Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Sunday, November 17, 2013
Dilema Mata Kail - saiz kecil atau besar
Jika kita ditanyakan mata kail mana kah yang lebih baik untuk digunakan dan jika kita diberi pilihan samada mata kail kecil atau besar yg lebih baik, manakah pilihan anda.
Faktor2 berikut perlu diberi perhatian dalam memilih mata kail samada besar atau kecil. Namun ianya masih tertakluk kepada saiz spesis yang hendak diburu.
Saya tidak membincangkan tentang bahan/logam buatan mata kail tersebut, sebaliknya saya lebih menumpukan kepada apakah kecil lebih ideal berbanding mata kail yang besar.
1) Kecil mudah ditelan, dan umpan mudah dipersembahkan. Mata kail mudah disembunyikan.
2) Besar sukar ditelan dan umpan pula perlu besar dan banyak.Mata kail sukar disembunyikan.
3) Kecil pula tidak sekuat besar. Kecil mudah patah berbanding besar.
4) Kecil dapat memastikan umpan lebih terjaga, berbanding besar yang senang di curi oleh spesis ikan kecil.
5) Kecil boleh digunakan serangkai 2-5 mata kail tanpa masalah dan mudah disembunyikan didalam umpan, sedangkan besar ianya tidak efektif kerana sukar dikendalikan dan di sembunyikan.
6) Kecil lebih tajam disebabkan saiznya yang nipis dan mudah menembusi mulut ikan, sedangkan besar perlu benar2 tajam.
7) Kecil boleh digunakan untuk semua saiz ikan, besar hanya untuk ikan yang mulutnya bersaiz besar sahaja.
8)Jika kita teliti umpan tiruan/gewang, saiz mata kailnya adalah kecil cuma ianya dirangkaikan menjadi tiga untuk lebih efektif, senang dikendalikan dan mudah ditelan.
Saya suka menggunakan mata yang lebih kecil biasanya saiz 8-10 untuk ikan bermulut sangat kecil saperti bolos. Saiz 4-6 untuk ikan sederhana besar. Saiz 1/0 -2/0 untuk ikan pemangsa yang besar2. Biasanya mata kail 1/0 dan 2/0 ini saya ikatkan dua serangkai dalam jarak 1-2 inci untuk menjadikan ianya lebih efektif. Saiz2 ini tidak pernah menghampakan saya selama saya memancing, malahan saiz2 inilah yang menjadi 'favourite' saya untuk memburu semua jenis pemangsa yang besar2. Jadi terpulanglah pada anda untuk memilih mata kail anda samada besar atau kecil.
Untuk udang pula kekuatan mata kail amatlah penting, ini disebabkan udang galah yang besar berupaya mematahkan mata kail ketika enjutan untuk melarikan diri. Kebanyakan pemancing udang galah akan memilih mata yang besar dan tebal serta besar bukaan matanya saperti sabit. Mata saperti ini lebih berupaya menahan enjutan udang galah yang besar2.
No comments:
Post a Comment