Monday, November 18, 2013

corak dan warna air terbaik untuk melabuhkan umpan.

Biarpun tarikh dan masa memancing menunjukkan yang ianya adalah hari yang baik untuk memancing. Namun ada beberapa faktor yang perlu diperhatikan sebelum melabuhkan umpan. Sebagai pemancing kita tidak boleh melabuhkan umpan sewenang-wenangnya, kerana ikan pemangsa juga mempunyai strategi,senario dan laluan2 yang menjadi serangan hendap mereka. 1)Perhatikan dulu warna air samada jernih atau keruh. Keruh bererti mudah bagi ikan pemangsa memasang strategi menyerang hendap.Diwaktu air keruh ini ikan pemangsa akan keluar berkeliaran memburu mangsa, diwaktu ini peluang untuk umpan kita diragut adalah amat cerah. Jernih bererti ikan pemangsa perlukan perlindungan untuk menyerang hendap. Ikan2 pemangsa lebih banyak bersembunyi dibawah batu, disebalik tukun ataupun batu2 karang. Diwaktu ini umpan hendaklah dilabuhkan berdekatan dengan kawasan2 persembunyian ikan pemangsa. Biasanya air keruh akan berlaku bila adanya arus yang bergerak. Air jernih pula biasanya berlaku ketika air mati bila tiada pergerakan arus. 2)Ada masanya terdapat pergerakan arus yang bergerak sebelah menyebelah satu keruh dan satu jernih. Tempat terbaik untuk melabuhkan umpan adalah diantara kedua-duanya. 3)Perhatikan juga arah pergerakan arus, ada arus yang laju dan ada arus yang perlahan, labuhkan umpan anda di arus yang perlahan.Arus yang perlahan menandakan terdapat beting pasir ataupun sesuatu yang menghalang arus dibawah. 4) Perhatikan juga arah arus yang berpusing perlahan saperti mengelilingi sesuatu, sebenarnya dibawah arus tersebut terdapat tukun atau batu yang besar. Labuhkan umpan anda disini. 5)Perhatikan juga arus yang menuju ke kawasan bertanjung/kawasan yang menghulur keluar ketengah air, labuhkan umpan anda disini disebabkan tempat serangan hendap terbaik ikan pemangsa adalah disini. Fakta2 ini benar bagi semua jenis umpan, samada umpan hidup, mati atau tiruan. Fakta ini juga benar bagi semua jenis air yang berarus saperti laut dan sungai. Untuk udang galah pula, corak air adalah lebih kepada pergerakan arus. Jika ada pergerakan arus, udang akan galak memakan umpan tidak kira samada air keruh atau jernih. Faktor suhu air juga memainkan peranan yang penting, suhu air yang suam akan membuat udang galah galak memakan umpan, berbanding suhu air yang sejuk.

No comments:

Post a Comment