Friday, February 12, 2010

Kesalahan utama pemancing

Kesalahan utama yang melibatkan kepupusan dan pencemaran yang bersangkutan secara terus dengan pemancing ialah pencarian dan penggunaan umpan. Biasanya pemancing bersikap tamak dalam pencarian umpan. Amalkan sikap mencari umpan sekadar mencukupi untuk pancingan hari tersebut sahaja. Jika anda berhajat untuk menyimpan umpan tersebut untuk hari lain pastikan ianya di jaga dan dipelihara dengan baik, terutamanya umpan hidup.

Saya biasa melihat ramai pemancing yang menjala umpan terutamanya anak belanak kecil,anak udang, anak kekek dan seriding yang mati begitu sahaja terdampar dipantai tidak dilepaskan kembali kelaut. Amalkan sikap mengambil yang perlu dan melepaskan kembali yang tidak perlu dengan sebaik-baiknya.

Jika menggunakan umpan hidup saperti udang hidup, anak ikan kecil dan cacing, amalkan sikap melepaskan kembali kelaut sekiranya ada baki yang tidak habis digunakan. Jangan dibiarkan mati begitu sahaja.

Tangkapan yang tidak dikehendaki saperti ikan duri, buntal, pedukang, ketam dan ikan kecil yang lain hendaklah dilepaskan kembali kelaut dengan sebaik-baiknya. Jangan dibiarkan mati dipantai atau dicelah batu kerana geram atau tidak puas hati.

Thursday, February 11, 2010

Alam sekitar

Peliharalah alam sekitar terutamanya perairan kita. Jangan buang sampah merata-rata.
Sampah sarap akan mencemarkan perairan kita dan ini akan membuatkan ikan mudah pupus disebabkan pencemaran akan membuatkan ikan terpaksa berpindah membawa diri masing-masing ketempat yang lain dan ini akan membantutkan aktiviti pembiakan mereka.

Pencemaran juga akan menjadikan anak anak ikan yang dilahirkan penuh dengan sisa sisa cemaran dan ini akan membuatkan ianya keracunan tidak boleh dimakan.Samasamalah kita memelihara alam sekitar supaya ikan ikan kita sihat walafiat, dapat membiak dengan sempurna dan tidak pupus.

Apa yang perlu kita tahu dan buat

Sukan atau hobi memancing ini perlukan ilmu dan teknik. Untuk menguasainya kita hendaklah belajar dari otai otai yang kita kenali. Banyakkan bertanya. Lihat cara nya dan praktikan apa yang mereka buat. Sebenarnya untuk berjaya kita perlu memahami hukum alam semulajadi, hukum pemangsa dan mangsa serta hukum pemuliharaan alam sekitar.

Kita tidak boleh tamak rakus memperkosa hukum alam semulajadi. Amalan tangkap dan lepas atau ' catch and release ' adalah amalan yang terbaik untuk pemuliharaan alam semulajadi. Jangan biarkan anak cucu kita mengenal ikan hanya melalui gambar dan gambaran sahaja. Selamatkanlah sebanyak mana anak-anak ikan yang mampu anda selamatkan kerana anak anak ikan ini suatu masa akan menjadi mak bapak ikan dan melahirkan banyak lagi anak ikan.

Ambil hanya ikan yang saiz MINIMA nya dalam lingkungan berat 500-600 gm atau yang panjangnya dalam lingkungan 18 - 20 cm. Saya biasanya menggunakan tapak tangan saya sebagai alat ukuran. Saya hanya mengambil ikan yang saiznya sebesar tapak tangan saya atau panjangnya dari hujung jari hatu ke pergelangan tangan.Ikan yang lebih besar dari itu adalah bonus.

Biasakan dengan amalan memancing ikan yang kita kehendaki dan inginkan sahaja.Tetapkan saiz ikan pilihan kita supaya dengan ini kita dapat menetapkan
saiz umpan yang akan kita gunakan.

Tidak ada salahnya kita memancing ikan yang sememangnya bersaiz kecil saperti bolos, gelama atau pun gerut-gerut akan tetapi pastikan ianya memang untuk dimakan dan bukan dibuang akhirnya.