Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Monday, June 15, 2015
Kebodohan Pemancing
Kalau kail panjang sejengkal jgn diduga lautan dalam. Pepatah ini merujuk kepada ilmu memancing dan kebodohan pemancing. Rata2 pemancing lupa yang kebodohan sendiri adalah faktor utama yang menyumbang kepada permasaalahan kumpau dan kerugian peralatan memancing, masa dan wang ringgit.. Hari ini saya ingin bercerita tentang kebodohan hasil dari pengalaman saya dan akibat dari kebodohan itu saya banyak belajar dan dapat membuat anticipation@jangkaan yang baik dlm tiap trip dan perancangan memancing saya.
Tidak mahu atau enggan menerima nasihat dan kritikan dari teman2 pemancing yg sudah lama berkecimpung dalam dunia memancing adalah faktor utama kebodohan ini. Memandai sendiri atas dasar ego, akibatnya kita melakukan banyak kesalahan dan kesilapan diatas kebodohan kita sendiri @ silly mistake. Tiap2 sesuatu yang melibatkan ilmu memancing memerlukan kemahiran. Ianya juga memerlukan kemampuan kita utk membuat jangkaan@anticipation tentang apa yang akan berlaku seterusnya ketika memancing. Berikut adalah kebodohan2 yang dapat saya senaraikan. Jika ada yang terasa, maafkan saya. Bagi saya mengakui dan menerima fakta kebodohan adalah jalan terbaik utk menjadi bijak dan pandai.
Pemilihan peralatan yang tidak mengukur baju di badan sendiri. Bukan saja dari segi wang ringgit malahan kemampuan dan skill utk menguasai peralatan tersebut. Sebaik2nya bertatihlah dulu, baru merangkak, berjalan dan kemudiannya berlari. Dapatkan info yang sewajar dan sepatutnya sebelum membeli, tanyakan soalan pada diri sendiri...berbaloikah aku membelinya dan dapatkah aku menguasai skill yang diperlukan utk nya, malahan sudah adakah sumber rujukan ataupun sifu2 yang dapat membantu aku nanti? Janganlah anda membeli peralatan hanya diatas dasar ingin gah dan dipandang hebat... kerana akhirnya kebodohan itu akan memakan diri anda sendiri.
Bercerita tentang diri sendiri yang tahu itu dan ini, indah khabar dari rupa. Apa yang ada pd kita semuanya betul, orang lain tak betul. Ramai yang bersikap saperti ini. Akibatnya selama-lamanya kita akan hidup dlm kebodohan kerana kita sendiri tidak mengizinkan orang lain utk membantu malahan orang lain juga takut utk menegur kita bila kita melakukan kebodohan. Dan yang paling ditakuti ialah bila orang lain tidak mahu turut serta atau pun menjemput anda ke sebarang trip memancing. Amalkanlah sikap merendah diri, banyak kan bertanya dan belajar. Bertanya bukan bererti kita bodoh tapi menunjukan yang kita bijak dalam mencari ilmu.
Suka memperlekehkan teknik dan cara orang lain memancing. Kebodohan ini akan menyekat minda kita utk mencuba sesuatu yang baharu. Sepatutnya kita bertanya dan belajar mengapa teknik dan cara ini begini, barulah bijak kerna kita mendapat sesuatu ilmu yang baru. Ilmu memancing sgt luas dan ada kalanya ianya terlalu orthodoks namun hasilnya sgt mengkagumkan.
Gagal untuk membaca jangkaan apa yang akan berlaku ketika memancing adalah kebodohan yang nyata pd dri sendiri. Ia biasanya mengajar kita menjadi bijak melalui pengalaman sendiri. Sudah kena baru tahu kata orang tua2 dulu. Berikut adalah "silly mistake" atau kebodohan yg telah mengajar saya selama ini sbb kita tidak pernah tahu bila dan sebesar mana ikan yg akan strike.
1) Gagal utk bersedia dgn info tentang pergerakan air besar atau air mati. Main serbu je!
2) Gagal utk menyediakan umpan yg sepatutnya sebelum memancing, hanya berharap dgn kwn2 atau beli dikedai2 yg belum tentu ada stok. Tidak mahu belajar cara2 mencari umpan dan menjala umpan bagi saya adalah sesuatu yang tidak bijaksana.
3) Gagal utk mengikat joran anda dgn baik ketika pacak utk menunggu ikan strike. Akibatnya joran dan reel anda terjun kelaut @ air.
4) Gagal utk set up drag yg ideal ketika pacak utk menunggu ikan strike. Akibatnya tali anda boleh snap dah putus. Tali anda akan kehabisan dlm spool. Juga boleh menyebabkan joran dan reel anda terjun kelaut@air.
5) Gagal utk menguasai kemahiran bc. Kaki2 bc casting kerap kehilangan rod dan reel jatuh kedlm air. Ini disbbkan kerana tidak menggunakan rod pistol grip ketika casting, lenturan yang kuat dari asakan ikan dan air yang licin pd bc boleh menyebabkan pegangan @ palming anda terlucut. Begitu juga sentakan atau rentapan yg kuat ketika hendaklah melepaskan tali atau lure yang tersangkut juga boleh membuatkan palming anda terlepas. Sebaik2nya peganglah pada tali dihujung rod anda jika berlaku tali@lure anda tersangkut atau pun gunakan teknik menarik tali dan melepaskan saperti spring.Teknik ini dilakukan dgn cara meluruskan rod sejajar dgn tempat tersangkut dan tali ditarik pd tempat tali mulai keluar dari guide anda.
6) Gagal utk menguasai skill bertarung@fight. Ketika fight pastikan satu tangan anda memegang joran dibahagian atas reel anda ditempat yang ada sponge. Satu tangan lagi pd reel. Rod butt hendaklah dipacak kan dipinggang anda. Ini akan memudahkan anda untuk mengubahsuai pertarungan anda jika ikan mengubah strategi lariannya.
7) Gagal utk menjaga simpanan umpan hidup anda dgn baik. Akibatnya semua umpan simpanan mati. Ini adalah faktor utama yang perlu diberikan keutamaan bila memancing.
8) Suka jadi hero, ini adalah satu faktor yg boleh menggugat keselamatan diri sendiri. Adalah sgt2 tidak berbaloi membahayakan diri sendiri hanya kerana perambut anda dan ikan anda tersangkut di lubuk.
9) Suka meletakkan mata pancing dan perambut mata kail merata2. Sangat2 membahayakan keselamatan anda terutamanya jika memancing boat base.
10)Sikap memandang rendah terhadap kekuatan ikan. Sikap ini boleh membuatkan anda berputih mata. Hormatilah kekuatan ikan yg strike walau sebesar mana sekalipun kerana perjuangan nya adalah utk melepaskan diri utk terus hidup atau mati.
11) Sangat2 mempercayai kekuatan@poundage tali anda terutamanya braided laine sehinggakan anda lupa yang kekuatan sebenar pancing anda ialah pada ikatan dan keberkesanan swivel@kili yang anda gunakan.
12) Utk boat base pula, gagal utk menyediakan sauh spare, gagal utk mengikat tali anak pd sauh dan gagal utk bersedia dgn tali yg cukup panjang utk kegunaan sauh juga boleh memusnahkan trip anda.
Selamat menjadi bijaksana....he...he..he!
No comments:
Post a Comment