Sunday, January 5, 2014

Asas kemahiran memancing 1

Asas kemahiran pertama yg perlu ada pada anda sebagai pemancing ialah cara guna peralatan anda. Tak kiralah samada anda mampu menyediakan peralatan yg murah atau mahal kerana fungsinya tetap sama iaitu untuk memudahkan pancingan anda. Praktis membuat lemparan menggunakan joran dan reel anda supaya lemparan anda mengenai sasaran pada jarak yang anda inginkan. Gunakan berbagai saiz ladung dari yg berat sehingga ke ringan. Praktis bagaimana untuk membuat lemparan dikawasan yg bersemak, dikawasan yg terhalang saperti dibawah pokok dicelah tiang2. Sebaik2nya letaklah timba dikawasan2 tersebut dan usahakan supaya dpt melempar ladung masuk kedalam timba tersebut. Biasakan diri anda dgn berbagai jenis berat ladung, jarak dan rintangan. Kemahiran ini jika dipraktik sehingga sempurna akan menjadi anda seorang caster yg baik dalam apa jua keadaan. Biasakan diri anda dgn reel anda. Pastikan anda benar2 tahu mengendalikannya. Pastikan anda tahu panjang tali yg ada pada reel anda dan daya seretannya. Pastikan juga anda tahu sekuat mana drag perlu diputar supaya tali tidak putus ketika berjuang. Untuk bc reel, set tuning reel anda dgn sebaiknya bagi setiap pemberat yg anda gunakan. Tuning yg tepat akan mengurangkan risiko backlash.Ingat fungsi reel adalah untuk menggulung tali. Fungsi drag adalah untuk membuatkan ikan terasa sukar dan hilang daya untuk melarikan diri. Biasakan diri anda dgn daya dan tahap lenturan joran anda. Anda mesti tahu aksi joran anda. Setiap joran mempunyai kadar lenturan yg berbeza. Pastikan anda faham dan tahu tahap maksima lenturan joran anda.Ingat joran digunakan untuk melemahkan dan menyerap daya larian ikan. Jangan sekali-kali gunakan joran untuk memaksa ikan naik...kerana risiko untuk kehilangan ikan dan merosakan joran amat tinggi. Untuk itu pastikan joran dan reel anda seimbang. Kemahiran anda juga seimbang...malah dapat bertindak dgn baik dan bijak bila keadaan mendesak.Sedikit petua....biasanya apabila lenturan joran sudah mencapai tahap maksima dan tegangan tali juga sudah mencapai tahap maksima tali akan berbunyi saperti bunyi tiupan wistle apabila terkena angin. Apabila kedengaran bunyi ini cepat2 lah anda beri tali dengan melonggarkan drag anda.

No comments:

Post a Comment