Thursday, February 11, 2010

Apa yang perlu kita tahu dan buat

Sukan atau hobi memancing ini perlukan ilmu dan teknik. Untuk menguasainya kita hendaklah belajar dari otai otai yang kita kenali. Banyakkan bertanya. Lihat cara nya dan praktikan apa yang mereka buat. Sebenarnya untuk berjaya kita perlu memahami hukum alam semulajadi, hukum pemangsa dan mangsa serta hukum pemuliharaan alam sekitar.

Kita tidak boleh tamak rakus memperkosa hukum alam semulajadi. Amalan tangkap dan lepas atau ' catch and release ' adalah amalan yang terbaik untuk pemuliharaan alam semulajadi. Jangan biarkan anak cucu kita mengenal ikan hanya melalui gambar dan gambaran sahaja. Selamatkanlah sebanyak mana anak-anak ikan yang mampu anda selamatkan kerana anak anak ikan ini suatu masa akan menjadi mak bapak ikan dan melahirkan banyak lagi anak ikan.

Ambil hanya ikan yang saiz MINIMA nya dalam lingkungan berat 500-600 gm atau yang panjangnya dalam lingkungan 18 - 20 cm. Saya biasanya menggunakan tapak tangan saya sebagai alat ukuran. Saya hanya mengambil ikan yang saiznya sebesar tapak tangan saya atau panjangnya dari hujung jari hatu ke pergelangan tangan.Ikan yang lebih besar dari itu adalah bonus.

Biasakan dengan amalan memancing ikan yang kita kehendaki dan inginkan sahaja.Tetapkan saiz ikan pilihan kita supaya dengan ini kita dapat menetapkan
saiz umpan yang akan kita gunakan.

Tidak ada salahnya kita memancing ikan yang sememangnya bersaiz kecil saperti bolos, gelama atau pun gerut-gerut akan tetapi pastikan ianya memang untuk dimakan dan bukan dibuang akhirnya.

No comments:

Post a Comment