Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Sunday, August 17, 2014
Lejenda Siakap bahagian ketiga
Siakap oh siakap bahagian ketiga...Teknik float ada dua jenis iaitu drift dan slow cast. Kedua2 teknik ini boleh digunakan di laut dan kolam. Untuk drift sebarang umpan hidup boleh digunakan. Untuk slow cast udang hidup adalah yg terbaik. Untuk mempraktikkan teknik float kedudukan air hendaklah bergerak perlahan/air penghulu/air mengurang/air menyorong atau air mati. Pd ketika air pasang besar teknik ini tidak efektif kerana float sukar dikawal dan umpan mudah mati akibat stress. Lemparan umpan hendaklah dilakukan dikawasan dimana ujudnya pertembungan dua arus semulajadi iaitu arus panas dan sejuk. Pertembungan dua arus ini akan membuatkan ujudnya fenomena eddy current dimana ikan pemangsa suka memburu. Biasanya eddy current ini akan berlaku hampir ke pantai pd ketika air berarus perlahan. Seperkara lagi keujudan eddy current ini berupaya utk memastikan yg float dan umpan anda hanya berlegar dikawasan sasaran saja. Float adalah alarm yg menandakan umpan anda telah digonggong. Jangan cepat2 menyentak jika float anda bergerak atau tenggelam timbul. Beri masa kepada ikan untuk menelan umpan. Sentak hanya apabila float bergerak konstan atau tenggelam terus. Cara terbaik ialah apabila float dan umpan sudah dilemparkan, tarik keluar tali utama dari Spool anda dlm lingkungan sepanjang joran anda dan sangkutkannya dicincin joran paling bawah. Gunakan sebarang benda yg lembut utk mengikat nya kecincin tersebut, supaya ia mudah terurai apabila float dan umpan dilarikan. Cara ini dpt memberikan tali dan masa yg cukup untuk ikan menelan umpan supaya ikan tidak terasa sebarang rintangan ketika melarikan float dan umpan. Teknik mengikat float yg baik adalah saperti berikut :- Mula2 pasang kekili@swivel pada tali utama. Ikat float anda dgn tali sepanjang 1 - 1.5 kaki. Ikat perambut mata kail anda mengikut cara perambut otai. Kalau perlu pasang ladung kapit paling kecil kira2 8 inci diatas mata kail. Selepas itu pasang perambut mata kail di kekili tali utama tadi dan diikuti dgn tali float.
Untuk teknik slow cast. Teknik ini boleh menggunakan umpan udang hidup dan mati. Lemparkan float dan umpan dgn lembut ke sasaran. Apabila umpan sudah jatuh keair, biarkan sebentar kemudian karau lah perlahan2. Ulang slow cast anda. Sentiasa perhatikan jangka hayat umpan anda. Teknik terbaik utk kolam dan air yg tidak berarus. Selalunya teknik ini digunakan untuk pemangsa2 yg pemalu dan sgt berhati2/culas tapi kelibatnya boleh dilihat. Teknik float ini juga adalah teknik terbaik untuk memburu kerapu dan spesis2 yg suka memburu dikawasan berbatu karang. Bersambung dibahagian empat.
No comments:
Post a Comment