Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Wednesday, November 20, 2013
Tali monofilament VS braided ( tali sulam )
Kedua-dua tali mempunyai kelebihan dan kelemahannya masing2. Faktor2 berikut hendaklah diambil kira dengan sebaik-baiknya didalam pemilihan tali. Namun perlu anda ketahui yang tali braided harganya adalah lebih mahal dari tali monofilament. Monofilament teknologi terkini adalah lebih anjal, lebih tahan geseran, lembut tidak mudah patah malahan diameternya lebih kecil untuk daya seretan yang tinggi. Tali braided teknologi terkini pula bukanya lagi disulam dari tujuh jenis benang, malahan lebih dari itu. Diameternya juga sudah kecil, lebih ringan, tidak boleh patah ,lebih tahan daya geseran dan mempunyai daya tahan seretan yang tinggi untuk diamater yang paling kecil.
1) Monofilament lebih anjal berbanding braided. Monofilament lebih baik untuk menyerap sentakan yang mengejut berbanding braided.
2) Monofilament lebih cepat menghindarkan haba berbanding braided.Tali braided lebih cepat panas jika diasak larian ikan pemangsa. Kepanasan ini boleh merosakan mekanisma susun atur reel anda.
3) Braided lebih kuat berbanding monofilament. Daya seretan braided sangat tinggi.
4) Monofilament akan putus apabila ianya mencapai tahap maksimum keanjalannya. Braided pula amat sukar untuk putus disbbkan tahap maksimum keanjalannya untuk putus amat tinggi.Ini boleh menyebabkan kerosakan pada mekanisma gear dan drag anda.
5) Braided line adalah pilihan terbaik untuk spool yang kecil yang memerlukan kekuatan tali yang maksima.
6) Monofilament lebih baik untuk spool yang besar yang memerlukan tali yang banyak.
7) Monofilament adalah lebih baik dari braided jika digunakan sebagai perambut utama.
8) Braided sukar diurai jika talinya terbelit-belit, biasanya dipotong saja.
9) Monofilament menyediakan banyak pilihan untuk anda dengan kadar harga yang anda mampu. Braided biasanya tidak mempunyai pilihan sebanyak itu dan harganya juga mahal.
Terpulanglah pada anda untuk membuat pilihan. Saranan saya ialah, pastikan dulu jenis spesis pemburuan anda. Size spool reel anda, kekuatan maksimum yang diperlukan untuk daya seretan yang tinggi dan berdiameter kecil.
No comments:
Post a Comment