Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Dimensi pancingku.....yeh!
Memancing...kegilaan yang total! Hobi yang mengajar kita tentang kesabaran, ketelitian dan ketenangan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Apa sebenarnya yang dicari...apakah ikan idaman yang diburu? Apakah kejuaraan yang dicari atau ianya merupakan satu jalan keluar dalam penyelesaian masalah kehidupan? Semuanya bukan!...sebenarnya apa yang dicari hanyalah sentuhan pertarungan dari si ikan. itulah yang di impikan, diburu dan dicari oleh setiap pemancing. Hakikatnya itulah pemancing, kegilaan yang merasakan panas bahang matahari itu sejuk, lapar dan dahaga itu biasa le!. Tidur hanyalah satu mimpi dan sanggup dilambung angin dan ombak. Tidak pernah merasa jemu biarpun tiada ikan meragut umpan. Gilakan...kan!
Apa yang perlu anda fahami tentang memancing!!
Pemancing yang bijak tahu bagaimana untuk menganggabungkan peralatannya untuk mendapatkan keseimbangan yang optimum.
KALENDAR MEMANCING OTAI
Fenomena semulajadi kehidupan laut dipengaruhi oleh peredaran bulan. Peredaran bulan jugalah yang bertanggungjawab keatas perubahan pasang surut air dan kekuatan arus air. Perubahan ini adalah faktor utama yang akan menentukan kejayaan pancingan anda. Tarikh – tarikh yang digunakan dikalendar ini hendaklah dirujuk kepada Kalendar Islam atau Kalendar Cina, disebabkan kedua-dua kalendar ini sajalah yang diatur menurut peredaran dan perubahan fasa bulan. Keunikan kalendar ini ialah ianya tidak akan berubah selagi adanya peredaran bulan. Kalendar ini bersifat sebagai rujukan anda sebelum merancang dan menetapkan trip memancing anda. Ianya telah digunakan dari generasi ke generasi sehingga kini.
Tarikh | Air | Arus | Lokasi memancing / Spesis sasaran | Umpan terbaik |
1 | Sgt Besar | Sgt Laju | Tepian pantai/kecil & sederhana | Cacing,umpun,fillet,udang |
2 | Besar | Laju | Tepian pantai/kecil& sederhana | Cacing,umpun,fillet,udang |
3 | Sederhana | Ideal | Tepian pantai/semua spesis | Cacing,umpun,fillet,udang |
4 | Perlahan | Cantik | Laut dalam / besar& sederhana | hidup,fillet,cacing |
5 | Mati | Pasif | Laut dalam / besar & sederhana | Umpan hidup,fillet |
6 | Mati | Pasif | Laut dalam / besar & sederhana | Umpan hidup,fillet |
7 | Mati | Pasif | Laut dalam / besar & sederhana | Umpan hidup,fillet |
8 | Mati | Pasif | Laut dalam / besar & sederhana | Umpan hidup,fillet |
9 | Perlahan | Cantik | Terbaik semua lokasi/semua spesis | hidup,fillet,cacing,umpun |
10 | Sederhana | Cantik | Terbaik semua lokasi/semua spesis | hidup,fillet,cacing,umpun |
11 | Sed Besar | Cantik | Baik semua lokasi /semua spesis | hidup,fillet,cacing,umpun |
12 | Sed Besar | Ideal | Tepian pantai/kecil & sederhana | Cacing,umpun,fillet,udang |
13 | Besar | Laju | Tepian pantai/kecil & sederhana | Cacing,umpun,fillet,udang |
14 | Besar | Laju | Tepian pantai/kecil & sederhana | Cacing,umpun,fillet,udang |
15 | Sgt besar | Sgt Laju | Tepian pantai/kecil & sederhana | Cacing,umpun,fillet,udang |
16 | Sgt Besar | Sgt Laju | Tepian pantai/kecil & sederhana | Cacing,umpun,fillet,udang |
17 | Sed Besar | Ideal | Baik semua lokasi/besar& sederhana | hidup,fillet,cacing,umpun |
18 | Sederhana | Cantik | Baik semua lokasi/besar & sederhana | hidup,fillet,cacing,umpun |
19 | Perlahan | Cantik | Baik semua lokasi/besar & sederhana | hidup,fillet,cacing,umpun |
20 | Mati | Pasif | Laut dalam/besar&sederhana | Umpan hidup,fillet |
21 | Mati | Pasif | Laut dalam/besar&sederhana | Umpan hidup,fillet |
22 | Mati | Pasif | Laut dalam/besar&sederhana | Umpan hidup,fillet |
23 | Perlahan | Cantik | Terbaik semua lokasi/semua spesis | Umpan hidup,fillet |
24 | Sederhana | Cantik | Terbaik semua lokasi/semua spesis | Umpan hidup,fillet |
25 | Sed Besar | Ideal | Baik semua lokasi/semua spesis | Umpan hidup,fillet |
26 | Sed besar | Ideal | Baik semua lokasi/semua spesis | Umpan hidup,fillet |
27 | Besar | Laju | Tepian pantai/kecil&sederhana | Cacing,umpun,fillet,udang |
28 | Besar | Laju | Tepian pantai/kecil &sederhana | Cacing,umpun,fillet,udang |
29 | Sgt Besar | Sgt Laju | Tepian pantai/kecil&sederhana | Cacing,umpun,fillet,udang |
30 | Sgt besar | Sgt Laju | Tepian pantai/kecil&sederhana | Cacing,umpun,fillet,udang |
| | | |
Download link
Kalender memancing otai
https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KY3N5Mk5CZ2RXcXM/edit?usp=sharing
Fail Data Umpan Cacing&Perumpunhttps://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KZy10dmRIc211Wlk/edit?usp=sharing
Panduan Umpan Tiruanhttps://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KMzdtT3hmWk15cGM/edit?usp=sharing
Gambar Umpan Tiruan pic
https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KZHo3dUdiR2N1Vjg/edit?usp=sharing
etika & kod emas pemancing
Pastikan mata kail anda sentiasa tajam.
Pastikan tali pancing anda tiada rekahan atau lipatan.
Pastikan kili (swivel) anda berfungsi dan berpusing dengan baik.
Pastikan setiap simpulan dibasahi dengan air sebelum anda menarik untuk mengetatkannya.
Pastikan joran dan kekili anda sentiasa didalam keadaan baik, basuh dengan air bersih setiap kali habis memancing. Servis dan bubuh gris setiap 3 bulan sekali.
Pastikan beg memancing anda mengandungi alatan wajib @ mata kail, kili (swivel ), ladung , tali perambut, pisau serbaguna , plier, lampu suloh, pembuka mata kail ( dimulut ikan ) batu pengasah kecil, gunting kecil dan pemetik api ( lighter ).
Pastikan umpan anda samada hidup atau mati sesuai dengan spesis yang di cari.
Buat catatan masa, tarikh, tempat dan umpan yang digunakan sekiranya anda mendapat ikan yang besar. Maklumat ini amat penting untuk memancing dimasa hadapan.
Fahamilah analogi peredaran bulan, matahari, pasang surut air dan perubahan air besar ke air mati.
Fahamilah hubungkait habitat umpan dan ikan pemangsa.
Fahamilah dan jagalah peralatan memancing anda dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah talian hayat diantara anda dan si ikan.
Buat tinjauan dan dapatkan informasi sebaik mungkin dari penduduk tempatan sebelum memancing ditempat yang belum diterokai.
Amalkan sikap tangkap & lepas ( catch & release ) sekiranya anda tidak memerlukan ikan tersebut...terutamanya ikan kecil. Jangan jadikan mereka spesies yang terancam.
Pastikan perairan dan kawasan memancing bersih. Kekalkan kehijauan alam semulajadi.
SELAMAT MEMANCING!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sunday, December 27, 2009
Peralatan Pemancing
Mata Kail pelbagai saiz - kecil, sederhana dan besar.
Tali untuk membuat perambut - saiz 30 lb/ 40 lb
Ladung hidup dan mati ( fixed ) - saiz ringan, sederhana dan berat.
Kili ( swivel )- saiz kecil, sederhana dan besar.
Plier serbaguna bisanya untuk membuang duri ikan berbisa.
Alat menanggalkan mata kail dari mulut ikan jika mata pancing ditelan ikan. Alat ini boleh di buat sendiri. Diperincikan dalam buku " Kitab Pemancing - Laut'
Pisau lipat serbaguna ( multi purpose ) yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
Batu asah bersaiz kecil untuk mengasah mata kail anda.
Gunting kecil, pemetik api ( lighter ) dan lampu suloh kecil.
Peralatan ini amat diperlukan setiap kali anda keluar memancing, adalah amat memalukan jika anda terpaksa memimjam dari orang lain. Tidak profesional.
No comments:
Post a Comment