. Letak lagi kertas basah/tisu basah/plastik diatasnya, kemudian susun lagi sotong diatasnya. Begitulah lapisan demi lapisan. Biasanya satu tupperware boleh muat 3 lapisan sotong.Masukkan dalam peti sejuk anda. Cara susunan begini dapat memastikan sotong tidak kehilangan warna flourescent nya, terpelihara kesegarannya dan tidak mudah rosak.

Wednesday, December 4, 2013

Rigging @ Perambut

Perambut @ rigging merupakan faktor penentu keberkesanan persembahan umpan. Setiap jenis umpan memerlukan corak perambut yg berlainan. Begitu juga setiap ikan pemangsa yang diburu memerlukan bentuk perambut yang berlainan juga. Begitu juga jika menggunakan umpan tiruan untuk casting, surfing, popping atau jigging memerlukan corak perambut yang berlainan juga. Faktor2 berikut perlu diambil kira jika ingin membuat perambut atau rig yang sempurna. 1) Kenal pasti spesis sasaran anda, terutamanya corak dia memburu dan memakan umpan. Adakah ianya memburu didasar, separuh air atau dipermukaan air. 2) Kenal pasti umpan anda, hidup atau mati, fillet atau katam..dan bagaimana untuk mempersembahkannya dgn sempurna dan menggiurkan. 3) Kenal pasti PE atau aksi rod/joran anda...juga panjangnya...kerana kelembutan dan lenturan rod memainkan peranan yang penting dalam persembahan umpan, terutamanya untuk umpan tiruan. 4) Kenal pasti jenis ladung/pemberat yang hendak digunakan...supaya tidak menakutkan ikan yang pemalu ketika melarikan umpan. 5) Kenal pasti kekuatan daya seretan ( drag ) tali yang anda gunakan samada ianya mono atau sulam ( braided...supaya anda tahu kekuatan anjalannya. Membuat rig/perambut yang sempurna perlukan pengetahuan tentang faktor2 diatas supaya keseimbangan dapat dicapai terutamanya ketika pertarungan. Jika semuanya seimbang pertarungan akan jadi mudah biarpun ada masanya sangat meletihkan. Jika kita dapat menyeimbangkan rig dgn sempurna kita akan dapat mengetahui apa yang akan berlaku dan bagaimana untuk mengelak atau mengekalkan pertarungan supaya kemenangan berpihak kepada kita. Dalam ebook pertama saya perkara ini dikupas dgn detail siap dgn gambarajah dan cara untuk membuat rig yang seimbang dgn anda.Dapatkan nya pm saya 014 9488972.

Tuesday, December 3, 2013

Pertanyaan tentang Kerapu

Saya juga menerima banyak pertanyaan tentang kerapu. Jadi kita kongsi jawapan saya ini bersama2. Kerapu adalah spesis yang makan hampir apa saja tanpa mengira samada umpan itu hidup atau mati. Ia juga sukakan sesuatu yang berkilat didalam air. Kerapu lebih peka pada pergerakan dan kilatan umpan berbanding bau. Untuk itu jika anda memancing kerapu menggunakan isi ikan jangan dibuang sisiknya, kerana ini akan membantu umpan anda berkilat2. Satu lagi perkara ialah kerapu juga sukakan umpan yang mencabar saperti anak ikan duri,udang bemban ( sepitnya saperti udang galah suka duduk bawah batu ), udang lipan dan ketam. Sebenarnya untuk menyediakan umpan untuk kerapu adalah mudah, yang susah ialah untuk mengenal pasti sarangnya dan kawasan pemburuannya. Kerapu hanya memburu dikawasan sekeliling sarangnya. Ia tidak akan pergi jauh dari sarangnya. Strateginya ialah dgn menghendap mangsa di sekeliling sarangnya dan memburu bila mendapat peluang. Biasanya sarang kerapu adalah dikawasan berbatu karang, bertukun, di tiang2 jambatan dan kapal tenggelam. Ini menyukarkan kita untuk memburunya disebabkan halangan2 yang boleh memutuskan tali pancing. Saperti biasa perambut terbaiknya ialah didalam ebook edisi kedua.Corak air terbaik ialah pada air mula menyorong dan mengurang....iaitu pada 9,10 & 11 fasa pertama dan 22,23 & 24 fasa kedua kalendar melayu/cina.

Pertanyaan tentang Senangin

Baru2 seorang pemancing pm saya bertanyakan perihal bagaimana untuk memancing senangin. Berikut adalah jawapan saya kepadanya dan bolehlah saya rasakan untuk anda kongsikan bersama. Senangin adalah spesis yang pemalu, sukar di agak corak pemburuannya. Jika anda memancing ditengah laut ikan2 pelagik saperti tamban, bilis, anak2 gelama, selar dan pelata adalah umpan2 yang baik untuk memburunya. Ada masanya senangin sukakan umpan hidup dan ada masanya ia amat sukakan umpan dalam bentuk fillet/isi ikan. Jika anda memancing tebing/pantai udang hidup dan isi belanak adalah umpan favourite nya. Corak air ialah pada air mulai menyorong. Untuk memburu senangin adalah ketika arus sudah mulai bergerak laju iaitu pd 10, 11, 12 & 13 pd fasa pertama dan 24, 25, 26 & 27 fasa kedua kalendar melayu/cina. Warna Air mesti keruh jika hendak memburu senangin. Jika air jernih umpan anda akan lebih banyak di sambut oleh talang atau gerepuh/GT. Untuk perambut/RIG terbaik senangin saya akan masukan dalam ebook kedua saya nanti.