Dimensi pancingku.....yeh!

Saya sarankan anda supaya melihat archive di blog saya ini sebelum membaca post2 saya.Mulakan dengan archive yang paling awal sekali, kerana setiap post saya bersambung dari satu tajuk kesatu tajuk yang berkaitan secara turutan. cara ini akan memudahkan anda untuk memahami ilmu memancing ini dengan sebaik mungkin.
Memancing...kegilaan yang total! Hobi yang mengajar kita tentang kesabaran, ketelitian dan ketenangan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Apa sebenarnya yang dicari...apakah ikan idaman yang diburu? Apakah kejuaraan yang dicari atau ianya merupakan satu jalan keluar dalam penyelesaian masalah kehidupan? Semuanya bukan!...sebenarnya apa yang dicari hanyalah sentuhan pertarungan dari si ikan. itulah yang di impikan, diburu dan dicari oleh setiap pemancing. Hakikatnya itulah pemancing, kegilaan yang merasakan panas bahang matahari itu sejuk, lapar dan dahaga itu biasa le!. Tidur hanyalah satu mimpi dan sanggup dilambung angin dan ombak. Tidak pernah merasa jemu biarpun tiada ikan meragut umpan. Gilakan...kan!

Apa yang perlu anda fahami tentang memancing!!

Fahamilah dan kenalilah dulu fungsi sebenarnya peralatan memancing sebelum mulai memancing. Pastikan anda faham dan dapat merasakan yang peralatan memancing anda adalah sebagai sebahagian dari diri anda. Perasaan itu amat penting kerana biasanya ia memudahkan kita untuk mengendalikannya malahan membawa tuah dan memihak kepada kita didalam setiap pertarungan.. Sebenarnya alat memancing direkacipta adalah untuk memudahkan kita bertarung dengan si ikan. Fungsi utamanya adalah untuk melemahkan daya ketahanan ikan. Ramai yang gagal dan kecewa kerana tewas sewaktu bertarung dengan ikan disebabkan kurang memahami peralatan pancing sendiri.Walaupun setiap peralatan mempunyai kelas daya beban dan ketahanannya yang tersendiri namun ianya bukan bererti ia dapat bertahan dengan sendirinya tanpa bantuan peralatan yang lain. Contohnya saperti tali berdaya tahan 20 lb ( 7 kg ) bukan bererti yang ianya mampu mengangkat naik ikan seberat 7kg, tapi sebenarnya mampu menahan daya sentakan dan larian ikan yang mempunyai daya seretan 7kg. Begitu jua dengan peralatan yang lain saperti kili, joran dan daya seretan ( drag ) kekili ( reel ) anda. Adalah tidak betul jika menggabungkan joran bersaiz berat ( heavy) dengan tali 15 lb dan kekili 5/0. Strategi dan teknik yang sebenarnya adalah dengan menggabungkan kekuatan peralatan ini secara total dan bersepadu, maka pertarungan tersebut akan lebih memihak kepada anda. Oleh itu pilihlah peralatan memancing anda dengan seimbang. Keseimbangan amat perlu bagi memastikan ada mempunyai lebih banyak peluang untuk menang. Apa yang sarankan di blog ini adalah sebagai panduan untuk mendapatkan keseimbangan peralatan memancing anda.
Pemancing yang bijak tahu bagaimana untuk menganggabungkan peralatannya untuk mendapatkan keseimbangan yang optimum.

KALENDAR MEMANCING OTAI

Fenomena semulajadi kehidupan laut dipengaruhi oleh peredaran bulan. Peredaran bulan jugalah yang bertanggungjawab keatas perubahan pasang surut air dan kekuatan arus air. Perubahan ini adalah faktor utama yang akan menentukan kejayaan pancingan anda. Tarikh – tarikh yang digunakan dikalendar ini hendaklah dirujuk kepada Kalendar Islam atau Kalendar Cina, disebabkan kedua-dua kalendar ini sajalah yang diatur menurut peredaran dan perubahan fasa bulan. Keunikan kalendar ini ialah ianya tidak akan berubah selagi adanya peredaran bulan. Kalendar ini bersifat sebagai rujukan anda sebelum merancang dan menetapkan trip memancing anda. Ianya telah digunakan dari generasi ke generasi sehingga kini.

Tarikh

Air

Arus

Lokasi memancing / Spesis sasaran

Umpan terbaik

1

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

2

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil& sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

3

Sederhana

Ideal

Tepian pantai/semua spesis

Cacing,umpun,fillet,udang

4

Perlahan

Cantik

Laut dalam / besar& sederhana

hidup,fillet,cacing

5

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

6

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

7

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

8

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

9

Perlahan

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

10

Sederhana

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

11

Sed Besar

Cantik

Baik semua lokasi /semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

12

Sed Besar

Ideal

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

13

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

14

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

15

Sgt besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

16

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

17

Sed Besar

Ideal

Baik semua lokasi/besar& sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

18

Sederhana

Cantik

Baik semua lokasi/besar & sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

19

Perlahan

Cantik

Baik semua lokasi/besar & sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

20

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

21

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

22

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

23

Perlahan

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

24

Sederhana

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

25

Sed Besar

Ideal

Baik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

26

Sed besar

Ideal

Baik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

27

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

28

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil &sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

29

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

30

Sgt besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang






Download link
Kalender memancing otai

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KY3N5Mk5CZ2RXcXM/edit?usp=sharing

Fail Data Umpan Cacing&Perumpun

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KZy10dmRIc211Wlk/edit?usp=sharing

Panduan Umpan Tiruan

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KMzdtT3hmWk15cGM/edit?usp=sharing

Gambar Umpan Tiruan pic

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KZHo3dUdiR2N1Vjg/edit?usp=sharing




etika & kod emas pemancing

Etika dan kod emas pemancing
Pastikan mata kail anda sentiasa tajam.
Pastikan tali pancing anda tiada rekahan atau lipatan.
Pastikan kili (swivel) anda berfungsi dan berpusing dengan baik.
Pastikan setiap simpulan dibasahi dengan air sebelum anda menarik untuk mengetatkannya.
Pastikan joran dan kekili anda sentiasa didalam keadaan baik, basuh dengan air bersih setiap kali habis memancing. Servis dan bubuh gris setiap 3 bulan sekali.
Pastikan beg memancing anda mengandungi alatan wajib @ mata kail, kili (swivel ), ladung , tali perambut, pisau serbaguna , plier, lampu suloh, pembuka mata kail ( dimulut ikan ) batu pengasah kecil, gunting kecil dan pemetik api ( lighter ).
Pastikan umpan anda samada hidup atau mati sesuai dengan spesis yang di cari.
Buat catatan masa, tarikh, tempat dan umpan yang digunakan sekiranya anda mendapat ikan yang besar. Maklumat ini amat penting untuk memancing dimasa hadapan.
Fahamilah analogi peredaran bulan, matahari, pasang surut air dan perubahan air besar ke air mati.
Fahamilah hubungkait habitat umpan dan ikan pemangsa.
Fahamilah dan jagalah peralatan memancing anda dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah talian hayat diantara anda dan si ikan.
Buat tinjauan dan dapatkan informasi sebaik mungkin dari penduduk tempatan sebelum memancing ditempat yang belum diterokai.
Amalkan sikap tangkap & lepas ( catch & release ) sekiranya anda tidak memerlukan ikan tersebut...terutamanya ikan kecil. Jangan jadikan mereka spesies yang terancam.
Pastikan perairan dan kawasan memancing bersih. Kekalkan kehijauan alam semulajadi.
SELAMAT MEMANCING!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, October 22, 2014

umang2

Umang2....Diantara umpan terbaik utk sembilang, duri dan spesis2 pemangsa dasar. Cara menggunakannya, bakar bahagian punggung kon siput dgn lighter anda, kepanasan akan membuat umang2 keluar dari kulit siput tersebut. Potong dan buang bahagian kepalanya, gunakan bahagian ekornya yg lembut itu. Ianya juga boleh digunakan seekor tanpa membuang kepalanya sebagai umpan hidup, asalkan kakinya dibuang dulu supaya ia tidak boleh mencari tempat persembunyian.

Monday, August 18, 2014

Lejenda senangin bahagian keempat- finale

Senangin oh senangin...bahagian keempat@ finale. Sebenarnya ada tiga teknik yg selalu digunakan untuk memburu senangin. Cara pertama ialah bottom, cara kedua hanyut@ drift dgn float dan tanpa float dan yg ketiga separuh air dgn ladung ringan. Ketiga2 teknik ini boleh digunakan, akan tetapi cuma teknik pertama dan ketiga saja yg boleh digunakan untuk landbase. Jika diatas flatform jambatan, jeti atau sampan ketiga2 teknik ini boleh digunakan. Perambut wajib panjang, gunakan dua mata kail saiz 2/0 bertindan. Gunakan satu mata kail utk mencangkung umpan dan mata yg satu lagi free@ bebas. Untuk teknik bottom, ketika melempar umpan biarkan umpan dan ladung jatuh dgn sendiri tanpa sebarang paksaan. Biarkan umpan hanyut di bawa arus. Jangan buat karauan berlebihan, cukup sekadar untuk melepaskan ladung yg tersekat sekiranya dasar berlumpur. Biarkan tali utama anda kendur sapertimana memancing siakap. Untuk teknik drift@ hanyut gunakan ladung kapit yg berat nya hanya cukup untuk menenggelamkan kan umpan keparas separuh air. Jika anda ingin menggunakan float , teknik float utk memburu siakap boleh digunakan cuma anda harus tahu mengagak sepanjang mana tali float harus dibuat utk mencapai paras separuh air. Ada masanya jika arus perlahan dan lemah lembut, memadailah dgn swivel yg bersaiz besar digunakan sebagai pemberat untuk menenggelamkan umpan ke paras separuh air. Teknik drift dan float ini juga amat sesuai digunakan untuk memancing kerapu dan penghuni2 karang di kawasan2 yg berkarang tinggi. Perlu diingat yg biarpun sasaran anda ialah senangin namun saperti yg telah saya terangkan sebelum ini, pemangsa2 yg lain juga mempunyai kebarangkalian dan peluang yg sama untuk strike. Untuk meningkatkan peluang anda kenalpasti lubuk2 dan lokasi yg mmg terkenal dgn senangin dan familinya. Selamat memburu dan strikeeeeee!

Lejenda senangin bahagian ketiga

Senangin oh senangin...bahagian ketiga. Strategi dan teknik. Apabila corak air yg sesuai utk memburu senangin sudah didapati dan lokasinya juga sudah dikenalpasti maka yg perlu dilakukan ialah cara untuk mengenal arusnya. Menurut otai2 saya dahulu, memancing senangin adalah masa yg sgt mengujakan disbbkan peluang dan kebarangkalian untuk mendpt spesis2 lain juga adalah sgt tinggi saperti talang,gerepoh,kurau,pari,ibu gelama,titisan, gerut2 dan tebal pipi. Apabila sampai dilokasi sebaik2nya ketika air mulai berbunga pasang. Perhatikan arus panas yg terbentuk saperti aliran air sungai yg berbeza warnanya di permukaan. Kadang2 akan kelihatan di arus ini rumpaiair, keruhan plankton dan obor2 hanyut didalamnya. Arus ini lah sasaran anda. Perlu diingatkan yg arus ini akan bergerak hampir ke pantai apabila air semakin pasang. Tetapkan lemparan umpan anda didlm kawasan berarus ini. Pacak kan joran anda dgn kuat.Tetapkan drag anda kepada 80% diparas maksima. Periksa umpan anda setiap 30 min sekali, kalau perlu tukar, tukar dgn yg segar dan baru. Biasanya senangin dan spesis yg berkomplot dgnnya akan mula aktif memburu pada ketika matahari sudah mulai memancar panasnya, antara jam 9 - 11 pg. Jika tiada sentuhan, simpan dan peliharalah umpan terbaik anda dan tunggu sehingga air sudah berbunga untuk beralih surut. Ini adalah masa yg terbaik sekali utk melabuhkan umpan terbaik anda. Untuk mengenal masa air sedang berbunga untuk surut perkara2 berikut akan berlaku. Perhatikan baik2. Apabila air sudah pasang penuh semua arus dan aktiviti akan berhenti seolah2 tidak ada apa2 yg berlaku. Persekitaran akan senyap dan sunyi, tiada kedengaran kicauan burung ataupun bunyian2 unggas. Tiupan angin juga seolah2 terhenti dgn sendirinya. Apabila angin kembali bertiup dan kesunyian mulai hilang dan unggas serta burung mulai berbunyi, itu tanda air akn mula beralih surut. Ini adalah penanda utama yg air akan mula menukar arah dan arus untuk berubah surut. Fenomena inilah yg akan membuatkan spesis2 pemangsa ini menjadi sgt aktif disbbkan mereka sudah bersedia untuk memburu, sedangkan ikan2 pelagik masih tercari2 tempat untuk berlindung sebelum arus berubah arah. Masa ini adalah masa yg terbaik sekali utk anda melabuhkan umpan. Bersambung dibahagian keempat.

Lejenda senangin bahagian kedua

Senangin oh senangin... bahagian kedua. Umpan2 favourite untuk senangin biasanya adalah udang hidup, anak bolos hidup, bilis hidup dan tamban hidup. Dari pengalaman saya jika memburu senangin dari landbase umpan2 saperti udang hidup dan anak bolos hidup adalah umpan yg terbaik. Jika dari jeti2, jambatan2 dan bot umpan2 saperti bilis dan tamban mmg terbaik kerana umpan2 ini boleh dipancing dahulu dgn menggunakan apollo. Sebagai alternatif ada masanya senangin juga menggemari isi@fillet umpan2 tersebut asalkan ianya segar dan masih berdarah. Senangin adalah ikan yg memburu dikawasan separuh air, utk itu perambut yg panjang dan ladung yg ringan adalah satu kemestian. Ladung yg ringan dpt diangkat ke separuh air oleh arus. Perlu diingatkan yg faktor paling utama ialah warna air. Disebabkan spesis2 separuh air yg lain saperti gerepuh dan talang juga memburu dikawasan yg sama maka anda perlu benar2 tahu membaca corak warna air. Jika warna air crystal clear/ jernih kebarangkalian umpan anda di sambar dahulu oleh talang adalah sgt tinggi. Jika warna air keruh kebarangkalian senangin dan gerepuh untuk menyambar umpan anda adalah 50/50 bergantung kepada kawasan kawanan spesis tersebut memburu. Biasanya senangin lebih dahulu menyambar umpan disebabkan gerepoh lebih suka menyambar umpan hampir ke permukaan air. Yg istimewa nya ialah anda mungkin mendapat hasil yg bercampur2 iaitu talang, gerepoh dan senangin. Jika ladung anda berat dan umpan anda tenggelam hingga ke dasar kebarangkalian untuk umpan anda dimkn oleh ikan pari adalah sgt tinggi berbanding kurau atau gubal. Ini disebabkan senangin, talang, gerepoh, kurau dan pari memburu dikawasan yg sama, min umpan yg sama dan pd corak air yg sama. Cuma yg berbeza ialah kedalaman airnya saja. Itu sbbnya bila arus air mula mengorak langkah untuk menjadi besar, iaitu mulai 10 hb melayu hingga ke 13 yg melayu pemangsa2 ini menjadi sgt2 aktif utk memburu Ikan2 pelagik yg bergerak mengikut arus, terutamanya arus panas mengalir dikawasan separuh air dan hampir di permukaan. Bersambung di bahagian ketiga.

Sunday, August 17, 2014

Lejenda Senangin bahagian pertama

Senangin oh senangin....bahagian pertama. Senangin, kurau, gubal dan senohong adalah spesis dari famili yg sama tapi tak serupa. Tentang perbezaannya saya tidak akan ceritakan disini, diluar skop. Saya hanya menyampaikan teknik dan strategi utk memburunya. Perbezaan yg paling ketara ialah spesis senangin dan senohong@ senangin besar memburu dikawasan separuh air keatas hingga ke permukaan air. Spesis kurau dan gubal@kurau besar pula suka memburu dikawasan dasar hingga separuh air. Itu sbbnya kurau dan gubal jarang terkena pukat. Senangin memburu dlm kumpulan, biasanya kumpulan2 senangin ini berkomplot dgn spesis saperti talang, gerepuh dan baracuda. Biarpun spesis2 ini memburu dlm komplot yg sama namun kebarangkalian spesis2 ini untuk berjaya dlm pemburuan mereka biasanya bergantung kepada faktor warna, arus dan suhu air. Makanan utama mereka ialah ikan2 pelagik saperti tamban, bilis, bunga air@seriding, termenung, selayang, bolos dan ikan2 pelagik yg lain. Udang juga termasuk didalam diet utama spesis senangin ini. Kawasan pemburuan senangin sgt luas, biasanya mereka memburu dikawasan air yg dlm dan bergerak mengikut arus yg panas dimana banyak ikan2 pelagik bermain. Senangin sgt aktif memburu pd ketika air berjalan dan pasang besar dan boleh dipancing dari tepian pantai disebabkan pergerakan arus yg membawa makanan membawa mereka memburu hampir ke pantai. Senangin kurang aktif memakan pancing diwaktu air mati disbbkan kurangnya pergerakan arus. Apabila terkena pancing senangin mempunyai satu tabiat yg menjadi trademark nya iaitu melompat keluar dari air. Apabila terlihat senangin melompat keluar dari air itu tandanya pasti ada pancing yg mengena. Senangin juga adalah spesis yg sgt pemalu, tidak teragak2 untuk meluahkan umpan jika terasa ada rintangan ketika melarikan umpan. Biasanya faktor ini berkaitan dgn penggunaan berat ladung, semakin berat ladung semakin besar rintangannya. Bersambung di bahagian kedua.

Lejenda Siakap finale

Siakap oh siakap bahagian empat - finale. Untuk mendapat kejayaan dlm memburu siakap anda harus tahu dan mengerti tabiat dan lokasi siakap memburu. Oleh kerana siakap adalah sejenis ikan yg dibesarkan dan membesar dikawasan pinggir pantai dan kuala2 sungai maka peluang terbaik adalah di kawasan2 begini. Diet utamanya biasanya belanak dan udang yg membesar dikawasan tersebut. Jadi pastikan umpan anda adalah umpan yg dijala dikawasan tersebut. Siakap amat sukakan air yg bercampur masin dan tawar. Disebabkan oleh faktor inilah mengapa banyak siakap akan memburu jauh hingga kehulu sungai pd masa air pasang besar. Ini disbbkan makanan2 kegemarannya juga turut kehulu sungai ketika air pasang besar. Lokasi terbaik anda ialah di kuala2 sungai yang menganjur ke laut. Lagi sunyi dan terpencil kuala tersebut lagi baik. Lokasi kedua terbaik ialah di kawasan dimana ujudnya daratan@tanjung yg menganjur keluar jauh ke laut. Siakap juga sukakan kawasan begini disbkan senang mengendalikan mangsa. Lokasi ketiga ialah dikawasan berjeti ataupun yg mempunyai jeti@jambatan menuju ketengah laut, biasanya tempat nelayan parking sampan. Disini tempat yg sgt mudah bagi nya menyerang hendap mangsa dikawasan yg bertiang dan redup. Satu faktor penting yg perlu anda perhatikan ialah keujudan belanak dan udang dilokasi2 tersebut. Jika belanaknya adalah didlm anggaran satu jari saiznya dan begitu juga saiz udangnya maka kadar siakap memburu dikawasan tersebut amat tinggi. Jika saiz belanak nya besar2 ataupun saiz udangnya kecil2 maka lokasi tersebut bukanlah kawasan siakap memburu. Ingat kawasan dasar kuala mesti mempunyai alur dan parit untuk siakap memburu. Parit@alur ini bagaikan highway utk siakap masuk dan keluar kuala biarpun air sgt surut. Highway ini jugalah yg menjadi kawasan siakap mengendap mangsa. Corak air untuk siakap memburu juga perlu di perhatikan, jika airnya sgt jernih biasanya pd ketika air mati. Waktu terbaik ialah pd sebelah mlm. Jika airnya biru gelap atau hijau gelap biasanya pada ketika air penghulu/menyorong atau mengurang masa terbaik ialah pd waktu pagi, lewat ptg, permulaan mlm dan lewat mlm. Jika airnya hijau keruh atau keruh, siakap jarang memburu dikawasan tersebut. Anda harus peka dgn cara siakap mengendap dan memburu mangsa nya. Ada masanya dia sgt dekat dgn anda....depan hidung je kata orang dulu2 tapi x nampak. Lihat tanda2nya berdasarkan kepada larian dan saiz belanak, saiz udang. Perhatikan bentuk rupa bumi dasar lokasi tersebut. Perhatikan juga corak dan warna air. Akhirkata.....Jika anda ingin memburu siakap jangan bawa ramai kwn....cukup sekadar berdua. Ingat ini bukan siakap kolam ....ini siakap liar yg menjadi lejenda dan ingin di tawan oleh semua pemancing. Bising dan tidak berhati2 adalah punca utama kegagalan misi anda. Selamat strike.

Lejenda Siakap bahagian ketiga

Siakap oh siakap bahagian ketiga...Teknik float ada dua jenis iaitu drift dan slow cast. Kedua2 teknik ini boleh digunakan di laut dan kolam. Untuk drift sebarang umpan hidup boleh digunakan. Untuk slow cast udang hidup adalah yg terbaik. Untuk mempraktikkan teknik float kedudukan air hendaklah bergerak perlahan/air penghulu/air mengurang/air menyorong atau air mati. Pd ketika air pasang besar teknik ini tidak efektif kerana float sukar dikawal dan umpan mudah mati akibat stress. Lemparan umpan hendaklah dilakukan dikawasan dimana ujudnya pertembungan dua arus semulajadi iaitu arus panas dan sejuk. Pertembungan dua arus ini akan membuatkan ujudnya fenomena eddy current dimana ikan pemangsa suka memburu. Biasanya eddy current ini akan berlaku hampir ke pantai pd ketika air berarus perlahan. Seperkara lagi keujudan eddy current ini berupaya utk memastikan yg float dan umpan anda hanya berlegar dikawasan sasaran saja. Float adalah alarm yg menandakan umpan anda telah digonggong. Jangan cepat2 menyentak jika float anda bergerak atau tenggelam timbul. Beri masa kepada ikan untuk menelan umpan. Sentak hanya apabila float bergerak konstan atau tenggelam terus. Cara terbaik ialah apabila float dan umpan sudah dilemparkan, tarik keluar tali utama dari Spool anda dlm lingkungan sepanjang joran anda dan sangkutkannya dicincin joran paling bawah. Gunakan sebarang benda yg lembut utk mengikat nya kecincin tersebut, supaya ia mudah terurai apabila float dan umpan dilarikan. Cara ini dpt memberikan tali dan masa yg cukup untuk ikan menelan umpan supaya ikan tidak terasa sebarang rintangan ketika melarikan float dan umpan. Teknik mengikat float yg baik adalah saperti berikut :- Mula2 pasang kekili@swivel pada tali utama. Ikat float anda dgn tali sepanjang 1 - 1.5 kaki. Ikat perambut mata kail anda mengikut cara perambut otai. Kalau perlu pasang ladung kapit paling kecil kira2 8 inci diatas mata kail. Selepas itu pasang perambut mata kail di kekili tali utama tadi dan diikuti dgn tali float. Untuk teknik slow cast. Teknik ini boleh menggunakan umpan udang hidup dan mati. Lemparkan float dan umpan dgn lembut ke sasaran. Apabila umpan sudah jatuh keair, biarkan sebentar kemudian karau lah perlahan2. Ulang slow cast anda. Sentiasa perhatikan jangka hayat umpan anda. Teknik terbaik utk kolam dan air yg tidak berarus. Selalunya teknik ini digunakan untuk pemangsa2 yg pemalu dan sgt berhati2/culas tapi kelibatnya boleh dilihat. Teknik float ini juga adalah teknik terbaik untuk memburu kerapu dan spesis2 yg suka memburu dikawasan berbatu karang. Bersambung dibahagian empat.

Lejenda Siakap bahagian kedua

Siakap...bahagian kedua. Teknik bottom. Teknik memancing siakap terbahagi dua. Bottom dan float. Untuk bottom gunakan perambut saperti yg disarankan dlm video. Gunakan ladung no. 2/ no. 3. Tali perambut mata kail sebaiknya tali jenis floro atau yg crystal clear/invisible. Apabila umpan sudah dilemparkan. Pastikan joran anda dipacakkan kuat supaya tidak jatuh atau terjun ke laut. Set drag anda dgn cara tali utama anda hanya akan keluar dari Spool apabila joran anda melentur ke paras 80% maksima. Biasanya ketepatan drag ini boleh didapati dgn menarik tali utama supaya ianya keluar perlahan2 dan konstan. Tidak tersekat2. Jika terlalu longgar mata kail tidak dpt menusuk dgn tepat sbb bibir siakap sgt tebal dan sukar ditembusi. Setelah joran dipacak kan pasang alarm reel anda. Pastikan tali utama yg keluar dari hujung joran kendur lebih sedikit. Ini penting kerana tabiat siakap yg suka menggonggong dan melarikan umpan sebelum ditelan. Jika terasa ada rintangan akibat tali tegang sebelum sempat ditelan siakap akan meluahkan umpan. Kemudian bersembunyilah jauh dari joran anda....tunggu lah ia strike. Apabila strike jgn cepat2 menyentak, sebaliknya beri masa 45 - 60 saat sebelum menyentak. Jika anda ingin menggunakan ladung hidup, elakkan dari menggunakan umpan belanak hidup kerana ianya akan membuatkan perambut dan tali utama anda berbelit2 disbbkan pergerakan belanak hidup yg berpusing2. Udang hidup hanya sesuai utk perambut ladung hidup. Tip: apabila umpan telah jatuh ke dasar karaulah tali anda sedikit supaya peluang utk umpan anda terbelit dgn tali utama dapat diminimakan. Jika diatas bot atau sampan jgn lepaskan umpan anda terus kebawah kerana risiko utk terbelit sgt tinggi, sebaliknya lemparkan jauh dan biarkan ianya jatuh perlahan2 kebawah hingga ke dasar. Ingat persembahan umpan sgt penting, lenggokan umpan yg boleh dilihat dari jauh mempunyai kebarangkalian strike yg tinggi. Itu sbbnya lokasi lemparan umpan yg terbaik ialah dikawasan berdasar keras tanpa sebarang halangan dimata pemangsa...biasanya di tepian parit2 atau alur2 tempat pemburuan siakap. Teknik bottom ini sebenarnya juga boleh digunakan utk memancing jenahak , tetanda dan kerapu...asalkan lokasinya tidak di laut dalam. Bersambung dibahagian ketiga untuk teknik float.

Lejenda Siakap Bahagian pertama

Siakap oh siakap! Bahagian pertama....ramai yg bertanya pd saya kenapa begitu sukar untuk menawan siakap liar. Apa yg ingin saya kongsikan disini ialah tip2 dan petua2 untuk memburu dan menawan siakap liar....Ye siakap liar...bukan siakap kolam ye! Perkara pertama yg anda perlu tahu dan faham ialah siakap ialah ikan pemangsa yg mempunyai diet bermusim dan memburu makanan mengikut musim pelagik. Siakap tidak sewenang2nya menyambar umpan yg dihulurkan jika tidak kena dgn musim rantaian makanannya. Mengikut pengalaman saya jika musim belanak membesar siakap amat aktif memburu belanak dan ia tidak akan peduli dgn makanan yg lain, begitu juga dgn musim udang ia hanya lebih fokus kepada menyambar udang. Satu faktor lagi siakap lebih cenderung menyambar umpan yg didapati dikawasan ia membesar dan memburu. Ia amat sukar untuk menyambar umpan yg dibawa dari lokasi yg lain walaupun dari jenis umpan yg sama. Begitu juga dgn umpan tiruan, kadar siakap menyambar umpan tiruan adalah sgt rendah. Siakap hanya menyambar ikan tiruan atas dasar membunuh kerana mengganggu kawasannya. Saranan saya jika anda ingin memburu siakap gunakanlah sepenuhnya teknik umpan HIDUP. Anda harus peka dgn lokasi tempat siakap memburu. Biasanya siakap akan memburu dikawasan ianya dibesarkan dan membesar. Siakap akan berhijrah jika kawasannya sentiasa dicerobohi dgn pukat dan jaring. Biasanya siakap amat sukakan lokasi dimana terdapat jurang atau alur saperti parit yg dalam dikawasan dasar. Ini memudahkan siakap untuk mengendap dan memburu mangsanya. INGAT pastikan jatuhan umpan anda hendaklah ditepi kawasan berparit/beralur ini, bukan didalam parit/alur. Siakap amat galak memburu pd ketika air mulai pasang sesudah subuh sehingga terbit matahari. Begitu juga ketika air mulai pasang pd sebelah mlm. Namun waktu terbaik ialah pada ketika air mulai berubah surut tak kira siang atau malam. Satu faktor yg wajib jika ingin menduga siakap ialah sembunyikan diri anda sebaik2nya. Jangan pegang atau duduk berdekatan dgn joran anda. Jangan buat bising atau sesuatu yg mengganggu kawasan pemburuannya. Perambut anda hendaklah panjang dan menggunakan dua mata kail no.2/0 bertindan dlm jarak 1.5 inci. Cara membuat perambut otai bolehlah anda lihat video di wall saya atau di youtube yg boleh diakses saperti di link dibawah. Saya akan sambung lagi dibahagian kedua.

Monday, August 11, 2014

Video cara membuat perambut otai.

Ada dua vieo yang telah saya muat naik di youtube. Kedua-dua video ini merupakan cara dan teknik rahsia perambut otai untuk menduga dan menawan ikan2 yang bersaiz monster. Enjoy. Sila ikuti link diruangan muaturun / download link di bawah.

Thursday, April 3, 2014

isteri, rumahtangga dan pemancing

ISTERI, RUMAHTANGGA dan PEMANCING.....artikel ini panjang jadi sabarlah membacanya. Apa yg saya inginkan sampaikan disini adalah berdasarkan pengalaman saya bagi mendapatkan lesen besar dalam dunia memancing. Apabila kita berumahtangga kuasa memancing biasanya terletak pada PERTABI/BTTL ( untuk maksud pertabi/bttl ni sila rujuk pada penciptanya PakWi Nowee dari Komplot Aghas...salute pd anda Pakwi Nowee). Demi kehormanian rumahtangga, pemancing selalunya akur dgn keputusan isteri biarpun keputusan tersebut membuatkan sipemancing sentiasa memendam rasa kecewa....apa nak buat kan! Panduan ini merupakan garis panduan yg boleh membantu anda, saya tidak dapat menjamin kejayaan anda mendapat lesen besar tapi setidak-tidaknya peluang anda tetap ada dan masih terbuka untuk mencuba. 1) JANGAN sekali-kali menipu atau mengkhianati isteri anda atas alasan memancing kerana jika anda kantoi semua lesen anda akan di mansuhkan. Berterus-teranglah jika anda ingin keluar memancing, jika tidak dizinkan...sabar aje le!. Ingat sekali isteri anda hilang kepercayaannya pada anda, selama-lamanya isteri anda meragui dan tidak percaya pada anda. 2) Jadikan bapa mertua anda sahabat memancing terbaik anda. Pengalaman saya, ditahun pertama perkahwinan saya perkenalkan hobi memancing ini pada bapa mertua saya. Saya keluarkan segala modal yg perlu untuk peralatan dan trip2 memancing bersamanya...beratlah sikit peruntukan tu! Akhirnya bapa mertua saya menjadi teman memancing terbaik yang saya ada sehinggakan boleh kongsi sebatang rokok dan makan sepinggan. Faktor bapa mertua inilah yang akan menjamin kejayaan anda untuk memiliki lesen besar amat cerah disbbkan isteri anda akan rasa amat selamat jika anda keluar memancing dgn bapa nya. Malahan isteri anda tidak akan membantah sebaliknya akan merestui anda jika bapa mertua anda yg mengajak dan menganjurkan trip memancing bersamanya dan kawan anda. Jika hubungan menantu dan bapa mertua ini berterusan sehebat ini bertahun2 maka kepercayaan dan restu isteri anda akan tetap tersemat dihatinya biarpun bapa mertua anda sudah pergi meninggalkan anda. Seperkara lagi anda akan menjadi menantu terbaik , disayangi dan dihormati oleh mertua anda. 3) Jika anda tiada bapa mertua yg minat memancing , maka carilah abang, adik atau saudara mara sebelah isteri anda. Gunakan strategi yang sama...walaupun hasilnya tak sehebat strategi bapa mertua. 4) Perkenalkan hobi memancing ini pada isteri anda. Bawa mereka memancing bersama sekurang2nya sekali sebulan pada ketika air memang cantik, tarikh yang cantik dan lokasi yang cantik supaya peluang untuk mereka merasai tarikan ikan cerah. Jangan bawa mereka kelokasi yang menjemukan, menakutkan dan menyusahkan. Isteri anda pastinya tidak suka panas matahari dan gigitan nyamuk. Banyakkan beri info tentang dunia memancing terutamanya tentang corak2 air yg baik, tarikh2 yang baik dan lokasi2 yang baik untuk memancing kerana jika isteri anda arif tentang perkara ini maka dia akan lebih memahami dan tahu mengapa anda PERLU untuk memancing pada hari, tarikh dan lokasi ini. 5) Belajar menyiang dan memasak hasil tangkapan anda. Biasanya isteri anda suka memakan ikan yg segar dan besar tapi tidak suka untuk menyiangnya. Bantu isteri anda menyiangnya dan bantu juga dia memasaknya. 6) Buat perjumpaan atau mesyuarat untuk trip2 memancing dirumah anda. Jemput kwn2 dan isteri mereka kerumah anda dan perkenalkan mereka pada isteri anda. Sirratulrahim. 7) Adil lah pada isteri anda. Jika anda ingin membeli peralatan memancing pastikan isteri anda juga dibelikan sesuatu. Sebenarnya isteri tak meminta sesuatu yg mahal tapi cukup jika kita juga ingat padanya walaupun hanya dgn sehelai kain tudung...sebaik2nya bawa lah juga keluarga anda makan luar bersama. 8) Jika anda keluar untuk trip memancing, pastikan anda dapat restu isteri anda. Pastikan isteri anda juga tahu nombor telefon kwn2 yang mengikuti trip anda supaya anda senang untuk dihubungi jika sesuatu berlaku. 9) Sebelum membuat sebarang trip, berbincanglah dulu dgn isteri anda. Percayalah jika semua perkara diatas anda ikuti dgn jayanya pebincangan tersebut akan pasti menyebelahi anda. 10) Pastikan anda benar2 mahir dgn tarikh2 terbaik, corak2 air terbaik, lokasi2 terbaik dan teman2 pemancing terbaik anda kerana lesen besar anda banyak dipengaruhi dgn faktor2 ini. Ingat setiap isteri tidak suka suami penggila mancing, isteri mahukan suami yang bijak membahagikan dan mencari masa yang baik dan sesuai untuk memancing serta mempunyai teman2 memancing yang dihormatinya. Bak kata pepatah bapa mertua saya dulu...saya tak takut isteri, saya sayang isteri saya dan saya sayang famili saya...jalan terbaik ialah adil kepada isteri dan bantulah isteri untuk memahami hobi kita. Selamat mendapat lesen besar.

The fight/pertarungan dgn ikan

Keywords : THE FIGHT/PERTARUNGAN.... artikel ini sgt panjang, harap bersabar membacanya...artikel ini adalah strategi dan teknik yang selalu saya gunakan berdasarkan kepada pengalaman saya yg saya inginkan kongsikan didalam pertarungan dengan ikan. Info ni saya tujukan buat pemancing yang masih tercari-cari sentuhan dan kemahiran untuk berjuang dgn harapan dapat memberikan mereka ruang dan idea untuk mempraktikannya. Kepada pemancing2 hebat yg telah punya pengalaman, sentuhan dan kemahiran tersebut saya ucapkan syabas dan jika sudi berilah komen yang dapat membantu. Bagi saya setiap ikan yg strike tidak boleh di pandang ringan biar mcm mana kecil sekalipun. Saya berpegang kepada prinsip ‘ jangan memandang ringan setiap perjuangan ikan kerana mereka berjuang untuk hidup...sedangkan kita berjuang hanya untuk menawannya’. Perlu diingatkan yg setiap ikan mempunyai banyak teknik, strategi dan ruang untuk melepaskan dirinya didalam dunia airnya...sedangkan kita hanya bergantung hayat pada seutas tali mono/sulam. Jadi kebarangkalian untuk anda tewas adalah sgt2 tinggi. Ingatlah hampir 90% kegagalan memenangi pertarungan adalah disebabkan faktor memandang ringan/ under estimate dan over confident yang berpunca dari sikap kita sendiri sebagai pemancing. 1) Periksa, selenggara dan kemaskini peralatan anda dengan sebaik-baiknya. Perkara paling utama yg perlu diberi perhatian ialah tali. Pastikan tali anda cukup panjang untuk membiarkan ikan membawa dirinya ketika melarikan umpan. Pastikan tali tiada kerosakan dan kerekahan kerana tali2 begini hanya mengundang padah. Jika tali anda cukup panjang dan baik kondisinya, kerisauan anda tentang prestasi drag, joran dan mata kail anda dapat diminimakan kerana tali menjadi penyumbang utama yang boleh melemahkan ikan dalam pertarungan yang memakan masa yg lama dan panjang. Ingat! jika tali anda kurang......reel, joran dan mata kail terbaik sekalipun tidak akan dapat membantu anda jika larian ikan bagaikan peluru. Bagi saya didlm setiap pertarungan ikan yg punya larian saperti peluru adalah amat saya takuti berbanding ikan yang kuat bertahan dan melawan. Itu sbbnya saya sentiasa mengekalkan tali sebanyak mungkin didlm reel saya. 2) Dilokasi tempat memancing, anda hendaklah memerhati dan mengenal pasti kawasan yang paling sesuai untuk mendaratkan ikan anda. Pastikan juga halangan yg ujud di atas dan dibawah air. Pastikan juga kawasan yang paling selesa, kurang halangan dan dapat memberikan anda banyak kelebihan untuk anda larikan joran anda sewaktu bertarung. Ketika pertarungan ada masanya kita perlu bergerak mencari jalan bagi mengelakkan halangan2 dan kawasan2 yang lebih memihak kepada anda. Ingat! dunia daratan adalah kawasan pertarungan anda, jadi pastikan anda benar2 arif dan tahu kemana, dimana dan bila untuk menggunakan kelebihan itu dlm pertarungan. Jika anda gagal mengawal kawasan anda tewas adalah sesuatu yang pasti. Begitu juga diatas bot halangan2 ini perlu dikenal pasti dan dingati dgn sebaik mungkin kerna banyak benda2 yang menjadikan anda susah untuk bergerak disebabkan ruang yang terbatas. Satu perkara lagi yang benar2 menyusahkan pertarungan ialah semangat tidak sporting nya teman2 pemancing. Sikap tidak mahu mengarau dan mengangkat pancing masing2 ketika anda bertarung menambahkan lagi halangan2 yang menyusahkan pertarungan anda. 3) Jika anda memancing dikawasan yang sangat terbatas dan mempunyai banyak halangan yang pasti memihak kepada ikan maka strategi anda harus diubah kepada prestasi kekuatan tali, kekuatan drag dan kekuatan joran dan mata kail. Kekuatan ini perlu dipertingkatkan memandangkan anda hanya ada satu peluang saja untuk memenangi pertarungan yang lokasinya pada dasarnya sudah dimenangi oleh ikan. Didalam situasi begini setiap pertarungan harus memakan masa yang paling singkat dan jika perlu setiap pergerakan yang anda buat didalam pertarungan haruslah menuju lebih dekat kearah ikan. Naluri ikan adalah untuk lari dari anda, untuk itu anda tidak boleh hanya sekadar bertahan sebaiknya anda harus mencari jalan untuk pergi lebih dekat kepada ikan supaya masa pertarungan menjadi singkat dan peluang anda akan menjadi lebih baik. 4) Ketika pertarungan perkara pertama yang perlu anda buat ialah, clear your mind/kosongkan fikiran anda. Jangan berfikir atau bertanya pada diri anda ikan apa ni?...besar mana ni? Sebaliknya fokus pada pertarungan anda dan keep cool/ bertenang...relax. Apabila anda cool dan relax...andrenalin anda akan mula mengepam jantung dan setiap urat darah anda dalam situasi yang terkawal. Ini akan mengelakkan anda dari sifat panik dan dapat berfikir dgn baik dan bijaksana dan dapat mengawal ikan anda kekawasan selamat yang telah dikenalpasti tadi malah dapat membaca gerakan yang boleh menghalang anda kekawasan halangan2 anda. Andrenalin yang terkawal amat perlu didalam setiap pertarungan kerana kepuasan, kenikmatan dan memori kehebatan memancing terletak disini. Itu sbbnya selepas setiap pertarungan yang kita menangi tangan kita akan terus menggigil dan jantung terus berdegup kencang. Malahan jika tewas sekali pun kita masih juga terasa kehebatan andrenalin ini, kadang2 sehinggakan membawa kedalam tidur malam.....dan ianya tidak boleh dibeli. 5) Strategi pertarungan adalah sesuatu yang hanya akan ujud/timbul apabila anda cool, relax, tidak panik dan mempunyai andrenalin yang terkawal. Ia datang secara automatik kerana setiap deria ditubuh anda akan memberikan feedback atau tindakbalas yang paling positif tentang apa yang perlu anda buat. Namun untuk mendapatkan feedback ini anda perlulah mengisi minda anda dengan ilmu dan info sebagai yang telah dikupaskan diatas (perkara 1- 3) 6) Akhir sekali, saat2 pertarungan yang paling kritikal sekali ialah untuk memastikan samada ikan tersebut sudah lemah dan tewas ataupun ikan masih punya sisa tenaga terakhir untuk melepaskan diri dari jangkauan tangan/grip lips anda. Ini adalah faktor terakhir yang tidak diambil berat/peduli dan telah banyak mengecewakan pemancing. Dari pengalaman saya selagi ikan tersebut tidak timbul perutnya menghala keatas selagi itulah peluang untuk dia melepaskan diri adalah sangat2 cerah. Ingatlah ikan itu belum milik anda selagi ianya belum berada didalam kuali anda. 7) Saya lebih suka pertarungan yang lama dan panjang jika situasi dan lokasinya membenarkan kerana pertarungan begini lebih membawa nikmat dan nostalgia. Pertarungan yang lama dan panjang akan membawa lebih banyak kebarangkalian untuk anda memenangi pertarungan dari ikan yang hebat. Jika situasi dan lokasinya tidak membenarkan maka pertarungan yang singkat adalah satu2nya pilihan yg ada. Apa pun penuhilah dada dan minda anda dgn ilmu dan info memancing dgn sebaik2nya. Percayalah walaupun anda lupa tapi bila sampai masanya ia akan timbul secara automatik dgn syarat no.4 itu anda praktikan dgn sebaik2nya. Semoga sedikit sebanyak artikel ini dapat membantu membuka minda anda. Ingatlah seni memancing perlukan leverage, adaptasi, rhythm, deductions, instinct dan dan anticipations untuk berjaya. Artikel ini boleh anda dapati dalam files group Komplot Aghas. Maaf jika terkasar bahasa.

Wednesday, April 2, 2014

Perambut Siakap.

RYTHM/RENTAK PEMANCING

Keywords : RYTHM/RENTAK....Setiap pemancing pada suatu masa akan mengalami sindrom kehilangan rentak. Sindrom ini membuatkan setiap deria dan pancaindera kita kurang berkesan. Sindrom ini juga membuatkan pemancing tidak lagi enjoy dgn hobinya, malas dan mudah putus asa. Akibatnya kita menjadi kurang fokus, tidak berminat, hilang semangat dan setiap yg kita buat pasti tidak kena/tidak menjadi. TERAPI KUMPAU bukanlah jawapan sepanuhnya kepada sindrom ini, akan tetapi ianya sangat2 membantu. Berikut adalah perkara yg perlu anda pelihara dan lakukan supaya anda tidak kehilangan rentak. 1) Jangan jadi penggila pancing...memancing tanpa mengira waktu dan tempat. Ini tidak akan menjadikan anda seorang yg bijaksana kerana pemancing yg bijaksana tahu bila masa terbaik untuk memancing. Sikap penggila pancing ini hanya akan menghancurkan hidup anda dan famili anda yang akhirnya akan mengundang bermacam masalah kepada anda. 2) Tanamkan dalam diri anda yg anda memancing semata-mata untuk enjoy, keseronokan dan menghilangkan stress. Jika dapat ikan ianya adalah satu bonus. 3)Tanamkan dalam diri anda yg anda hanya memancing semata-mata kerana cinta nya anda pada dunia memancing. Bukannya kerana ingin mencari nama dan kemasyhuran. 4) Dalam dunia memancing tidak ada aura berfikiran negatif atau pun positif kerana anda berurusan dengan spesis akuatik...bukannya manusia... Yang ada hanya lah anda dan aura yang neutral. Oleh itu ENJOY! 5) Jadi lah diri anda sendiri, guna stail dan teknik anda sendiri. Cari identiti anda sendiri sebagai seorang pemancing hebat dgn cara dan gaya anda sendiri. 6) Jangan cuba untuk meniru atau menjadi saperti orang lain kerana usaha itu hanyalah pekerjaan yg sia-sia. Sampai mati pun anda tidak akan dapt menjadi saperti nya. Anda hanya membuang masa, uisa dan tenaga untuk itu. Sebaliknya belajar dan ambil iktibar ilmu2 memancing dari orang lain dan sesuaikan/adaptasikan dengan diri anda sesuai dgn bakat, kemampuan dan kemahiran yang anda miliki. 7) Peliharalah peribadi, pegangan dan pendirian anda. Keep a low profile. 8) Keluar dari comfort zone anda. Push your self to the limit. Dunia memancing anda adalah dunia anda dan ikan. Anda akan berkuasa dan selesa selagi anda tidak mencampuri urusan dunia memancing orang lain. 9) Banyakkan memberi, berkongsi dan menolong pemancing2 yang dahagakan ilmu dunia memancing. Anda tidak akan rugi kerana walau sebanyak mana pun ilmu yang anda curahkan dia tetap tidak boleh menjadi saperti anda. Dia masih perlu mencari identitinya sendiri. AKHIR SEKALI yg paling penting dan utama....SOLAT LAH...jangan tinggal solat anda!

Wednesday, March 19, 2014

Terapi Kumpau....!

Keywords TERAPI KUMPAU. Setiap pemancing walau betapa hebatnya dia, walau bergelar mahaguru sekalipun...pasti akan kumpau. Ini adalah kenyataan nya . Tidak ada pemancing yg boleh lari dari kekumpauan. Malahan ada yang seolah2 menerima sumpahan sehinggakan menjadi mimpi ngeri akibat kumpau berpanjangan. Sebenarnya kumpau itu indah kerana kita masih lagi dapat melihat, menatap dan berkongsi kegembiraan dgn kawan2 yg lain...biarpun pada hakikatnya ia adalah sesuatu yg menyakitkan jiwa dan perasaan setiap pemancing. Apabila musim kekumpauan melanda hidup kita, mahu tidak mahu kita mesti menelan hakikat itu biar mcm mana pahit sekalipun. Namun ramai pemancing yg give up/putus asa dan membiarkan diri diselubungi perasaan enggan mencari jalan untuk menghiburkan jiwa dan perasaan yg kumpau itu. Apa yang saya ingin sampaikan dalam artikel ini ialah terapi yg selalu saya lakukan bila musim kumpau melanda. Terapi ini banyak dillakukan oleh orang2 lama dulu sebagai satu hiburan untuk jiwa memancing. Terapi ini berbentuk reverse saikologi keatas minda dan jiwa pemancing. Jadi jika anda merasakan yg ianya tidak akan dapat menghiburkan dan menenangkan jiwa anda...sila abaikan saja. Kalau nak tahu hasil terapi ini keatas anda cubalah....! Begini caranya :- Siapkan diri anda untuk pergi memancing dengan melakukan perkara saperti dibawah. 1)Pilih hari yg terbaik, masa yg terbaik dan air yg terbaik utk anda memulakan terapi anda. Pilih juga lokasi favourite anda yang anda rasakan memang bertuah kepada anda. 2) Ambil dan bawa joran dan reel kesayangan anda yg anda rasakan benar2 membawa tuah malah tidak pernah menghampakan anda selama ini. 3)Bawa hanya dua mata kail saiz kecil untuk ikan kecil dan dua mata kail saiz besar untuk ikan besar, dua biji ladung hidup saiz sederhana dan satu swivel. Satu lagi mata kail dan satu lagi ladung untuk back up kalau putus. 4) Pasang set pancing anda dgn mata kail saiz kecil dulu. 5) Cari umpan cacing seekor sahaja. Gunakan umpan cacing untuk memancing ikan kecil. Dapat ikan kecil, bela supaya hidup dalam botol mineral pun boleh untuk buat umpan hidup. 6) Tukar set pancing anda kepada mata kail saiz besar. Cangkuk ikan kecil tadi dan buat umpan. 7) Lemparkan umpan anda kelokasi yg anda rasakan terbaik menurut naluri anda. 8) Tunggu umpan anda diragut ikan besar. Masa menunggu hanya dua jam sahaja. Jika selepas dua jam tidak ada sentuhan...kemas pancing anda dan balik rumah. Jika anda seorang bait caster, abaikan langkah 3,4 dan 6. Untuk langkah 5 bawa hanya satu sahaja gewang terbaik dan bertuah anda. Langkah 8 Casting lah selama dua jam sahaja. Jika misi anda berjaya mendaratkan ikan besar selama sesi terapi ini, anda akan dapat merasakan sesuatu yg tak dapat saya terangkan kegembiraan, keseronokan dan kepuasan jiwa anda. Jika anda gagal anda akan tahu dimana kesalahan anda selama ini yg menyebabkan anda kumpau kerana setiap langkah dan faktor telah dilakukan. Apa yg perlu ialah anda menyemak dan menilai diri anda serta mencari kesalahan yg telah anda lakukan. Jawapan yg anda dapat merupakan pengajaran dan pengalaman yg paling sempurna utk anda. Kesimpulannya, saya pernah dikatakan gila dan bodoh kerana terapi ini...tapi ianya sangat2 membahagiakan saya dan ikan yg paling besar dalam hidup saya yg pernah saya naikkan adalah melalui proses terapi ini. Malahan terapi ini juga telah banyak mengajar saya tentang dunia kehidupan seorang pemancing. Sehingga kini jika saya memancing saya hanya perlukan proses dan peralatan yg mudah ini sahaja sebagai persediaan saya. Kumpau itu memang indah....seindah larian dan kilauan ikan dibawah air. Selamat mencuba!

Thursday, March 13, 2014

Leverage/keseimbangan untuk memenangi pertarungan dlm memancing.

Bahagian pertama.Jika anda seorang pemancing tegar pastinya anda pernah menghadapi situasi berputih mata didalam pertarungan. Ikan strike...yg terbesar pulak tu... tapi apa saja yg anda buat untuk memenangi pertarungan langsung tidak berkesan...sehinggalah akhirnya anda kecewa tersenyum sendirian memikirkan apa salah anda sehingga kecundang begini...malahan ada yg sanggup melakukan perkara yg diluar dugaan dan batasan keselamatan diri sendiri semata-mata kerana seekor ikan idaman.Artikel ini bukan untuk mengajar anda tentang bagaimana utk memenangi pertarungan dan juga bukan untuk memberi anda jaminan yg anda akan sentisa menang. Sebaliknya ia merupakan satu seni bagaimana untuk memberikan daya yg seimbang diantara anda dan ikan idaman...bak pepatah bertemu kuku dgn ruas. Kalah atau memang itu adat. Seni ini di turunkan kepada saya oleh otai2 pancing dari generasi ke generasi. Pada mulanya seni ini kelihatan merepek tapi setelah saya kaji dan amalkan ianya memang membawa hasil yg terbaik sehingga kini. Jika ianya merepek bagi anda...terpulanglah. Tumpuan dan fokus seni ini adalah prosedure dlm pemilihan dan penggunaan peralatan / tackle memancing anda. Semua prosedure ini diasaskan kepada anatomi tubuh pemancing sendiri. Setiap anatomi tubuh manusia telah dijadikan tuhan mempunyai daya yg seimbang didalam setiap anggotanya biar macam mana sekalipun dia bergerak. Cuma kemampuan tubuh badan manusia utk menyerap hentakan yg datang secara tiba2 saja yg berbeza diantara seseorang. Jika keseimbangan ini dpt di terjemahkan melalui anatomi tubuh anda dan dicapai dalam penggunaan alat memancing anda, semuanya akan jadi mudah untuk anda. Saperti seorang pemain pedang yg membuat pedang nya sendiri berdasarkan kepada keseimbangan tubuh badannya sendiri akan mudah menguasai pedang tersebut, maka peluang untuk dia memenangi pertarungan adalah lebih cerah. JORAN jORAN memainkan peranan paling penting dalam pertarungan. Lenturan joran samada ianya lembut atau keras, dari ultra light ke kelas heavy ianya adalah sesuatu yg personal! Menurut pembelajaran saya biar apa pun kelas/jenama/poundage/aksi joran anda sesuatu yg perlu anda titik beratkan ialah panjangnya. Panjang joran yg terbaik adalah apabila ditegakkan bersebelahan dgn anda ianya hendaklah pd minimanya setinggi hujung kepala anda dari tanah. Panjang maksimanya hendaklah setinggi pada kadar setinggi hujung jari anda apabila tangan anda diangkat tinggi keatas sewaktu berdiri. ini adalah keseimbangan yg sesuai menepati anatomi diri anda sendiri. Apabila sukatan ini dikuti setiap gerak, beban dan tenaga yg anda gunakan untuk menggerakan joran anda akan sinonim dgn kemampuan bentuk tubuh anda. Akibatnya setiap pergerakan anda akan lancar, tanpa stress dan mudah dikawal terutamanya ketika membuat lontaran ditempat yg sempit dan sukar. Juga yg paling penting ialah keseimbangan ini tidak akan membebankan anda ketika bertahan ketika dlm pertarungan kerana setiap beban yg ada akan diserap terus kedalam diri anda...seolah2 anda bertahan tanpa joran. Perasaan inilah yg amat diperlukan ketika bertarung kerana setiap gerak geri ikan dapt terus dirasakan di tangan anda, jadi mudah lah anda menjangkakan tindak tanduk sebenar dan arah tuju ikan tersebut. Jika anda pernah memancing menggunakan pancing layang yg menggunakan bemban/buluh ada pasti tahu mengapa pilihan otai2 dulu2 panjang bemban/buluh yg terbaik adalah dari sukatan yg telah diterangkan.Seni keseimbangan kedua. PERAMBUT/LEADER Panjang perambut/leader anda hendaklah pada sukatan minimanya ialah panjang hujung jari telunjuk anda sehingga kebahu pada ketika tangan anda didepangkan. Pada sukatan maksimanya ialah dari hujung jari telunjuk membawa ketitik tengah dada anda. Kesimbangan ini perlu diselaraskan dgn jarak jangkauan tangan anda disebabkan setiap daya beban ketika anda mengepam joran anda hanyalah setakat mana joran anda boleh diangkat tanpa terasa stress atau sakit pada tangan anda dan posisi tubuh anda. Apabila keseimbangan ini dicapai setiap gerak geri ikan ketika berjuang dapat dirasakan terus ketangan anda dan anda akan dapat mengawal tekanan dan henjutan ikan dengan lebih mudah. Apabila panjang perambut/leader anda sama panjang dgn jangkauan tangan anda ianya akan menjadi sinonim dgn gerakan anda dan ini akan membuatkan perambut/leader susah untuk putus kerana anda tidak akan terlebih pam. Itu sbbnya jika anda biarkan panjang leader yang tergantung dari hujung rod tip kegewang sama panjangnye dengan jangkauan tangan anda, casting anda akan jadi lebih sempurna, mudah dan lancar.Seni keseimbangan ketiga. UMPAN/LURE Saiz umpan/ lure hendaklah sebesar dan sepanjang jari telunjuk anda. Umpan/lure bersaiz ini biasanya menjadi sasaran ikan pemangsa yg dibawah 5 kg. Walaupun ada yang strike melebehi saiz itu tapi ianya amat jarang. Setting perambut/leader saperti yg tersebut diatas masih berupaya untuk menahan asakan ikan sebesar itu. Namun jika anda ingin menggunakan umpan/lure yang lebih besar dari itu maka sukatan perambut/leader hendaklah di ganda dua ( double the length). ini disebabkan saiz umpan/lure yg lebih besar dari jari telunjuk jari anda akan mengundang pemangsa2 yg lebih besar , jadi panjang perambut atau leader yg seimbang ialah double perambut/lure satu jari telunjuk.Info ini adalah berdasarkan dari apa yg telah saya pelajari dari orang2 lama dan yg telah saya amalkan selama bertahun-tahun didunia hanyir ini. Jika hendak amalkan silakan...jika dirasakan merepek atau mengarut...sila abaikan.

Anticipation/jangkaan seorang pemancing

Bab ini artikelnya panjang sikit...harap sabar2 lah baca ye...setiap pemancing harus tahu menjangkakan atau berupaya untuk membuat jangkaan untuk arah larian ikan. Jangkaan ini adalah untuk mematahkan larian ikan sebelum ia berupaya untuk menyusahkan anda dan bebas melarikan diri. Biasanya berlaku pada tiga faktor sahaja. • ketika strike • ketika miss call • ketika ikan terkejut bila gewang mencecah air Kita mulakan dgn situasi pertama : STRIKE strike, apabila ikan strike matlamat utamanya adalah utk melepaskan diri. Seluruh tenaga dan kekuatannya ditumpukan kearah itu. Biasanya tumpuan utama ikan pemangsa adalah lari menuju ke sarang/kubu kuatnya. Jika sarang nya jauh dia akan menuju ketempat yg paling dalam ataupun ketempat yg paling banyak reba dan kayu tenggelam untuk berlindung...ini instinct haiwan. Sebagai pemancing bila ikan strike anda perlu melihat jangkaan2 ini disetiap sudut lokasi memancing anda dan harus mencari jalan yg terbaik untuk mematahkan larian ikan kelokasi tumpuannya. Mata harus liar dan mampu untuk melihat arah tuju ikan sebelum ikan sampai kesitu...jangkaan awal ini dapat mematahkan larian ikan kerana anda sudah bersedia. Apa yg perlu ialah anda harus bersedia untuk mengubah posisi anda, mengikut lariannya, terjun kedalam air dan mengubah lenturan arah tuju rod anda. Untuk mengatasi situasi ini setting drag memainkan peranan yg paling penting...set drag anda berdasarkan kepada lenturan joran...pastikan drag anda hanya mengeluarkan tali secara perlahan apabila lenturan joran anda mencapai lenturan maksimum. Jika tali anda keluar tapi joran anda tidak melentur keperingkat maksimum bermakna setting drag anda kurang tepat. Didalam situasi ikan strike dimana kawasan permainan lebih berpihak kepada ikan setting drag begini amat diperlukan...jika tidak putih mata bang. Setting drag begini akan memberikan lebih banyak anjalan kepada joran untuk melemahkan ikan. Jadi anda hanya perlu bermain dgn joran bagi mengubah haluan arah larian ikan. Situasi kedua...MISS CALL / RABUT Terma apabila ikan rabut...Bila ini berlaku ikan akan jadi takut untuk sambar gewang buat kali kedua..namun ada kes2 tertentu yg kadangkala ia akan sambar balik gewang jika di provokasi dgn menukar teknik dan gewang yang lain. Apabila ikan rabut/miss call biasanya ikan saperti biasa akan lari mengikut instinct haiwan iaitu kembali kelubuknya ataupun ketempat2 yg ia boleh bersembunyi...biasanya ia akan lari ke tempat yg paling dekat dari tempat ia rabut. Tempat itu biasanya dalam, redup dan bertunggul kayu sesuai untuk menyembunyikan diri. Jadi jangkaan anda hendaklah mencari tempat yang paling dekat dari tempat anda miss call tu saperti yg disebutkan untuk melakukan lemparan seterusnya. Situasi ketiga...TERKEJUT BILA GEWANG MENCECAH AIR Situasi ini biasanya berlaku bila casting anda kurang sempurna, apabila gewang anda tidak menjunam untuk menghasilkan gelombang yg tidak menakutkan ikan. Apabila terjunan gewang anda tepat/ hampir tepat menjunam keatas air...mcm orang terjun papan anjal tu...akan terhasillah gelombang membulat diaatas air...gelombang bentuk ini tidak menakutkan ikan sebaliknya memanggil ikan. Jika badan gewang anda terhempas di permukaan air, gelombang yg menakutkan ikan akan terjadi. Apabila ini terjadi ikan akan lari menurut instinct haiwan untuk menyelamatkan diri saperti situasi diatas. Biasanya ikan akan lebih banyak lari menentang arus menuju kehulu dari lari kehilir jika tiada tempat berlindung yg berdekatan. Jangkaan anda hendaklah mulakan casting anda kehulu sikit dari tempat permulaan tadi.

Kenali Sistem Drag Anda

Drag ialah daya kekuatan utk menahan beban seretan. Ia bukannya berat beban itu sendiri. Sebagai contoh : Katakanlah drag anda 10 kg, ianya bukan ukuran utk menahan beban ikan yg beratnya 10 kg. Tapi ianya adalah ukuran untuk beban seretan yg berjumlah 10 kg. Jika ikan yg beratnya 3 kg tapi lariannya mampu mengeluarkan daya beban seretan yg berjumlah 12 kg..maka system drag anda akan gagal. Fungsi drag yg baik biasanya hendaklah 1/4 – 1/3 kekuatan tali, setting paling ideal untuk posisi strike, jika anda menggunakan tali berkekuatan 10 kg misalnya drag yg ideal pada keadaan strike ialah antara 2.5 – 3 kg dan jika keadaan memaksima boleh dipertingkatkan sehingga 5 – 7.5 kg. Persoalannya ialah pada tahap mana kah drag harus dikekal supaya ianya lancar dan tidak membebankan system mekanikal reel anda. Sebenarnya ianya terpulang kpd keadaan. Jika anda memancing dikawasan yg mempunyai banyak halangan maka system drag harus di pertingkatkan supaya ikan dapat di naikkan dgn kadar segera. Jika dikawasan yg tanpa halangan memadailah dgn drag yg diset pd 60% - 75% saja, biarkan ikan lemah dgn layanan kemahiran pancingan anda walaupun ianya memakan masa yg lama utk menaikkannya. Game saperti ini tidak akan membebankan system mekanikal reel anda…Cuma anda sahaja yg akan penat. Sistem gear, ball bearing dan spool anda akan menerima tekanan yg amat tinggi setiap kali drag anda berfungsi pd tahap maksima, terutamanya apabila menggunakan tali braided poundage tinggi. Ini lama kelamaan akan mengurang prestasi reel anda..malahan boleh merosakannya. Untuk itu rajin2 lah servis drag anda,kerana kegagalan drag anda berfungsi dgn lancar bermakna anda akan kehilangan tangkapan idaman anda. Drag tidak boleh di titiskan dengan sebarang minyak lubrikasi, kerana keterbasahan minyak akan mengurangkan daya geseran dan ini akan mengakibatkan drag tidak dapat berfungsi dgn sempurna. Drag hanya boleh disapu dengan gris, tujuan gris adalah untuk menahan drag washer melekat ketika initial start ketika dilarikan ikan dgn mengejut. Jika ini terjadi tali anda akan putus.

Panduan tuning/setting bait casting reel anda.

Panduan adalah info untuk dikongsi bersama terutamnya untuk pemancing yg baru berjinak dgn dunia bait casting. Tuning/setting bc adalah kemahiran yg perlu dipelajari dan dilakukan untuk meminimakan risiko bird nest/meehoon goring yg terjadi pada bc anda. Tuning/setting yg tepat akan memudahkan casting anda, namun perlu diingat yg kemahiran ibu jari anda mengawal spool ketika spool berpusing juga perlu di mahirkan.Pada asasnya proses casting adalah dgn menekan thumb bar untuk release spool, mengangkat joran untuk casting, melakukan casting dan mengawal putaran spool dgn menjadikan ibu jari sebagai brek pada spool dan menghentikan putaran spool sebelum gewang mencecah air. Jika ibu jari anda terlambat utk menghentikan putaran spool tersebut dan gewang mencecah air maka bird nest akan terjadi.Mari kita kenali dulu bc dan bahagian yg perlu diambil perhatian untuk proses tuning/setting ini. Pada asasnya di sebelah plate bahagian kanan ada lah handle dan star drag, di tepinya ada knob yg boleh dilaras. Knob ini adalah spool tensioner knob. Gunanya adalah untuk mengawal kelajuan putaran spool….rpm spool.Disebelah plate bahagian kiri pula adalah mekanisma untuk membrake spool supaya kelajuannya dapat dikurangkan beransur2 ketika membuat lontaran. Biasanya dibahagian ini ada knob yg berskala 1 – 10 ataupun min – max atau symbol untuk tali yg digunakan pada reel dc.Kedua-dua knob inilah yg perlu kita tune/set supaya menjadi selaras dgn berat gewang yg akan kita gunakan. Jika berat gewang tidak selaras dgn tuning/setting bc kita maka risiko birdnest amat tinggi. CARA TUNING/SETTING Mula2 pasangkan gewang yg ingin anda gunakan pd reel dan rod anda.Tegakkan rod anda pd kedudukan jam 2 jika dilihat dari tepi ataupun 135 darjah dari permukaan bumi.Tekan thumb bar anda untuk release gewang, perhatikan kelajuan jatuh gewang anda. Jika jatuhnya laju bermakna spool tensioner anda rendah. Jika lambat bermakna spool tensioner anda tinggi. Jatuhan yg ideal ialah gewang anda jatuh konstan atau tidak laju atau lambat …steady aje.Untuk mendapatkan kejatuhan gewang yg ideal anda hendaklah memusing knob spool tensioner anda supaya ianya selaras dgn kelajuan jatuhan gewang yg dikehendaki samada tinggi atau rendah. Pelarasan ini hendaklah dilakukan berkali2 sehingga anda mencapai kejatuhan yg ideal. Tuning/setting spool tensioner adalah untuk mengawal rpm putaran spool anda. Lagi tinggi rpm spool anda bermakna lagi jauh casting anda tapi lagi susah untuk dikawal. Sebaik-baik cara yg ideal ialah dgn melaraskannya dgn berat gewang yg anda gunakan.PELARASAN HENDAKLAH DILAKUKAN SETIAP KALI ANDA MENUKAR GEWANG TERUTAMANYA APABILA ANDA MENGGUNAKAN GEWANG YG LEBIH RINGAN DARI SEBELUMNYA.Setelah tuning/setting gewang anda selesaikan maka seting /tuning braking system anda pula di selaraskan. Mulakan dgn setting anda di paras 5-7 atau diparas tgh2 diantara min – max. Untuk dc set pada jenis tali yg anda gunakan ( reel dc sudah diprogramkan untuk mengingati lontaran yg dibuat…jadi ianya auto je). Mulakan buat lontaran, pastikan putaran spool anda juga dikawal dgn geseran ibu jari. Hentikan spool anda dgn tekanan ibu jari apabila gewang MULAI HENDAK MENCECAH PERMUKAAN AIR. Lihat jarak lontaran anda tadi samada dekat atau jauh ataupun ianya sudah memadai untuk anda dan lontaran anda juga sudah selesa dgn anda. Yg paling penting adakah anda sudah berupaya untuk mengawal putaran spool tersebut supaya tidak menjadi bird nest. Jika berpuas hati tetapkan setting tersebut pada skala tersebut.Jika anda tidak berpuas hati dan perlukan lontaran lebih jauh, kurangkan lagi sekala braking system ke 2 – 3 atau keparas minima. Buat lontaran dan cuba kuasai lontaran tersebut saperti cara diatas.Jika anda berpuas hati tetapkan setting tersebut. Perlu diingatkan yg braking system adalah untuk mengawal pengurangan putaran spool secara perlahan2 dan beransur-ansur samada menggunakan system centrifugal ataupun magnetic ketika lontaran dibuat. Namun factor penggunaan tekanan dan geseran ibu jari merupakan braking system yg terbaik untuk anda. Pengalaman adalah guru yg terbaik. Ada banyak reel high end yg mempunyai system brake yg canggih yg tidak memerlukan thumbing lansung bagi mengelakkan bird nest, namun reel ini biasanya sangat mahal. Namun itu semua tepuk dada tanya selera. Apa yang saya sampaikan ini adalah procedure biasa untuk reel biasa dan sederhana saja. FAKTOR YG PERLU ANDA AMBIL KIRA SEBELUM MEMBUAT CASTING.Arah angin samada mengikut angin, menentang angin atau angin lintang. Casting menentang arah angin adalah penyumbang terbesar masalah bird nest. Pastikan anda mencari arah yg tidak menentang angin.Bentuk atau cara lontaran samada dari belakang body, pendulum stail atau side winder. Ketiga3 cara ini adalah cara paling selamat untuk casting kerana ia dpt mengurangkan risiko bird nest tapi kelemahannya ialah jarak/distance agak kurang…namun lama2 dgn pengalaman anda akan dapat buat casting yg jauh. PRACTICE MAKE PERFECT.Gagal menghentikan putaran spool sebelum gewang mencecah air. Terutamanya casting diwaktu malam. Praktislah casting diwaktu malam. Bc yg mempunyai bearing yg banyak tidak membantu untuk mengurangkan risiko bird nest. Fungsi bearing hanyalah untuk kelancaran dan smoothness saja ketika casting dan kayuhan.Praktis dan terus praktis….kerana praktis membuatkan anda menjadi mahir.

Deductions/kesimpulan dari pengamatan seorang pemancing

Kesimpulan yg dibuat dari pengamatan. Salah satu dari kesilapan pemancing yg paling utama dan sering dilupakan ialah gagal untuk membuat kesimpulan/deductions berasaskan kepada pengamatan dan pemerhatian. Pengamatan dan pemerhatian adalah sangat penting dalam dunia memancing disbbkan tindak tanduk dan perangai ikan boleh berubah dalam sekelip mata bergantung kepada faktor air, suhu, cuaca , kadar kebisingan dan pengaruh keluasan tempat pemburuan. Seorang pemancing yg baik harus tahu menilai faktor2 pengamatan/pemerhatian ini dan dengan cepat menukar strategi pancingan mereka.Sebagai contoh bila air bertukar keruh, sepatutnya seseorang pemancing harus menukar gewang atau strategi memancing yg lain, akan tetapi pemancing hanya bersikap tidak ambil peduli akibatnya....... kumpau!. Begitu juga bila suhu air berubah, cuaca berubah dan suasana memancing juga berubah...anda sebagai pemancing perlu memerhatikan situasi ini dan bertindak dgn kadar segera untuk memasang srategi memancing yang sesuai dgn perubahan itu. Mari kita lihat senario ini. Berapa ramai pemancing yg bila melihat sekeping gambar yg di upload mengambil inisiatif membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian keatas gambar tersebut, sedangkan didalam gambar tersebut penuh dgn info yg tak perlu ditanya, cuma cukup dgn pengamatan dan pemerhatian. Apa yg dilihat ialah sekeping gambar ikan dan wajah pemancingnya dgn gaya2 persona masing-masing. Sepatutnya apa yang perlu anda perhatikan ialah :-1) Warna gewang yg digunakannya2) Lokasi pemburuan laut, sungai, lombong, tasik dan lain23) Kawasan latarbelakangnya bersemak, di tepi pantai, kawasan berbatu dan lain24) Warna air hijau, biru, jernih, keruh gelap, air teh dan lain25) Cuaca panas, mendung,6) Masa pagi, tghari, petang, senja atau mlm. Deductions/kesimpulan dari apa yg kita amati berasaskan kepada pemerhatian kepada faktor diatas dapat memberikan kita info saperti ini. Jika ingin memancing spesis ini, gewang terbaiknya mcm ni, lokasinya mcm ni, warna airnya mcm ni, cuaca nya begini dan masanya begini. Malahan info ini dapat membantu kita dlm pemburuan kita nanti bila kita berdepan dgn situasi saperti ini. Begitu juga bila kita melihat orang memancing...sebaik2nya jgn sekali-kali ditanya... dpt ikan bang? Itu soalan yg banyak membawa derita dari gembira....silap haribulan boleh berlaku salah faham...ye le bayangkan dah berjam2 mancing...kumpau! tiba2 ditanya soalan begitu. Perkara terbaik ialah dengan memerhati dan mengamati kemahirannya sebagai pemancing dan suasana kawasan dia memancing. Kalau ada ikan yg naik...itu sudah jadi bonus info. Jangan tunjuk pandai , sebaliknya rendah diri kerana anda akan dpt belajar lebih banyak dan lebih baik jika anda sedar dan tahu erti kebodohan diri sendiri.

Naluri/instinct pemancing.

Satu-satunya ilmu luar biasa yg paling ampuh utk seorang pemancing tegar...ilmu tentang bisikan kata hati dimana ikan berada...malangnya ramai pemancing gagal utk menguasai ilmu ini disbbkan tidak percaya pada diri sendiri...akibatnya pemancing jadi serkap jarang dlm menentukan lokasi ikan berada...manusia biasanya hanya percaya dgn apa yg dilihat...tapi tidak pernah percaya dgn apa yg dibisikan oleh kata hati...sedangkan apa yg dikatakan oleh kata hatiadalah benar...lebih benar dari apa yg dilihat. Telitilah senario ini...apabila anda sampai kelokasi memancing...hati anda akan berkata disitu tempat lontaran umpan mu...tapi matamu berkata x ada ikan disitu...lalu anda mengubah haluan lontaran umpan mu berdasarkan pandangan matamu dan otak mulai membuat andaian2 yg menaruh harapan....sehinggakan anda lupa yg anda telah tersalah sasar.....sebenarnya sasaran utamamu ialah apa yg dibisikan oleh hatimu pd pertama kali kamu sampai dilokasi....tapi kamu enggan mempercayai dirimu sendiri....belajarlah mempercayai naluri bisikan kata hati anda sepenuh hati...bukan was2 atau ragu2, pasti tidak akan kecewa. Ini ilmu terbaik bukan saja bagi pemancing tetapi setiap pemburu dan peneroka alam semulajadi.

Etika Seni Memancing

• Always keep your hook sharp / pastikan mata kail sentiasa tajam • A balance tackle / peralatan mancing yg seimbang • Camouflage yourself / sembunyikan diri anda dari penglihatan • Stealth / bergerak dlm senyap • Instinct / naluri • Art of anticipation / membaca jangkaan • Understanding how nature and ecosystem works / faham dgn alam semulajadi • Think like a fish / berfikir mcm ikan • Learn the art of survival / belajar ikhtiar hidup • Be a true angler not someone else / jadikan diri anda pemancing sebenar.

Sunday, January 26, 2014

Kenali sistem drag kekili anda

Sistem Drag Satu-satunya system yg berupaya untuk menjadi time bomb yg berdetik didalam reel anda ialah system drag dan ianya berupaya untuk memusnahkan impian anda pada ketika yang tidak anda sangka2. Pada mereka yg pernah mengalaminya pasti masih terasa kekecewaan akibat tidak dpt menghentikan larian/menaikkan ikan yg selama ini menjadi idaman. Semua system drag bergantung kepada tekanan yg dihasilkan akibat geseran diantara permukaan yg boleh menahan geseran dan permukaan yg licin. Teknologi moden saperti carbon fibre disc dan titanium washer mampu memberikan tekanan yg amat baik dan lancar pd system terutamanya kpd reel yg menggunakan tali braided yg poundage nya tinggi. Sistem drag yg di setkan pd keupayaan 5 kg boleh mengeluarkan haba yg sangat tinggi jika dibiarkan berterusan dilari ikan untuk masa yg lama, kerana itulah mengapa body reel yg diperbuat dari aluminium terbukti lebih baik dari graphite atau plastic disbbkan keupayaan aluminium untuk menyerap haba dan melupuskan nya. Drag ialah daya kekuatan utk menahan beban seretan. Ia bukannya berat beban itu sendiri. Sebagai contoh : Katakanlah drag anda 10 kg, ianya bukan ukuran utk menahan beban ikan yg beratnya 10 kg. Tapi ianya adalah ukuran untuk beban seretan yg berjumlah 10 kg. Jika ikan yg beratnya 3 kg tapi lariannya mampu mengeluarkan daya beban seretan yg berjumlah 12 kg..maka system drag anda akan gagal. Fungsi drag yg baik biasanya hendaklah 1/4 – 1/3 kekuatan tali, setting paling ideal untuk posisi strike, jika anda menggunakan tali berkekuatan 10 kg misalnya drag yg ideal pada keadaan strike ialah antara 2.5 – 3 kg dan jika keadaan memaksima boleh dipertingkatkan sehingga 5 – 7.5 kg. Persoalannya ialah pada tahap mana kah drag harus dikekal supaya ianya lancar dan tidak membebankan system mekanikal reel anda. Sebenarnya ianya terpulang kpd keadaan. Jika anda memancing dikawasan yg mempunyai banyak halangan maka system drag harus di pertingkatkan supaya ikan dapat di naikkan dgn kadar segera. Jika dikawasan yg tanpa halangan memadailah dgn drag yg diset pd 60% - 75% saja, biarkan ikan lemah dgn layanan kemahiran pancingan anda walaupun ianya memakan masa yg lama utk menaikkannya. Game saperti ini tidak akan membebankan system mekanikal reel anda…Cuma anda sahaja yg akan penat. Sistem gear, ball bearing dan spool anda akan menerima tekanan yg amat tinggi setiap kali drag anda berfungsi pd tahap maksima, terutamanya apabila menggunakan tali braided poundage tinggi. Ini lama kelamaan akan mengurang prestasi reel anda..malahan boleh merosakannya. Untuk itu rajin2 lah servis drag anda,kerana kegagalan drag anda berfungsi dgn lancar bermakna anda akan kehilangan tangkapan idaman anda.

Perambut Jenggo ( udang galah )

Perambut jenggo adalah perambut yang paling cerewet didunia memancing disebabkan banyaknya factor yg perlu diambil kira utk membuatnya. Perkara pertama yg perlu anda tahu ialah cara ikatannya. Rujuk internet di laman web www.animatedknots.com dan tengok mcm mana nak buat dropper loop, san diego jam knot,snell knot, clinch knot dan improved clinch knot. Kelima2 ikatan ini amat penting untuk ikatan perambut jenggo. Mahir kan dulu ikatan2 ini. Jenis 1 Perambut dua mata bertindan atas bawah. Panjang perambut bergantung kepada kelajuan arus. Arus perlahan perambut panjang, biasanya sepanjang ukuran dari bahu anda ke hujung jari telunjuk anda. Arus laju perambut dipendekkan hingga ¾ panjang nya. Caranya, ikat satu mata kail anda dgn ikatan sneel knot dibahagian tengah tali. Tali lebihan dibahagian bawah mata kail hendaklah dibiarkan panjang dalam ¼ dari panjang keseluruhan. Dihujung tali lebihan ini ikat satu lagi mata kail dgn improved clinch knot. Siap lah perambut dua mata bertindan pada satu tali. Perambut jenis 1 ini sgt baik digunakan jika diketahui sememangnya lokasi tersebut mempunyai jenggo yg bapak2. Disebabkan jika satu umpan dibahagian bawah sekali habis dimkn, umpan yg diatas biasanya akan memberikan anda satu peluang lagi. Biasanya perambut jenis ini dapat amat disukai oleh jenggo yg besar2 kerana jarak pertindihannya memudahkan jenggo yang bersaiz besar menggunakan kedua sepitnya utk memakan umpan diatas dan dibawah sekaligus. Perambut jenis ini banyak digunakan oleh otai2 dan sifu2 di sg timun . Ribuan terima kasih saya kpd tekong Ane tekong tersohor sg timun kerana mengajar saya perambut ini. Jenis 2 Perambut dua mata bercabang. Ambil satu tali dan masukkan satu swivel dgn snaplock di bahagian tengah tali. Buat dropper loop dgn mengekalkan swivel berada di loopnya. Ketatkan loop. Kini anda ada dua tali bercabang di kiri dan kanan loop. Biarkan tali disebelah kanan sepanjang lebih kurang 9 inci dan tali sebelah kiri 6 inci. Dihujung setiap tali ikat matakail dgn menggunakan improved clinch knot. Siap satu perambut bercabang dgn dua mata kail, satu panjang dan satu pendek bagi mengelakan dari berbelit. Swivel dgn snaplock digunakan supaya senang di pasang pd swivel di tali utama. Perambut jenis 2 ini cukup baik digunakan jika jenggo memang galak dan banyak dilokasi. Perambut ini biasanya dapat memberikan double hook up. Jenis 3 Perambut satu mata. Biasanya perambut ini adalah sangat popular dikalangan pemancing jenggo. Ambil tali sepanjang 12 inci jika untuk arus perlahan dan 8 inci untuk arus laju. Ikat mata kail dgn improved clinch knot. Cara mengikat perambut ke swivel di tali utama. Biasanya untuk memancing jenggo ladung hidup digunakan supaya senang untuk jenggo memakan umpan tanpa terasa sebarang tekanan . Ditali utama kita masukkan dulu ladung hidup, kemudian kita ikat swivel tanpa snaplock dihujung tali utama ini dgn san diego jam knot. Swivel ini akan jadi stopper kepada ladung hidup. Pada swivel yg menjadi stopper tadi kita ikat perambut pilihan kita ketali utama dgn san diego jam knot juga. Untuk ikatan ke swivel ini improved clinch knot dan clinch knot juga boleh digunakan. Terpulang pd anda mana yg senang. Kesalahan utama yg selalu dibuat oleh pemancing jenggo ialah menarik tali selepas umpan dilemparkan. Jgn sekali2 menarik tali anda sehingga menjadi tegang, sebaiknya biarkan ia kendur sedikit. Jika tali anda ditarik sehingga tegang kebarangkalian mata anda tersangkut pada reba adalah amat2 tinggi. Jika perlu ditegangkan karau tali perlahan2 sehingga ianya hanya kendur sahaja. Biasanya arus akan menegangkan tali secara automatik. Belajarlah cara membuat perambut ini perlahan-lahan…cubalah sendiri!

Sunday, January 19, 2014

Teknik casting bc

Teknik casting bc...info untuk dikongsi bersama semoga dpt membantu menambah ilmu pemancing2 semua. Tekinik juga boleh digunakan untuk umpan2 yg lain samada hidup atau mati. Teknik ini saya warisi dari otai bc zaman saya, dulu tak ada dc...jadi semua casting harus di kawal dgn ibu jari...selain dari setting spool tensioner dan brake system. Seandainya anda ingin mencuba silakan...sebenarnya banyak lagi teknik yg hebat2 jika anda rajin melayari internet. Mula2 kita hendaklah mencari leverage ( titik keseimbangan ) diantara joran dan gewang. Leverage adalah sgt perlu untuk membentuk momentum dan potential energy supaya gewang boleh keluar lancar dan jauh ketika casting. Untuk mencari titik leverage yg tepat kita hendaklah memegang joran dgn kedua2 tangan...satu dipangkal joran dan satu lagi pd bc anda. Letak posisi joran anda saperti mana anda hendak lakukan casting...Cuma yg perlu diberi perhatian ialah kedudukan bc anda hendaklah betul2 diatas bahu anda dan keseluruhan joran dibelakang anda hendaklah mendatar di paras bahu anda. Lepaskan gewang anda perlahan2 turun sehingga anda merasa tidak ada beban di tip joran anda. Jika lepasan gewang anda pendek anda akan terasa ada sesuatu yg sangkut di tip joran anda, sekiranya terlebih panjang anda akan terasa tip joran anda berat kebawah....biasanya dalam anggaran 1/3 jarak tip joran ke bc anda sudah memadai. Tak kiralah mcm mana panjang atau pendeknya joran anda, mcm mana aksinya berat atau ringan, begitu juga dgn gewangnya..yg perlu ialah keseimbangan titik leverage ini lah yg akan dpt membantu casting anda menjadi sempurna. Apabila leverage ini telah dicapai, hayunkan joran anda menuju sasaran betul2 melalui bahu anda dlm satu hayunan yg konstan terus menerus sehingga joran mendatar sama paras dgn dada anda. Ibu jari anda yg memegang spool hendaklah dilepaskan pd ketika joran anda menegak diatas kepala supaya momentum hayunan semuanya dapat bergerak lurus secara parabolik dan kemudiannya mendatar menuju sasaran...saperti pergerakan anak panah. Perlu diingat hayunan perlulah konstan dan terus menerus, jgn gunakan pergelangan tangan anda untuk flip tip joran kerana ini akan membuatkan gewang menuju kebawah dengan cepat...akibatnya jarak menjadi kurang dan birdnest akan berlaku. Apabila gewang sudah hampir mencecah air tekan ibu jari anda pada spool untuk menghentikan putaran spool anda supaya birdnest tidak berlaku. Cubalah dgn hayunan dari sisi bahu anda dan juga dari sisi rusuk anda...teknik hayunan nya tetap sama, cuma anda akan dapati ada sesetengah tempat yang perlukan hayunan dari sisi bahu dan sisi rusuk anda...cubalah.

Friday, January 17, 2014

asas2 kemahiran memancing 3

Kemahiran ketiga yg perlu diketahui dan dimahirkan ialah umpan. Kenalilah umpan berdasarkan kepada makanan favourite sesuatu spesis itu. Umpan terbahagi dua iaitu 1) Umpan yg berbentuk universal dan dimakan oleh kebanyakan spesis. Biasanya umpan jenis amat digemari oleh ikan kecil dan sederhana besar. 2)Umpan yg hanya digemari oleh sesuatu spesis ikan sebagai makanan favourite. Biasanya umpan jenis ini adalah umpan2 yg perlu ada jika ingin memburu spesis pemangsa yg besar dan yg baik2. Ingat lagi besar spesis yg diburu lagi besar umpannya dan semestilah persembahan umpan juga perlu hebat saperti menggunakan umpan hidup. Belajarlah cara untuk mencari umpan sendiri kerana ianya lebih baik kerana umpan anda pastinya segar dan anda sendiri tahu spesis sasaran anda.

asas2 kemahiran memancing 2

Kemahiran kedua yg perlu dikuasai ialah ikatan.Sebenarnya banyak ikatan2 yg boleh dipraktik dan dimahirkan untuk menjadi seorang pemancing yg baik.Pada asasnya ikatan perlu simple/mudah,kuat dan tidak mudah longgar,senang diingati, boleh di gunakan pada semua jenis diameter tali dan mudah diikat diwaktu mlm. Kemahiran ikatan yg perlu ada dan dimahirkan oleh setiap pemancing adalah saperti berikut :- 1) Ikatan perambut mata kail 2) Ikatan untuk menyambung dua jenis tali yg berbeza diameter dan jenis tali 3) Ikatan yg mudah, cepat, kuat dan fleksible serta mudah untuk digunakan. 4) Ikatan untuk sambungan swivel 5) Ikatan untuk sambungan leader,terminal tackle dan main line. Untuk itu anda cari dan pilihlah jenis ikatan yg benar2 anda mahir dan boleh dilakukan dgn cepat dan sempurna, sekurang2nya 3 atau 4 jenis ikatan sudah memadai.

Panduan tuning/setting bc anda

PANDUAN TUNING/SETTING UNTUK BC ANDA Panduan adalah info untuk dikongsi bersama terutamnya untuk pemancing yg baru berjinak dgn dunia bait casting. Tuning/setting bc adalah kemahiran yg perlu dipelajari dan dilakukan untuk meminimakan risiko bird nest/meehoon goring yg terjadi pada bc anda. Tuning/setting yg tepat akan memudahkan casting anda, namun perlu diingat yg kemahiran ibu jari anda mengawal spool ketika spool berpusing juga perlu di mahirkan. Pada asasnya proses casting adalah dgn menekan thumb bar untuk release spool, mengangkat joran untuk casting, melakukan casting dan mengawal putaran spool dgn menjadikan ibu jari sebagai brek pada spool dan menghentikan putaran spool sebelum gewang mencecah air. Jika ibu jari anda terlambat utk menghentikan putaran spool tersebut dan gewang mencecah air maka bird nest akan terjadi. Mari kita kenali dulu bc dan bahagian yg perlu diambil perhatian untuk proses tuning/setting ini. Pada asasnya di sebelah plate bahagian kanan ada lah handle dan star drag, di tepinya ada knob yg boleh dilaras. Knob ini adalah spool tensioner knob. Gunanya adalah untuk mengawal kelajuan putaran spool….rpm spool. Disebelah plate bahagian kiri pula adalah mekanisma untuk membrake spool supaya kelajuannya dapat dikurangkan beransur2 ketika membuat lontaran. Biasanya dibahagian ini ada knob yg berskala 1 – 10 ataupun min – max atau symbol untuk tali yg digunakan pada reel dc. Kedua-dua knob inilah yg perlu kita tune/set supaya menjadi selaras dgn berat gewang yg akan kita gunakan. Jika berat gewang tidak selaras dgn tuning/setting bc kita maka risiko birdnest amat tinggi. CARA TUNING/SETTING Mula2 pasangkan gewang yg ingin anda gunakan pd reel dan rod anda. Tegakkan rod anda pd kedudukan jam 2 jika dilihat dari tepi ataupun 135 darjah dari permukaan bumi. Tekan thumb bar anda untuk release gewang, perhatikan kelajuan jatuh gewang anda. Jika jatuhnya laju bermakna spool tensioner anda rendah. Jika lambat bermakna spool tensioner anda tinggi. Jatuhan yg ideal ialah gewang anda jatuh konstan atau tidak laju atau lambat …steady aje. Untuk mendapatkan kejatuhan gewang yg ideal anda hendaklah memusing knob spool tensioner anda supaya ianya selaras dgn kelajuan jatuhan gewang yg dikehendaki samada tinggi atau rendah. Pelarasan ini hendaklah dilakukan berkali2 sehingga anda mencapai kejatuhan yg ideal. Tuning/setting spool tensioner adalah untuk mengawal rpm putaran spool anda. Lagi tinggi rpm spool anda bermakna lagi jauh casting anda tapi lagi susah untuk dikawal. Sebaik-baik cara yg ideal ialah dgn melaraskannya dgn berat gewang yg anda gunakan. PELARASAN HENDAKLAH DILAKUKAN SETIAP KALI ANDA MENUKAR GEWANG TERUTAMANYA APABILA ANDA MENGGUNAKAN GEWANG YG LEBIH RINGAN DARI SEBELUMNYA. Setelah tuning/setting gewang anda selesaikan maka seting /tuning braking system anda pula di selaraskan. Mulakan dgn setting anda di paras 5-7 atau diparas tgh2 diantara min – max. Untuk dc set pada jenis tali yg anda gunakan ( reel dc sudah diprogramkan untuk mengingati lontaran yg dibuat…jadi ianya auto je). Mulakan buat lontaran, pastikan putaran spool anda juga dikawal dgn geseran ibu jari. Hentikan spool anda dgn tekanan ibu jari apabila gewang MULAI HENDAK MENCECAH PERMUKAAN AIR. Lihat jarak lontaran anda tadi samada dekat atau jauh ataupun ianya sudah memadai untuk anda dan lontaran anda juga sudah selesa dgn anda. Yg paling penting adakah anda sudah berupaya untuk mengawal putaran spool tersebut supaya tidak menjadi bird nest. Jika berpuas hati tetapkan setting tersebut pada skala tersebut. Jika anda tidak berpuas hati dan perlukan lontaran lebih jauh, kurangkan lagi sekala braking system ke 2 – 3 atau keparas minima. Buat lontaran dan cuba kuasai lontaran tersebut saperti cara diatas. Jika anda berpuas hati tetapkan setting tersebut. Perlu diingatkan yg braking system adalah untuk mengawal pengurangan putaran spool secara perlahan2 dan beransur-ansur samada menggunakan system centrifugal ataupun magnetic ketika lontaran dibuat. Namun factor penggunaan tekanan dan geseran ibu jari merupakan braking system yg terbaik untuk anda. Pengalaman adalah guru yg terbaik. FAKTOR YG PERLU ANDA AMBIL KIRA SEBELUM MEMBUAT CASTING. Arah angin samada mengikut angin, menentang angin atau angin lintang. Casting menentang arah angin adalah penyumbang terbesar masalah bird nest. Pastikan anda mencari arah yg tidak menentang angin. Bentuk atau cara lontaran samada dari belakang body, pendulum stail atau side winder. Ketiga3 cara ini adalah cara paling selamat untuk casting kerana ia dpt mengurangkan risiko bird nest tapi kelemahannya ialah jarak/distance agak kurang…namun lama2 dgn pengalaman anda akan dapat buat casting yg jauh. PRACTICE MAKE PERFECT. Gagal menghentikan putaran spool sebelum gewang mencecah air. Terutamanya casting diwaktu malam. Praktislah casting diwaktu malam. Bc yg mempunyai bearing yg banyak tidak membantu untuk mengurangkan risiko bird nest. Fungsi bearing hanyalah untuk kelancaran dan smoothness saja ketika casting dan kayuhan. Praktis dan terus praktis….kerana praktis membuatkan anda menjadi mahir.

Panduan memilih umpan tiruan

PANDUAN MEMILIH UMPAN TIRUAN Dalam memilih umpan tiruan kita harus memberi fokus terhadap keberkesanan untuk ikan pemangsa melakukan strike. Jadi faktor yg dipanggil tindakbalas titik menyerang perlu dipanggil kira. Ikan pemangsa tidak menyerang dengan sewenang2nya. Mereka juga mempunyai strategi dan teknik ketika melakukan serangan. Titik serangan ini dapat membantu serangan yg berkesan. Kajian yg telah dilakukan secara umumnya menyatakan bahawa ketika menyerang dan menghadapi serangan mata mangsa dan mata pemangsa yg dikenali sebagai titik mata memainkan peranan paling utama. Anak mata pemangsa akan menjadi besar ketika didalam ketakutan untuk menghadapi serangan. Anak mata pemangsa pula akan menjadi kecil ketika dalam posisi menyerang. Ini merupakan petanda awal yg membuatkan pemangsa menjadi begitu ghairah untuk menyerang mangsa. Seperkara lagi apabila didalam ketakutan arah anak mata mangsa yg membesar akan menjurus terus kedepan selari dengan tubuhnya dan ini akan memberikan jangkaan sudut serangan yg akan dilakukan oleh pemangsa apabila mangsa cuba untuk melarikan diri. Oleh itu jika anda ingin membeli umpan tiruan pastikan dua faktor ini menjadi pilihan utama anda:- 1) Anak mata umpan tiruan biasanya berwarna hitam hendaklah besar bulatannya serta mepunyai lilitan hitam disekelilingnya yg bersifat kontras atau berlawanan dengan warna latarbelakang nya. 2) Kedudukan arah anak mata yg hitam itu hendaklah lebih mengarah ke hadapan seolah2 memandang kehadapan muncung saperti sedia hendak lari. Biasanya mengarah tempat tali dikat. 3) Untuk pemilihan warna sila lihat artikel dibawah. PEMILIHAN WARNA DAN KESANNYA Pada dasarnya hampir semua jenis ikan tidak berupaya untuk melihat dan membezakan warna. Ikan hanya dapat melihat didalam bentuk perbezaan kontras yg dihasil oleh dua warna yg berbeza. Jika sesuatu warna itu lebih gelap dari yg satu lagi maka akan terbentuklah dua kontras yg berbeza dan ini akan meningkatkan daya tarikan ikan pemangsa. Hasil kajian hanya tiga warna saja benar2 begitu berkesan untuk menarik minat ikan2 pemangsa. Warna tersebut adalah warna hijau terang, kuning terang dan jingga ( oren) terang. Warna2 ini hendaklah dikombinasikan dengan warna2 gelap lain yg dapat membentuk kontras yg baik.Oleh itu mana2 umpan tiruan yg mengandungi kombinasi warna2 ini cukup baik untuk digunakan. Pilihlah warna2 yg terang dan jelas. PENGARUH KEDALAMAN DAN KEJERNIHAN AIR Pengaruh kedalaman air juga akan mempengaruhi spektrum warna umpan tiruan. Spektrum warna adalah saperti warna pelangi. Jika dicampur kesemua warna ini ianya akan membentuk hanya satu warana iaitu putih. Jika kita memancarkan satu cahaya kedalam air yang dalam warna ini sedikit demi sedikit hilang dari pandangan berdasarkan kepada kedalamanya. Pada kedalaman 10 kaki, warna putih akan terlebih dahulu hilang, diikuti dgn merah masih kekal, diikuti dgn oren menjadi samar2 dan kuning akan menjadi pudar. Pada kedalaman 75 kaki warna kuning akan kelihatan hijau kebiruan dan warna yg kelihatannya hanya biru, ungu dan lembayung. Bila melebehi 150 kaki semua warna akan hilang kecuali ultra lembayung yg tidak kelihatan dimata kasar. Akan tetapi warna neon yg mengandungi flourescene akan bertambah cerah kelihatan lagi dalam kedalam air. Semua pengaruh warna juga bergantung kpd kadar kejernihan air. Oleh kerana kejernihan sentiasa berubah maka warna yg sentiasa dpat dikekal didalam situasi ini hanya lah kobinasi warna merah dan jingga (oren) akan tetapi ianya tidak boleh melebehi kedalaman 20 kaki. Sebagai rujukan dan panduan warna kejenihan air perkara berikut hendaklah diambil kira bila memilih warna umpan tiruan:- 1) Sangat jernih : Warna umpan tiruan hendaklah kombinasi warna putih atau clear dgn warna spektrum yg lain. Semua warna dapat dilihat di kedalaman 10 kaki. 2) Jernih : Biru paling jelas kelihatan dan diikuti dgn putih. Semua warna spektrum yg lain TIDAK akan kelihatan dengan jelas di kedalaman 10 kaki. 3) Warna air hijau: Hijau yang paling jelas kelihatan. 4) Air kelihatan saperti air teh : Jingga (oren) dan hijau paling jelas kelihatan. Merah kurang jelas. 5) Air kuning berlumpur : Merah yg paling jelas kelihatan. Seperkara lagi kedudukan cahaya matahari juga mempengaruhi spektrum warna. Sebagai panduan umum perkara berikut hendaklah juga diambil kira ketika memilih umpan tiruan sebelum memancing:- 1) Ketika terbit fajar hingga terbit matahari : warna biru, ungu dan hitam adalah yg terbaik 2) Ketika terbit matahari hingga matahari sudah mulai terasa bahang panasnya : warna merah dan jingga ( oren) adalah yg terbaik. 3) Ketika matahari sudah begitu terang dan jelas cahaya ( waktu tengahari) : coklat ( brown ) dan kelabu ( gray) adalah yg terbaik. Sebaik-baiknya carilah warna yg mengandungi flourescent yang memancarkan cahaya. 4) Pada waktu malam semua warna hanya kelihatan saperti bayangan kelabu dan tidak boleh dilihat ikan. SEMOGA PANDUAN INI DAPAT MEMBANTU .

warna2 umpan tiruan

Sunday, January 5, 2014

Asas kemahiran memancing 1

Asas kemahiran pertama yg perlu ada pada anda sebagai pemancing ialah cara guna peralatan anda. Tak kiralah samada anda mampu menyediakan peralatan yg murah atau mahal kerana fungsinya tetap sama iaitu untuk memudahkan pancingan anda. Praktis membuat lemparan menggunakan joran dan reel anda supaya lemparan anda mengenai sasaran pada jarak yang anda inginkan. Gunakan berbagai saiz ladung dari yg berat sehingga ke ringan. Praktis bagaimana untuk membuat lemparan dikawasan yg bersemak, dikawasan yg terhalang saperti dibawah pokok dicelah tiang2. Sebaik2nya letaklah timba dikawasan2 tersebut dan usahakan supaya dpt melempar ladung masuk kedalam timba tersebut. Biasakan diri anda dgn berbagai jenis berat ladung, jarak dan rintangan. Kemahiran ini jika dipraktik sehingga sempurna akan menjadi anda seorang caster yg baik dalam apa jua keadaan. Biasakan diri anda dgn reel anda. Pastikan anda benar2 tahu mengendalikannya. Pastikan anda tahu panjang tali yg ada pada reel anda dan daya seretannya. Pastikan juga anda tahu sekuat mana drag perlu diputar supaya tali tidak putus ketika berjuang. Untuk bc reel, set tuning reel anda dgn sebaiknya bagi setiap pemberat yg anda gunakan. Tuning yg tepat akan mengurangkan risiko backlash.Ingat fungsi reel adalah untuk menggulung tali. Fungsi drag adalah untuk membuatkan ikan terasa sukar dan hilang daya untuk melarikan diri. Biasakan diri anda dgn daya dan tahap lenturan joran anda. Anda mesti tahu aksi joran anda. Setiap joran mempunyai kadar lenturan yg berbeza. Pastikan anda faham dan tahu tahap maksima lenturan joran anda.Ingat joran digunakan untuk melemahkan dan menyerap daya larian ikan. Jangan sekali-kali gunakan joran untuk memaksa ikan naik...kerana risiko untuk kehilangan ikan dan merosakan joran amat tinggi. Untuk itu pastikan joran dan reel anda seimbang. Kemahiran anda juga seimbang...malah dapat bertindak dgn baik dan bijak bila keadaan mendesak.Sedikit petua....biasanya apabila lenturan joran sudah mencapai tahap maksima dan tegangan tali juga sudah mencapai tahap maksima tali akan berbunyi saperti bunyi tiupan wistle apabila terkena angin. Apabila kedengaran bunyi ini cepat2 lah anda beri tali dengan melonggarkan drag anda.

Saturday, January 4, 2014

Pembuka tirai 2014

Selamat tahun baru 2014 untuk semua warga pemancing. Saya dapat rasakan yg banyak perubahan akan berlaku didalam dunia memancing memandangkan ramai pemancing muda yang sudah mulai sedar etika c&r malahan sudah banyak yang mulai beralih arah untuk melestarikan konservatori dan santuari lubuk masing dgn merahsikannya sebaik mungkin. Semangat inilah yg sangat saya alu2kan kepada semua pemancing muda. Semoga berkekalan. Ini adalah catatan saya yg pertama untuk 2014. Apa yg ingin saya tekankan disini ialah asas2 yg perlu ada pada diri setiap pemancing. Setiap kali saya keluar untuk trip memancing ataupun jalan2 cari lubuk saya melihat ramai pemancing muda yg peralatannya canggih dan mahal2 belaka malangnya kemahiran asas sebagai pemancing tidak ada. Membuat perambut pun terkial-kial malahan ada yg tidak tahu mencangkuk umpan dgn cara yg betul. Tapi apa kan daya siapalah saya untuk menegur cara mereka walaupun saya tahu ianya lebih memburukan keadaan dari kejayaan.Mulai dari hari catatan saya akan lebih banyak berkisar kepada asas2 yg perlu ada pada setiap pemancing. Dari asas2 inilah baru pemancing dapat memperkembangkannya menurut cara dan citarasa masing2 sapertimana yg sesuai menurut pilihannya. Memancing adalah ilmu yang perlu dikuasai dan kita hendaklah sentiasa mencari jalan untuk menyesuaikan diri kita dgn peralatan, suasana dan corak2 pancingan yg boleh menjadi trademark kita.