Saturday, November 9, 2013

Dilema pemancing - antara kumpau dan hasil

Apabila ketika memancing, ada masanya kita bolehlah dikatakan kumpau. Tiada ikan menjamah umpan biarpun umpan kita terbaik, namun ianya masih tidak membuahkan hasil. Persoalannya ialah sehingga berapa lama lagi kah untuk anda meneruskan pancingan anda dan adakah ianya akan membuahkan hasil sebelum anda berkemas untuk pulang? Sebenarnya ini adalah dilema yang akan ditempuhi oleh setiap pemancing sepanjang kariernya. Ini adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh setiap pemancing. Ada beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum kita membuat keputusan untuk bungkus dan balik. 1) Sekiranya ikan tidak menjamah umpan pada ketika air mulai pasang, maka bersabarlah untuk peluang kedua iaitu pada ketika air mulai surut. Tempoh masa yang paling ideal memancing pada ketika ini ialah selama dua jam bermula dari waktu air mulai surut. Jika tiada hasil selepas dua jam, bungkus dan balik. 2) Sekiranya pada ketika air mulai pasang ikan tidak menjamah umpan dalam tempoh masa satu jam yang pertama maka ubahlah lokasi balingan umpan anda ataupun ubahlah lokasi anda ketempat yang lain. Anda boleh kembali kelokasi asal sewaktu air mulai surut nanti. 3) Pelbagaikan umpan anda dilokasi tersebut. Kepelbagaian ini adalah wajib pada ketika air pasang dan air surut bagi menentukan umpan apakah yang favourite pada ketika itu. 4) Amalkan membawa sekurang2nya tiga batang pancing dengan tiga jenis umpan. Pastikan umpan2 ini dilabuhkan pada ketika air mulai pasang.Teknik ini akan lebih memudahkan anda untuk mengenalpasti umpan terbaik pada masa itu. 5) Pastikan juga labuhan umpan bukan pada jarak yang sama, ini adalah untuk memastikan 'striking zone '- zon sambaran. 6) Jika semuanya gagal, maka jalan terbaik adalah kemas dan balik.

No comments:

Post a Comment