Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Tuesday, November 19, 2013
9 perkara yang sentiasa dilupakan pemancing.
Perkara2 berikut sentiasa dianggap mudah dan kecil, malah tidak diambil peduli oleh hampir setiap pemancing. Sedangkan ianya adalah perkara2 yang boleh membantu anda dari ditimpa kemalangan malahan boleh menyelamatkan anda.
1) Pastikan anda membawa pelampung lipat kecil atau beg plastik tebal didalam kocek anda ketika keluar memancing dilaut. Pelampung/beg plastik dapat menyelamatkan nyawa anda sekiranya anda ditimpa kemalangan dilaut. Untuk itu bersedialah dgn sebaik2nya demi keselamatan anda.
2) Ramai pemancing yang suka berlagak hero. Membuat sesuatu tanpa berfikir, saperti sanggup turun kedalam laut hanya kerana semata-mata seekor yang ikan yang terkena pancing tapi tersangkut dicelah batu.Banyak bahayanya jika berbuat begini disbbkan kita tidak tahu ikan apa yang memakan umpan, dan bagaimana keadaan dibawah air tempat pancing anda tersangkut. Fikirkanlah fakta2 ini sebelum bertindak.
3)Sentiasa lihat dan pastikan dimana anda meletakkan mata kail anda dan perambut mata kail anda, kerana mata kail bersifat saperti senjata yang boleh memakan tuan.
4) Sentiasa melihat kebelakang dan pastikan tiada orang atau halangan sebelum melemparkan pancing.
5) Jika pancing anda tersangkut dan anda membuat keputusan untuk menarikanya agar perambut anda terputus, gunakan kain apabila menarik tali dan sentiasalah berwaspada kerana jika perambut putus, ladung mungkin keluar dari air dan mengenai anda atau orang lain. Malahan mata pancing mungkin ikut sama mengenai anda.
6)Jangan membuang sisa makanan, sisa umpan atau meletakkan umpan merata-rata. Perbuatan ini akan mengundangkan semut, tebuan dan binatang berbisa dikawasan anda memancing. Ianya pasti akan menggangu ketenteraman anda.
7)Sentiasa peka dan berwaspada dengan keadaan sekeliling sewaktu memancing. Kelalaian anda boleh mengundang padah kerana banyak bahaya yang tak diundang boleh mendatangi anda secara senyap2.
8)Sekiranya pancing anda dimakan oleh ikan besar, berhati-hatilah sewaktu bertarung. Buka mata anda seluas-luasnya terutamanya tempat anda berpijak. Pertarungan dgn ikan besar biasanya memerlukan anda mengubah posisi anda kemerata-rata tempat.
9)Jaga mulut anda, jangan menegur sesuatu yang tidak masuk akal. Diam adalah jalan paling selamat untuk setiap pemancing.
No comments:
Post a Comment