Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Thursday, November 7, 2013
Habitat dan corak pemakanan udang galah
Udang galah merupakan spesis yang pelahap dan akan makan apa saja tanpa henti, namun ada beberapa faktor yang perlu kita berikan perhatian jika ingin memancing nya dengan berjaya.
1) Suhu air. Jika suhu air adalah sejuk saperti turunnya hujan dikawasan hulu, maka udang galah akan menjadi amat pasif, tidak galah memakan umpan. Udang galah memerlukan suhu air yang panas/suam untuk menjadi aktif melahap makanan/umpan.
2) Pergerakan arus. Arus yang bergerak pasang atau surut selalunya membuatkan udang galah menjadi sangat aktif melahap makanan/umpan. Namun suhu air mestilah panas/suam untuk udang galah menjadi galak/aktif.
3) Perubahan corak makanan. Udang galah mempunyai pelbagai menu makanan untuk pilihannya. Corak pilihan ini sentiasa berubah bergantung kepada kedudukan dan lokasi ia memburu. Biasanya ianya amat sukar untuk dijangka kerana perubahan pasang surut air akan mengubah bentuk dan jenis makanan yang dibawa arus kelokasi udang galah memburu.
4) Cara terbaik yang selalu saya amalkan ialah dengan membawa beberapa jenis umpan apabila ingin memancing udang galah. Biasanya udang beras,cacing tanah, perumpun nipah dan ikan longkang/guppy/peacock. Mana yang lebih aktif dimakan oleh udang galah maka itulah yang saya gunakan.
5)Pada masa air laut pasang besar, biasanya air akan menjadi lebih masin dari biasa. Fenomena ini akan membuatkan udang menjadi mabuk dan pasif. Biasanya ini akan terjadi pada waktu malam disebabkan air laut hanya kan pasang paling besar pada waktu malam berbanding siang. Kadang2 dapat dilihat udang merangkak naik kegigi air bagi mengelakkan air masin.
Memancing udang perlukan ketabahan dan kemahiran membaca rentak menunya, suhu dan pergerakan arus air.Dsebabkan inilah mengapa memancing udang memerlukan kita sering berpindah tempat dari satu lokasi kesatu lokasi dan ini adalah lebih mudah jika memancing dengan menggunakan perahu.
No comments:
Post a Comment