Wednesday, November 6, 2013

Peranan ladung

Ladung merupakan pemberat yang diikat di perambut utama bagi memastikan umpan sampai kedasar. Ladung juga memainkan peranan utama dalam memastikan pemangsa memakan umpan. Oleh kerana tabiat ikan pemangsa suka menggonggong umpan sebelum menelannya, ini bermakna ikan pemangsa akan meluah atau melepaskan umpan sekiranya terasa rintangan ketika melarikan umpan. Untuk itu ladung yang ringan dan bersaiz kecil adalah yang terbaik asalkan ianya berupaya untuk menenggelamkan umpan dan tidak dihanyutkan arus. Faktor ini penting jika anda ingin memburu senangin, talang, repuh, ebek, cermin dan jenahak.Biasa nya bagi pemangsa penghuni dasar yang pelahap dan memakan umpan secara menyedut,faktor ini tidak perlu diambil kira.

No comments:

Post a Comment