Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Thursday, November 21, 2013
Pengaruh bulan keatas pasang surut air
Bulan adalah lebih dekat dgn bumi berbanding matahari, oleh itu tarikan graviti bulan adalah lebih kuat keatas bumi berbanding matahari. Tarikan graviti ini lah yang menentukan pasang surut air. Bulan juga terbit disebelah timur dan tenggelam dibarat. Namun pada siang hari bulan tidak kelihatan disebabkan cahaya matahari yang lebih terang.
Pergerakan dan rupa bentuk bulan merupakan salah satu cara untuk menentukan kedudukan dan pergerakan air.
RUPA BENTUK BULAN .Jika bulan berbentuk sabit itu menandakan air mati, jika bulan setengah penuh itu menunjukan permulaan air bergerak dan jika bulan sudah penuh itu menandakan air sudah mulai besar.
PERGERAKAN BULAN. Jika bulan kelihatan mulai terbit di ufuk timur itu menandakan air mulai pasang, Jika bulan kelihatan terpacak diatas kepala itu menunjukan air sudah pasang penuh dan jika bulan sudah kelihatan turun diufuk barat itu menandakan air sudah mulai surut.
Bulan dapat dilihat dari mana sahaja.Bulan adalah petunjuk kedudukan air yang terbaik untuk pemancing.Jika anda sentiasa mengikuti peredaran bulan maka anda akan lebih tahu tentang corak pergerakan air dan corak ini pula dapat memberikan kita info tentang spesis yang keluar memburu.
Seperkara lagi waktu bulan mengambang penuh merupakan waktu aktiviti yang paling aktif bagi dunia akuatik, akan tetapi masa itu hanya sekejap saja iaitu sewatu air mulai bergerak surut. Pada waktu ini semua terumbu karang mulai membiak dan mengeluarkan telur untuk persenyawaan. Fenomena ini menyebabkan semua spesis yang lain keluar memburu mengikut rantaian makanan masing-masing.
No comments:
Post a Comment