Sunday, August 17, 2014

Lejenda Senangin bahagian pertama

Senangin oh senangin....bahagian pertama. Senangin, kurau, gubal dan senohong adalah spesis dari famili yg sama tapi tak serupa. Tentang perbezaannya saya tidak akan ceritakan disini, diluar skop. Saya hanya menyampaikan teknik dan strategi utk memburunya. Perbezaan yg paling ketara ialah spesis senangin dan senohong@ senangin besar memburu dikawasan separuh air keatas hingga ke permukaan air. Spesis kurau dan gubal@kurau besar pula suka memburu dikawasan dasar hingga separuh air. Itu sbbnya kurau dan gubal jarang terkena pukat. Senangin memburu dlm kumpulan, biasanya kumpulan2 senangin ini berkomplot dgn spesis saperti talang, gerepuh dan baracuda. Biarpun spesis2 ini memburu dlm komplot yg sama namun kebarangkalian spesis2 ini untuk berjaya dlm pemburuan mereka biasanya bergantung kepada faktor warna, arus dan suhu air. Makanan utama mereka ialah ikan2 pelagik saperti tamban, bilis, bunga air@seriding, termenung, selayang, bolos dan ikan2 pelagik yg lain. Udang juga termasuk didalam diet utama spesis senangin ini. Kawasan pemburuan senangin sgt luas, biasanya mereka memburu dikawasan air yg dlm dan bergerak mengikut arus yg panas dimana banyak ikan2 pelagik bermain. Senangin sgt aktif memburu pd ketika air berjalan dan pasang besar dan boleh dipancing dari tepian pantai disebabkan pergerakan arus yg membawa makanan membawa mereka memburu hampir ke pantai. Senangin kurang aktif memakan pancing diwaktu air mati disbbkan kurangnya pergerakan arus. Apabila terkena pancing senangin mempunyai satu tabiat yg menjadi trademark nya iaitu melompat keluar dari air. Apabila terlihat senangin melompat keluar dari air itu tandanya pasti ada pancing yg mengena. Senangin juga adalah spesis yg sgt pemalu, tidak teragak2 untuk meluahkan umpan jika terasa ada rintangan ketika melarikan umpan. Biasanya faktor ini berkaitan dgn penggunaan berat ladung, semakin berat ladung semakin besar rintangannya. Bersambung di bahagian kedua.

No comments:

Post a Comment