Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Friday, November 1, 2013
Trip memancing bab 2
Ada masanya kita mempunyai bajet yang lebih untuk trip2 yang jauh dan ke lubuk2 yang terkenal dgn kehebatan ikan2 nya. Seandainya anda berhajat untuk mengikuti trip2 tersebut maka pastikan perkara2 yang disebutkan di trip memancing bab 1 diikuti dengan sebaik2nya.
Namun ada beberapa perkara yang perlu anda ingati dan fahami dgn sebaik-baiknya sebelum trip2 begini anda ikuti:-
1) Adakalanya trip2 begini jauh ketempat yang melampaui sempadan perairan antarabangsa. Kebanyakan tekong kurang arif dengan sempadan2 perairan ini.Jika anda didapati berada dikawasan diluar perairan malaysia maka jika anda tertangkap, protokal untuk pelepasan hanya boleh didapati di Kedutaan malaysia. Jika anda seorang penjawat awam anda boleh di kenakan tindakan tatatertib akibat menyeberangi sempadan tanpa kebenaran ketua jabatan. Untuk itu pastikan anda tahu sempadan tersebut malah sentiasa mengingatkan tekong akan sempadan2 tersebut.
2)Pastikan anda membawa apollo dan umpan tiruan, popper, jig dan jig sotong dengan kadar yang banyak dan mencukupi kerana peralatan ini amat diperlukan untuk mencari umpan.
3) Pilihlah trip dimana anda betul2 pasti akan dapat membawa kejayaan berdasarkan kepada ranking popular tempat tersebut, kehebatan tekongnya dan maklumbalas dari mereka yang pernah kesana.Adakalanya trip2 begini boleh membawa pulangan yang menguntungkan disebbkan hasil yang terlalu banyak dgn ikan2 yang baik boleh dijual.
4) Oleh kerana kebanyakan pemancing yang menyertai trip yang jauh begini kadangkalanya tidak pernah kenal diantara satu sama lain, maka beramah mesralah dengan baik sebagai pemancing. Elakan dari perselisihan pendapat. jangan berlagak pandai atau pun menunjuk pandai.Bantu dan tunjuk ajar bila anda diminta berbuat begitu. Sama samalah berusaha menjaga keselamatan diantara satu sama lain. Ingat dan berwaspadalah kerana manusia ini rambutnya sama hitam tapi hati lain2.
5)Banyak kan bertolak ansur, berkongsi ilmu dan pengalaman sesama pemancing.
Perkara 4 dan 5 amat saya titik beratkan jika saya keluar untuk trip2 yang jauh disebabkan saya percaya dan yakin yang rezeki Allah itu lebih berkat jika dikongsi bersama.
No comments:
Post a Comment