Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Wednesday, December 4, 2013
Rigging @ Perambut
Perambut @ rigging merupakan faktor penentu keberkesanan persembahan umpan. Setiap jenis umpan memerlukan corak perambut yg berlainan. Begitu juga setiap ikan pemangsa yang diburu memerlukan bentuk perambut yang berlainan juga. Begitu juga jika menggunakan umpan tiruan untuk casting, surfing, popping atau jigging memerlukan corak perambut yang berlainan juga. Faktor2 berikut perlu diambil kira jika ingin membuat perambut atau rig yang sempurna.
1) Kenal pasti spesis sasaran anda, terutamanya corak dia memburu dan memakan umpan. Adakah ianya memburu didasar, separuh air atau dipermukaan air.
2) Kenal pasti umpan anda, hidup atau mati, fillet atau katam..dan bagaimana untuk mempersembahkannya dgn sempurna dan menggiurkan.
3) Kenal pasti PE atau aksi rod/joran anda...juga panjangnya...kerana kelembutan dan lenturan rod memainkan peranan yang penting dalam persembahan umpan, terutamanya untuk umpan tiruan.
4) Kenal pasti jenis ladung/pemberat yang hendak digunakan...supaya tidak menakutkan ikan yang pemalu ketika melarikan umpan.
5) Kenal pasti kekuatan daya seretan ( drag ) tali yang anda gunakan samada ianya mono atau sulam ( braided...supaya anda tahu kekuatan anjalannya.
Membuat rig/perambut yang sempurna perlukan pengetahuan tentang faktor2 diatas supaya keseimbangan dapat dicapai terutamanya ketika pertarungan. Jika semuanya seimbang pertarungan akan jadi mudah biarpun ada masanya sangat meletihkan. Jika kita dapat menyeimbangkan rig dgn sempurna kita akan dapat mengetahui apa yang akan berlaku dan bagaimana untuk mengelak atau mengekalkan pertarungan supaya kemenangan berpihak kepada kita.
Dalam ebook pertama saya perkara ini dikupas dgn detail siap dgn gambarajah dan cara untuk membuat rig yang seimbang dgn anda.Dapatkan nya pm saya 014 9488972.
No comments:
Post a Comment