Dimensi pancingku.....yeh!

Saya sarankan anda supaya melihat archive di blog saya ini sebelum membaca post2 saya.Mulakan dengan archive yang paling awal sekali, kerana setiap post saya bersambung dari satu tajuk kesatu tajuk yang berkaitan secara turutan. cara ini akan memudahkan anda untuk memahami ilmu memancing ini dengan sebaik mungkin.
Memancing...kegilaan yang total! Hobi yang mengajar kita tentang kesabaran, ketelitian dan ketenangan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Apa sebenarnya yang dicari...apakah ikan idaman yang diburu? Apakah kejuaraan yang dicari atau ianya merupakan satu jalan keluar dalam penyelesaian masalah kehidupan? Semuanya bukan!...sebenarnya apa yang dicari hanyalah sentuhan pertarungan dari si ikan. itulah yang di impikan, diburu dan dicari oleh setiap pemancing. Hakikatnya itulah pemancing, kegilaan yang merasakan panas bahang matahari itu sejuk, lapar dan dahaga itu biasa le!. Tidur hanyalah satu mimpi dan sanggup dilambung angin dan ombak. Tidak pernah merasa jemu biarpun tiada ikan meragut umpan. Gilakan...kan!

Apa yang perlu anda fahami tentang memancing!!

Fahamilah dan kenalilah dulu fungsi sebenarnya peralatan memancing sebelum mulai memancing. Pastikan anda faham dan dapat merasakan yang peralatan memancing anda adalah sebagai sebahagian dari diri anda. Perasaan itu amat penting kerana biasanya ia memudahkan kita untuk mengendalikannya malahan membawa tuah dan memihak kepada kita didalam setiap pertarungan.. Sebenarnya alat memancing direkacipta adalah untuk memudahkan kita bertarung dengan si ikan. Fungsi utamanya adalah untuk melemahkan daya ketahanan ikan. Ramai yang gagal dan kecewa kerana tewas sewaktu bertarung dengan ikan disebabkan kurang memahami peralatan pancing sendiri.Walaupun setiap peralatan mempunyai kelas daya beban dan ketahanannya yang tersendiri namun ianya bukan bererti ia dapat bertahan dengan sendirinya tanpa bantuan peralatan yang lain. Contohnya saperti tali berdaya tahan 20 lb ( 7 kg ) bukan bererti yang ianya mampu mengangkat naik ikan seberat 7kg, tapi sebenarnya mampu menahan daya sentakan dan larian ikan yang mempunyai daya seretan 7kg. Begitu jua dengan peralatan yang lain saperti kili, joran dan daya seretan ( drag ) kekili ( reel ) anda. Adalah tidak betul jika menggabungkan joran bersaiz berat ( heavy) dengan tali 15 lb dan kekili 5/0. Strategi dan teknik yang sebenarnya adalah dengan menggabungkan kekuatan peralatan ini secara total dan bersepadu, maka pertarungan tersebut akan lebih memihak kepada anda. Oleh itu pilihlah peralatan memancing anda dengan seimbang. Keseimbangan amat perlu bagi memastikan ada mempunyai lebih banyak peluang untuk menang. Apa yang sarankan di blog ini adalah sebagai panduan untuk mendapatkan keseimbangan peralatan memancing anda.
Pemancing yang bijak tahu bagaimana untuk menganggabungkan peralatannya untuk mendapatkan keseimbangan yang optimum.

KALENDAR MEMANCING OTAI

Fenomena semulajadi kehidupan laut dipengaruhi oleh peredaran bulan. Peredaran bulan jugalah yang bertanggungjawab keatas perubahan pasang surut air dan kekuatan arus air. Perubahan ini adalah faktor utama yang akan menentukan kejayaan pancingan anda. Tarikh – tarikh yang digunakan dikalendar ini hendaklah dirujuk kepada Kalendar Islam atau Kalendar Cina, disebabkan kedua-dua kalendar ini sajalah yang diatur menurut peredaran dan perubahan fasa bulan. Keunikan kalendar ini ialah ianya tidak akan berubah selagi adanya peredaran bulan. Kalendar ini bersifat sebagai rujukan anda sebelum merancang dan menetapkan trip memancing anda. Ianya telah digunakan dari generasi ke generasi sehingga kini.

Tarikh

Air

Arus

Lokasi memancing / Spesis sasaran

Umpan terbaik

1

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

2

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil& sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

3

Sederhana

Ideal

Tepian pantai/semua spesis

Cacing,umpun,fillet,udang

4

Perlahan

Cantik

Laut dalam / besar& sederhana

hidup,fillet,cacing

5

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

6

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

7

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

8

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

9

Perlahan

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

10

Sederhana

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

11

Sed Besar

Cantik

Baik semua lokasi /semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

12

Sed Besar

Ideal

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

13

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

14

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

15

Sgt besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

16

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

17

Sed Besar

Ideal

Baik semua lokasi/besar& sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

18

Sederhana

Cantik

Baik semua lokasi/besar & sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

19

Perlahan

Cantik

Baik semua lokasi/besar & sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

20

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

21

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

22

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

23

Perlahan

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

24

Sederhana

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

25

Sed Besar

Ideal

Baik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

26

Sed besar

Ideal

Baik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

27

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

28

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil &sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

29

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

30

Sgt besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang






Download link
Kalender memancing otai

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KY3N5Mk5CZ2RXcXM/edit?usp=sharing

Fail Data Umpan Cacing&Perumpun

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KZy10dmRIc211Wlk/edit?usp=sharing

Panduan Umpan Tiruan

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KMzdtT3hmWk15cGM/edit?usp=sharing

Gambar Umpan Tiruan pic

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KZHo3dUdiR2N1Vjg/edit?usp=sharing




etika & kod emas pemancing

Etika dan kod emas pemancing
Pastikan mata kail anda sentiasa tajam.
Pastikan tali pancing anda tiada rekahan atau lipatan.
Pastikan kili (swivel) anda berfungsi dan berpusing dengan baik.
Pastikan setiap simpulan dibasahi dengan air sebelum anda menarik untuk mengetatkannya.
Pastikan joran dan kekili anda sentiasa didalam keadaan baik, basuh dengan air bersih setiap kali habis memancing. Servis dan bubuh gris setiap 3 bulan sekali.
Pastikan beg memancing anda mengandungi alatan wajib @ mata kail, kili (swivel ), ladung , tali perambut, pisau serbaguna , plier, lampu suloh, pembuka mata kail ( dimulut ikan ) batu pengasah kecil, gunting kecil dan pemetik api ( lighter ).
Pastikan umpan anda samada hidup atau mati sesuai dengan spesis yang di cari.
Buat catatan masa, tarikh, tempat dan umpan yang digunakan sekiranya anda mendapat ikan yang besar. Maklumat ini amat penting untuk memancing dimasa hadapan.
Fahamilah analogi peredaran bulan, matahari, pasang surut air dan perubahan air besar ke air mati.
Fahamilah hubungkait habitat umpan dan ikan pemangsa.
Fahamilah dan jagalah peralatan memancing anda dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah talian hayat diantara anda dan si ikan.
Buat tinjauan dan dapatkan informasi sebaik mungkin dari penduduk tempatan sebelum memancing ditempat yang belum diterokai.
Amalkan sikap tangkap & lepas ( catch & release ) sekiranya anda tidak memerlukan ikan tersebut...terutamanya ikan kecil. Jangan jadikan mereka spesies yang terancam.
Pastikan perairan dan kawasan memancing bersih. Kekalkan kehijauan alam semulajadi.
SELAMAT MEMANCING!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, June 16, 2015

Bantu green fishing

Apa yg anda boleh buat utk support green fishing. Antaranya:- 1)Lepaskan balik ikan yg tidak dikehendaki contoh buntal, sirat2 pedukang ....anak2 ikan kecil yg sedang membesar. 2) RAHSIA kan tempat anda mencari umpan terutamanya cacing laut, perumpun dan anak2 ikan saperti belanak disbbkan nilai komersialnya tinggi dan banyak nya manusia tamak...spesis2 ini hampir pupus. 3) Umpan2 hidup yg tidak habis guna lepaskan kembali ke habitatnya. Jgn biarkan mereka mati. Berikan mereka peluang untuk hidup. 4) RAHSIA kan tempat dimana banyak spesis yg bernilai komersial memburu. Kongsi hanya dgn kwn2 yg boleh dipercayai dan sanggup memeliharanya.Sbb nya manusia tamak akan menggunakan apa saja kaedah untuk memburunya sehingga habis keanak cucu...demi $$$$$. 5) Bantulah nelayan2 yg membina tuas dan tukun kerana tuas dan tukun dpt memelihara dan memberikan perlindungan kepada spesis akuatik terancam. 6) Sebarkan maklumat ini kpd semua pemancing sebagai satu etika seandainya anda sayangkan dunia memancing anda....kerana ikan tidak akan pupus jika kita HANYA memancing.

Resepi jenggo goreng telur masin

Kepada yang suka makan jenggo ( udang galah/udang laut)...cubalah resepi ini, mudah dan memang sodap. Resepi terbaik untuk jenggo dan gengnya, kalau di restoran dah tentu satu hidangan dalam anggran RM 80.00 ++. Buatlah sendiri di rumah...senang aje bro! Bahan2nya. Jenggo - banyak mana ikut suka anda lah, kecik besar semua boleh. Siang dan bersihkan ikut suka anda. Halia ½ inci – dipotong halus Bawang putih – 2 ulas dicincang Bawang besar - 1 labu dihiris bulat2 Telor masin 2 biji - direbus dahulu dan ambil telor kuningnya saja, kemudian + air sikit dan lenyek2 sampai jadi paste. Daun bawang dan daun sup secekak cukup dah – potong kasar2 Sos tiram 1 camca besar Dua camca besar Jus oren sunkist. Minyak untuk menggoreng. Cara2nya Goreng jenggo dulu sampai garing kekuningan dan keluar bau udang. Toskan dan simpan minyaknya buat tumisan nanti. Masuk sedikit minyak dari gorengan udang tadi dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan sos tiram dan kemudian masukkan udang. Kemudian masukkan paste telor masin tadi dan kacau udang bersama paste sehingga sebati. Akhir sekali masukkan bawang besar, daun bawang dan daun sup. Makan panas2 . Lepas ini dijamin anda dapat full lesen pancing jenggo. InsyaAllah.

Info Khas Buat Pemancing Jenggo

INFO KHAS BUAT PEMANCING JENGGO Udang galah alias jenggo merupakan spesis pemangsa yg sentiasa menjadi idaman kaki2 pancing. Memancing jenggo ini sebenarnya memerlukan ketelitian, kesabaran dan keseniannya yg tersendiri. Biasanya jenggo lebih mudah dipancing dgn menggunakan sampan atau perahu disbbkan mudah untuk beralih tempat dan mencari lubuk. Malangnya tidak ramai pemancing yg mampu memiliki atau pun menyewa sampan untuk mencari jenggo. Alternatif yg ada hanyalah dgn memancing dari tebing2 sungai , jeti2 kecil dan jambatan yg merentasi sungai. Saya bersama –sama dengan seorang otai udang dan seorang anak muda yg baru hendak mengenal dunia memancing jenggo telah melakukan kaji selidik tentang teknik, strategi dan bentuk aliran sungai yg disukai oleh jenggo sekiranya kita ingin memancing jenggo dari tebing, jeti dan jambatan. Kami juga membuat temubual dgn hampir setiap pemancing yg ditemui bagi mendapat maklum balas tentang tabiat dan habitat jenggo yg mereka ketahui dan kenali. Kaji selidik tersebut telah dilakukan selama hampir tiga bulan disetiap lokasi popular di Sungai Kerian, Perak. Tujuan kaji selidik tersebut adalah untuk membantu menyalurkan informasi bagi memudahkan pemancing jenggo yang memancing dari tebing, jeti dan jambatan. Faktor-faktor yg dititik beratkan didalam kaji selidik tersebut :- 1) Pengaruh perubahan suhu dan air kepada jenggo 2) Umpan2 yg menjadi kegemaran jenggo 3) Perambut2 yg terbaik untuk jenggo 4) Lokasi dan bentuk aliran air yg disukai jenggo Berikut adalah hasil kajiselidik yg telah kami jalankan, diharap ianya dapat membantu peminat2 jenggo didalam pemburuan mereka, terutamanya yg terpaksa memancing dari tebing, jeti dan jambatan. Jenggo bergerak dalam kumpulan dan adalah spesis haiwan yg tidak berhenti makan, mereka adalah spesis yg pelahap, mereka makan tanpa mengira waktu atau keadaan air. Cuma yg perlu kita ketahui ialah bila dan dimana kumpulan jenggo2 ini galak dan rakus memakan umpan. Pengaruh dan perubahan suhu dan air memainkan peranan yg paling penting kepada kerakusan jenggo memakan umpan. Suhu air yg sejuk akan membuatkan jenggo tidak galak memakan umpan. Keadaan ini akan membuatkan jenggo lebih suka berpindah ketempat2 yg lebih panas suhu airnya. Jenggo lebih galak memakan umpan pada ketika air beralih surut sehinggalah air surut sepenuhnya. Pada ketika air pasang penuh jenggo sukar dipancing kerana ia lebih suka memburu dibawah timbunan kayu kayan dan akar2 nipah dikawasan bertebing. Pada ketika air mulai surut jenggo akan keluar memburu dikawasan pertengahan sungai. Musim terbaik untuk memburu jenggo ialah pada ketika musim panas/kemarau. Jenggo juga menjadi galak jika cuaca panas selepas dua atau tiga hari hujan turun. Masa terbaik pula ialah ketika awal pagi hingga sebelum tengahari, lewat petang hingga keawal mlm. Umpan2 yg kami gunakan adalah umpan yg popular dan selalu digunakan oleh pemancing2 jenggo kawasan tersebut iaitu umpun2 nipah dan udang beras. Umpun2 nipah mestilah yg bersaiz kecil, yg hanya betul2 muat mata kail. Umpun2 yg bersaiz besar hanya akan merugikan anda malah kerap mengundang anak2 ikan mencurinya. Umpun2 ini adalah umpan universal untuk semua saiz jenggo. Udang beras pula amat digemari oleh jenggo yg berskala besar, malangnya udang beras ini sukar didapati. Ianya harus dipesan terlebih dahulu dari nelayan2 pemancing udang. Satu perkara yg perlu diambil kira dgn teliti ialah ketika memasang umpan pada mata kail pastikan umpan kemas dan muat betul2 mengikut bentuk mata kail, pastikan hujung mata kail sentiasa tajam dan keluar sedikit dari umpan. Jika menggunakan udang beras pastikan anda mencangkuk umpan dari ekor dan hujung mata kail keluar dari kepalanya. Kami menggunakan 6 jenis perambut mengikut keadaan aliran air, kawasan yg mudah sangkut , mudah dimakan jenggo dan saiz jenggo yg hendak dicari. Tali perambut berkekuatan 20 lb. Ladung bersaiz no. 5 dan no. 6. Mata kail berbentuk sabit bersaiz no. 3 & no. 4. 1) Ladung hidup pada tali utama, disambungkan dgn swivel sebagai stopper kepada perambut mata kail. Panjang perambut mata kail anggaran sejengkal. Hanya satu mata kail. Ianya amat popular dikawasan ini. Kadar tangkapan 80% untuk semua jenis saiz jenggo. 20% anak2 ikan. Kadar sangkut pd kayu dan akar 10%. Digunakan pada setiap jenis aliran air, terutamanya sewaktu air sedang beralih surut. 2) Ladung hidup pada tali utama, disambungkan dgn swivel sebagai stopper kepada perambut mata kail. Perambut mata kail bercabang dua dgn dua mata kail. Setiap satu panjang sejengkal. Kadar tangkapan 60 % untuk semua saiz jenggo. 40% anak2 ikan. Kadar sangkut pd kayu dan akar 50%. 3) Ladung hidup ditali utama, disambungkan dengan swivel kepada perambut mata kail panjang dua jengkal dimana setiap satu jengkal diikat dgn mata kail, satu diatas satu dibawah secara bertindan. Kadar tangkapan 50% saiz jenggo berskala besar. 20% saiz kecil dan sederhana. 30% anak2 ikan. Kadar sangkut 30%. 4) Tanpa ladung. Tali utama disambungkan dgn swivel bersaiz besar 2/0 atau 3/0 kepada perambut satu mata kail panjang sejengkal. Kadar tangkapan 80% untuk semua jenis saiz jenggo. 20 % anak2 ikan. Kadar sangkut pd kayu dan akar 10%. Amat baik digunakan pada tempat yg berkayu dan berakar, terutamanya ketika air sudah pasang penuh. 5) Ladung hidup diletakan pada tali perambut sepanjang dua jengkal. Pada jarak satu jengkal diletakkan stopper bagi menahan ladung. Mata kail diikat dihujung perambut. Perambut ini kemudiannya disambungkan pd tali utama dgn swivel. Kadar tangkapan 60% untuk saiz berskala besar. 30 % saiz kecil dan sederhana. 10% anak2 ikan. Kadar sangkut pada akar dan kayu 20%. Digunakan untuk semua aliran air. 6) Perambut saperti perambut ikan dilaut, dgn satu mata kail dan ladung di sebelah bawah. Kadar tangkapan 50% untuk semua saiz jenggo. 50% anak2 ikan. Kadar sangkut 30%. Jadi terpulanglah pada anda untuk meneliti statistik perambut ini. Statistik ini berdasarkan kepada kekerapan tangkapan yg telah dibuat menggunakan dua batang joran setiap seorang. Semoga data statistik ini dpt membantu anda memilih perambut yg sesuai dgn pemburuan anda. Lokasi dimana jenggo kerap galak memakan umpan adalah dikawasan dimana terdapat aliran air yg membentuk teluk, dikawasan bertebing yg dalam, dasar berlurah dan berbonggol dan di kawasan yg mempunyai kayu kayan dan akar2 tenggelam. Jenggo mempunyai berbagai cara memakan umpan, ada yg ganas, ada yg lemah lembut dan ada yg makan secara diam. Cara terbaik adalah dgn kerap memeriksa pancing anda. Berikan perhatian kepada setiap joran yg ada. Jika anda ingin menjadi pemancing jenggo yg baik, anda tidak boleh malas. Anda harus selalu bertukar tempat sekiranya jenggo tidak ramah disatu2 kawasan. Seperkara lagi sekiranya banyak jenggo yg galak memakan umpan di satu2 kawasan itu , anda hendaklah sentiasa berwaspada kerana banyak jenggo bererti adalah kawan baiknya sang bedal. Semoga info ini dapat membantu pemancing jenggo semua. Selamat menjenggo!

Monday, June 15, 2015

Sekilas ikan diair satu pandangan positif

Saya terpanggil utk menulis rencana ini sebagai santapan minda dgn harapan mungkin dpt mengubah persepsi ataupun paradigma para2 pemancing sekelian. Dunia memancing bukan lagi saperti dulu, sekarang dunia memancing sudah menjadi hobi yg sangat mahal yg memerlukan pengorbanan yg bukan sedikit dari segi wang ringgit dan tanggungjawab keluarga. Kita semua sekarang ini sedang dihimpit permasalahan ekonomi yg diibaratkan ditelan mati emak diluahkan mati bapa. Mungkin ramai pemancing yg kurang atau tidak sedar akan hakikat ini, namun ianya benar2 menghantui dunia memancing. Bagi pemancing2 yg berkemampuan faktor ini adalah sesuatu yg remeh sahaja, tapi bagaimana pula dengan pemancing yg kurang mampu. Jika dilihat dari segi hasil tangkapan rata2 boat base adalah lebih banyak membawa hasil dari land base. Post2 di fb juga lebih banyak dikuasai oleh hasil2 boat base. Begitu juga dgn peminat2 casting, lokasi2 yg diterokai sudah mulai jauh kekawasan yg lebih terpencil dan sukar utk dimasuki baru boleh berhasil. Jika diteliti senario ini memerlukan perbelanjaan yg cukup tinggi sedangkan hasilnya tidak sebeberapa. Malahan ada masanya ahli keluarga turut menanggung kerugian dan kekecewaan akibat mengejar hobi tanpa memikirkan risikonya. Sebenarnya sebagai pemancing kita tidak boleh bersara begitu saja dari dunia memancing kerana ianya ibarat darah daging kita juga. Namun persoalannya, perlukah kita berkorban wang ringgit dan keperluan keluarga demi hobi ini. Seharusnya kita berusaha mencari satu jalan penyelesaian yg tidak merugikan sesiapa dlm mengejar keasyikan hobi ini. Kepada semua pemancing dan yg baru dan ingin berjinak2 dgn hobi ini saya nasihatkan dengan perkara2 berikut:- 1) Dapatkanlah ilmu memancing yg baik dan sebanyak yg mungkin. Fokus pd teknik dan ilmu DIY atau do-it your self. Ini dpt menjimatkan. Ingat ilmu adalah senjata utama anda. Dgn ilmu yg baik anda akan beroleh hasil yg baik biarpun peralatan anda cap ayam saja. 2) Beli lah peralatan yg boleh digunakan secara all rounder. Peralatan yg boleh digunakan utk hampir setiap jenis teknik pancingan baik di air tawar atau masin. Adalah tidak berbaloi utk membeli peralatan yg menjurus kpd satu teknik sahaja sdgkan akhirnya ia menjadi gajah putih sahaja. 3) Jangan jadi pemancing yg fanatik pd sesuatu jenama hingga tidak dpt membezakan kelemahan dan kekuatan sesuatu jenama terutamanya apabila akhirnya anda gagal utk mengusai peralatan jenama tersebut. Buatlah research ataupun penyelidikan sebelum melabur pd sesuatu jenama yg anda inginkan. 4) Jangan ambil peduli dgn apa yang orang kata tentang peralatan anda yg cap ayam kerana yg berjenama pun belum tentu mendtgkan hasil. Hormatilah peralatan anda dan ia akan berbakti dgn baik pd anda. 5) Kuasailah dan kenali lah kelemahan dan kekuatan peralatan anda dgn sebaik2nya kerana sekiranya anda gagal menguasai peralatan anda bererti anda membuang masa dan wang ringgit. 6) Kuasailah dan belajar cara terbaik dan mudah utk mencari umpan anda. Ianya amat menjimatkan. 7) Carilah teman memancing yg baik dan boleh diharapkan kerana dunia memancing memerlukan team work, kerjasama dan toleransi utk menjayakan sesuatu trip. 8) Buatlah perancangan yg baik, terutamanya dari segi bajet dan kedudukan kewangan anda sebelum bercadang utk sesuatu trip yg jauh dan memakan masa berhari2. 9) Belajarlah menghormati alam semulajadi. Jika anda menghormati nya , ia akan berbakti kepada anda dgn hasilnya. 10) Hormatilah diri kita sebagai pemancing dan sesama pemancing yg lain kerana didunia memancing kita sama saja, cuma pengalaman dan ilmu yg memisahkan, tapi rezeki tidak mengenal samada anda otai ataupun newbies. Salam hormat dan selamat memancing.

Setup rod dan reel

Hari ini saya ingin bercerita tentang set dan set up memancing berdasarkan kpd pengalaman saya memancing selama ini. Apa yg ingin saya sampaikan ini adalah utk set up pemangsa2 biasa. Bukannya utk pemangsa2 yg heavy duty. Artikel ini bukan utk mengajar, ianya hanya sebagai panduan. Mana yg baik dan berkenan dihati jadikanlah panduan, mana yg tak berkenan dihati abaikan saja. Semoga ianya meringankan perbelanjaan anda dlm memilih set up yg baik. Rod dan reel tidak dpt dipisahkan. Jika kita harus memilih diantara rod dan reel disbbkan bajet yg x mencukupi. Utamakan lah rod. Ini disbbkan rod lebih utama dan penting peranannya ketika berjuang. Rod yg baik harus berfungsi sebagai penyerap sentapan, larian dan seretan ikan. Jika fungsinya baik, ia akan mudah melemahkan ikan dan tidak akan mendtgkan stress pd tali dan reel, malahan peluang utk menang juga tinggi. Banyak rod dipasaran yg mempunyai ciri2 ini. Ada yg berjenama dan ada yg tidak, namun yg perlu dipastikan ialah sejauh mana lenturannya dpt menahan asakan dan keupayaan nya utk melemahkan ikan. Secara peribadi saya lebih selesa dgn 2 pcs rod. Lenturannya bagi saya haruslah mencapai sekurang2nya 2-3 inci diatas tempat sambungan. Saya tidak pernah mencari rod berdasarkan poundage@pe@jenama. Bagi saya rod walaupun cap ayam ianya harus menepati lenturan yg dikehendaki. Saya juga tidak pilih bulu pd material buatan rod kerana keanjalan dan keupayaan lenturan rod bukan pd material nya, tapi pada panjang dan sudut lingkaran penguncupan buatan rod itu sendiri. Jika sudut penguncupannya baik maka daya lenturan nya mmg baik. Material hanya utk menentukan berat atau ringan sesuatu rod, biarpun ada sedikit perbezaan dari segi kekuatan material namun ianya bukanlah sesuatu yg harus dititik beratkan. Reel, fungsi utama nya adalah utk menyimpan, mengarau dan mengawal tali. Setiap reel dilengkapi dgn sistem seretan@drag yg berfungsi sebagai kaedah utk mengawal kecepatan tali dikeluarkan ketika berjuang. Sistem drag yg baik dpt memperlahankan pengeluaran tali dari spool dan ini secara langsung akan melemahkan larian ikan. Namun sistem drag hanya dpt berfungsi dgn baik jika lenturan rod anda juga berfungsi dgn baik. Dalam set up yg baik, drag haruslah berupaya mengeluarkan tali secara perlahan2 HANYA setelah rod mencapai lenturan maksimanya. Jika rod gagal melentur dgn baik pd takat maksima maka drag reel akan menerima stress dan beban yg tinggi. Ini akan merosakkan mekanisma reel. Perlu diingatkan beban seretan ikan wajib diserap oleh lenturan rod dahulu dan bakinya ialah pd drag reel. Jika lenturan rod berfungsi dgn baik, fungsi drag menjadi minima dan reel hanya akan berfungsi sebagai pengarau dan menyimpan tali. Reel biarpun cap ayam harus mempunyai luas permukaan drag washer@material yg besar dan mempunyai lapisan2 material yg disusun dgn baik. Kebanyakan pembuat menitikberatkan tentang drag ini dlm setiap keluaran reel mereka, biarpun ianya murah namun pembuat akan memastikan ianya berfungsi dgn baik. Yg perlu diberi perhatian ialah set up saperti yg telah saya nyatakan diatas biarpun joran dan reel anda bukan high end.

Pemilihan tali pancing

Saya ingin berkongsi info tentang tali pancing pula dgn harapan dpt membantu anda dlm membuat pilihan tali pancing yg baik dgn harga patut. Tali pancing merupakan talian hayat yg memisahkan pemancing dgn ikan. Kriteria tali yang baik ialah ianya harus mempunyai daya anjakan yg baik, kurang stress dan dpt bertahan dgn baik dibawah tekanan . Yg paling penting ialah diameternya kecil dan poundage nya tinggi. Tali pancing yg popular terbahagi tiga. Braided@sulam, monofilament dan yg terbaru monofilament/polimer yg mengandungi 70%-80% florocarbon. Biasanya tali braided amat mahal dan digunakan pd reel2 yg spoolnya berkapasiti rendah saperti lpbc. Kelemahan kekurangan kapasiti tali dlm spool dpt di perkuatkan dgn tali braided. Tali braided amat kuat dan sukar utk putus akan tetapi ia tidak anjal. Ia juga sgt tajam dan boleh merosakkan cincin rod anda. Anda perlukan rod dgn cincin yg baik utk tali braided. Ia akan menimbulkan banyak masalah jika sangkut dimana penyelesaiannya ialah dgn cara memotongnya. Akibatnya tali anda akan kurang dan anda akan kerugian masa dan wang . Oleh itu jika anda bercadang utk menggunakan tali braided pastikan lokasi anda dan spesis sasaran anda mmg sesuai utk nya. Monofilament x perlu diperkenalkan lagi, sememangnya ia adalah tali all rounder yg murah dan menjadi pilihan utama setiap kaki pancing yg tahu keistimewaan nya. Tali teknologi florocarbon pula adalah sesuatu yg baru dan masih dlm penyesuaian dikalangan kaki2 pancing malahan saya sendiri sedang mencuba nya pd salah satu reel saya. Poundage pd tali bukan bererti kekuatan utk menahan berat ikan, akan tetapi kekuatan utk menahan daya sentapan dan seretan ikan. Sebagai contoh jika poundage tali 20 lb bukan bererti ia dpt menahan ikan seberat 20 lb. Tapi sebaliknya ia dpt menahan ikan yg mempunyai daya sentapan dan seretan sebanyak 20 lb biarpun ikan itu kecil sahaja. Secara peribadi saya lebih suka menggunakan tali monofilament yg diameter nya kecil dan poundagenya sekitar 15-20 lb utk reel saya. Ini akan membuatkan kapasiti tali lebih banyak didlm spool. Kapasiti tali yg banyak dpt membuatkan saya lebih mudah bertahan dgn cara memberi lebih banyak tali kepada ikan sehingga ikan lemah dgn sendirinya. Pilihan tali monofilament saya biasanya yang lembut, diameter rendah dan tidak mudah patah. Tali monofilament sgt anjal, mudah dikendalikan terutamanya bila terkena air. Kelemahan nya ialah mudah putus jika terkena batu2 yg tajam dan bila ditarik ketika tersangkut. Jadi terpulanglah pd anda utk membuat pilihan.

Tip mata kail

Mata kail stainless steel sememangnya baik dan kuat, namun harganya mahal. Tidak berbaloi dan merugikan jika sangkut dan putus. Tahukah anda yg anda dpt menjimatkan kos dgn menggantikan satu mata kail stainless steel dgn dua mata kail high carbon steel apabila anda memancing kerana nisbah kekuatan amat seimbang. Oleh itu gunakan lah dua mata high carbon steel utk memancing pemangsa2 yg menjadi buruan dan idaman anda. Tukarlah perambut anda ke teknik dua mata bertindan.