Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Thursday, March 13, 2014
Anticipation/jangkaan seorang pemancing
Bab ini artikelnya panjang sikit...harap sabar2 lah baca ye...setiap pemancing harus tahu menjangkakan atau berupaya untuk membuat jangkaan untuk arah larian ikan. Jangkaan ini adalah untuk mematahkan larian ikan sebelum ia berupaya untuk menyusahkan anda dan bebas melarikan diri. Biasanya berlaku pada tiga faktor sahaja.
• ketika strike
• ketika miss call
• ketika ikan terkejut bila gewang mencecah air
Kita mulakan dgn situasi pertama : STRIKE
strike, apabila ikan strike matlamat utamanya adalah utk melepaskan diri. Seluruh tenaga dan kekuatannya ditumpukan kearah itu. Biasanya tumpuan utama ikan pemangsa adalah lari menuju ke sarang/kubu kuatnya. Jika sarang nya jauh dia akan menuju ketempat yg paling dalam ataupun ketempat yg paling banyak reba dan kayu tenggelam untuk berlindung...ini instinct haiwan. Sebagai pemancing bila ikan strike anda perlu melihat jangkaan2 ini disetiap sudut lokasi memancing anda dan harus mencari jalan yg terbaik untuk mematahkan larian ikan kelokasi tumpuannya. Mata harus liar dan mampu untuk melihat arah tuju ikan sebelum ikan sampai kesitu...jangkaan awal ini dapat mematahkan larian ikan kerana anda sudah bersedia. Apa yg perlu ialah anda harus bersedia untuk mengubah posisi anda, mengikut lariannya, terjun kedalam air dan mengubah lenturan arah tuju rod anda. Untuk mengatasi situasi ini setting drag memainkan peranan yg paling penting...set drag anda berdasarkan kepada lenturan joran...pastikan drag anda hanya mengeluarkan tali secara perlahan apabila lenturan joran anda mencapai lenturan maksimum. Jika tali anda keluar tapi joran anda tidak melentur keperingkat maksimum bermakna setting drag anda kurang tepat. Didalam situasi ikan strike dimana kawasan permainan lebih berpihak kepada ikan setting drag begini amat diperlukan...jika tidak putih mata bang. Setting drag begini akan memberikan lebih banyak anjalan kepada joran untuk melemahkan ikan. Jadi anda hanya perlu bermain dgn joran bagi mengubah haluan arah larian ikan.
Situasi kedua...MISS CALL / RABUT
Terma apabila ikan rabut...Bila ini berlaku ikan akan jadi takut untuk sambar gewang buat kali kedua..namun ada kes2 tertentu yg kadangkala ia akan sambar balik gewang jika di provokasi dgn menukar teknik dan gewang yang lain. Apabila ikan rabut/miss call biasanya ikan saperti biasa akan lari mengikut instinct haiwan iaitu kembali kelubuknya ataupun ketempat2 yg ia boleh bersembunyi...biasanya ia akan lari ke tempat yg paling dekat dari tempat ia rabut. Tempat itu biasanya dalam, redup dan bertunggul kayu sesuai untuk menyembunyikan diri. Jadi jangkaan anda hendaklah mencari tempat yang paling dekat dari tempat anda miss call tu saperti yg disebutkan untuk melakukan lemparan seterusnya.
Situasi ketiga...TERKEJUT BILA GEWANG MENCECAH AIR
Situasi ini biasanya berlaku bila casting anda kurang sempurna, apabila gewang anda tidak menjunam untuk menghasilkan gelombang yg tidak menakutkan ikan. Apabila terjunan gewang anda tepat/ hampir tepat menjunam keatas air...mcm orang terjun papan anjal tu...akan terhasillah gelombang membulat diaatas air...gelombang bentuk ini tidak menakutkan ikan sebaliknya memanggil ikan. Jika badan gewang anda terhempas di permukaan air, gelombang yg menakutkan ikan akan terjadi. Apabila ini terjadi ikan akan lari menurut instinct haiwan untuk menyelamatkan diri saperti situasi diatas. Biasanya ikan akan lebih banyak lari menentang arus menuju kehulu dari lari kehilir jika tiada tempat berlindung yg berdekatan. Jangkaan anda hendaklah mulakan casting anda kehulu sikit dari tempat permulaan tadi.
No comments:
Post a Comment