Saturday, November 23, 2013

Cara mencangkuk umpan udang galah

Udang galah merupakan pemangsa yang amat sensitif disebabkan cara ia memakan umpan adalah dengan menggunakan sepit/kepitnya sebelum memasukkannya kedalam mulut untuk dimamah. Jika diperhatikan kepada gigi udang galah, giginya sememangnya dibuat untuk memamah makanan sedikit demi sedikit, bukannya untuk menyambar atau menelan. Untuk itu cara mencangkuk umpan untuk udang galah adalah lebih kepada kemahiran untuk menyembunyikan mata kail didalam umpan. Hanya hujung mata kail yang tajam itu saja yang perlu keluar sedikit supaya ianya dapat melekat pada mulut udang. 1) Umpan cacing dan perumpun hendaklah dipasang pada mata kail sepenuhnya sehingga menyembunyikan mata kail. Cuma biarkan hujung mata kail yang tajam itu saja terdedah supaya ianya mudah melekat dimulut udang. 2) Jika menggunakan umpan ikan / isi ikan atau udang beras cangkukkan dari ekor tembus ke kepala. Pastikan mata ikan/udang kelihatan dengan jelas kerana ini akan menarik udang2 galah yang besar. Hujung mata kail yang tajam itu masih perlu terdedah supaya ianya mudah melekat dimulut udang. Sebenarnya mencangkuk umpan untuk udang galah mudah sahaja, cuma yang sukar adalah untuk menentukan masa ( timing ) umpan sudah berada dimulut udang dan boleh disentak. Kemahiran ini hanya boleh dipelajari melalui pengalaman saja. Udang galah adalah spesis pemangsa yang tidak mempunyai corak memakan umpan yang seragam. Ada masanya ganas, ada masanya diam dan ada masanya tidak ada gerakan langsung pada joran, ada masanya menarik saperti ikan dan ada masanya lemah lembut. Pengamatan cara memakan umpan inilah yang memerlukan pengalaman...tidak boleh dipelajari melalui buku ataupun mulut orang sahaja. Untuk itu ceburi dunia memancing udang galah, anda pasti gila dengan henjutannya.

No comments:

Post a Comment