Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Saturday, November 16, 2013
Waktu terbaik melabuh umpan - subuh dan maghrib.
Ikan mempunyai waktu dan tempoh masa tertentu untuk memburu dan makan. Faktor2 ini boleh dijadikan panduan untuk mengenal waktu dan tempoh masa tersebut.
1) Ikan yang suka memburu diwaktu malam amat aktif pada ketika dipenghujung malam membawa kesubuh.
2) Ikan yang suka memburu diwaktu siang biasanya aktif pada ketika matahari mulai naik selepas subuh dan pada ketika matahari mulai tenggelam ( Maghrib ).
Kedua-dua masa ini merupakan masa terbaik untuk kita melabuhkan umpan. Ada satu lagi masa yang benar2 efektif untuk melabuhkan umpan. Masa2 itu ialah masa pertembungan pengakhiran pemburuan spesis malam dan permulaan pemburuan spesis siang. Biasanya masa2 itu ialah 1)Permulaan fajar subuh sehingga terbit matahari dan 2) Permulaan maghrib sehinggalah terbenam matahari. Kedua-dua masa ini adalah masa yang terbaik untuk melabuhkan umpan.
3) Pada ketika air sudah pasang penuh, arus sudah mulai berhenti bergerak dan kelihatan arus air sudah mulai beralih dan bergerak untuk surut. Pada ketika inilah satu lagi masa terbaik untuk melabuhkan umpan.
Disebabkan faktor2 inilah mengapa pemancing2 hebat dan nelayan suka keluar memancing pada waktu2 begini. Hasilnya memang hebat, cuma cubaan nya ialah adakah kita sebagai umat islam akan mendahului perintah Allah ( solat dahulu ) ataupun terus melupakannya kerana asyik dengan memancing diwaktu2 ini. Subuh dan maghrib itu pendek masanya.Tepuk dada tanyalah iman.
No comments:
Post a Comment