Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Wednesday, October 30, 2013
Persediaan Trip memancing bab 1
Trip2 memancing biasanya terbahagi dua kategori. 1) Trip biasa2 saja, seronok2, lepak dgn kawan2 sambil memancing. 2) Trip yang jauh2 yang memerlukan biaya dan persediaan yang sebaik mungkin.
Bagi kategori 1 biasanya biaya dan persediaannya tidaklah begitu banyak disebabkan pemancing sudah arif dgn tempat tersebut malahan sudah kenal mengenal diantara satu sama lain. Oleh itu biasanya trip begini akan menjadi lancar dan terurus. Cuma yang sukar dielakan adalah kumpau atau bangau disebabkan ikan tidak memakan umpan. Biasalah tu kan...kalau tak kumpau bukan memancing namanya.
Namun ada beberapa perkara yang perlu diambil kira dengan sebaik-baiknya sebelum memulakan trip katagori 1 ini.
1) Dapatkan info dari sumber2 orang yang anda kenali tentang musim ikan pelagik/anak2 udang apa yang banyak bermain dikawasan itu. Ikan pelagik/anak udang ini biasanya menjemput pemangsa yg besar2 kekawasan tersebut disbbkan ikan pelagik ini adalah makanan mereka.Ini akan memudahkan kita menyediakan umpan.
2) Dapatkan info tentang cuaca pada masa trip tersebut, tentang arah angin bertiup dan musim hujan atau kering. Arah angin dan hujan amat besar peranannya mempengaruhi tabiat ikan memburu dan memakan umpan.Biasanya arah angin utara akan membawa banyak ikan pemangsa kekawasan pendalaman ditepian pantai. Angin selatan juga baik tapi ombak sentiasa beralun...mudah mabuk laut. Kalau boleh elakkan angin timur dan barat kerana angin ini sukar diramal, malah boleh mengundang padah dan kemalangan.Musim hujan biasanya banyak mempengaruhi kawasan dimana adanya laluan air atau kuala sungai dimana air akan menjadi sejuk dikawasan ini disebabkan aliran air hujan kelaut. Elakkan kawasan2 ini.
3) Dapatkan info tekong anda dan bot yang akan digunakan. Info ini amat berguna demi kejayaan ,keselamatan dan keselesaan trip memancing anda. Banyak pengalaman, kejayaan dan kemahiran yang anda pasti dapat jika anda mendapat seorang tekong yg baik.
Ingatlah! pastikan anda benar2 mengambil berat tentang ketiga2 info ini.Dapatkannya sebelum anda membuat trip memancing anda.
Antara sepit biru dan spesis ikan air masin/tawar
Sebagai pemancing tegar, seharusnya anda juga harus mencuba untuk menjinakkan sepit biru @ udang galah. Memancing udang galah dan memancing ikan samada air masin atau air tawar adalah tiga jenis ilmu yang berbeza dari segi teknik, seni, pertarungan dan kepuasan.Bagi saya seseorang pemancing profesional dan berwibawa yang bertaraf otai pancing wajib memiliki ketiga-tiga jenis kemahiran ini.Cuma yang membezakan diantara ketiga-tiga kemahiran ini ialah sejauh mana minatnya terhadap spesis tersebut. Ada yang sememangnya handal memancing dilaut tapi minatnya lebih cenderung ke sepit biru.Ada yang handal di air tawar tapi minatnya lebih cenderong kelaut. Tidak semua pemancing dapat menguasai ketiga-tiga kemahiran tersebut akan tetapi tiada salahnya untuk menceburinya walaupun hanya sebagai percubaan. Belum cuba belum tahu kan...begitulah kata2 orang lama dulu.Justru nasihat saya cuba lah beralih angin sekali sekala supaya anda dapat mengalami sendiri kepuasannya...bukan sekadar mendengar cerita dari mulut kemulut.
Tuesday, October 29, 2013
kalau kail panjang sejengkal........
Saya sudah bersedia kembali untuk menyampaikan ilmu2 yang sepatutnya anda perlu tahu sebagai seorang pemancing. Saya akan berselang seli menyampaikan ilmu2 memancing tentang spesis air masin, air tawar dan udang galah.Semua artikel/post saya biasanya berlegar disekitar seni memancing diperairan liar saperti laut, tasik, lombong, sungai dan paya2 sahaja. Saya tidak mengkhusus ilmu2 ini untuk dipraktikan didalam kolam2 berbayar, akan tetapi jika anda ingin mempraktikannya dikolam2 tersebut terpulanglah kepada anda. Perlu diketahui yang memancing dikolam berbayar memerlukan pengetahuan yang diluar dari skop post/artikel saya ini.
Walau apa pun mulakanlah membaca post/artikel saya dari post yang mula saperti diarchive.
Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menyampaikan ilmu2 ini dengan sebaik dan sejelas mungkin. Ingatlah yang ilmu memancing biar sebanyak mana penuh didada ianya tetap tertakluk kepada hukum Allah. Bagi saya memancing adalah 30% persediaan usaha dan 70% nasib,tuah dan rezeki.Selamat memancing.