Fungsi utama kekili adalah untuk menggulung dan menyimpan tali dengan kemas. Kekili juga direka dengan fungsi sistem daya seretan ( drag ) sewaktu ikan melarikan umpan bagi melemahkan tenaga ikan. Sistem ini amat berkesan untuk melemahkan ikan. Kebijaksanaan anda dalam menggunakannya beerti peluang anda untuk memenangi pertarungan adalah cerah. Kekili ada 2 jenis iaitu multiplier dan spinning atau lebih dikenali umum dengan mesin atas ( multiplier ) dan mesin bawah ( spinning).
Kedua-dua kekili mempunyai buruk dan baiknya.
Kekili multiplier mempunyai sistem enko dan drag yang mudah dikendalikan.Ianya mampu memberikan lontaran jauh atau dekat yang boleh dikawal jaraknya serta tepat. Kelemahannya ialah tali mudah berpintal dan tersimpul ketika membuat balingan sekiranya tidak berhati-hati, terutamanya diwaktu malam. Pada saya kekili multiplier adalah yang yang terbaik sewaktu bertarung dengan ikan disebabkan kedudukan sistem drag nya yang dekat dengan enko, malahan kedudukannya yang diatas memberikan lebih banyak daya serapan dialihkan kepada lenturan joran.
Kekili spinning mudah digunakan dan tidak akan mengusutkan tali sewaktu melakukan balingan, cuma jarak dan ketetapan balingan tidak dapat dikawal sepenuhnya. Ketika bertarung kawalan menjadi agak lambat disebabkan sistem drag nya yang terletak samada didepan spool ataupun dibelakang spool, jauh dari enko.Sebenarnya kekili spinning yang mempunyai sistem drag dihadapan spool adalah yang terbaik berbanding dengan yang terletak dibelakang. Sistem drag hadapan spool berfungsi secara terus dengan spool, sedangkan sistem dibelakang bersambung dengan gear yang kecil keluasan drag nya.Kedudukannya yang dibawah tidak membenarkan joran menyerap daya bebanan dengan efisien oleh kerana tali tergantung dicincin joran.
Walau bagaimana pun saranan saya ialah belajar dan mahirkanlah cara menggunakan kedua-dua model kekili ini, disebabkan anda memerlukan kedua-duanya jika anda ingin menjadi seorang pemancing yang 'hardcore' dan profesional.
Didalam buku ' Kitab Pemancing - Laut ' saya perincikan kelebihan kekili, bagaimana mengguna dan menjaganya supaya sentiasa efisien. Saya juga sertakan illlustri perkara-perkara yang perlu anda ambil berat tentang kekili, servis dan pembaikan mudah.
No comments:
Post a Comment