Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Thursday, November 7, 2013
Habitat dan corak pemakanan ikan pemangsa laut
Ikan pemangsa sentiasa menjadi idaman setiap pemancing disebabkan faktor2 berikut :-
1) Saiznya 2)Kehebatan pertarungannya 3) kesedapan rasanya 4)nilai pasarannya 5) koleksi peribadi. Namun ikan pemangsa ini bukanlah spesis yang mudah untuk ditawan. Ikan pemangsa mempunyai corak dan menu yang berbeza-beza mengikut lokasi tempat ia memburu. Biasanya diet ikan pemangsa ini lebih condong kearah dimana ia dibesarkan dan memburu, walaupun umpan yang digunakan dari jenis makanan yang sama,namun ianya lebih suka kan umpan yang datang dari lokasi ia dibesarkan dan memburu.
Satu fakta yang amat penting yang perlu kita fahami betul2 ialah ikan pemangsa memburu bukanlah semata-mata untuk makanan, ada masanya adalah semata-mata untuk membunuh sebagai melindungi kawasan dari dicerobohi. Berlandaskan kepada fakta inilah mengapa umpan tiruan sentiasa membuahkan hasil apabila digunakan. Ikan pemangsa hanya menjadi aktif memburu pada ketika air mulai pasang dan pada ketika air mulai bergerak surut. Kedua-dua faktor ini pada dasarnya adalah disebabkan oleh adanya pergerakan arus pada ketika air pasang dan surut. Disebabkan fakta inilah mengapa ikan pemangsa menjadi sangat aktif pada ketika arus air bergerak lembut dan perlahan dan menjadi tidak aktif pada waktu air mati. Pada waktu air mati, arus kurang bergerak ada masanya tidak bergerak langsung. Pada waktu ini ikan pemangsa lebih suka bersikap menunggu peluang didepan mata. Faktor inilah yang menjadi kunci kenapa pada waktu air mati lokasi memancing yang terbaik adalah ditukun2,kapal2 tenggelam dan batu2 karang.Pada waktu air pasang besar arus menjadi sangat laju, ini membuatkan ikan pemangsa kurang aktif memburu kerana terpaksa membuang tenaga yang banyak untuk memburu.Oleh kerana terdapat perubahan dimana arus menjadi perlahan dan cantik ketika air mulai bergerak surut, maka pada ketika ini lah masa yang terbaik untuk ikan pemangsa memburu. Fakta inilah yang membuatkan mengapa masa yang terbaik untuk memancing ikan pemangsa idaman ialah pada ketika air mulai bergerak surut pada ketika air pasang besar.
No comments:
Post a Comment