Friday, November 15, 2013

Terapi kesabaran memancing tahap gaban.

Ini adalah terapi memancing yang sangat baik, saya amat suka menjalankan terapi ini pada waktu2 terluang terutamanya pabila saya ingin bersendirian bersama alam semulajadi. Ramai pendapat yang menyatakan terapi ini adalah satu kegilaan, benarkah? sedangkan memancing itu sendiri sebenarnya adalah kegilaan total. Sebagai contoh sanggupkah anda berjemur, berpanas, dan berhujan untuk melakukan kerja saperti berkebun/bercucuk tanam ataupun mengemas persekitaran rumah anda.Tak sanggup...tak sanggup, tapi kalau memancing anda sanggup kan! Cubalah terapi ini dan lihat sejauh mana kesabaran dan keikhlasan hati anda sebagai pemancing.Berhasil atau tidak pancingan anda bukanlah faktor penentu, yang penting ialah hati anda dipenuhi dengan kesabaran dan keikhlasan memancing. Cara-caranya:- Pilihlah masa anda yang benar2 terluang tanpa ada gangguan/appointment atau pun kerja2 yang mendesak untuk diselesaikan. Carilah lokasi yang baik pada pengetahuan anda. Bawalah HANYA satu joran, satu reel, satu ladung,satu mata kail kecil, satu mata kail besar dan satu perambut utama. Carilah umpan cacing dibawah batu, gunakan umpan cacing untuk memancing HANYA satu anak ikan kecil saperti bolos atau gelama. Tukar mata kail anda kepada yang besar dan gunakan anak ikan kecil sebagai umpan untuk memancing ikan pemangsa yang besar. Jika anda lakukan terapi ini, gagal atau berjaya kesannya hanya satu saja iaitu kepuasan yang tak dapat digambarkan. Kesabaran dan keikhlasan yang akan mengubah pandangan dan fikiran anda tentang dunia memancing.Kesabaran dan keikhlasan yang akan melindungi anda dan keluarga anda. Saya telah banyak kali melakukan terapi ini, hasilnya saya menjadi seorang yang penyabar dan berani menghadapi kenyataan. Tidak berputus asa atau lari dari masalah hidup malah tidak takut kumpau. Apa yang benar2 menggembirakan saya ialah saya pernah menaikkan pari seberat 10 kg semasa menjalankan terapi ini. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment