Dimensi pancingku.....yeh!

Saya sarankan anda supaya melihat archive di blog saya ini sebelum membaca post2 saya.Mulakan dengan archive yang paling awal sekali, kerana setiap post saya bersambung dari satu tajuk kesatu tajuk yang berkaitan secara turutan. cara ini akan memudahkan anda untuk memahami ilmu memancing ini dengan sebaik mungkin.
Memancing...kegilaan yang total! Hobi yang mengajar kita tentang kesabaran, ketelitian dan ketenangan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Apa sebenarnya yang dicari...apakah ikan idaman yang diburu? Apakah kejuaraan yang dicari atau ianya merupakan satu jalan keluar dalam penyelesaian masalah kehidupan? Semuanya bukan!...sebenarnya apa yang dicari hanyalah sentuhan pertarungan dari si ikan. itulah yang di impikan, diburu dan dicari oleh setiap pemancing. Hakikatnya itulah pemancing, kegilaan yang merasakan panas bahang matahari itu sejuk, lapar dan dahaga itu biasa le!. Tidur hanyalah satu mimpi dan sanggup dilambung angin dan ombak. Tidak pernah merasa jemu biarpun tiada ikan meragut umpan. Gilakan...kan!

Apa yang perlu anda fahami tentang memancing!!

Fahamilah dan kenalilah dulu fungsi sebenarnya peralatan memancing sebelum mulai memancing. Pastikan anda faham dan dapat merasakan yang peralatan memancing anda adalah sebagai sebahagian dari diri anda. Perasaan itu amat penting kerana biasanya ia memudahkan kita untuk mengendalikannya malahan membawa tuah dan memihak kepada kita didalam setiap pertarungan.. Sebenarnya alat memancing direkacipta adalah untuk memudahkan kita bertarung dengan si ikan. Fungsi utamanya adalah untuk melemahkan daya ketahanan ikan. Ramai yang gagal dan kecewa kerana tewas sewaktu bertarung dengan ikan disebabkan kurang memahami peralatan pancing sendiri.Walaupun setiap peralatan mempunyai kelas daya beban dan ketahanannya yang tersendiri namun ianya bukan bererti ia dapat bertahan dengan sendirinya tanpa bantuan peralatan yang lain. Contohnya saperti tali berdaya tahan 20 lb ( 7 kg ) bukan bererti yang ianya mampu mengangkat naik ikan seberat 7kg, tapi sebenarnya mampu menahan daya sentakan dan larian ikan yang mempunyai daya seretan 7kg. Begitu jua dengan peralatan yang lain saperti kili, joran dan daya seretan ( drag ) kekili ( reel ) anda. Adalah tidak betul jika menggabungkan joran bersaiz berat ( heavy) dengan tali 15 lb dan kekili 5/0. Strategi dan teknik yang sebenarnya adalah dengan menggabungkan kekuatan peralatan ini secara total dan bersepadu, maka pertarungan tersebut akan lebih memihak kepada anda. Oleh itu pilihlah peralatan memancing anda dengan seimbang. Keseimbangan amat perlu bagi memastikan ada mempunyai lebih banyak peluang untuk menang. Apa yang sarankan di blog ini adalah sebagai panduan untuk mendapatkan keseimbangan peralatan memancing anda.
Pemancing yang bijak tahu bagaimana untuk menganggabungkan peralatannya untuk mendapatkan keseimbangan yang optimum.

KALENDAR MEMANCING OTAI

Fenomena semulajadi kehidupan laut dipengaruhi oleh peredaran bulan. Peredaran bulan jugalah yang bertanggungjawab keatas perubahan pasang surut air dan kekuatan arus air. Perubahan ini adalah faktor utama yang akan menentukan kejayaan pancingan anda. Tarikh – tarikh yang digunakan dikalendar ini hendaklah dirujuk kepada Kalendar Islam atau Kalendar Cina, disebabkan kedua-dua kalendar ini sajalah yang diatur menurut peredaran dan perubahan fasa bulan. Keunikan kalendar ini ialah ianya tidak akan berubah selagi adanya peredaran bulan. Kalendar ini bersifat sebagai rujukan anda sebelum merancang dan menetapkan trip memancing anda. Ianya telah digunakan dari generasi ke generasi sehingga kini.

Tarikh

Air

Arus

Lokasi memancing / Spesis sasaran

Umpan terbaik

1

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

2

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil& sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

3

Sederhana

Ideal

Tepian pantai/semua spesis

Cacing,umpun,fillet,udang

4

Perlahan

Cantik

Laut dalam / besar& sederhana

hidup,fillet,cacing

5

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

6

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

7

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

8

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

9

Perlahan

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

10

Sederhana

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

11

Sed Besar

Cantik

Baik semua lokasi /semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

12

Sed Besar

Ideal

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

13

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

14

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

15

Sgt besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

16

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

17

Sed Besar

Ideal

Baik semua lokasi/besar& sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

18

Sederhana

Cantik

Baik semua lokasi/besar & sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

19

Perlahan

Cantik

Baik semua lokasi/besar & sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

20

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

21

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

22

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

23

Perlahan

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

24

Sederhana

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

25

Sed Besar

Ideal

Baik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

26

Sed besar

Ideal

Baik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

27

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

28

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil &sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

29

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

30

Sgt besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang






Download link
Kalender memancing otai

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KY3N5Mk5CZ2RXcXM/edit?usp=sharing

Fail Data Umpan Cacing&Perumpun

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KZy10dmRIc211Wlk/edit?usp=sharing

Panduan Umpan Tiruan

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KMzdtT3hmWk15cGM/edit?usp=sharing

Gambar Umpan Tiruan pic

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KZHo3dUdiR2N1Vjg/edit?usp=sharing




etika & kod emas pemancing

Etika dan kod emas pemancing
Pastikan mata kail anda sentiasa tajam.
Pastikan tali pancing anda tiada rekahan atau lipatan.
Pastikan kili (swivel) anda berfungsi dan berpusing dengan baik.
Pastikan setiap simpulan dibasahi dengan air sebelum anda menarik untuk mengetatkannya.
Pastikan joran dan kekili anda sentiasa didalam keadaan baik, basuh dengan air bersih setiap kali habis memancing. Servis dan bubuh gris setiap 3 bulan sekali.
Pastikan beg memancing anda mengandungi alatan wajib @ mata kail, kili (swivel ), ladung , tali perambut, pisau serbaguna , plier, lampu suloh, pembuka mata kail ( dimulut ikan ) batu pengasah kecil, gunting kecil dan pemetik api ( lighter ).
Pastikan umpan anda samada hidup atau mati sesuai dengan spesis yang di cari.
Buat catatan masa, tarikh, tempat dan umpan yang digunakan sekiranya anda mendapat ikan yang besar. Maklumat ini amat penting untuk memancing dimasa hadapan.
Fahamilah analogi peredaran bulan, matahari, pasang surut air dan perubahan air besar ke air mati.
Fahamilah hubungkait habitat umpan dan ikan pemangsa.
Fahamilah dan jagalah peralatan memancing anda dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah talian hayat diantara anda dan si ikan.
Buat tinjauan dan dapatkan informasi sebaik mungkin dari penduduk tempatan sebelum memancing ditempat yang belum diterokai.
Amalkan sikap tangkap & lepas ( catch & release ) sekiranya anda tidak memerlukan ikan tersebut...terutamanya ikan kecil. Jangan jadikan mereka spesies yang terancam.
Pastikan perairan dan kawasan memancing bersih. Kekalkan kehijauan alam semulajadi.
SELAMAT MEMANCING!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, November 1, 2013

Kumpau @ Bangau

Trade mark yang menjadi igauan dan mimpi ngeri setiap pemancing.Namun itulah hakikat dunia memancing.Manisnya ialah ianya mengajar erti sabar, sabar yang sebenar2nya. Saya tidak dapat mengajar anda ilmu tentang bagaimana untuk menghindarkan mimpi ngeri ini. Apa yang saya boleh sarankan ialah persediaan dan petua bagaimana untuk menghindarinya. 1) Kenalpasti dulu ikan yang menjadi sasaran anda.Tabiat pemburuannya.Bagaimana ia memburu dan pada waktu air yang macam mana ia galak memburu.Adakah ianya lebih aktif diwaktu malam atau siang. 2) kenalpasti umpan kegemarannya, bersedialah dengan sekurang2nya tiga jenis umpan yang digemarinya mengikut ranking kegemarannya.Ingat umpan terbaik adalah umpan yang didapati dikawasan pemburuannya.Juga ingat yang umpan untuk waktu malam juga amat berbeza dari waktu siang. 3) Kenalpasti corak perubahan air pada waktu itu, adakah ianya air mati atau air pasang penuh dengan arus yang kuat. Corak perubahan air ini amat penting kerana ikan memburu dan makan hanya pada waktu2 tertentu iaitu ketika air pasang dan ketika air mulai surut.Juga ikan mempunyai tabiat memburu yang berlainan ketika air mati dan ketika air pasang besar. 4)Kenalpasti lokasi anda, kenalpasti laluan arus yang bergerak di lokasi tersebut. Laluan arus ini lah yang membezakan perubahan suhu air yang menjadi tumpuan ikan memburu. 5)Dapatkan info dari nelayan/kaki pancing yang menetap dan biasa dengan lokasi tersebut.Info2 yang wajib diketahui ialah musim ikan apakah disitu, senang dapat umpankah dan apakah umpan favourite disitu.Apakah kawasan itu berlumpur, beting pasir atau berbatu karang. Info2 ini akan banyak membantu anda nanti. 6) Pastikan kod emas pemancing sentiasa diikuti 7) Mulakan pancingan anda dengan selawat dan salam dan akhirilah dengan amin. Semoga anda berjaya.

No comments:

Post a Comment