Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Dimensi pancingku.....yeh!
Memancing...kegilaan yang total! Hobi yang mengajar kita tentang kesabaran, ketelitian dan ketenangan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Apa sebenarnya yang dicari...apakah ikan idaman yang diburu? Apakah kejuaraan yang dicari atau ianya merupakan satu jalan keluar dalam penyelesaian masalah kehidupan? Semuanya bukan!...sebenarnya apa yang dicari hanyalah sentuhan pertarungan dari si ikan. itulah yang di impikan, diburu dan dicari oleh setiap pemancing. Hakikatnya itulah pemancing, kegilaan yang merasakan panas bahang matahari itu sejuk, lapar dan dahaga itu biasa le!. Tidur hanyalah satu mimpi dan sanggup dilambung angin dan ombak. Tidak pernah merasa jemu biarpun tiada ikan meragut umpan. Gilakan...kan!
Apa yang perlu anda fahami tentang memancing!!
Pemancing yang bijak tahu bagaimana untuk menganggabungkan peralatannya untuk mendapatkan keseimbangan yang optimum.
KALENDAR MEMANCING OTAI
Fenomena semulajadi kehidupan laut dipengaruhi oleh peredaran bulan. Peredaran bulan jugalah yang bertanggungjawab keatas perubahan pasang surut air dan kekuatan arus air. Perubahan ini adalah faktor utama yang akan menentukan kejayaan pancingan anda. Tarikh – tarikh yang digunakan dikalendar ini hendaklah dirujuk kepada Kalendar Islam atau Kalendar Cina, disebabkan kedua-dua kalendar ini sajalah yang diatur menurut peredaran dan perubahan fasa bulan. Keunikan kalendar ini ialah ianya tidak akan berubah selagi adanya peredaran bulan. Kalendar ini bersifat sebagai rujukan anda sebelum merancang dan menetapkan trip memancing anda. Ianya telah digunakan dari generasi ke generasi sehingga kini.
Tarikh | Air | Arus | Lokasi memancing / Spesis sasaran | Umpan terbaik |
1 | Sgt Besar | Sgt Laju | Tepian pantai/kecil & sederhana | Cacing,umpun,fillet,udang |
2 | Besar | Laju | Tepian pantai/kecil& sederhana | Cacing,umpun,fillet,udang |
3 | Sederhana | Ideal | Tepian pantai/semua spesis | Cacing,umpun,fillet,udang |
4 | Perlahan | Cantik | Laut dalam / besar& sederhana | hidup,fillet,cacing |
5 | Mati | Pasif | Laut dalam / besar & sederhana | Umpan hidup,fillet |
6 | Mati | Pasif | Laut dalam / besar & sederhana | Umpan hidup,fillet |
7 | Mati | Pasif | Laut dalam / besar & sederhana | Umpan hidup,fillet |
8 | Mati | Pasif | Laut dalam / besar & sederhana | Umpan hidup,fillet |
9 | Perlahan | Cantik | Terbaik semua lokasi/semua spesis | hidup,fillet,cacing,umpun |
10 | Sederhana | Cantik | Terbaik semua lokasi/semua spesis | hidup,fillet,cacing,umpun |
11 | Sed Besar | Cantik | Baik semua lokasi /semua spesis | hidup,fillet,cacing,umpun |
12 | Sed Besar | Ideal | Tepian pantai/kecil & sederhana | Cacing,umpun,fillet,udang |
13 | Besar | Laju | Tepian pantai/kecil & sederhana | Cacing,umpun,fillet,udang |
14 | Besar | Laju | Tepian pantai/kecil & sederhana | Cacing,umpun,fillet,udang |
15 | Sgt besar | Sgt Laju | Tepian pantai/kecil & sederhana | Cacing,umpun,fillet,udang |
16 | Sgt Besar | Sgt Laju | Tepian pantai/kecil & sederhana | Cacing,umpun,fillet,udang |
17 | Sed Besar | Ideal | Baik semua lokasi/besar& sederhana | hidup,fillet,cacing,umpun |
18 | Sederhana | Cantik | Baik semua lokasi/besar & sederhana | hidup,fillet,cacing,umpun |
19 | Perlahan | Cantik | Baik semua lokasi/besar & sederhana | hidup,fillet,cacing,umpun |
20 | Mati | Pasif | Laut dalam/besar&sederhana | Umpan hidup,fillet |
21 | Mati | Pasif | Laut dalam/besar&sederhana | Umpan hidup,fillet |
22 | Mati | Pasif | Laut dalam/besar&sederhana | Umpan hidup,fillet |
23 | Perlahan | Cantik | Terbaik semua lokasi/semua spesis | Umpan hidup,fillet |
24 | Sederhana | Cantik | Terbaik semua lokasi/semua spesis | Umpan hidup,fillet |
25 | Sed Besar | Ideal | Baik semua lokasi/semua spesis | Umpan hidup,fillet |
26 | Sed besar | Ideal | Baik semua lokasi/semua spesis | Umpan hidup,fillet |
27 | Besar | Laju | Tepian pantai/kecil&sederhana | Cacing,umpun,fillet,udang |
28 | Besar | Laju | Tepian pantai/kecil &sederhana | Cacing,umpun,fillet,udang |
29 | Sgt Besar | Sgt Laju | Tepian pantai/kecil&sederhana | Cacing,umpun,fillet,udang |
30 | Sgt besar | Sgt Laju | Tepian pantai/kecil&sederhana | Cacing,umpun,fillet,udang |
| | | |
Download link
Kalender memancing otai
https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KY3N5Mk5CZ2RXcXM/edit?usp=sharing
Fail Data Umpan Cacing&Perumpunhttps://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KZy10dmRIc211Wlk/edit?usp=sharing
Panduan Umpan Tiruanhttps://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KMzdtT3hmWk15cGM/edit?usp=sharing
Gambar Umpan Tiruan pic
https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KZHo3dUdiR2N1Vjg/edit?usp=sharing
etika & kod emas pemancing
Pastikan mata kail anda sentiasa tajam.
Pastikan tali pancing anda tiada rekahan atau lipatan.
Pastikan kili (swivel) anda berfungsi dan berpusing dengan baik.
Pastikan setiap simpulan dibasahi dengan air sebelum anda menarik untuk mengetatkannya.
Pastikan joran dan kekili anda sentiasa didalam keadaan baik, basuh dengan air bersih setiap kali habis memancing. Servis dan bubuh gris setiap 3 bulan sekali.
Pastikan beg memancing anda mengandungi alatan wajib @ mata kail, kili (swivel ), ladung , tali perambut, pisau serbaguna , plier, lampu suloh, pembuka mata kail ( dimulut ikan ) batu pengasah kecil, gunting kecil dan pemetik api ( lighter ).
Pastikan umpan anda samada hidup atau mati sesuai dengan spesis yang di cari.
Buat catatan masa, tarikh, tempat dan umpan yang digunakan sekiranya anda mendapat ikan yang besar. Maklumat ini amat penting untuk memancing dimasa hadapan.
Fahamilah analogi peredaran bulan, matahari, pasang surut air dan perubahan air besar ke air mati.
Fahamilah hubungkait habitat umpan dan ikan pemangsa.
Fahamilah dan jagalah peralatan memancing anda dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah talian hayat diantara anda dan si ikan.
Buat tinjauan dan dapatkan informasi sebaik mungkin dari penduduk tempatan sebelum memancing ditempat yang belum diterokai.
Amalkan sikap tangkap & lepas ( catch & release ) sekiranya anda tidak memerlukan ikan tersebut...terutamanya ikan kecil. Jangan jadikan mereka spesies yang terancam.
Pastikan perairan dan kawasan memancing bersih. Kekalkan kehijauan alam semulajadi.
SELAMAT MEMANCING!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Monday, December 28, 2009
Teknik memancing - 2
Aktiviti pemburuan dan pesta memakan umpan oleh ikan akan terhenti ketika air pasang sudah cukup penuh. Ianya akan bermula semula apabila air bergerak untuk kembali surut. Ketika air sudah penuh persiapkan lah umpan hidup yang terbaik. Apabila air menjadi tenang, sunyi dan tiada kelihatan sebarang arus bergerak itu menandakan yang air akan berubah untuk bergerak menjadi surut. Pada ketika lemparlah umpan hidup anda. Ini lah masa yang paling terbaik untuk anda memancing ikan pemangsa, disebabkan tabiat ikan pemangsa yang akan mengambil peluang membuat pemburuan terlebih dahulu sebelum anak-anak ikan tersedar dengan perubahan air ini. Malahan ikan -ikan pemangsa mempunyai banyak peluang menanti kedatangan ikan kecil yang berenang keluar kembali ketengah laut sewaktu air sedang surut.
Waktu - waktu terbaik untuk melemparkan umpan mencari ikan pemangsa ialah sewaktu air berbunga pasang ( anggaran 2 jam sebelum pasang penuh ), sewaktu air hendak berubah dari pasang ke surut dan sewaktu air sudah surut habis( anggaran 2 jam sesudah air mulai surut )
Teknik memancing
Arah aliran jaluran arus ini bergantung juga kepada faktor kedalaman sesuatu tempat itu. Ianya akan jauh dari pantai dikawasan yang mempunyai beting pasir, akan tetapi lebih dekat dengan pantai sekiranya ada kawasan saperti parit yang dalam dikawasan pantai.
Pasang surut air
Seterusnya pada 29 haribulan hingga ke 3 haribulan air pasang penuh kali kedua akan berlaku, biasanya air diwaktu begini akan pasang dengan lebih tinggi dan arusnya amat deras. Bulan tidak akan kelihatan disebabkan dilindungi bumi. Air surut juga amat jauh sehinggakan kita dapat melihat pantai jauh ketengah laut. Senario ikan memburu umpan adalah sama saperti air pasang tinggi yang mula pertama.
Pada 4 haribulan hingga ke 9 haribulan dan pada 18 haribulan hingga ke 22 haribulan. Hari-hari ini di panggil air mati. Ianya digelar air mati kerana aktiviti pasang surut air amat sedikit, malahan arus air menjadi sangat-sangat perlahan. Diketika ini senario ikan memburu umpan amat tidak meriah. Aktiviti memancing tidak sesuai ditepian pantai, sebaliknya amat sesuai ditengah laut, ditukun atau kapal tenggelam dalam ertikata lain laut dalam.
Seterusnya pada 10 haribulan ( juga dipanggil air penghulu )hingga ke 12 haribulan air mula berubah dengan arus yang sederhana dan pasang surut yang sederhana. Begitu juga dengan air pada 23 haribulan hingga ke 28 haribulan perubahan air adalah sederhana, dengan arus dan pasang surut air juga sederhana. Biasanya dikedua waktu ini air akan mulai pasang awal pagi secara perlahan-lahan dan surut diwaktu petang.
Hari-hari diwaktu begini adalah masa terbaik untuk memburu ikan pemangsa, selalunya ikan-ikan pemangsa yang besar sangat aktif memburu diwaktu begini.Umpan yang paling sesuai adalah sebarang umpan HIDUP.
Oleh itu biasakanlah memerhatikan anologi perubahan pasang surut air. Didalam buku ' Kitab Pemancing - Laut ' saya perincikan carta anologi ini serta pengaruhnya keatas ikan pemangsa.
Sunday, December 27, 2009
Peralatan Pemancing
Mata Kail pelbagai saiz - kecil, sederhana dan besar.
Tali untuk membuat perambut - saiz 30 lb/ 40 lb
Ladung hidup dan mati ( fixed ) - saiz ringan, sederhana dan berat.
Kili ( swivel )- saiz kecil, sederhana dan besar.
Plier serbaguna bisanya untuk membuang duri ikan berbisa.
Alat menanggalkan mata kail dari mulut ikan jika mata pancing ditelan ikan. Alat ini boleh di buat sendiri. Diperincikan dalam buku " Kitab Pemancing - Laut'
Pisau lipat serbaguna ( multi purpose ) yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
Batu asah bersaiz kecil untuk mengasah mata kail anda.
Gunting kecil, pemetik api ( lighter ) dan lampu suloh kecil.
Peralatan ini amat diperlukan setiap kali anda keluar memancing, adalah amat memalukan jika anda terpaksa memimjam dari orang lain. Tidak profesional.
Umpan - 2
Ingat carilah umpan anda sendiri. Jangan tumpang atau minta umpan orang lain. Bersikap profesional. Dalam buku ' Dairi Pemancing - Laut' saya perincikan cara mencari umpan yang mudah. Bagaimana untuk mencari anak ikan kecil, dijadikan umpan untuk menangkap ikan besar. Saya telah melalui situasi ini sebanyak dua kali dalam hidup saya.Ini adalah kisah benar saya. Senario nya begini... Senario pertama saya mencari seekor cacing dibawah batu, saya gunakan cacing tersebut untuk menangkap anak ikan bolos. Hari itu adalah rezeki saya dan dengan hanya seekor anak ikan bolos akhirnya saya berjaya mendaratkan pari seberat 6 kg. Senario kedua, seekor cacing juga saya gunakan untuk memancing anak ikan kecil dicelah batu sejenis ikan saperti ikan guppy air masin. Dengan anak ikan ini saya berjaya mendaratkan seekor siakap putih seberat 3.5 kg. Sebenarnya tiada apa yang mustahil, yang anda perlukan ialah sedikit usaha dan keyakinan. Renungkanlah.!!!!!!!
Wednesday, December 23, 2009
Umpan
Anak ikan hidup saperti belanak,bolos, tamban dan selayang juga merupakan umpan-umpan kelas A, akan tetapi ianya terbatas kepada pemburuan ikan-ikan pemangsa.
Cacing dan perumpun merupakan umpan universal untuk spesis ikan yang makan didasar saperti gelama, sembilang,duri dan lain lain spesis yang kecil dan sederhana.
Saranan saya pelajarilah teknik mencari dan mencangkuk umpan serta umpan apa yang sesuai untuk ikan yang diburu.
Umpan mati, biasanya adalah hirisan daging ikan, sotong atau udang. Ianya amat berkesan pada waktu malam jika ianya masih segar disebabkan baunya yang kuat. Sotong mati masih mengeluarkan cahaya sekiranya ia masih segar. Saranan saya adalah belajarlah mencari umpan sendiri, kerana pemancing yang beretika dan profesional mencari umpannya sendiri dan tidak menumpang umpan kawan atau orang lain.
Dalam buku ' Kitab Pemancing - Laut' saya berikan gambaran terperinci dan ilustrasi tentang teknik mencari umpan, mencangkuk umpan serta jenis-jenis umpan yang diperlukan untuk memancing spesis tertentu.
Ladung
Saranan saya adalah sediakan beberapa jenis ladung-ladung ini kerana teknik dan strategi memancing memerlukan kepelbagaian ladung-ladung ini.Perlu diingatkan ladung ibarat senjata makan tuan, ada masanya ia adalah penyebab utama tali anda sangkut.
Dalam buku 'kitab Pemancing - Laut' saya berikan ilustri tentang bagaimana mengikat dan memasang ladung-ladung ini supaya ianya dapat memberikan kesan yang maksimum. Saya juga akan berikan alternatif lain yang boleh anda buat sebagai ladung.
Simpulan / Ikatan
Didalam buku ' Kitab Pemancing - Laut ' saya lukiskan beberapa gambarajah simpulan dan ikatan yang mudah, cepat, dan berkesan untuk dipelajari sebagai seorang pemancing.
Kekili ( reel )
Kedua-dua kekili mempunyai buruk dan baiknya.
Kekili multiplier mempunyai sistem enko dan drag yang mudah dikendalikan.Ianya mampu memberikan lontaran jauh atau dekat yang boleh dikawal jaraknya serta tepat. Kelemahannya ialah tali mudah berpintal dan tersimpul ketika membuat balingan sekiranya tidak berhati-hati, terutamanya diwaktu malam. Pada saya kekili multiplier adalah yang yang terbaik sewaktu bertarung dengan ikan disebabkan kedudukan sistem drag nya yang dekat dengan enko, malahan kedudukannya yang diatas memberikan lebih banyak daya serapan dialihkan kepada lenturan joran.
Kekili spinning mudah digunakan dan tidak akan mengusutkan tali sewaktu melakukan balingan, cuma jarak dan ketetapan balingan tidak dapat dikawal sepenuhnya. Ketika bertarung kawalan menjadi agak lambat disebabkan sistem drag nya yang terletak samada didepan spool ataupun dibelakang spool, jauh dari enko.Sebenarnya kekili spinning yang mempunyai sistem drag dihadapan spool adalah yang terbaik berbanding dengan yang terletak dibelakang. Sistem drag hadapan spool berfungsi secara terus dengan spool, sedangkan sistem dibelakang bersambung dengan gear yang kecil keluasan drag nya.Kedudukannya yang dibawah tidak membenarkan joran menyerap daya bebanan dengan efisien oleh kerana tali tergantung dicincin joran.
Walau bagaimana pun saranan saya ialah belajar dan mahirkanlah cara menggunakan kedua-dua model kekili ini, disebabkan anda memerlukan kedua-duanya jika anda ingin menjadi seorang pemancing yang 'hardcore' dan profesional.
Didalam buku ' Kitab Pemancing - Laut ' saya perincikan kelebihan kekili, bagaimana mengguna dan menjaganya supaya sentiasa efisien. Saya juga sertakan illlustri perkara-perkara yang perlu anda ambil berat tentang kekili, servis dan pembaikan mudah.
Joran
Didalam buku 'Kitab Pemancing - Laut' saya perincikan tentang kekuatan dan kelemahan joran, buat dan jangan buat serta illustrasi bagaimana membaiki dan memasang cincin pada joran anda.
Kili ( swivel )
Dalam buku ' Kitab Pemancing - Laut' saya perincikan tentang pilihan kili yang baik serta kegunaannya yang lain.
Tali pancing
Satu jenis tali lagi ialah tali sulam ( braided lines ). Tali jenis ini mahal harganya, amat kuat malahan sukar untuk diputuskan.Biasanya tali ini menjadi pilihan pemancing yang suka menggunakan umpan tiruan. Kelemahan tali jenis ini ialah oleh kerana ia mempunyai daya tahan geseran yang kuat, ia berupaya untuk mencalar dan merosakan cincin di joran anda. Ia juga memberi banyak masalah sekiranya tali anda tersangkut disebabkan sukar untuk diputuskan. Saya sebenarnya tidak gemar menggunakan tali jenis ini disebabkan ianya terlalu lembut dan ringan, sukar untuk diurai sekiranya tersimpul dan ianya timbul diatas permukaan air.
Dalam buku ' Kitab Pemancing - Laut' saya perincikan bagaimana cara memilih tali dan juga illustrasi bersangkutan dengan cara mengikat perambut serapan dan cara mengikat keseimbangan tali.
Tuesday, December 22, 2009
Mata kail
Kualiti mata kail yang saya gunakan biasanya dari jenis stainless steel atau pun high carbon steel. Stainless steel boleh diasah dan tidak mudah patah sebaliknya boleh melentur. High carbon steel juga boleh diasah akan tetapi ianya mudah patah. Walau bagaimana pun faktor yang teramat penting ialah ketajaman mata kail anda. Pastikan ianya sentiasa tajam. Asah jika perlu dan ganti yang baru jika berkarat. Mata kail yang tajam dapat memastikan tusukan yang sempurna kemulut ikan bagi memastikan ikan tidak terlucut sewaktu meragut umpan.
Dalam buku 'Kitab Pemancing - Laut' saya perincikan dengan ilustrasi cara memilih dan mengikat mata kail yang terbaik.