Tuesday, October 29, 2013

kalau kail panjang sejengkal........

Saya sudah bersedia kembali untuk menyampaikan ilmu2 yang sepatutnya anda perlu tahu sebagai seorang pemancing. Saya akan berselang seli menyampaikan ilmu2 memancing tentang spesis air masin, air tawar dan udang galah.Semua artikel/post saya biasanya berlegar disekitar seni memancing diperairan liar saperti laut, tasik, lombong, sungai dan paya2 sahaja. Saya tidak mengkhusus ilmu2 ini untuk dipraktikan didalam kolam2 berbayar, akan tetapi jika anda ingin mempraktikannya dikolam2 tersebut terpulanglah kepada anda. Perlu diketahui yang memancing dikolam berbayar memerlukan pengetahuan yang diluar dari skop post/artikel saya ini. Walau apa pun mulakanlah membaca post/artikel saya dari post yang mula saperti diarchive. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menyampaikan ilmu2 ini dengan sebaik dan sejelas mungkin. Ingatlah yang ilmu memancing biar sebanyak mana penuh didada ianya tetap tertakluk kepada hukum Allah. Bagi saya memancing adalah 30% persediaan usaha dan 70% nasib,tuah dan rezeki.Selamat memancing.

No comments:

Post a Comment