Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Friday, November 15, 2013
Pengaruh cuaca dalam dunia memancing.
Cuaca mempunyai pengaruh yang sangat kuat didalam dunia memancing. Cuaca bukan sekadar mengubah senario habitat dan ekologi dunia akuatik malah boleh membahayakan diri kita sendiri sebagai pemancing. Untuk itu adalah amat penting bagi kita untuk mengetahui tentang perubahan cuaca.
Perubahan cuaca melibatkan perubahan suhu, tiupan angin, hujan, ribut petir dan penghijrahan spesis2 akuatik. Perubahan cuaca juga menandakan musim mengawan spesis2 akuatik. Bagi negara2 yang mempunyai empat musim perubahan cuaca ini dapat memberikan banyak info tentang penghijrahan dan musim mengawan spesis2 akuatik. Malangnya diperairan kita yang musim nya hanya satu iaitu musim panas sahaja, perubahan cuaca lebih kepada perubahan suhu air, musim hujan dan angin.Perubahan2 ini dapat memberikan info tentang penghijrahan ikan, musim mengawan dan tabiat pemakanan ikan.
Faktor2 berikut biasanya mempengaruhi dunia akuatik diperairan kita.
1) Hujan - biasanya hujan banyak mempengaruhi corak ikan memakan umpan. Ikan mahupun udang amat pasif untuk memakan umpan pada ketika hari hujan. Akan tetapi apabila hujan berhenti, perubahan mendadak akan berlaku. Biasanya ikan amat galak dan aktif memakan umpan. Fakta ini benar jika anda memancing di sungai ataupun ditalian air yang mengalir disbbkan hujan yang mengalir turun dari tebing2 sungai membawa banyak makanan yang hanyut bersamanya. Dilaut pula perubahan suhu air akibat percampuran suhu perolakan air juga membuatkan ikan2 aktif memburu makanan.Akan tetapi habitat udang pula tidak begitu, udang akan menjadi pasif jika hujan disbbkan suhu air yang sejuk.
2) Angin - perubahan tiupan angin juga mempengaruhi habitat spesis akuatik. Biasanya angin utara membawa banyak penghijrahan ikan2 pelagik keselatan. Penghijrahan ini juga turut menyebabkan spesis2 pemangsa berkumpul dan menanti dilaluan yang diikuti oleh ikan pelagik ini. Angin utara biasanya bertiup lemah lembut dan amat sesuai untuk memancing. Angin selatan pula biasanya menyebabkan air menjadi sangat jernih dan ini amat tidak sesuai untuk memancing. Angin barat sangat tidak sesuai untuk memancing disbbkan ianya bertiup sangat kuat dan membahayakan pemancing. Angin timur pula juga tidak sesuai untuk memancing disbbkan ianya tidak membawa perubahan kepada penghijrahan ikan. Ramalan cuaca biasanya dapat memberitahu kita tentang perubahan angin yang bertiup dan musimnya. Faktor penentu yang boleh diambil kira ialah banyaknya spesis ikan pelagik terjual dimarket. Ini adalah musim penghijrahan ikan pelagik yang menjadi tumpuan ikan2 pemangsa. Biasanya angin utara menandakan musim kering sudah bermula dan ini merupakan khabar gembira untuk peminat2 udang galah.Biasanya ianya dapat diketahui apabila daun2 kering mulai berguguran.
3) Musim mengawan spesis akuatik pula sekarang ini amat sukar untuk diketahui disbbkan perubahan cuaca akibat pemanasan global yang tak menentu. Biasanya musim mengawan di perairan kita ialah pada disember - februari.Salah satu faktor penentu ialah dengan memerhatikan spesis di pasar saperti sotong dan ikan kecil yang membawa telur.Ini menandakan musim mengawan. Perlu kita ketahui bahawa ikan tidak aktif sewaktu musim mengawan. Mereka hanya aktif sebaik sahaja habis mengawan.
4)Satu lagi faktor yang boleh diambil kira ialah banyak udang2 besar dan belanak2 besar menghampiri pantai. Ini menandakan musim mengawan spesis ini sudah bermula dan ini akan membuatkan banyak spesis2 pemangsa memburu sehingga keperairan yang lebih cetek.
Akhirkata dapatkan info dari nelayan tempatan dan perhatikan hasil tangkapan mereka, ini boleh mememberikan anda banyak maklumat tentang musim dunia akuatik. Fakta ini benar bagi semua spesis akuatik baik spesis air tawar, air masin ataupun udang galah.
No comments:
Post a Comment