Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Friday, November 15, 2013
Udang sebagai umpan universal.
Udang merupakan umpan terbaik dalam kelasnya yang bersifat universal. Universal membawa maksud ia digemari oleh setiap ikan samada udang tersebut hidup atau mati.Ianya mudah dicari dan mempunyai kepelbagaian spesis yang sangat banyak. Udang juga merupakan spesis yang paling banyak didalam dunia akuatik dan menghuni disetiap tempat.
Secara peribadi udang terutamanya yang hidup merupakan umpan kesukaan saya dan meduduki ranking yang pertama didalam senarai umpan2 saya. Udang pilihan saya adalah udang yang bersaiz sebesar jari telunjuk saya. Ada banyak cara untuk mencangkuk udang dan ianya sangat efektif bergantung kepada teknik pancingan anda. Udang adalah spesis yang sangat lembut, dan mudah terlerai jika cara mencangkuknya kurang senpurna.Sebenarnya ada 3 cara/teknik yang paling efektif untuk mencangkuk udang. Maafkan saya kerana tidak dapat menerangkannya disini disebabkan ianya adalah salah satu tajuk didalam ebook edisi kadua saya. Teknik menggunakan umpan udang juga amat berbeza dari satu kawasan kesatu kawasan. Misalnya dikawasan berbatu karang tekniknya berbeza dikawasan berpasir.
Nasihat saya ialah pastikan ada membawa umpan udang hidup/mati ketika memancing, kerana ianya jarang menghampakan anda. Malahan ia mampu menarik dan mempelbagaikan bermacam-macam jenis spesis untuk memburu dan makannya.
No comments:
Post a Comment