Friday, November 1, 2013

Teknik paling berkesan melabuh umpan - pesisiran pantai.

Berikut adalah petua2 paling berkesan melabuh umpan jika memancing ditepian pantai atau pun dikawasan berbatu - memancing dari tebing kata orang. 1) Jika air sudah mulai berbunga untuk naik, kelihatan alunan air bergerak perlahan2 menuju ke arah pantai labuhkan umpan anda dalam anggaran 7-10 kaki dibahagian belakang arah air bergerak, begitulah seterusnya sehinggalah air sampai ketepian pantai.Teknik ini amat berkesan bagi memerangkap ikan yang memburu mengikut dan bersama dengan arah air naik. Jika pada ketika ini umpan anda diragut ikan dan berjaya menaikan ikan, kenalpasti JARAK tersebut dari anda. Jarak ini penting kerana ia merupakan jarak " striking zone" zon sambaran ikan memburu makanan. 2) Apabila air sudah mulai hampir penuh, labuhkan umpan anda dikawasan yang telah anda kenalpasti sebagai striking zone. Radius labuhan umpan hendaklah sekitar 5-10 kaki dikawasan tersebut. 3) Apabila air sudah pasang penuh, biasanya ikan akan berhenti memburu. Jika anda ingin juga melabuhkan umpan, labuhkan umpan anda dikawasan zon sambaran yang paling dekat jaraknya dengan anda. Ini bererti jaraknya haruslah dalam lingkungan 7-10 kaki dihadapan zon tersebut. Jika dikawasan berbatu labuhkan umpan anda berhampiran dengan kawasan berbatu tersebut.Pada ketika air pasang penuh inilah masa yg baik untuk kita mencari umpan hidup dan segar bagi kegunaan sewaktu air bergerak surut nanti. 4) Apabila air sudah mulai bergerak untuk beralih surut, labuhkan umpan anda kembali di kawasan zon sambaran.Gunakan umpan hidup/umpan yang paling segar yang boleh anda sediakan.Pada ketika ini ikan2 pemangsa akan kembali aktif memburu dan meragut umpan. 5) Apabila ia sudah surut ikan2 akan menjadi kurang aktif memburu. Kemas dan balik rumah/relaks.

No comments:

Post a Comment