Dimensi pancingku.....yeh!

Saya sarankan anda supaya melihat archive di blog saya ini sebelum membaca post2 saya.Mulakan dengan archive yang paling awal sekali, kerana setiap post saya bersambung dari satu tajuk kesatu tajuk yang berkaitan secara turutan. cara ini akan memudahkan anda untuk memahami ilmu memancing ini dengan sebaik mungkin.
Memancing...kegilaan yang total! Hobi yang mengajar kita tentang kesabaran, ketelitian dan ketenangan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Apa sebenarnya yang dicari...apakah ikan idaman yang diburu? Apakah kejuaraan yang dicari atau ianya merupakan satu jalan keluar dalam penyelesaian masalah kehidupan? Semuanya bukan!...sebenarnya apa yang dicari hanyalah sentuhan pertarungan dari si ikan. itulah yang di impikan, diburu dan dicari oleh setiap pemancing. Hakikatnya itulah pemancing, kegilaan yang merasakan panas bahang matahari itu sejuk, lapar dan dahaga itu biasa le!. Tidur hanyalah satu mimpi dan sanggup dilambung angin dan ombak. Tidak pernah merasa jemu biarpun tiada ikan meragut umpan. Gilakan...kan!

Apa yang perlu anda fahami tentang memancing!!

Fahamilah dan kenalilah dulu fungsi sebenarnya peralatan memancing sebelum mulai memancing. Pastikan anda faham dan dapat merasakan yang peralatan memancing anda adalah sebagai sebahagian dari diri anda. Perasaan itu amat penting kerana biasanya ia memudahkan kita untuk mengendalikannya malahan membawa tuah dan memihak kepada kita didalam setiap pertarungan.. Sebenarnya alat memancing direkacipta adalah untuk memudahkan kita bertarung dengan si ikan. Fungsi utamanya adalah untuk melemahkan daya ketahanan ikan. Ramai yang gagal dan kecewa kerana tewas sewaktu bertarung dengan ikan disebabkan kurang memahami peralatan pancing sendiri.Walaupun setiap peralatan mempunyai kelas daya beban dan ketahanannya yang tersendiri namun ianya bukan bererti ia dapat bertahan dengan sendirinya tanpa bantuan peralatan yang lain. Contohnya saperti tali berdaya tahan 20 lb ( 7 kg ) bukan bererti yang ianya mampu mengangkat naik ikan seberat 7kg, tapi sebenarnya mampu menahan daya sentakan dan larian ikan yang mempunyai daya seretan 7kg. Begitu jua dengan peralatan yang lain saperti kili, joran dan daya seretan ( drag ) kekili ( reel ) anda. Adalah tidak betul jika menggabungkan joran bersaiz berat ( heavy) dengan tali 15 lb dan kekili 5/0. Strategi dan teknik yang sebenarnya adalah dengan menggabungkan kekuatan peralatan ini secara total dan bersepadu, maka pertarungan tersebut akan lebih memihak kepada anda. Oleh itu pilihlah peralatan memancing anda dengan seimbang. Keseimbangan amat perlu bagi memastikan ada mempunyai lebih banyak peluang untuk menang. Apa yang sarankan di blog ini adalah sebagai panduan untuk mendapatkan keseimbangan peralatan memancing anda.
Pemancing yang bijak tahu bagaimana untuk menganggabungkan peralatannya untuk mendapatkan keseimbangan yang optimum.

KALENDAR MEMANCING OTAI

Fenomena semulajadi kehidupan laut dipengaruhi oleh peredaran bulan. Peredaran bulan jugalah yang bertanggungjawab keatas perubahan pasang surut air dan kekuatan arus air. Perubahan ini adalah faktor utama yang akan menentukan kejayaan pancingan anda. Tarikh – tarikh yang digunakan dikalendar ini hendaklah dirujuk kepada Kalendar Islam atau Kalendar Cina, disebabkan kedua-dua kalendar ini sajalah yang diatur menurut peredaran dan perubahan fasa bulan. Keunikan kalendar ini ialah ianya tidak akan berubah selagi adanya peredaran bulan. Kalendar ini bersifat sebagai rujukan anda sebelum merancang dan menetapkan trip memancing anda. Ianya telah digunakan dari generasi ke generasi sehingga kini.

Tarikh

Air

Arus

Lokasi memancing / Spesis sasaran

Umpan terbaik

1

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

2

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil& sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

3

Sederhana

Ideal

Tepian pantai/semua spesis

Cacing,umpun,fillet,udang

4

Perlahan

Cantik

Laut dalam / besar& sederhana

hidup,fillet,cacing

5

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

6

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

7

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

8

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

9

Perlahan

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

10

Sederhana

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

11

Sed Besar

Cantik

Baik semua lokasi /semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

12

Sed Besar

Ideal

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

13

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

14

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

15

Sgt besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

16

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

17

Sed Besar

Ideal

Baik semua lokasi/besar& sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

18

Sederhana

Cantik

Baik semua lokasi/besar & sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

19

Perlahan

Cantik

Baik semua lokasi/besar & sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

20

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

21

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

22

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

23

Perlahan

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

24

Sederhana

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

25

Sed Besar

Ideal

Baik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

26

Sed besar

Ideal

Baik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

27

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

28

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil &sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

29

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

30

Sgt besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang






Download link
Kalender memancing otai

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KY3N5Mk5CZ2RXcXM/edit?usp=sharing

Fail Data Umpan Cacing&Perumpun

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KZy10dmRIc211Wlk/edit?usp=sharing

Panduan Umpan Tiruan

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KMzdtT3hmWk15cGM/edit?usp=sharing

Gambar Umpan Tiruan pic

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KZHo3dUdiR2N1Vjg/edit?usp=sharing




etika & kod emas pemancing

Etika dan kod emas pemancing
Pastikan mata kail anda sentiasa tajam.
Pastikan tali pancing anda tiada rekahan atau lipatan.
Pastikan kili (swivel) anda berfungsi dan berpusing dengan baik.
Pastikan setiap simpulan dibasahi dengan air sebelum anda menarik untuk mengetatkannya.
Pastikan joran dan kekili anda sentiasa didalam keadaan baik, basuh dengan air bersih setiap kali habis memancing. Servis dan bubuh gris setiap 3 bulan sekali.
Pastikan beg memancing anda mengandungi alatan wajib @ mata kail, kili (swivel ), ladung , tali perambut, pisau serbaguna , plier, lampu suloh, pembuka mata kail ( dimulut ikan ) batu pengasah kecil, gunting kecil dan pemetik api ( lighter ).
Pastikan umpan anda samada hidup atau mati sesuai dengan spesis yang di cari.
Buat catatan masa, tarikh, tempat dan umpan yang digunakan sekiranya anda mendapat ikan yang besar. Maklumat ini amat penting untuk memancing dimasa hadapan.
Fahamilah analogi peredaran bulan, matahari, pasang surut air dan perubahan air besar ke air mati.
Fahamilah hubungkait habitat umpan dan ikan pemangsa.
Fahamilah dan jagalah peralatan memancing anda dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah talian hayat diantara anda dan si ikan.
Buat tinjauan dan dapatkan informasi sebaik mungkin dari penduduk tempatan sebelum memancing ditempat yang belum diterokai.
Amalkan sikap tangkap & lepas ( catch & release ) sekiranya anda tidak memerlukan ikan tersebut...terutamanya ikan kecil. Jangan jadikan mereka spesies yang terancam.
Pastikan perairan dan kawasan memancing bersih. Kekalkan kehijauan alam semulajadi.
SELAMAT MEMANCING!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, August 18, 2014

Lejenda senangin bahagian keempat- finale

Senangin oh senangin...bahagian keempat@ finale. Sebenarnya ada tiga teknik yg selalu digunakan untuk memburu senangin. Cara pertama ialah bottom, cara kedua hanyut@ drift dgn float dan tanpa float dan yg ketiga separuh air dgn ladung ringan. Ketiga2 teknik ini boleh digunakan, akan tetapi cuma teknik pertama dan ketiga saja yg boleh digunakan untuk landbase. Jika diatas flatform jambatan, jeti atau sampan ketiga2 teknik ini boleh digunakan. Perambut wajib panjang, gunakan dua mata kail saiz 2/0 bertindan. Gunakan satu mata kail utk mencangkung umpan dan mata yg satu lagi free@ bebas. Untuk teknik bottom, ketika melempar umpan biarkan umpan dan ladung jatuh dgn sendiri tanpa sebarang paksaan. Biarkan umpan hanyut di bawa arus. Jangan buat karauan berlebihan, cukup sekadar untuk melepaskan ladung yg tersekat sekiranya dasar berlumpur. Biarkan tali utama anda kendur sapertimana memancing siakap. Untuk teknik drift@ hanyut gunakan ladung kapit yg berat nya hanya cukup untuk menenggelamkan kan umpan keparas separuh air. Jika anda ingin menggunakan float , teknik float utk memburu siakap boleh digunakan cuma anda harus tahu mengagak sepanjang mana tali float harus dibuat utk mencapai paras separuh air. Ada masanya jika arus perlahan dan lemah lembut, memadailah dgn swivel yg bersaiz besar digunakan sebagai pemberat untuk menenggelamkan umpan ke paras separuh air. Teknik drift dan float ini juga amat sesuai digunakan untuk memancing kerapu dan penghuni2 karang di kawasan2 yg berkarang tinggi. Perlu diingat yg biarpun sasaran anda ialah senangin namun saperti yg telah saya terangkan sebelum ini, pemangsa2 yg lain juga mempunyai kebarangkalian dan peluang yg sama untuk strike. Untuk meningkatkan peluang anda kenalpasti lubuk2 dan lokasi yg mmg terkenal dgn senangin dan familinya. Selamat memburu dan strikeeeeee!

Lejenda senangin bahagian ketiga

Senangin oh senangin...bahagian ketiga. Strategi dan teknik. Apabila corak air yg sesuai utk memburu senangin sudah didapati dan lokasinya juga sudah dikenalpasti maka yg perlu dilakukan ialah cara untuk mengenal arusnya. Menurut otai2 saya dahulu, memancing senangin adalah masa yg sgt mengujakan disbbkan peluang dan kebarangkalian untuk mendpt spesis2 lain juga adalah sgt tinggi saperti talang,gerepoh,kurau,pari,ibu gelama,titisan, gerut2 dan tebal pipi. Apabila sampai dilokasi sebaik2nya ketika air mulai berbunga pasang. Perhatikan arus panas yg terbentuk saperti aliran air sungai yg berbeza warnanya di permukaan. Kadang2 akan kelihatan di arus ini rumpaiair, keruhan plankton dan obor2 hanyut didalamnya. Arus ini lah sasaran anda. Perlu diingatkan yg arus ini akan bergerak hampir ke pantai apabila air semakin pasang. Tetapkan lemparan umpan anda didlm kawasan berarus ini. Pacak kan joran anda dgn kuat.Tetapkan drag anda kepada 80% diparas maksima. Periksa umpan anda setiap 30 min sekali, kalau perlu tukar, tukar dgn yg segar dan baru. Biasanya senangin dan spesis yg berkomplot dgnnya akan mula aktif memburu pada ketika matahari sudah mulai memancar panasnya, antara jam 9 - 11 pg. Jika tiada sentuhan, simpan dan peliharalah umpan terbaik anda dan tunggu sehingga air sudah berbunga untuk beralih surut. Ini adalah masa yg terbaik sekali utk melabuhkan umpan terbaik anda. Untuk mengenal masa air sedang berbunga untuk surut perkara2 berikut akan berlaku. Perhatikan baik2. Apabila air sudah pasang penuh semua arus dan aktiviti akan berhenti seolah2 tidak ada apa2 yg berlaku. Persekitaran akan senyap dan sunyi, tiada kedengaran kicauan burung ataupun bunyian2 unggas. Tiupan angin juga seolah2 terhenti dgn sendirinya. Apabila angin kembali bertiup dan kesunyian mulai hilang dan unggas serta burung mulai berbunyi, itu tanda air akn mula beralih surut. Ini adalah penanda utama yg air akan mula menukar arah dan arus untuk berubah surut. Fenomena inilah yg akan membuatkan spesis2 pemangsa ini menjadi sgt aktif disbbkan mereka sudah bersedia untuk memburu, sedangkan ikan2 pelagik masih tercari2 tempat untuk berlindung sebelum arus berubah arah. Masa ini adalah masa yg terbaik sekali utk anda melabuhkan umpan. Bersambung dibahagian keempat.

Lejenda senangin bahagian kedua

Senangin oh senangin... bahagian kedua. Umpan2 favourite untuk senangin biasanya adalah udang hidup, anak bolos hidup, bilis hidup dan tamban hidup. Dari pengalaman saya jika memburu senangin dari landbase umpan2 saperti udang hidup dan anak bolos hidup adalah umpan yg terbaik. Jika dari jeti2, jambatan2 dan bot umpan2 saperti bilis dan tamban mmg terbaik kerana umpan2 ini boleh dipancing dahulu dgn menggunakan apollo. Sebagai alternatif ada masanya senangin juga menggemari isi@fillet umpan2 tersebut asalkan ianya segar dan masih berdarah. Senangin adalah ikan yg memburu dikawasan separuh air, utk itu perambut yg panjang dan ladung yg ringan adalah satu kemestian. Ladung yg ringan dpt diangkat ke separuh air oleh arus. Perlu diingatkan yg faktor paling utama ialah warna air. Disebabkan spesis2 separuh air yg lain saperti gerepuh dan talang juga memburu dikawasan yg sama maka anda perlu benar2 tahu membaca corak warna air. Jika warna air crystal clear/ jernih kebarangkalian umpan anda di sambar dahulu oleh talang adalah sgt tinggi. Jika warna air keruh kebarangkalian senangin dan gerepuh untuk menyambar umpan anda adalah 50/50 bergantung kepada kawasan kawanan spesis tersebut memburu. Biasanya senangin lebih dahulu menyambar umpan disebabkan gerepoh lebih suka menyambar umpan hampir ke permukaan air. Yg istimewa nya ialah anda mungkin mendapat hasil yg bercampur2 iaitu talang, gerepoh dan senangin. Jika ladung anda berat dan umpan anda tenggelam hingga ke dasar kebarangkalian untuk umpan anda dimkn oleh ikan pari adalah sgt tinggi berbanding kurau atau gubal. Ini disebabkan senangin, talang, gerepoh, kurau dan pari memburu dikawasan yg sama, min umpan yg sama dan pd corak air yg sama. Cuma yg berbeza ialah kedalaman airnya saja. Itu sbbnya bila arus air mula mengorak langkah untuk menjadi besar, iaitu mulai 10 hb melayu hingga ke 13 yg melayu pemangsa2 ini menjadi sgt2 aktif utk memburu Ikan2 pelagik yg bergerak mengikut arus, terutamanya arus panas mengalir dikawasan separuh air dan hampir di permukaan. Bersambung di bahagian ketiga.

Sunday, August 17, 2014

Lejenda Senangin bahagian pertama

Senangin oh senangin....bahagian pertama. Senangin, kurau, gubal dan senohong adalah spesis dari famili yg sama tapi tak serupa. Tentang perbezaannya saya tidak akan ceritakan disini, diluar skop. Saya hanya menyampaikan teknik dan strategi utk memburunya. Perbezaan yg paling ketara ialah spesis senangin dan senohong@ senangin besar memburu dikawasan separuh air keatas hingga ke permukaan air. Spesis kurau dan gubal@kurau besar pula suka memburu dikawasan dasar hingga separuh air. Itu sbbnya kurau dan gubal jarang terkena pukat. Senangin memburu dlm kumpulan, biasanya kumpulan2 senangin ini berkomplot dgn spesis saperti talang, gerepuh dan baracuda. Biarpun spesis2 ini memburu dlm komplot yg sama namun kebarangkalian spesis2 ini untuk berjaya dlm pemburuan mereka biasanya bergantung kepada faktor warna, arus dan suhu air. Makanan utama mereka ialah ikan2 pelagik saperti tamban, bilis, bunga air@seriding, termenung, selayang, bolos dan ikan2 pelagik yg lain. Udang juga termasuk didalam diet utama spesis senangin ini. Kawasan pemburuan senangin sgt luas, biasanya mereka memburu dikawasan air yg dlm dan bergerak mengikut arus yg panas dimana banyak ikan2 pelagik bermain. Senangin sgt aktif memburu pd ketika air berjalan dan pasang besar dan boleh dipancing dari tepian pantai disebabkan pergerakan arus yg membawa makanan membawa mereka memburu hampir ke pantai. Senangin kurang aktif memakan pancing diwaktu air mati disbbkan kurangnya pergerakan arus. Apabila terkena pancing senangin mempunyai satu tabiat yg menjadi trademark nya iaitu melompat keluar dari air. Apabila terlihat senangin melompat keluar dari air itu tandanya pasti ada pancing yg mengena. Senangin juga adalah spesis yg sgt pemalu, tidak teragak2 untuk meluahkan umpan jika terasa ada rintangan ketika melarikan umpan. Biasanya faktor ini berkaitan dgn penggunaan berat ladung, semakin berat ladung semakin besar rintangannya. Bersambung di bahagian kedua.

Lejenda Siakap finale

Siakap oh siakap bahagian empat - finale. Untuk mendapat kejayaan dlm memburu siakap anda harus tahu dan mengerti tabiat dan lokasi siakap memburu. Oleh kerana siakap adalah sejenis ikan yg dibesarkan dan membesar dikawasan pinggir pantai dan kuala2 sungai maka peluang terbaik adalah di kawasan2 begini. Diet utamanya biasanya belanak dan udang yg membesar dikawasan tersebut. Jadi pastikan umpan anda adalah umpan yg dijala dikawasan tersebut. Siakap amat sukakan air yg bercampur masin dan tawar. Disebabkan oleh faktor inilah mengapa banyak siakap akan memburu jauh hingga kehulu sungai pd masa air pasang besar. Ini disbbkan makanan2 kegemarannya juga turut kehulu sungai ketika air pasang besar. Lokasi terbaik anda ialah di kuala2 sungai yang menganjur ke laut. Lagi sunyi dan terpencil kuala tersebut lagi baik. Lokasi kedua terbaik ialah di kawasan dimana ujudnya daratan@tanjung yg menganjur keluar jauh ke laut. Siakap juga sukakan kawasan begini disbkan senang mengendalikan mangsa. Lokasi ketiga ialah dikawasan berjeti ataupun yg mempunyai jeti@jambatan menuju ketengah laut, biasanya tempat nelayan parking sampan. Disini tempat yg sgt mudah bagi nya menyerang hendap mangsa dikawasan yg bertiang dan redup. Satu faktor penting yg perlu anda perhatikan ialah keujudan belanak dan udang dilokasi2 tersebut. Jika belanaknya adalah didlm anggaran satu jari saiznya dan begitu juga saiz udangnya maka kadar siakap memburu dikawasan tersebut amat tinggi. Jika saiz belanak nya besar2 ataupun saiz udangnya kecil2 maka lokasi tersebut bukanlah kawasan siakap memburu. Ingat kawasan dasar kuala mesti mempunyai alur dan parit untuk siakap memburu. Parit@alur ini bagaikan highway utk siakap masuk dan keluar kuala biarpun air sgt surut. Highway ini jugalah yg menjadi kawasan siakap mengendap mangsa. Corak air untuk siakap memburu juga perlu di perhatikan, jika airnya sgt jernih biasanya pd ketika air mati. Waktu terbaik ialah pd sebelah mlm. Jika airnya biru gelap atau hijau gelap biasanya pada ketika air penghulu/menyorong atau mengurang masa terbaik ialah pd waktu pagi, lewat ptg, permulaan mlm dan lewat mlm. Jika airnya hijau keruh atau keruh, siakap jarang memburu dikawasan tersebut. Anda harus peka dgn cara siakap mengendap dan memburu mangsa nya. Ada masanya dia sgt dekat dgn anda....depan hidung je kata orang dulu2 tapi x nampak. Lihat tanda2nya berdasarkan kepada larian dan saiz belanak, saiz udang. Perhatikan bentuk rupa bumi dasar lokasi tersebut. Perhatikan juga corak dan warna air. Akhirkata.....Jika anda ingin memburu siakap jangan bawa ramai kwn....cukup sekadar berdua. Ingat ini bukan siakap kolam ....ini siakap liar yg menjadi lejenda dan ingin di tawan oleh semua pemancing. Bising dan tidak berhati2 adalah punca utama kegagalan misi anda. Selamat strike.

Lejenda Siakap bahagian ketiga

Siakap oh siakap bahagian ketiga...Teknik float ada dua jenis iaitu drift dan slow cast. Kedua2 teknik ini boleh digunakan di laut dan kolam. Untuk drift sebarang umpan hidup boleh digunakan. Untuk slow cast udang hidup adalah yg terbaik. Untuk mempraktikkan teknik float kedudukan air hendaklah bergerak perlahan/air penghulu/air mengurang/air menyorong atau air mati. Pd ketika air pasang besar teknik ini tidak efektif kerana float sukar dikawal dan umpan mudah mati akibat stress. Lemparan umpan hendaklah dilakukan dikawasan dimana ujudnya pertembungan dua arus semulajadi iaitu arus panas dan sejuk. Pertembungan dua arus ini akan membuatkan ujudnya fenomena eddy current dimana ikan pemangsa suka memburu. Biasanya eddy current ini akan berlaku hampir ke pantai pd ketika air berarus perlahan. Seperkara lagi keujudan eddy current ini berupaya utk memastikan yg float dan umpan anda hanya berlegar dikawasan sasaran saja. Float adalah alarm yg menandakan umpan anda telah digonggong. Jangan cepat2 menyentak jika float anda bergerak atau tenggelam timbul. Beri masa kepada ikan untuk menelan umpan. Sentak hanya apabila float bergerak konstan atau tenggelam terus. Cara terbaik ialah apabila float dan umpan sudah dilemparkan, tarik keluar tali utama dari Spool anda dlm lingkungan sepanjang joran anda dan sangkutkannya dicincin joran paling bawah. Gunakan sebarang benda yg lembut utk mengikat nya kecincin tersebut, supaya ia mudah terurai apabila float dan umpan dilarikan. Cara ini dpt memberikan tali dan masa yg cukup untuk ikan menelan umpan supaya ikan tidak terasa sebarang rintangan ketika melarikan float dan umpan. Teknik mengikat float yg baik adalah saperti berikut :- Mula2 pasang kekili@swivel pada tali utama. Ikat float anda dgn tali sepanjang 1 - 1.5 kaki. Ikat perambut mata kail anda mengikut cara perambut otai. Kalau perlu pasang ladung kapit paling kecil kira2 8 inci diatas mata kail. Selepas itu pasang perambut mata kail di kekili tali utama tadi dan diikuti dgn tali float. Untuk teknik slow cast. Teknik ini boleh menggunakan umpan udang hidup dan mati. Lemparkan float dan umpan dgn lembut ke sasaran. Apabila umpan sudah jatuh keair, biarkan sebentar kemudian karau lah perlahan2. Ulang slow cast anda. Sentiasa perhatikan jangka hayat umpan anda. Teknik terbaik utk kolam dan air yg tidak berarus. Selalunya teknik ini digunakan untuk pemangsa2 yg pemalu dan sgt berhati2/culas tapi kelibatnya boleh dilihat. Teknik float ini juga adalah teknik terbaik untuk memburu kerapu dan spesis2 yg suka memburu dikawasan berbatu karang. Bersambung dibahagian empat.

Lejenda Siakap bahagian kedua

Siakap...bahagian kedua. Teknik bottom. Teknik memancing siakap terbahagi dua. Bottom dan float. Untuk bottom gunakan perambut saperti yg disarankan dlm video. Gunakan ladung no. 2/ no. 3. Tali perambut mata kail sebaiknya tali jenis floro atau yg crystal clear/invisible. Apabila umpan sudah dilemparkan. Pastikan joran anda dipacakkan kuat supaya tidak jatuh atau terjun ke laut. Set drag anda dgn cara tali utama anda hanya akan keluar dari Spool apabila joran anda melentur ke paras 80% maksima. Biasanya ketepatan drag ini boleh didapati dgn menarik tali utama supaya ianya keluar perlahan2 dan konstan. Tidak tersekat2. Jika terlalu longgar mata kail tidak dpt menusuk dgn tepat sbb bibir siakap sgt tebal dan sukar ditembusi. Setelah joran dipacak kan pasang alarm reel anda. Pastikan tali utama yg keluar dari hujung joran kendur lebih sedikit. Ini penting kerana tabiat siakap yg suka menggonggong dan melarikan umpan sebelum ditelan. Jika terasa ada rintangan akibat tali tegang sebelum sempat ditelan siakap akan meluahkan umpan. Kemudian bersembunyilah jauh dari joran anda....tunggu lah ia strike. Apabila strike jgn cepat2 menyentak, sebaliknya beri masa 45 - 60 saat sebelum menyentak. Jika anda ingin menggunakan ladung hidup, elakkan dari menggunakan umpan belanak hidup kerana ianya akan membuatkan perambut dan tali utama anda berbelit2 disbbkan pergerakan belanak hidup yg berpusing2. Udang hidup hanya sesuai utk perambut ladung hidup. Tip: apabila umpan telah jatuh ke dasar karaulah tali anda sedikit supaya peluang utk umpan anda terbelit dgn tali utama dapat diminimakan. Jika diatas bot atau sampan jgn lepaskan umpan anda terus kebawah kerana risiko utk terbelit sgt tinggi, sebaliknya lemparkan jauh dan biarkan ianya jatuh perlahan2 kebawah hingga ke dasar. Ingat persembahan umpan sgt penting, lenggokan umpan yg boleh dilihat dari jauh mempunyai kebarangkalian strike yg tinggi. Itu sbbnya lokasi lemparan umpan yg terbaik ialah dikawasan berdasar keras tanpa sebarang halangan dimata pemangsa...biasanya di tepian parit2 atau alur2 tempat pemburuan siakap. Teknik bottom ini sebenarnya juga boleh digunakan utk memancing jenahak , tetanda dan kerapu...asalkan lokasinya tidak di laut dalam. Bersambung dibahagian ketiga untuk teknik float.

Lejenda Siakap Bahagian pertama

Siakap oh siakap! Bahagian pertama....ramai yg bertanya pd saya kenapa begitu sukar untuk menawan siakap liar. Apa yg ingin saya kongsikan disini ialah tip2 dan petua2 untuk memburu dan menawan siakap liar....Ye siakap liar...bukan siakap kolam ye! Perkara pertama yg anda perlu tahu dan faham ialah siakap ialah ikan pemangsa yg mempunyai diet bermusim dan memburu makanan mengikut musim pelagik. Siakap tidak sewenang2nya menyambar umpan yg dihulurkan jika tidak kena dgn musim rantaian makanannya. Mengikut pengalaman saya jika musim belanak membesar siakap amat aktif memburu belanak dan ia tidak akan peduli dgn makanan yg lain, begitu juga dgn musim udang ia hanya lebih fokus kepada menyambar udang. Satu faktor lagi siakap lebih cenderung menyambar umpan yg didapati dikawasan ia membesar dan memburu. Ia amat sukar untuk menyambar umpan yg dibawa dari lokasi yg lain walaupun dari jenis umpan yg sama. Begitu juga dgn umpan tiruan, kadar siakap menyambar umpan tiruan adalah sgt rendah. Siakap hanya menyambar ikan tiruan atas dasar membunuh kerana mengganggu kawasannya. Saranan saya jika anda ingin memburu siakap gunakanlah sepenuhnya teknik umpan HIDUP. Anda harus peka dgn lokasi tempat siakap memburu. Biasanya siakap akan memburu dikawasan ianya dibesarkan dan membesar. Siakap akan berhijrah jika kawasannya sentiasa dicerobohi dgn pukat dan jaring. Biasanya siakap amat sukakan lokasi dimana terdapat jurang atau alur saperti parit yg dalam dikawasan dasar. Ini memudahkan siakap untuk mengendap dan memburu mangsanya. INGAT pastikan jatuhan umpan anda hendaklah ditepi kawasan berparit/beralur ini, bukan didalam parit/alur. Siakap amat galak memburu pd ketika air mulai pasang sesudah subuh sehingga terbit matahari. Begitu juga ketika air mulai pasang pd sebelah mlm. Namun waktu terbaik ialah pada ketika air mulai berubah surut tak kira siang atau malam. Satu faktor yg wajib jika ingin menduga siakap ialah sembunyikan diri anda sebaik2nya. Jangan pegang atau duduk berdekatan dgn joran anda. Jangan buat bising atau sesuatu yg mengganggu kawasan pemburuannya. Perambut anda hendaklah panjang dan menggunakan dua mata kail no.2/0 bertindan dlm jarak 1.5 inci. Cara membuat perambut otai bolehlah anda lihat video di wall saya atau di youtube yg boleh diakses saperti di link dibawah. Saya akan sambung lagi dibahagian kedua.

Monday, August 11, 2014

Video cara membuat perambut otai.

Ada dua vieo yang telah saya muat naik di youtube. Kedua-dua video ini merupakan cara dan teknik rahsia perambut otai untuk menduga dan menawan ikan2 yang bersaiz monster. Enjoy. Sila ikuti link diruangan muaturun / download link di bawah.