Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Saturday, November 9, 2013
Umpan dan persembahannya
Saya rasa setakat ini anda tentunya telah banyak mengetahui tentang umpan2 yang terbaik untuk spesis idaman anda. Malangnya banyak yang gagal kerana tidak berupaya untuk mempersembahkan umpan agar ianya menggiurkan, menggamit dan memudahkan untuk ikan untuk menjamah umpan. Faktor2 berikut perlulah diambil kira untuk mempersembahkan umpan dengan cara yang terbaik.
1) Umpan hidup biasanya dipersembahkan dgn cara semulajadi nya. Asalkan perambut mata kailnya panjang yang boleh membiarkan umpan bergerak secara semulajadi, itu sudah dikira cantik.
2) Cara mencangkuk umpan hidup juga amat kritikal kerana ianya dapat membantu persembahan ikan dan jangka hayatnya akibat stress. Saya akan perincikan teknik ini dalam fail yang boleh dimuaturun nanti.
3) Ada masanya anda perlu membuat umpan FUSION, iaitu campuran umpan hidup dengan umpan mati, ataupun campuran umpan pellet/dedak dengan umpan hidup. Kelebihan umpan fusion ini ialah bau yang dikeluarkan oleh umpan mati,pellet atau dedak dapat merangsangkan deria bau udang mencari umpan.Umpan hidup mula merupakan bonus yang diakan dilepaskan oleh siikan pemangsa. Teknik ini juga akan saya terangkan untuk dimuaturun nanti. Biasanya umpan fusion ini amat effektif dikawasan yang air nya tenang dan berarus perlahan saperti tasik, lombong dan kolam.
4)Umpan mati saperti fillet/isi ikan atau isi sotong hendaklah dipersembahkan dalam bentuk ianya dapat berayun2 didalam air apabila dibawa arus agar ianya kelihatan hidup.Biasanya umpan begini selain dari mengeluarkan bau ianya dapat menggamit penglihatan jika dipersembahkan dengan baik.
5)Persembahan umpan juga hendaklah dapat menyembunyikan mata kail dengan baik.
No comments:
Post a Comment