Sunday, May 30, 2010

Kitab Pemancing laut versi terbaru.

Sebenarnya sudah agak lama juga saya tidak menulis diblog ini disebabkan kesibukan tugas menyiapkan tugas seharian.. Namun kini saya kembali menulis untuk menyampaikan beberapa perkara yang dirasakan penting. kitab Pemancing laut yang terbaru sudah hampir siap, kali ini ianya lebih banyak memaparkan bahan-bahan yang berbentuk do-it yourself. Diharap kaedah ini dapat menjimatkan perbelanjaan kaki-kaki pancing, maklumlah sekarang ini semuanya mahal.Apabila kitab ini telah siap dan sedia untuk diedarkan saya akan war-warkan nanti.Saya akan uploadkan kitab tersebut secara berkala ( part by part ) didalam link yang akan saya berikan. Justru itu rajin2lah anda melayari blog saya untuk mendapatkan download link yg terbaru.

Monday, April 12, 2010

Lokasi spesis bermain dan mencari makan.

Ada tiga lokasi yang perlu kita titik beratkan sebelum memancing spesis bukan pemangsa ini.1) Spesis yang suka menghuni kawasan berselut dan berlumpur. 2) Spesis yang suka menghuni kawasan yang berpasir dan bertanah keras.3) Spesis yang suka menghuni kawasan berkarang dan berbatu-batu.

Kawasan yang berselut/berlumpur biasanya suka dihuni oleh ikan yang mencari makanan saperti siput, kerang, perumpun dan cacing selut. Spesis ini biasanya terdiri dari spesis ikan duri,belukang dan sembilang.

Kawasan berpasir dan bertanah keras biasanya suka dihuni oleh ikan yang mencari makanan saperti cacing pasir, anak-anak udang. Biasanya bolos, gerut-gerut, ikan lembu, daun baru dan ketuka sukakan kawasan begini.

Kawasan berbatu karang biasanya disukai oleh setiap ikan disebabkan banyak makanan dan senang untuk berlindung ketika melarikan diri dari pemangsa.

Saperkara lagi satu-satunya jenis spesis ikan yang suka mendiami di ketiga-tiga tempat ini ialah ikan gelama. Oleh itu gelama adalah ikan yang mudah didapati walau dikawasan mana sekalipun kita memancing.

Sunday, April 11, 2010

Umpan spesis pantai

Perumpun adalah umpan terbaik . Perumpun terbahagi kepada 4 jenis yang biasa digunakan oleh setiap pemancing. 1) Perumpun sarung 2) Perumpun nipah 3) Perumpun lumpur/selut 4) Perumpun keretapi. Diantara kempat-empat jenis ini perumpun sarung adalah yang terbaik.

Cacing terbahagi kepada 3 jenis. 1) Cacing pasir laut 2) Cacing lumpur/selut 3) cacing liar biasanya hidup dicelahan batu. Diantara ketiga-tiga jenis ini cacing pasir laut adalah yang terbaik.

Siput,kerang,kepah dan umang-umang juga merupakan umpan yang baik. Siput mentarang merupakan umpan terbaik buat memancing sembilang.

Oleh itu pastikan anda benar-benar mengenal umpan-umpan tersebut dan belajar bagaimana untuk mencarinya. Didalam kitab memancing laut saya perincikan dengan lebih panjang lebar.

Kembali memancing

Salam semua, maafkan saya kerana sudah agak lama tidak menulis di blog saya ini. Saya sebenarnya amat sibuk sekali dengan tugas seharian sehinggakan tiada masa langsung untuk menulis apatah lagi untuk memancing. Namun semuanya sudah beransur reda dan kini saya kembali menulis.

Friday, February 12, 2010

Kesalahan utama pemancing

Kesalahan utama yang melibatkan kepupusan dan pencemaran yang bersangkutan secara terus dengan pemancing ialah pencarian dan penggunaan umpan. Biasanya pemancing bersikap tamak dalam pencarian umpan. Amalkan sikap mencari umpan sekadar mencukupi untuk pancingan hari tersebut sahaja. Jika anda berhajat untuk menyimpan umpan tersebut untuk hari lain pastikan ianya di jaga dan dipelihara dengan baik, terutamanya umpan hidup.

Saya biasa melihat ramai pemancing yang menjala umpan terutamanya anak belanak kecil,anak udang, anak kekek dan seriding yang mati begitu sahaja terdampar dipantai tidak dilepaskan kembali kelaut. Amalkan sikap mengambil yang perlu dan melepaskan kembali yang tidak perlu dengan sebaik-baiknya.

Jika menggunakan umpan hidup saperti udang hidup, anak ikan kecil dan cacing, amalkan sikap melepaskan kembali kelaut sekiranya ada baki yang tidak habis digunakan. Jangan dibiarkan mati begitu sahaja.

Tangkapan yang tidak dikehendaki saperti ikan duri, buntal, pedukang, ketam dan ikan kecil yang lain hendaklah dilepaskan kembali kelaut dengan sebaik-baiknya. Jangan dibiarkan mati dipantai atau dicelah batu kerana geram atau tidak puas hati.

Thursday, February 11, 2010

Alam sekitar

Peliharalah alam sekitar terutamanya perairan kita. Jangan buang sampah merata-rata.
Sampah sarap akan mencemarkan perairan kita dan ini akan membuatkan ikan mudah pupus disebabkan pencemaran akan membuatkan ikan terpaksa berpindah membawa diri masing-masing ketempat yang lain dan ini akan membantutkan aktiviti pembiakan mereka.

Pencemaran juga akan menjadikan anak anak ikan yang dilahirkan penuh dengan sisa sisa cemaran dan ini akan membuatkan ianya keracunan tidak boleh dimakan.Samasamalah kita memelihara alam sekitar supaya ikan ikan kita sihat walafiat, dapat membiak dengan sempurna dan tidak pupus.

Apa yang perlu kita tahu dan buat

Sukan atau hobi memancing ini perlukan ilmu dan teknik. Untuk menguasainya kita hendaklah belajar dari otai otai yang kita kenali. Banyakkan bertanya. Lihat cara nya dan praktikan apa yang mereka buat. Sebenarnya untuk berjaya kita perlu memahami hukum alam semulajadi, hukum pemangsa dan mangsa serta hukum pemuliharaan alam sekitar.

Kita tidak boleh tamak rakus memperkosa hukum alam semulajadi. Amalan tangkap dan lepas atau ' catch and release ' adalah amalan yang terbaik untuk pemuliharaan alam semulajadi. Jangan biarkan anak cucu kita mengenal ikan hanya melalui gambar dan gambaran sahaja. Selamatkanlah sebanyak mana anak-anak ikan yang mampu anda selamatkan kerana anak anak ikan ini suatu masa akan menjadi mak bapak ikan dan melahirkan banyak lagi anak ikan.

Ambil hanya ikan yang saiz MINIMA nya dalam lingkungan berat 500-600 gm atau yang panjangnya dalam lingkungan 18 - 20 cm. Saya biasanya menggunakan tapak tangan saya sebagai alat ukuran. Saya hanya mengambil ikan yang saiznya sebesar tapak tangan saya atau panjangnya dari hujung jari hatu ke pergelangan tangan.Ikan yang lebih besar dari itu adalah bonus.

Biasakan dengan amalan memancing ikan yang kita kehendaki dan inginkan sahaja.Tetapkan saiz ikan pilihan kita supaya dengan ini kita dapat menetapkan
saiz umpan yang akan kita gunakan.

Tidak ada salahnya kita memancing ikan yang sememangnya bersaiz kecil saperti bolos, gelama atau pun gerut-gerut akan tetapi pastikan ianya memang untuk dimakan dan bukan dibuang akhirnya.