Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Tuesday, November 12, 2013
Umpan belanak, bolos VS tamban/seriding/bilis/kembung
Kelima2 jenis umpan ini merupakan ikan pelagik yang menjadi makanan utama pelbagai spesis ikan pemangsa.Untuk mendapat keberkesanan yang maksimum penggunaan umpan2 ini faktor2 berikut haruslah diambil kira.
1) Belanak merupakan umpan utama dikawasan pesisiran pantai yang berair cetek. Menghuni kuala2 sungai dan kawasan2 pantai yang berbatu. Belanak mempunyai daya tahan yang cukup baik sebagai umpan hidup jika teknik mencangkuknya betul dan tepat. Belanak biasanya ditangkap dengan menggunakan jala. Malangnya belanak hanya menjadi umpan popular untuk spesis2 yang sering menghuni dan memburu dikawasan2 berkuala, berair payau dan dipesisiran pantai dan berbatu. Belanak tidak sesuai untuk digunakan dikawasan perairan berair dalam yang jauh dari pantai. Bolos merupakan umpan terbaik untuk kawasan perairan ditepian pantai yang dasarnya berpasir. Spesis pemangsa yng suka memburu dikawasan berpasir amat sukakan bolos. Bolos juga boleh digunakan dikawasan perairan yang lebih dalam jauh dari pantai, asalkan dasarnya berpasir dan keras maka bolos menjadi umpan yang baik. Bolos boleh dipancing dengan menggunakan pancing bermata halus dan ladung yang ringan.
2) Spesis tamban/seriding/bilis/kembung merupakan ikan pelagik yang menghuni dikawasan perairan dalam yang jauh dari pantai. Mereka merupakan makanan utama spesis2 pemangsa yang menghuni perairan dalam yang memburu mengikut arus. Tamban dan bilis biasanya bergerak didalam kumpulan yang sama mengikut arus. Bezanya tamban lebih banyak bergerak dikawasan yang lebih dalam berbanding bilis yang suka bermain di permukaan air. Tamban adalah lebih baik dari bilis jika anda ingin memburu spesis pemangsa yang besar disebabkan saiznya yang besar berbanding bilis. Bilis biasanya digunakan sebagai umpan untuk memburu spesis yang kecil dan sederhana. Kedua umpan ini dapat ditangkap dengan menggunakan pancingan apollo bermata kecil. Jangka hayat kedua2 umpan ini kurang baik sebagai umpan hidup kerana mereka mudah mati.
Seriding atau dikenali juga dengan ikan bunga air biasanya bermain dikawasan yang berarus, sama saperti bilis ianya suka bermain dipermukaan air. Bezanya ia lebih suka bermain dikawasan yang redup ditepi2 tiang jambatan / pelabuhan / jetty. Seriding boleh membesar sehingg kesaiz 2-3 jari dewasa. Saiz2 yang besar begini amat baik untuk digunakan sebagai umpan pemangsa besar. Jangka hayatnya sebagai umpan hidup baik dan tidak mudah mati.Seriding boleh dipancing dengan menggunakan apollo.
Kembung merupakan umpan mati perairan dalam yang terbaik untuk memburu spesis2 pemangsa besar yang suka memburu dipermukaan air saperti tenggiri, alu2, belitung, repuh dan spesis yang lain yang memburu dipermukaan air. Kembung hendaklah segar dan berkilat kulitnya. Kembong juga boleh dipancing dengan menggunakan apollo dan digunakan sebagai umpan hidup. Ia juga merupakan umpan hidup yang terbaik dalam kelasnya diperairan dalam.
No comments:
Post a Comment