Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Wednesday, November 6, 2013
Perambut
Perambut merupakan sejenis ikatan atau simpulan yang menghubungkan ladung, mata kail dan tali utama.Perambut terbahagi kepada dua bahagian, perambut yang mengikat mata kail dan perambut utama yang menyambungkan tali utama kepada ladung. Biasanya perambut utama yang bersambung dengan tali utama di sambungkan dengan swivel ( kekili )untuk mencegah dari tali utama berputar dan berbelit.
Ramai pemancing yang tersalah anggap bahawa perambut mata kail dan perambut utama adalah benda yang sama.Perambut utama adalah perambut yang menyambung kan tali utama dan ladung. Perambut mata kail pula adalah tali yang mengikat mata kail dan disambungkan kepada perambut utama. Biasanya sambungan itu berada dipertengahan perambut utama.
Pemilihan perambut utama diasaskan kepada dua faktor - keanjalan simpulan dan kekuatan seretan tali. Keanjalan simpulan adalah teknik membuat ikatan perambut supaya ianya dapat menganjal dan bertindak sebagai penyerap beban sentakan.
Kekuatan seretan tali adalah daya yang telah diuji pada tali. Biasanya dalam ukuran lb atau kg.
Perambut mata kail diasaskan kepada dua faktor juga, jarak/panjang dan kekuatan seretan tali. Jarak/panjang memainkan peranan utama dalam menentukan pergerakan umpan, terutamanya umpan hidup. kekuatan seretan tali adalah sama saperti yang diterangkan diatas.
Beerikut adalah ciri2 perambut yang baik.1) Perambut yang berupaya menganjal dan menyerap bebanan dan daya seretan ketika pertarungan. 2)Perambut yang boleh mempersembahkan umpan mati kelihatan sebagai hidup apabila didalam air. 3) Perambut yang boleh memanjangkan jangka hayat umpan hidup, kurang stress dan mudah dilihat pemangsa dari jauh.4) Perambut yang dapat memberikan masa kepada pemangsa untuk menelan umpan ketika melarikan umpan.Tabiat pemangsa suka menggonggong umpan sebelum menelannya.
No comments:
Post a Comment