Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Tuesday, November 19, 2013
Jigging VS popping
Kedua2 teknik ini menggunakan umpan tiruan. Sila lihat post saya tentang umpan tiruan untuk info. Kedua2 teknik ini memerlukan teknik kemahiran menguasai lenturan joran dan keseimbangan kayuhan reel yang baik. Teknik lenturan dan kayuhan reel yang seimbang akan membuatkan umpan tiruan kelihatan hidup dan ini akan menggamit ikan pemangsa untuk menyerang. Jigging adalah teknik yang menggunakan umpan tiruan yang berat yang biasanya dimainkan didasar laut. Popping pula menggunakan umpan tiruan yang dimainkan dipermukaan air, biasanya mulut umpan tiruan berbentuk cembung supaya ianya akan mengeluarkan bunyi ' pop ' apabila dimainkan di permukaan air. Bunyi inilah yang akan menggamit ikan pemangsa untuk menyerang.
Jigging mempunyai joran dan reel yang khusus untuknya. Begitu juga dengan jig nya mempunyai pelbagai bentuk, warna , saiz dan berat.
Popping biasanya memadai dengan menggunakan joran dan reel standard.Umpan tiruan untk popping dipanggil popper. Biasanya popper dibuat supaya timbul diatas air. Ini akan memudahkan pemancing untuk memainkannya diatas permukaan air.
Kedua-dua teknik ini amat baik untuk dipelajari dan diamalkan disebabkan ianya adalah kaedah yang sememangnya menjadi amalan pemancing2 profesional. Kedua2 kaedah ini biasanya dapat menjerat spesis pemangsa yang besar2.
Sebenarnya ikan pemangsa memburu samada untuk membunuh sebagai menjaga kawasan dan sebagai makanan. Kedua2 sifat inilah yang membuatkan kaedah penggunaan umpan tiruan sangat berjaya. Untuk itu saya sarankan belajarlah jigging, popping dan casting. Ketiga2 kaedah ini perlu ada jika anda ingin menjadi seorang pemancing hebat.
No comments:
Post a Comment