Umpan adalah bahan yang digunakan dimata kail untuk mengumpan ikan memakan kail. umpan terbahagi dua sahaja iaitu hidup atau mati. Kedua-dua jenis umpan ini ada kelebihannya yang tersendiri, bergantung kepada spesis yang hendak diburu. Umpan universal yang paling ampuh ialah anak udang hidup dan sotong hidup. Umpan ini sesuai untuk semua jenis ikan. Malangnya sotong hidup sukar didapati, jadi yang terbaik dan mudah didapati adalah anak udang hidup. Justru itu saya sarankan belajarlah menjala udang, ianya kemahiran yang tidak akan merugikan anda.
Anak ikan hidup saperti belanak,bolos, tamban dan selayang juga merupakan umpan-umpan kelas A, akan tetapi ianya terbatas kepada pemburuan ikan-ikan pemangsa.
Cacing dan perumpun merupakan umpan universal untuk spesis ikan yang makan didasar saperti gelama, sembilang,duri dan lain lain spesis yang kecil dan sederhana.
Saranan saya pelajarilah teknik mencari dan mencangkuk umpan serta umpan apa yang sesuai untuk ikan yang diburu.
Umpan mati, biasanya adalah hirisan daging ikan, sotong atau udang. Ianya amat berkesan pada waktu malam jika ianya masih segar disebabkan baunya yang kuat. Sotong mati masih mengeluarkan cahaya sekiranya ia masih segar. Saranan saya adalah belajarlah mencari umpan sendiri, kerana pemancing yang beretika dan profesional mencari umpannya sendiri dan tidak menumpang umpan kawan atau orang lain.
Dalam buku ' Kitab Pemancing - Laut' saya berikan gambaran terperinci dan ilustrasi tentang teknik mencari umpan, mencangkuk umpan serta jenis-jenis umpan yang diperlukan untuk memancing spesis tertentu.
No comments:
Post a Comment