Pasang surut air dipengaruhi oleh peredaran bulan dan matahari. Kalendar cina dan kalendar islam yang berasaskan kepada peredaran bulan adalah tepat untuk dijadikan rujukan pasang surut air. Biasanya haribulan yang baik untuk memancing tepian pantai adalah ketika air pasang tinggi yang pertama iaitu pada 13 haribulan hingga ke 17 haribulan. biasanya diwaktu ini bulan penuh akan kelihatan dilangit diwaktu malam. Pada hari-hari ini air pasang tinggi dan arusnya deras. Biasanya air akan pasang mulai pagi dan surut diwaktu petang. Pada waktu air pasang begini banyak ikan kecil,sederhana dan besar memburu mangsa hampir ketepi pantai.
Seterusnya pada 29 haribulan hingga ke 3 haribulan air pasang penuh kali kedua akan berlaku, biasanya air diwaktu begini akan pasang dengan lebih tinggi dan arusnya amat deras. Bulan tidak akan kelihatan disebabkan dilindungi bumi. Air surut juga amat jauh sehinggakan kita dapat melihat pantai jauh ketengah laut. Senario ikan memburu umpan adalah sama saperti air pasang tinggi yang mula pertama.
Pada 4 haribulan hingga ke 9 haribulan dan pada 18 haribulan hingga ke 22 haribulan. Hari-hari ini di panggil air mati. Ianya digelar air mati kerana aktiviti pasang surut air amat sedikit, malahan arus air menjadi sangat-sangat perlahan. Diketika ini senario ikan memburu umpan amat tidak meriah. Aktiviti memancing tidak sesuai ditepian pantai, sebaliknya amat sesuai ditengah laut, ditukun atau kapal tenggelam dalam ertikata lain laut dalam.
Seterusnya pada 10 haribulan ( juga dipanggil air penghulu )hingga ke 12 haribulan air mula berubah dengan arus yang sederhana dan pasang surut yang sederhana. Begitu juga dengan air pada 23 haribulan hingga ke 28 haribulan perubahan air adalah sederhana, dengan arus dan pasang surut air juga sederhana. Biasanya dikedua waktu ini air akan mulai pasang awal pagi secara perlahan-lahan dan surut diwaktu petang.
Hari-hari diwaktu begini adalah masa terbaik untuk memburu ikan pemangsa, selalunya ikan-ikan pemangsa yang besar sangat aktif memburu diwaktu begini.Umpan yang paling sesuai adalah sebarang umpan HIDUP.
Oleh itu biasakanlah memerhatikan anologi perubahan pasang surut air. Didalam buku ' Kitab Pemancing - Laut ' saya perincikan carta anologi ini serta pengaruhnya keatas ikan pemangsa.
No comments:
Post a Comment