Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Friday, November 1, 2013
Ciri2 umpan terbaik
1) Umpan mestilah hidup dan segar, jadikan kebiasaan untuk mencari dan menggunakan umpan yang hidup dan segar. Jika ditanya diantara udang hidup dan anak ikan hidup mana yg lebih baik, bagi saya udang hidup adalah lebih baik dari anak ikan hidup disebabkan udang bersifat umpan universal, disukai dan dimakan oleh semua jenis ikan.
2) Jika perumpun atau cacing, gunakan bahagian ekor dahulu, ini bagi memastikan ianya akan sentiasa hidup dan segar.
3)Semua jenis umpan adalah baik selagi ianya segar, berdarah ( jika ianya jenis berdarah ) dan mempunyai bau hanyir semulajadi.Ianya akan menjadi lebih baik jika umpan tersebut dicari dan didapati dari lokasi tempat kita memancing itu sendiri. Ikan memakan diet dilokasi tempat ia membesar.
4)Umpan hendaklah dipelihara dan dijaga ditempat yang sejuk, baik dan selamat. Hindarkan dari panas matahari ataupun pemangsa didarat saperti semut/tikus.
5)Yang paling penting basuh/lap tangan anda dahulu sebelum memasang umpan. Ini bagi menghindarkan bau rokok, tembakau ataupun minyak dari makanan terlekat pada umpan. Ini adalah diantara faktor utama ikan tidak mahu menjamah umpan.
No comments:
Post a Comment