Merupakan senjata kedua yang menentukan kalah atau menangnya pertarungan. Tali yang baik mempunyai keanjalan yang dapat menerima beban dan menyerap sentakan serta larian ikan. Biasanya tali ini adalah dari jenis monofilament. Tali hendaklah mempunyai ciri-ciri tahan geseran,lembut dan mudah untuk dibuat simpulan. Tali juga mempunyai berbagai saiz ketahanan beban, biasanya daya ketahanan yang bersaiz 15 lb hingga ke 60 lb yang menjadi pilihan. Pilihan saya biasanya tali yang bersaiz 20lb kerana ianya dapat memenuhi gegelung kekili yang bersaiz kecil dan sederhana dengan lebih panjang. Malahan ianya senang dikendalikan dan cukup kuat untuk menyerap larian serta sentakan ikan.Tali yang panjang adalah satu kelebihan kepada kepada pemancing sewaktu bertarung kerana ikan akan cepat kehabisan tenaga jika dibiarkan lari sejauh mungkin sewaktu daya seretan ( drag )kekili anda berfungsi sepenuhnya, dan joran anda pula melentur menyerap daya larian tersebut. Jika anda pernah bertarung dengan si ikan pari anda akan faham dengan apa yang saya maksudkan.
Satu jenis tali lagi ialah tali sulam ( braided lines ). Tali jenis ini mahal harganya, amat kuat malahan sukar untuk diputuskan.Biasanya tali ini menjadi pilihan pemancing yang suka menggunakan umpan tiruan. Kelemahan tali jenis ini ialah oleh kerana ia mempunyai daya tahan geseran yang kuat, ia berupaya untuk mencalar dan merosakan cincin di joran anda. Ia juga memberi banyak masalah sekiranya tali anda tersangkut disebabkan sukar untuk diputuskan. Saya sebenarnya tidak gemar menggunakan tali jenis ini disebabkan ianya terlalu lembut dan ringan, sukar untuk diurai sekiranya tersimpul dan ianya timbul diatas permukaan air.
Dalam buku ' Kitab Pemancing - Laut' saya perincikan bagaimana cara memilih tali dan juga illustrasi bersangkutan dengan cara mengikat perambut serapan dan cara mengikat keseimbangan tali.
No comments:
Post a Comment