Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Thursday, November 21, 2013
Pakaian pemancing
Pakaian memainkan peranan yang cukup penting ketika anda keluar untuk memancing. Ramai pemancing yang tidak ambil kisah tentang pakaian ketika memancing. Faktor2 berikut perlu diberi perhatian dalam berpakaian disebabkan ianya melibatkan bahaya terhadap diri anda sendiri.
1) Pakailah pakaian yang dapat menutupi seluruh kulit anda. Penutup muka adalah optional. Pakaian yang baik dapat membantu mengurangkan risiko 'sunburn' disiang hari dan kesejukan di malam hari. Ianya juga dapat menghindari gigitan serangga berbisa.
2) Pakailah pakaian yang dapat menyembunyikan diri anda dari penglihatan ikan.
3) Warna putih adalah amat baik disiang hari sekiranya anda ditengah lautan ataupun dipesisiran pantai.
4) Jika dikawasan yang latarbelakangnya hutan dan pokok2 yang kehijuauan, warna hijau ataupun celoreng adalah yang terbaik.
5)Jika dikawasan yang berbatu2 besar warna hitam adalah yang terbaik.
6)Diwaktu malam warna yang terbaik adalah hitam atau biru.
7)Pakaian yang dapat menyembunyikan diri anda adalah amat baik untuk kegunaan mengendap lokasi dan lubuk ikan. Ianya juga amat baik ketika menjala untuk mencari umpan.
8)Pakailah pakaian yang longgar dan mudah untuk bergerak, tidak mudah koyak dan sebaik2nya kalis cuaca.
9)Topi atau pelindung kepala juga amat perlu bagi melindungi kepala anda dari panas matahari, hujan dan embun. Faktor melindungi kepala ini amat penting disebabkan ianya boleh menjadikan kesihatan terjejas.
10) Pakailah kasut yang dapat menutupi keseluruhan kaki anda. Kasut hendaklah dapat mencengkam dgn baik dikawasan berbatu licin. Kasut yang baik dapat mengelakan anda dari kecederaan dan mengelakkan anda dari sengatan binatang berbisa.
11) Sarung tangan adalah optional akan tetapi jika anda memancing spesis yang besar dan menggunakan braided line, sarung tangan dapat memudahkan anda malah dapat memelihara tangan anda dari kecederaan.
12) Cermin mata hitam/polaroid sunglass dapat memelihara mata anda dari terdedah kepada silauan dan kepanasan cahaya matahari.
13) Biasakan memakai talipinggang, kerana talipainggang boleh dijadikan tali penyelamat didalam keadaan terdesak.
14) Yang paling penting bawa lah pelampung kecil/plastik beg yang tebal dan kuat didalam kocek anda.Benda2 ini dapat menyelamatkan nyawa anda bila keadaan terdesak.
No comments:
Post a Comment