Wednesday, December 23, 2009

Kili ( swivel )

Alat yang menjadi penyambung utama diantara perambut dan tali utama. Ia direka agar boleh berpusing bagi memastikan perambut dan tali utama sentiasa didalam keadaan lurus. Ianya juga digunakan oleh pemancing pada tali umpan bagi memastikan tali tidak berputar ketika umpan dilarikan ikan. Kegunaan kili sebenarnya adalah untuk memastikan menghindarkan tali dari berputar dan merosakannya. Biasanya kili dibuat dengan fungsi 'snap lock' agar ianya mudah dipasang dan ditanggalkan. Saranan saya ialah pilih kili yang bersaiz no 4 hingga no 6. Sebaik-baiknya berwarna hitam. Kili yang berwarna cerah dan berkilat akan mengundang ikan pemangsa untuk memutuskan tali utama kerana disangkakan anak ikan, terutamanya ikan buntal. Jika anda biasa memancing ikan gelama, anda tentu akan merasa amat kecewa jika perambut umpan anda tidak menggunakan kili kerana ikan gelama suka memusingkan tali sehingga menjadi berpintal-pintal.

Dalam buku ' Kitab Pemancing - Laut' saya perincikan tentang pilihan kili yang baik serta kegunaannya yang lain.

No comments:

Post a Comment