Dimensi pancingku.....yeh!

Saya sarankan anda supaya melihat archive di blog saya ini sebelum membaca post2 saya.Mulakan dengan archive yang paling awal sekali, kerana setiap post saya bersambung dari satu tajuk kesatu tajuk yang berkaitan secara turutan. cara ini akan memudahkan anda untuk memahami ilmu memancing ini dengan sebaik mungkin.
Memancing...kegilaan yang total! Hobi yang mengajar kita tentang kesabaran, ketelitian dan ketenangan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Apa sebenarnya yang dicari...apakah ikan idaman yang diburu? Apakah kejuaraan yang dicari atau ianya merupakan satu jalan keluar dalam penyelesaian masalah kehidupan? Semuanya bukan!...sebenarnya apa yang dicari hanyalah sentuhan pertarungan dari si ikan. itulah yang di impikan, diburu dan dicari oleh setiap pemancing. Hakikatnya itulah pemancing, kegilaan yang merasakan panas bahang matahari itu sejuk, lapar dan dahaga itu biasa le!. Tidur hanyalah satu mimpi dan sanggup dilambung angin dan ombak. Tidak pernah merasa jemu biarpun tiada ikan meragut umpan. Gilakan...kan!

Apa yang perlu anda fahami tentang memancing!!

Fahamilah dan kenalilah dulu fungsi sebenarnya peralatan memancing sebelum mulai memancing. Pastikan anda faham dan dapat merasakan yang peralatan memancing anda adalah sebagai sebahagian dari diri anda. Perasaan itu amat penting kerana biasanya ia memudahkan kita untuk mengendalikannya malahan membawa tuah dan memihak kepada kita didalam setiap pertarungan.. Sebenarnya alat memancing direkacipta adalah untuk memudahkan kita bertarung dengan si ikan. Fungsi utamanya adalah untuk melemahkan daya ketahanan ikan. Ramai yang gagal dan kecewa kerana tewas sewaktu bertarung dengan ikan disebabkan kurang memahami peralatan pancing sendiri.Walaupun setiap peralatan mempunyai kelas daya beban dan ketahanannya yang tersendiri namun ianya bukan bererti ia dapat bertahan dengan sendirinya tanpa bantuan peralatan yang lain. Contohnya saperti tali berdaya tahan 20 lb ( 7 kg ) bukan bererti yang ianya mampu mengangkat naik ikan seberat 7kg, tapi sebenarnya mampu menahan daya sentakan dan larian ikan yang mempunyai daya seretan 7kg. Begitu jua dengan peralatan yang lain saperti kili, joran dan daya seretan ( drag ) kekili ( reel ) anda. Adalah tidak betul jika menggabungkan joran bersaiz berat ( heavy) dengan tali 15 lb dan kekili 5/0. Strategi dan teknik yang sebenarnya adalah dengan menggabungkan kekuatan peralatan ini secara total dan bersepadu, maka pertarungan tersebut akan lebih memihak kepada anda. Oleh itu pilihlah peralatan memancing anda dengan seimbang. Keseimbangan amat perlu bagi memastikan ada mempunyai lebih banyak peluang untuk menang. Apa yang sarankan di blog ini adalah sebagai panduan untuk mendapatkan keseimbangan peralatan memancing anda.
Pemancing yang bijak tahu bagaimana untuk menganggabungkan peralatannya untuk mendapatkan keseimbangan yang optimum.

KALENDAR MEMANCING OTAI

Fenomena semulajadi kehidupan laut dipengaruhi oleh peredaran bulan. Peredaran bulan jugalah yang bertanggungjawab keatas perubahan pasang surut air dan kekuatan arus air. Perubahan ini adalah faktor utama yang akan menentukan kejayaan pancingan anda. Tarikh – tarikh yang digunakan dikalendar ini hendaklah dirujuk kepada Kalendar Islam atau Kalendar Cina, disebabkan kedua-dua kalendar ini sajalah yang diatur menurut peredaran dan perubahan fasa bulan. Keunikan kalendar ini ialah ianya tidak akan berubah selagi adanya peredaran bulan. Kalendar ini bersifat sebagai rujukan anda sebelum merancang dan menetapkan trip memancing anda. Ianya telah digunakan dari generasi ke generasi sehingga kini.

Tarikh

Air

Arus

Lokasi memancing / Spesis sasaran

Umpan terbaik

1

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

2

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil& sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

3

Sederhana

Ideal

Tepian pantai/semua spesis

Cacing,umpun,fillet,udang

4

Perlahan

Cantik

Laut dalam / besar& sederhana

hidup,fillet,cacing

5

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

6

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

7

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

8

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

9

Perlahan

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

10

Sederhana

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

11

Sed Besar

Cantik

Baik semua lokasi /semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

12

Sed Besar

Ideal

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

13

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

14

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

15

Sgt besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

16

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

17

Sed Besar

Ideal

Baik semua lokasi/besar& sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

18

Sederhana

Cantik

Baik semua lokasi/besar & sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

19

Perlahan

Cantik

Baik semua lokasi/besar & sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

20

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

21

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

22

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

23

Perlahan

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

24

Sederhana

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

25

Sed Besar

Ideal

Baik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

26

Sed besar

Ideal

Baik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

27

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

28

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil &sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

29

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

30

Sgt besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang






Download link
Kalender memancing otai

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KY3N5Mk5CZ2RXcXM/edit?usp=sharing

Fail Data Umpan Cacing&Perumpun

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KZy10dmRIc211Wlk/edit?usp=sharing

Panduan Umpan Tiruan

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KMzdtT3hmWk15cGM/edit?usp=sharing

Gambar Umpan Tiruan pic

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KZHo3dUdiR2N1Vjg/edit?usp=sharing




etika & kod emas pemancing

Etika dan kod emas pemancing
Pastikan mata kail anda sentiasa tajam.
Pastikan tali pancing anda tiada rekahan atau lipatan.
Pastikan kili (swivel) anda berfungsi dan berpusing dengan baik.
Pastikan setiap simpulan dibasahi dengan air sebelum anda menarik untuk mengetatkannya.
Pastikan joran dan kekili anda sentiasa didalam keadaan baik, basuh dengan air bersih setiap kali habis memancing. Servis dan bubuh gris setiap 3 bulan sekali.
Pastikan beg memancing anda mengandungi alatan wajib @ mata kail, kili (swivel ), ladung , tali perambut, pisau serbaguna , plier, lampu suloh, pembuka mata kail ( dimulut ikan ) batu pengasah kecil, gunting kecil dan pemetik api ( lighter ).
Pastikan umpan anda samada hidup atau mati sesuai dengan spesis yang di cari.
Buat catatan masa, tarikh, tempat dan umpan yang digunakan sekiranya anda mendapat ikan yang besar. Maklumat ini amat penting untuk memancing dimasa hadapan.
Fahamilah analogi peredaran bulan, matahari, pasang surut air dan perubahan air besar ke air mati.
Fahamilah hubungkait habitat umpan dan ikan pemangsa.
Fahamilah dan jagalah peralatan memancing anda dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah talian hayat diantara anda dan si ikan.
Buat tinjauan dan dapatkan informasi sebaik mungkin dari penduduk tempatan sebelum memancing ditempat yang belum diterokai.
Amalkan sikap tangkap & lepas ( catch & release ) sekiranya anda tidak memerlukan ikan tersebut...terutamanya ikan kecil. Jangan jadikan mereka spesies yang terancam.
Pastikan perairan dan kawasan memancing bersih. Kekalkan kehijauan alam semulajadi.
SELAMAT MEMANCING!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, March 19, 2014

Terapi Kumpau....!

Keywords TERAPI KUMPAU. Setiap pemancing walau betapa hebatnya dia, walau bergelar mahaguru sekalipun...pasti akan kumpau. Ini adalah kenyataan nya . Tidak ada pemancing yg boleh lari dari kekumpauan. Malahan ada yang seolah2 menerima sumpahan sehinggakan menjadi mimpi ngeri akibat kumpau berpanjangan. Sebenarnya kumpau itu indah kerana kita masih lagi dapat melihat, menatap dan berkongsi kegembiraan dgn kawan2 yg lain...biarpun pada hakikatnya ia adalah sesuatu yg menyakitkan jiwa dan perasaan setiap pemancing. Apabila musim kekumpauan melanda hidup kita, mahu tidak mahu kita mesti menelan hakikat itu biar mcm mana pahit sekalipun. Namun ramai pemancing yg give up/putus asa dan membiarkan diri diselubungi perasaan enggan mencari jalan untuk menghiburkan jiwa dan perasaan yg kumpau itu. Apa yang saya ingin sampaikan dalam artikel ini ialah terapi yg selalu saya lakukan bila musim kumpau melanda. Terapi ini banyak dillakukan oleh orang2 lama dulu sebagai satu hiburan untuk jiwa memancing. Terapi ini berbentuk reverse saikologi keatas minda dan jiwa pemancing. Jadi jika anda merasakan yg ianya tidak akan dapat menghiburkan dan menenangkan jiwa anda...sila abaikan saja. Kalau nak tahu hasil terapi ini keatas anda cubalah....! Begini caranya :- Siapkan diri anda untuk pergi memancing dengan melakukan perkara saperti dibawah. 1)Pilih hari yg terbaik, masa yg terbaik dan air yg terbaik utk anda memulakan terapi anda. Pilih juga lokasi favourite anda yang anda rasakan memang bertuah kepada anda. 2) Ambil dan bawa joran dan reel kesayangan anda yg anda rasakan benar2 membawa tuah malah tidak pernah menghampakan anda selama ini. 3)Bawa hanya dua mata kail saiz kecil untuk ikan kecil dan dua mata kail saiz besar untuk ikan besar, dua biji ladung hidup saiz sederhana dan satu swivel. Satu lagi mata kail dan satu lagi ladung untuk back up kalau putus. 4) Pasang set pancing anda dgn mata kail saiz kecil dulu. 5) Cari umpan cacing seekor sahaja. Gunakan umpan cacing untuk memancing ikan kecil. Dapat ikan kecil, bela supaya hidup dalam botol mineral pun boleh untuk buat umpan hidup. 6) Tukar set pancing anda kepada mata kail saiz besar. Cangkuk ikan kecil tadi dan buat umpan. 7) Lemparkan umpan anda kelokasi yg anda rasakan terbaik menurut naluri anda. 8) Tunggu umpan anda diragut ikan besar. Masa menunggu hanya dua jam sahaja. Jika selepas dua jam tidak ada sentuhan...kemas pancing anda dan balik rumah. Jika anda seorang bait caster, abaikan langkah 3,4 dan 6. Untuk langkah 5 bawa hanya satu sahaja gewang terbaik dan bertuah anda. Langkah 8 Casting lah selama dua jam sahaja. Jika misi anda berjaya mendaratkan ikan besar selama sesi terapi ini, anda akan dapat merasakan sesuatu yg tak dapat saya terangkan kegembiraan, keseronokan dan kepuasan jiwa anda. Jika anda gagal anda akan tahu dimana kesalahan anda selama ini yg menyebabkan anda kumpau kerana setiap langkah dan faktor telah dilakukan. Apa yg perlu ialah anda menyemak dan menilai diri anda serta mencari kesalahan yg telah anda lakukan. Jawapan yg anda dapat merupakan pengajaran dan pengalaman yg paling sempurna utk anda. Kesimpulannya, saya pernah dikatakan gila dan bodoh kerana terapi ini...tapi ianya sangat2 membahagiakan saya dan ikan yg paling besar dalam hidup saya yg pernah saya naikkan adalah melalui proses terapi ini. Malahan terapi ini juga telah banyak mengajar saya tentang dunia kehidupan seorang pemancing. Sehingga kini jika saya memancing saya hanya perlukan proses dan peralatan yg mudah ini sahaja sebagai persediaan saya. Kumpau itu memang indah....seindah larian dan kilauan ikan dibawah air. Selamat mencuba!

Thursday, March 13, 2014

Leverage/keseimbangan untuk memenangi pertarungan dlm memancing.

Bahagian pertama.Jika anda seorang pemancing tegar pastinya anda pernah menghadapi situasi berputih mata didalam pertarungan. Ikan strike...yg terbesar pulak tu... tapi apa saja yg anda buat untuk memenangi pertarungan langsung tidak berkesan...sehinggalah akhirnya anda kecewa tersenyum sendirian memikirkan apa salah anda sehingga kecundang begini...malahan ada yg sanggup melakukan perkara yg diluar dugaan dan batasan keselamatan diri sendiri semata-mata kerana seekor ikan idaman.Artikel ini bukan untuk mengajar anda tentang bagaimana utk memenangi pertarungan dan juga bukan untuk memberi anda jaminan yg anda akan sentisa menang. Sebaliknya ia merupakan satu seni bagaimana untuk memberikan daya yg seimbang diantara anda dan ikan idaman...bak pepatah bertemu kuku dgn ruas. Kalah atau memang itu adat. Seni ini di turunkan kepada saya oleh otai2 pancing dari generasi ke generasi. Pada mulanya seni ini kelihatan merepek tapi setelah saya kaji dan amalkan ianya memang membawa hasil yg terbaik sehingga kini. Jika ianya merepek bagi anda...terpulanglah. Tumpuan dan fokus seni ini adalah prosedure dlm pemilihan dan penggunaan peralatan / tackle memancing anda. Semua prosedure ini diasaskan kepada anatomi tubuh pemancing sendiri. Setiap anatomi tubuh manusia telah dijadikan tuhan mempunyai daya yg seimbang didalam setiap anggotanya biar macam mana sekalipun dia bergerak. Cuma kemampuan tubuh badan manusia utk menyerap hentakan yg datang secara tiba2 saja yg berbeza diantara seseorang. Jika keseimbangan ini dpt di terjemahkan melalui anatomi tubuh anda dan dicapai dalam penggunaan alat memancing anda, semuanya akan jadi mudah untuk anda. Saperti seorang pemain pedang yg membuat pedang nya sendiri berdasarkan kepada keseimbangan tubuh badannya sendiri akan mudah menguasai pedang tersebut, maka peluang untuk dia memenangi pertarungan adalah lebih cerah. JORAN jORAN memainkan peranan paling penting dalam pertarungan. Lenturan joran samada ianya lembut atau keras, dari ultra light ke kelas heavy ianya adalah sesuatu yg personal! Menurut pembelajaran saya biar apa pun kelas/jenama/poundage/aksi joran anda sesuatu yg perlu anda titik beratkan ialah panjangnya. Panjang joran yg terbaik adalah apabila ditegakkan bersebelahan dgn anda ianya hendaklah pd minimanya setinggi hujung kepala anda dari tanah. Panjang maksimanya hendaklah setinggi pada kadar setinggi hujung jari anda apabila tangan anda diangkat tinggi keatas sewaktu berdiri. ini adalah keseimbangan yg sesuai menepati anatomi diri anda sendiri. Apabila sukatan ini dikuti setiap gerak, beban dan tenaga yg anda gunakan untuk menggerakan joran anda akan sinonim dgn kemampuan bentuk tubuh anda. Akibatnya setiap pergerakan anda akan lancar, tanpa stress dan mudah dikawal terutamanya ketika membuat lontaran ditempat yg sempit dan sukar. Juga yg paling penting ialah keseimbangan ini tidak akan membebankan anda ketika bertahan ketika dlm pertarungan kerana setiap beban yg ada akan diserap terus kedalam diri anda...seolah2 anda bertahan tanpa joran. Perasaan inilah yg amat diperlukan ketika bertarung kerana setiap gerak geri ikan dapt terus dirasakan di tangan anda, jadi mudah lah anda menjangkakan tindak tanduk sebenar dan arah tuju ikan tersebut. Jika anda pernah memancing menggunakan pancing layang yg menggunakan bemban/buluh ada pasti tahu mengapa pilihan otai2 dulu2 panjang bemban/buluh yg terbaik adalah dari sukatan yg telah diterangkan.Seni keseimbangan kedua. PERAMBUT/LEADER Panjang perambut/leader anda hendaklah pada sukatan minimanya ialah panjang hujung jari telunjuk anda sehingga kebahu pada ketika tangan anda didepangkan. Pada sukatan maksimanya ialah dari hujung jari telunjuk membawa ketitik tengah dada anda. Kesimbangan ini perlu diselaraskan dgn jarak jangkauan tangan anda disebabkan setiap daya beban ketika anda mengepam joran anda hanyalah setakat mana joran anda boleh diangkat tanpa terasa stress atau sakit pada tangan anda dan posisi tubuh anda. Apabila keseimbangan ini dicapai setiap gerak geri ikan ketika berjuang dapat dirasakan terus ketangan anda dan anda akan dapat mengawal tekanan dan henjutan ikan dengan lebih mudah. Apabila panjang perambut/leader anda sama panjang dgn jangkauan tangan anda ianya akan menjadi sinonim dgn gerakan anda dan ini akan membuatkan perambut/leader susah untuk putus kerana anda tidak akan terlebih pam. Itu sbbnya jika anda biarkan panjang leader yang tergantung dari hujung rod tip kegewang sama panjangnye dengan jangkauan tangan anda, casting anda akan jadi lebih sempurna, mudah dan lancar.Seni keseimbangan ketiga. UMPAN/LURE Saiz umpan/ lure hendaklah sebesar dan sepanjang jari telunjuk anda. Umpan/lure bersaiz ini biasanya menjadi sasaran ikan pemangsa yg dibawah 5 kg. Walaupun ada yang strike melebehi saiz itu tapi ianya amat jarang. Setting perambut/leader saperti yg tersebut diatas masih berupaya untuk menahan asakan ikan sebesar itu. Namun jika anda ingin menggunakan umpan/lure yang lebih besar dari itu maka sukatan perambut/leader hendaklah di ganda dua ( double the length). ini disebabkan saiz umpan/lure yg lebih besar dari jari telunjuk jari anda akan mengundang pemangsa2 yg lebih besar , jadi panjang perambut atau leader yg seimbang ialah double perambut/lure satu jari telunjuk.Info ini adalah berdasarkan dari apa yg telah saya pelajari dari orang2 lama dan yg telah saya amalkan selama bertahun-tahun didunia hanyir ini. Jika hendak amalkan silakan...jika dirasakan merepek atau mengarut...sila abaikan.

Anticipation/jangkaan seorang pemancing

Bab ini artikelnya panjang sikit...harap sabar2 lah baca ye...setiap pemancing harus tahu menjangkakan atau berupaya untuk membuat jangkaan untuk arah larian ikan. Jangkaan ini adalah untuk mematahkan larian ikan sebelum ia berupaya untuk menyusahkan anda dan bebas melarikan diri. Biasanya berlaku pada tiga faktor sahaja. • ketika strike • ketika miss call • ketika ikan terkejut bila gewang mencecah air Kita mulakan dgn situasi pertama : STRIKE strike, apabila ikan strike matlamat utamanya adalah utk melepaskan diri. Seluruh tenaga dan kekuatannya ditumpukan kearah itu. Biasanya tumpuan utama ikan pemangsa adalah lari menuju ke sarang/kubu kuatnya. Jika sarang nya jauh dia akan menuju ketempat yg paling dalam ataupun ketempat yg paling banyak reba dan kayu tenggelam untuk berlindung...ini instinct haiwan. Sebagai pemancing bila ikan strike anda perlu melihat jangkaan2 ini disetiap sudut lokasi memancing anda dan harus mencari jalan yg terbaik untuk mematahkan larian ikan kelokasi tumpuannya. Mata harus liar dan mampu untuk melihat arah tuju ikan sebelum ikan sampai kesitu...jangkaan awal ini dapat mematahkan larian ikan kerana anda sudah bersedia. Apa yg perlu ialah anda harus bersedia untuk mengubah posisi anda, mengikut lariannya, terjun kedalam air dan mengubah lenturan arah tuju rod anda. Untuk mengatasi situasi ini setting drag memainkan peranan yg paling penting...set drag anda berdasarkan kepada lenturan joran...pastikan drag anda hanya mengeluarkan tali secara perlahan apabila lenturan joran anda mencapai lenturan maksimum. Jika tali anda keluar tapi joran anda tidak melentur keperingkat maksimum bermakna setting drag anda kurang tepat. Didalam situasi ikan strike dimana kawasan permainan lebih berpihak kepada ikan setting drag begini amat diperlukan...jika tidak putih mata bang. Setting drag begini akan memberikan lebih banyak anjalan kepada joran untuk melemahkan ikan. Jadi anda hanya perlu bermain dgn joran bagi mengubah haluan arah larian ikan. Situasi kedua...MISS CALL / RABUT Terma apabila ikan rabut...Bila ini berlaku ikan akan jadi takut untuk sambar gewang buat kali kedua..namun ada kes2 tertentu yg kadangkala ia akan sambar balik gewang jika di provokasi dgn menukar teknik dan gewang yang lain. Apabila ikan rabut/miss call biasanya ikan saperti biasa akan lari mengikut instinct haiwan iaitu kembali kelubuknya ataupun ketempat2 yg ia boleh bersembunyi...biasanya ia akan lari ke tempat yg paling dekat dari tempat ia rabut. Tempat itu biasanya dalam, redup dan bertunggul kayu sesuai untuk menyembunyikan diri. Jadi jangkaan anda hendaklah mencari tempat yang paling dekat dari tempat anda miss call tu saperti yg disebutkan untuk melakukan lemparan seterusnya. Situasi ketiga...TERKEJUT BILA GEWANG MENCECAH AIR Situasi ini biasanya berlaku bila casting anda kurang sempurna, apabila gewang anda tidak menjunam untuk menghasilkan gelombang yg tidak menakutkan ikan. Apabila terjunan gewang anda tepat/ hampir tepat menjunam keatas air...mcm orang terjun papan anjal tu...akan terhasillah gelombang membulat diaatas air...gelombang bentuk ini tidak menakutkan ikan sebaliknya memanggil ikan. Jika badan gewang anda terhempas di permukaan air, gelombang yg menakutkan ikan akan terjadi. Apabila ini terjadi ikan akan lari menurut instinct haiwan untuk menyelamatkan diri saperti situasi diatas. Biasanya ikan akan lebih banyak lari menentang arus menuju kehulu dari lari kehilir jika tiada tempat berlindung yg berdekatan. Jangkaan anda hendaklah mulakan casting anda kehulu sikit dari tempat permulaan tadi.

Kenali Sistem Drag Anda

Drag ialah daya kekuatan utk menahan beban seretan. Ia bukannya berat beban itu sendiri. Sebagai contoh : Katakanlah drag anda 10 kg, ianya bukan ukuran utk menahan beban ikan yg beratnya 10 kg. Tapi ianya adalah ukuran untuk beban seretan yg berjumlah 10 kg. Jika ikan yg beratnya 3 kg tapi lariannya mampu mengeluarkan daya beban seretan yg berjumlah 12 kg..maka system drag anda akan gagal. Fungsi drag yg baik biasanya hendaklah 1/4 – 1/3 kekuatan tali, setting paling ideal untuk posisi strike, jika anda menggunakan tali berkekuatan 10 kg misalnya drag yg ideal pada keadaan strike ialah antara 2.5 – 3 kg dan jika keadaan memaksima boleh dipertingkatkan sehingga 5 – 7.5 kg. Persoalannya ialah pada tahap mana kah drag harus dikekal supaya ianya lancar dan tidak membebankan system mekanikal reel anda. Sebenarnya ianya terpulang kpd keadaan. Jika anda memancing dikawasan yg mempunyai banyak halangan maka system drag harus di pertingkatkan supaya ikan dapat di naikkan dgn kadar segera. Jika dikawasan yg tanpa halangan memadailah dgn drag yg diset pd 60% - 75% saja, biarkan ikan lemah dgn layanan kemahiran pancingan anda walaupun ianya memakan masa yg lama utk menaikkannya. Game saperti ini tidak akan membebankan system mekanikal reel anda…Cuma anda sahaja yg akan penat. Sistem gear, ball bearing dan spool anda akan menerima tekanan yg amat tinggi setiap kali drag anda berfungsi pd tahap maksima, terutamanya apabila menggunakan tali braided poundage tinggi. Ini lama kelamaan akan mengurang prestasi reel anda..malahan boleh merosakannya. Untuk itu rajin2 lah servis drag anda,kerana kegagalan drag anda berfungsi dgn lancar bermakna anda akan kehilangan tangkapan idaman anda. Drag tidak boleh di titiskan dengan sebarang minyak lubrikasi, kerana keterbasahan minyak akan mengurangkan daya geseran dan ini akan mengakibatkan drag tidak dapat berfungsi dgn sempurna. Drag hanya boleh disapu dengan gris, tujuan gris adalah untuk menahan drag washer melekat ketika initial start ketika dilarikan ikan dgn mengejut. Jika ini terjadi tali anda akan putus.

Panduan tuning/setting bait casting reel anda.

Panduan adalah info untuk dikongsi bersama terutamnya untuk pemancing yg baru berjinak dgn dunia bait casting. Tuning/setting bc adalah kemahiran yg perlu dipelajari dan dilakukan untuk meminimakan risiko bird nest/meehoon goring yg terjadi pada bc anda. Tuning/setting yg tepat akan memudahkan casting anda, namun perlu diingat yg kemahiran ibu jari anda mengawal spool ketika spool berpusing juga perlu di mahirkan.Pada asasnya proses casting adalah dgn menekan thumb bar untuk release spool, mengangkat joran untuk casting, melakukan casting dan mengawal putaran spool dgn menjadikan ibu jari sebagai brek pada spool dan menghentikan putaran spool sebelum gewang mencecah air. Jika ibu jari anda terlambat utk menghentikan putaran spool tersebut dan gewang mencecah air maka bird nest akan terjadi.Mari kita kenali dulu bc dan bahagian yg perlu diambil perhatian untuk proses tuning/setting ini. Pada asasnya di sebelah plate bahagian kanan ada lah handle dan star drag, di tepinya ada knob yg boleh dilaras. Knob ini adalah spool tensioner knob. Gunanya adalah untuk mengawal kelajuan putaran spool….rpm spool.Disebelah plate bahagian kiri pula adalah mekanisma untuk membrake spool supaya kelajuannya dapat dikurangkan beransur2 ketika membuat lontaran. Biasanya dibahagian ini ada knob yg berskala 1 – 10 ataupun min – max atau symbol untuk tali yg digunakan pada reel dc.Kedua-dua knob inilah yg perlu kita tune/set supaya menjadi selaras dgn berat gewang yg akan kita gunakan. Jika berat gewang tidak selaras dgn tuning/setting bc kita maka risiko birdnest amat tinggi. CARA TUNING/SETTING Mula2 pasangkan gewang yg ingin anda gunakan pd reel dan rod anda.Tegakkan rod anda pd kedudukan jam 2 jika dilihat dari tepi ataupun 135 darjah dari permukaan bumi.Tekan thumb bar anda untuk release gewang, perhatikan kelajuan jatuh gewang anda. Jika jatuhnya laju bermakna spool tensioner anda rendah. Jika lambat bermakna spool tensioner anda tinggi. Jatuhan yg ideal ialah gewang anda jatuh konstan atau tidak laju atau lambat …steady aje.Untuk mendapatkan kejatuhan gewang yg ideal anda hendaklah memusing knob spool tensioner anda supaya ianya selaras dgn kelajuan jatuhan gewang yg dikehendaki samada tinggi atau rendah. Pelarasan ini hendaklah dilakukan berkali2 sehingga anda mencapai kejatuhan yg ideal. Tuning/setting spool tensioner adalah untuk mengawal rpm putaran spool anda. Lagi tinggi rpm spool anda bermakna lagi jauh casting anda tapi lagi susah untuk dikawal. Sebaik-baik cara yg ideal ialah dgn melaraskannya dgn berat gewang yg anda gunakan.PELARASAN HENDAKLAH DILAKUKAN SETIAP KALI ANDA MENUKAR GEWANG TERUTAMANYA APABILA ANDA MENGGUNAKAN GEWANG YG LEBIH RINGAN DARI SEBELUMNYA.Setelah tuning/setting gewang anda selesaikan maka seting /tuning braking system anda pula di selaraskan. Mulakan dgn setting anda di paras 5-7 atau diparas tgh2 diantara min – max. Untuk dc set pada jenis tali yg anda gunakan ( reel dc sudah diprogramkan untuk mengingati lontaran yg dibuat…jadi ianya auto je). Mulakan buat lontaran, pastikan putaran spool anda juga dikawal dgn geseran ibu jari. Hentikan spool anda dgn tekanan ibu jari apabila gewang MULAI HENDAK MENCECAH PERMUKAAN AIR. Lihat jarak lontaran anda tadi samada dekat atau jauh ataupun ianya sudah memadai untuk anda dan lontaran anda juga sudah selesa dgn anda. Yg paling penting adakah anda sudah berupaya untuk mengawal putaran spool tersebut supaya tidak menjadi bird nest. Jika berpuas hati tetapkan setting tersebut pada skala tersebut.Jika anda tidak berpuas hati dan perlukan lontaran lebih jauh, kurangkan lagi sekala braking system ke 2 – 3 atau keparas minima. Buat lontaran dan cuba kuasai lontaran tersebut saperti cara diatas.Jika anda berpuas hati tetapkan setting tersebut. Perlu diingatkan yg braking system adalah untuk mengawal pengurangan putaran spool secara perlahan2 dan beransur-ansur samada menggunakan system centrifugal ataupun magnetic ketika lontaran dibuat. Namun factor penggunaan tekanan dan geseran ibu jari merupakan braking system yg terbaik untuk anda. Pengalaman adalah guru yg terbaik. Ada banyak reel high end yg mempunyai system brake yg canggih yg tidak memerlukan thumbing lansung bagi mengelakkan bird nest, namun reel ini biasanya sangat mahal. Namun itu semua tepuk dada tanya selera. Apa yang saya sampaikan ini adalah procedure biasa untuk reel biasa dan sederhana saja. FAKTOR YG PERLU ANDA AMBIL KIRA SEBELUM MEMBUAT CASTING.Arah angin samada mengikut angin, menentang angin atau angin lintang. Casting menentang arah angin adalah penyumbang terbesar masalah bird nest. Pastikan anda mencari arah yg tidak menentang angin.Bentuk atau cara lontaran samada dari belakang body, pendulum stail atau side winder. Ketiga3 cara ini adalah cara paling selamat untuk casting kerana ia dpt mengurangkan risiko bird nest tapi kelemahannya ialah jarak/distance agak kurang…namun lama2 dgn pengalaman anda akan dapat buat casting yg jauh. PRACTICE MAKE PERFECT.Gagal menghentikan putaran spool sebelum gewang mencecah air. Terutamanya casting diwaktu malam. Praktislah casting diwaktu malam. Bc yg mempunyai bearing yg banyak tidak membantu untuk mengurangkan risiko bird nest. Fungsi bearing hanyalah untuk kelancaran dan smoothness saja ketika casting dan kayuhan.Praktis dan terus praktis….kerana praktis membuatkan anda menjadi mahir.

Deductions/kesimpulan dari pengamatan seorang pemancing

Kesimpulan yg dibuat dari pengamatan. Salah satu dari kesilapan pemancing yg paling utama dan sering dilupakan ialah gagal untuk membuat kesimpulan/deductions berasaskan kepada pengamatan dan pemerhatian. Pengamatan dan pemerhatian adalah sangat penting dalam dunia memancing disbbkan tindak tanduk dan perangai ikan boleh berubah dalam sekelip mata bergantung kepada faktor air, suhu, cuaca , kadar kebisingan dan pengaruh keluasan tempat pemburuan. Seorang pemancing yg baik harus tahu menilai faktor2 pengamatan/pemerhatian ini dan dengan cepat menukar strategi pancingan mereka.Sebagai contoh bila air bertukar keruh, sepatutnya seseorang pemancing harus menukar gewang atau strategi memancing yg lain, akan tetapi pemancing hanya bersikap tidak ambil peduli akibatnya....... kumpau!. Begitu juga bila suhu air berubah, cuaca berubah dan suasana memancing juga berubah...anda sebagai pemancing perlu memerhatikan situasi ini dan bertindak dgn kadar segera untuk memasang srategi memancing yang sesuai dgn perubahan itu. Mari kita lihat senario ini. Berapa ramai pemancing yg bila melihat sekeping gambar yg di upload mengambil inisiatif membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian keatas gambar tersebut, sedangkan didalam gambar tersebut penuh dgn info yg tak perlu ditanya, cuma cukup dgn pengamatan dan pemerhatian. Apa yg dilihat ialah sekeping gambar ikan dan wajah pemancingnya dgn gaya2 persona masing-masing. Sepatutnya apa yang perlu anda perhatikan ialah :-1) Warna gewang yg digunakannya2) Lokasi pemburuan laut, sungai, lombong, tasik dan lain23) Kawasan latarbelakangnya bersemak, di tepi pantai, kawasan berbatu dan lain24) Warna air hijau, biru, jernih, keruh gelap, air teh dan lain25) Cuaca panas, mendung,6) Masa pagi, tghari, petang, senja atau mlm. Deductions/kesimpulan dari apa yg kita amati berasaskan kepada pemerhatian kepada faktor diatas dapat memberikan kita info saperti ini. Jika ingin memancing spesis ini, gewang terbaiknya mcm ni, lokasinya mcm ni, warna airnya mcm ni, cuaca nya begini dan masanya begini. Malahan info ini dapat membantu kita dlm pemburuan kita nanti bila kita berdepan dgn situasi saperti ini. Begitu juga bila kita melihat orang memancing...sebaik2nya jgn sekali-kali ditanya... dpt ikan bang? Itu soalan yg banyak membawa derita dari gembira....silap haribulan boleh berlaku salah faham...ye le bayangkan dah berjam2 mancing...kumpau! tiba2 ditanya soalan begitu. Perkara terbaik ialah dengan memerhati dan mengamati kemahirannya sebagai pemancing dan suasana kawasan dia memancing. Kalau ada ikan yg naik...itu sudah jadi bonus info. Jangan tunjuk pandai , sebaliknya rendah diri kerana anda akan dpt belajar lebih banyak dan lebih baik jika anda sedar dan tahu erti kebodohan diri sendiri.

Naluri/instinct pemancing.

Satu-satunya ilmu luar biasa yg paling ampuh utk seorang pemancing tegar...ilmu tentang bisikan kata hati dimana ikan berada...malangnya ramai pemancing gagal utk menguasai ilmu ini disbbkan tidak percaya pada diri sendiri...akibatnya pemancing jadi serkap jarang dlm menentukan lokasi ikan berada...manusia biasanya hanya percaya dgn apa yg dilihat...tapi tidak pernah percaya dgn apa yg dibisikan oleh kata hati...sedangkan apa yg dikatakan oleh kata hatiadalah benar...lebih benar dari apa yg dilihat. Telitilah senario ini...apabila anda sampai kelokasi memancing...hati anda akan berkata disitu tempat lontaran umpan mu...tapi matamu berkata x ada ikan disitu...lalu anda mengubah haluan lontaran umpan mu berdasarkan pandangan matamu dan otak mulai membuat andaian2 yg menaruh harapan....sehinggakan anda lupa yg anda telah tersalah sasar.....sebenarnya sasaran utamamu ialah apa yg dibisikan oleh hatimu pd pertama kali kamu sampai dilokasi....tapi kamu enggan mempercayai dirimu sendiri....belajarlah mempercayai naluri bisikan kata hati anda sepenuh hati...bukan was2 atau ragu2, pasti tidak akan kecewa. Ini ilmu terbaik bukan saja bagi pemancing tetapi setiap pemburu dan peneroka alam semulajadi.

Etika Seni Memancing

• Always keep your hook sharp / pastikan mata kail sentiasa tajam • A balance tackle / peralatan mancing yg seimbang • Camouflage yourself / sembunyikan diri anda dari penglihatan • Stealth / bergerak dlm senyap • Instinct / naluri • Art of anticipation / membaca jangkaan • Understanding how nature and ecosystem works / faham dgn alam semulajadi • Think like a fish / berfikir mcm ikan • Learn the art of survival / belajar ikhtiar hidup • Be a true angler not someone else / jadikan diri anda pemancing sebenar.