Tuesday, December 22, 2009

Mata kail

Merupakan senjata utama pemancing. Ada pelbagai saiz, bentuk dan kualiti bahan yang digunakan.Bentuk mata kail yang paling efektif tidak memudaratkan ikan malah mudah untuk melepaskan ikan ( catch & release )adalah mata kail yang berbentuk bulat ( circular hook ). Saiz mata kail adalah diukur pada keluasan saiz mulut ikan. Pemancing wajib menyediakan tiga saiz mata kail yang berlainan iaitu saiz no 8 hingga no 10 untuk mulut ikan bersaiz kecil, saiz no 2 hingga no 4 untuk yang bermulut saiz sederhana dan saiz no 1/0 hingga 3/0 untuk ikan bermulut besar. Biasanya saya menggunakan dua mata kail bertindan disatu perambut mata kail saiz 1/0 atau 2/0 untuk umpan hidup saperti udang dan anak ikan bagi memburu ikan pemangsa yang bersaiz besar.

Kualiti mata kail yang saya gunakan biasanya dari jenis stainless steel atau pun high carbon steel. Stainless steel boleh diasah dan tidak mudah patah sebaliknya boleh melentur. High carbon steel juga boleh diasah akan tetapi ianya mudah patah. Walau bagaimana pun faktor yang teramat penting ialah ketajaman mata kail anda. Pastikan ianya sentiasa tajam. Asah jika perlu dan ganti yang baru jika berkarat. Mata kail yang tajam dapat memastikan tusukan yang sempurna kemulut ikan bagi memastikan ikan tidak terlucut sewaktu meragut umpan.

Dalam buku 'Kitab Pemancing - Laut' saya perincikan dengan ilustrasi cara memilih dan mengikat mata kail yang terbaik.

No comments:

Post a Comment