Wednesday, October 30, 2013

Persediaan Trip memancing bab 1

Trip2 memancing biasanya terbahagi dua kategori. 1) Trip biasa2 saja, seronok2, lepak dgn kawan2 sambil memancing. 2) Trip yang jauh2 yang memerlukan biaya dan persediaan yang sebaik mungkin. Bagi kategori 1 biasanya biaya dan persediaannya tidaklah begitu banyak disebabkan pemancing sudah arif dgn tempat tersebut malahan sudah kenal mengenal diantara satu sama lain. Oleh itu biasanya trip begini akan menjadi lancar dan terurus. Cuma yang sukar dielakan adalah kumpau atau bangau disebabkan ikan tidak memakan umpan. Biasalah tu kan...kalau tak kumpau bukan memancing namanya. Namun ada beberapa perkara yang perlu diambil kira dengan sebaik-baiknya sebelum memulakan trip katagori 1 ini. 1) Dapatkan info dari sumber2 orang yang anda kenali tentang musim ikan pelagik/anak2 udang apa yang banyak bermain dikawasan itu. Ikan pelagik/anak udang ini biasanya menjemput pemangsa yg besar2 kekawasan tersebut disbbkan ikan pelagik ini adalah makanan mereka.Ini akan memudahkan kita menyediakan umpan. 2) Dapatkan info tentang cuaca pada masa trip tersebut, tentang arah angin bertiup dan musim hujan atau kering. Arah angin dan hujan amat besar peranannya mempengaruhi tabiat ikan memburu dan memakan umpan.Biasanya arah angin utara akan membawa banyak ikan pemangsa kekawasan pendalaman ditepian pantai. Angin selatan juga baik tapi ombak sentiasa beralun...mudah mabuk laut. Kalau boleh elakkan angin timur dan barat kerana angin ini sukar diramal, malah boleh mengundang padah dan kemalangan.Musim hujan biasanya banyak mempengaruhi kawasan dimana adanya laluan air atau kuala sungai dimana air akan menjadi sejuk dikawasan ini disebabkan aliran air hujan kelaut. Elakkan kawasan2 ini. 3) Dapatkan info tekong anda dan bot yang akan digunakan. Info ini amat berguna demi kejayaan ,keselamatan dan keselesaan trip memancing anda. Banyak pengalaman, kejayaan dan kemahiran yang anda pasti dapat jika anda mendapat seorang tekong yg baik. Ingatlah! pastikan anda benar2 mengambil berat tentang ketiga2 info ini.Dapatkannya sebelum anda membuat trip memancing anda.

No comments:

Post a Comment